kredit : http://yoursupermom.blogspot.com/
Saya baru aje habis membaca bab kecantikan kulit daripada
buku hasil tulisan Dr Bruce Miller. (LOOKING GOOD, FEELING GOOD). Then,
ternampak pulak Mama Faiz ni cerita pasal vitamin C. So, memandangkan saya
masih teruja dengan angka 30 ni .. hehe. Meh saya nak share pula di sini entry
Mama Faiz tu.
=======================================================================
Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari
sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit.
Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang
seringkali digabungkan bersama?
Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin
paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang
pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan
tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu
penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam
usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil penyelidikan
juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan
menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C
sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang
kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi mereka yang
mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan
juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam
plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah
jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah.
Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang
sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan
kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat."Sebagai anti oksida larut
lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ
utama dan mencegah penyakit degeneratif."Ia mengandungi bahan anti penuaan
yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan
pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan
vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral
lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta
karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada
vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan
boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti
oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang
berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan
mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain
mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat
terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada
kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka
dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk
mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar
dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang
mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan
pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan
selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5
dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk
membantu tubuh melawan radikal bebas.
__sumber: utusan.com.my__
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)
No comments:
Post a Comment