Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak pernah dengar atau tidak pernah tahu mengenai penyakit Bell's Palsy ini.Saya sendiri baru kali pertama dengar bila terdengar ahli group bercerita pasal kawannya yang ada penyakit Bell's Palsy ini. Hari ini saya nak kongsi info mengenai penyakit ini pada semua. Semoga bermanfaat ye :)
Menurut pakar Neurologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara iaitu Dr Shalini Bashar, Bell's Palsy berlaku apabila satu keadaan yang menyebabkan otot otot menjadi lemah atau lumpuh pada bahagian muka. Ia adalah satu gangguan saraf yang biasa terjadi dan lazimnya hanya menjejaskan saraf di muka (facial nerve ).
kalau orang dulu dulu cakap, kena tampar syaitan. itu pendapat orang dulu dulu. Tapi ada juga orang cakap kena minor stroke. Hah, bila saya baca, baru tahu ia bukan stroke tapi lebih kepada gangguan saraf. Menurut beliau lagi, penyebab terjadinya Bell's Palsy ini belum dapat dikenal pasti, tapi kebanyakan kes Bell's Palsy, saraf yang mengawal otot pada sebelah muka telah rpsak disebabkan inflamasi pada saraf yang terletak di bahagian bawah telinga.
TANDA TANDA BELL'S PALSY
* terasa berat pada bahagian muka yang menyebabkan ia menjadi lemah atau lumpuh. Ini membuatkan sukar bagi kita untuk menutup mata pada sebahagian muka yang terlibat. ini adalah tanda tanda yang paling utama.
* air liur meleleh
* hilang deria rasa
* sakit di dalam atau di belakang telinga.
* rasa kebas di bahagian wajah
* sensitif terhadap bunyi
* masalah mata, seperti air mata berlebihan atau kering.
KESAN BELL'S PALSY
Tahu tak, Bell's Palsy ini tidak akan beri kesan pada bahagian lain untuk menjadi lumpuh, lemah atau kebas. Ia hanya terjadi di kawasan muka saja. Kalau ada bahagian lain yang lumpuh atau simptom lain, saya nasihatkan untuk rujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab sebenar.
Dalam majalah Keluarga Keluaran Mac 2016, artikel mengatakan 3 dalam 10 orang yang mengalami Bell's Palsy akan terus mengalami kelemahan otot pada muka mereka dan 2 daripada 10 orang akan mengalami masalah jangka panjang yang serius. kira kira 80% - 90% daripada pesakit Bell's Palsy pulih tanpa kecacatan ketara dalam masa 6 minggu hingga ke 3 bulan. Jika masih belum pulih, dari 2-4 bulan atau lebih, kemungkinan lumpuh pada muka akan tetap dan synkineses yang lebih tinggi.
Nanti saya akan kongsikan lagi berkenaan Bell's Palsy ini pada nukilan akan datang. sebelum tu, Maisarah nak kongsi testimoni pesakit Bell's Palsy yang sudah sembuh (Alhamdulillah) selepas 3 bulan. Puan Faiza ini konsisten mengambil suplemen VIVIX untuk memperbaiki semula sistem saraf nya.
Untuk order klik sini:
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment