Tuesday, March 29

KIRAAN MUDAH UNTUK MULAKAN PERNIAGAAN MENJUAL DADIH

hah, senyap sunyi sikit blog saya ni. ada urusan lain yang perlu saya tumpukan. Tapi biz shaklee tetap berjalan dengan lancar. takdelah disebabkan kesihatan, tapi tengah buat tempahan dadih untuk kantin sekolah. cuaca panas ni buat tekak rasa kering je kan. jadi saya terfikir nak buat dadih dan hasil jualan tu saya nak simpan untuk beli Gold Bar. Insya Allah.

DADIH STRAWBERRY


suami saya tanya, ada untung tak jual dadih ni? saya akui keuntungan tak banyak sebab banyak kos yang perlu kita kira. ini contoh kiraan asas untuk mereka yang ingin mulakan perniagaan menjual dadih.


  • bekas plastik besar = RM12.00 (100 bekas )
  • gula = RM2.80 ( 1 kg )
  • 1 tin susu cair = RM2.90 (400ml)
  • air putih = (air yang perlu di masak)
  • serbuk dadih = RM5.85
ini anggaran kasar untuk belian barang membuat dadih. tetapi, saya akan pecahkn lagi kos ini sebab macam gula tu, hanya 100gram saja diperlukan untuk 1 bungkusan serbuk dadih.

jadi :-

gula ( 1000gram / rm2.80 = rm0.28 untuk 100gm)
bekas plastik ( 100 bekas /rm12.00 = 0.12sen)

1bungkusan serbuk dadih, boleh dapat untuk 25 bekas. jadi,

1 bungkusan dadih = RM5.85
gula ( 100gram ) = RM0.28
bekas plastik (25xrm0.12) = RM3
1 tin susu cari = RM2.90
air putih (anggaran ) = rm1 (sbb guna air paip dan dididihkan)
gas = RM2

total : RM15.03.

harga jual = RM1.00(min) x 25 bekas = RM25.

keuntungan = RM25 - RM15.03 = RM9.97

jadi, kalau nak letak RM1.50 pun boleh. nak letak buah buah pun boleh. ikut pada kita seberapa keuntungan yang kita nak.




No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015