Okey, Kak Ct yang suka pasal buku ni ialah, ianya simple. Bagi yang baru berjinak jinak ingin melakukan solat solat sunat, rujukannya mudah. Islam itu mudah, tapi ingat, jangan terlalu dipermudahkan. :)
SUNAT TAHAJUD
Sunat tahajud adalah solat sunat yang dilakukan selepas bangun daripada tidur atau dilakukan sewaktu keadaan sunyi sepi di kala semua manusia sedang tidur nyenyak. Dengan kata lain, 2/3 malam. antara jam 2-5 pagi.
Firman Allah SWT dalam Surah Al Muzzammil yang bermaksud :
" Wahai orang yang berselimut, bangunlah untuk solat pada malam hari walaupun sedikit daripadanya ( iaitu ) seperdua atau kurangilah daripada seperdua tu sedikit, atau lebih daripadanya dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan lahan."
Lafaz niatnya :-
أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَ
sengaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.
Bacaan semasa rakaat pertama dan kedua tidak ditetapkan. bergantung kepada pilihan bacaan kita.
atau boleh juga mengikuti pilihan ini :-
Rakaat pertama - baca Alfatihah dan diikuti Surah Al Kafirun
Rakaat kedua - baca Alfatihah dan diikuti Surah Al Ikhlas.
semasa sujud akhir pada rakaat kedua, ucapkanlah sebanyak 3 kali, iaitu :-
maksudnya : Ya Allah, masukkanlah aku daripada pintu pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu pintu kebenaran dan kurniakanlah bagiku seorang penolong daripada Mu.
(boleh juga hanya membaca doa Bahasa Melayu tetapi hanya di baca di dalam hati tanpa menyebutnya di mulut).
bacalah doa seperti biasa selepas salam. Tapi, sediakanlah masa untuk Allah, nescaya Allah akan berikan masa untuk kita. sebelum membaca doa,, kita boleh luangkan masa untuk berzikir dahulu. Buatlah semampu yang kita mampu. kita boleh amalkan zikir zikir ini selepas salam, iaitu :-
1) beristighfar sebanyak 100 kali
2) berselawat sebanyak 100 kali
3) La Haula Walla Quwataillah billah...... 100 kali
4) Baca Surah Al Ikhlas sebanyak 100 kali
5) sudahi dengan istighfar 100 kali
selepas itu pohonlah doa sebanyak mana kita mahu berdoa dan pintalah apa yang ingin kita pinta dari Allah. Pintalah dengan rendah hati kita sebagai hambanya :)
semoga, perkongsian dari Kak Ct ini akan memberi manfaat untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment