Sunday, May 28

TIPS BADAN KEKAL SEGAR DAN BERTENAGA KETIKA BERPUASA

Selamat Berpuasa untuk seluruh Umat Islam!!! hari ni, kak ct nak berkongsi pada anda semua tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa. Macam suami kak ct cakap " bulan puasa ni bukan lapar yang jadi masalahnya, tetapi rasa ngantuk dan tak bermaya tu yang menjadi cabaran utamanya". hah, siapa setuju dengan suami kak ct ni? Jadi, kak ct belek belek majalah I sihat dan terjumpa artikel berkenaan Tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa.



BERSAHUR DAN BERBUKA DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG
makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60% kandungan karbohidrat, 10 - 20% protein, 20-25% lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur sayuran dan buah buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses buang air besar.

Wednesday, May 17

TAMAN HAIWAN BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG

Pada 1.5.2017 yang lepas, Kak CT dan keluarga melanjutkan percutian ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Sebenarnya ia adalah percutian yang tidak diduga sebab sehari sebelum tu, Kak Ct menginap di Sunway dan memandangkan 1 Mei adalah hari cuti, kami bercadang melanjutkan percutian ke Bukit Tinggi. Kena pula jarak ke Bukit Tinggi hanya mengambil masa dalam  1 jam saja dari Sunway.

Ini kes terjah je ni. Kami menginap di Tropical Colmar, Bukit Tinggi. Nanti Kak Ct buat entry berkenan hotel tersebut. selepas check out dari hotel berkenaan, kami ke Taman Jepun dan Taman Haiwan di sekitar situ. Tapi bukanlah ia seperti mini zoo. cuma ada arnab dan rusa yang jinak.


jinak kan?? 

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015