Thursday, September 22

BAGAIMANA CARA MENGURUSKAN STRESS GAYA SANTAI

stress? siapa yang tak pernah stress. Duduk rumah pun stress tau! pernah baca pasal artikel atau poster yang berkisar pasal ibu duduk rumah lebih stress dari ibu yang bekerja. kemas dapur, depan bersepah. kemas depan, dapur bersepah!! tapi saya tau, tak semua ada situasi macam ni kan. Jadi, saya nak berkongsi dengan anda bagaimana cara menguruskan stres gaya saya. eh, gaya santai. Santai ni means kita buat saja saja dirumah.

Selalunya, stress saya bila sales kurang. he he he. tapi yang menjadi punca stress ialah bila apa yang dirancang tidak menjadi atau bila dah duduk depan komputer berejam rejam, 1 entry pun tak terpublish! Jadi, saya kecewa dan mula stress. Aduh, apa ni, membuang masa sangatlah. Nak hilang kan stress tu, saya pilih cara 3R. Macam Master Lyna Noh cakap. Apa 3R tu? Relaks, Recharge, Refleks. Bagaimana caranya?

3R cara saya ialah :_

~ saya akan tinggalkan kerja yang saya sedang buat tu. contoh tengah ngadap komputer tapi blank nak buat apa, saya keluar dari SOHO dan pergi ke tempat lain. macam selalunya, saya ke ruang tamu lah.
~ penyakit stress saya ialah, bila saya stress, saya suka mengemas. kui kui kui. ye, saya malas mengemas. Suami saya yang rajin kemas rumah.
~ bila dah siap kemas rumah, kekadang tahap sampai mop lantai, sental bilik air bagai, baru saya bertenang dan mula fikirkan nak makan apa. wohaaaaaa...bahayakan??? Tapi itu dululah. Sekarang ni, bila rumah dah kemas, fikiran mula lapang sikit. baru sikit. saya buat apa lagi lepas tu?
~ saya buat air kegemaran saya. ikut koranglah. saya suka amik air coco panas. Sedap!! amik biskut 3 keping dan saya pilih buku apa yang saya nak baca
~ kebiasaannya, saya suka baca buku motivasi atau yang berkaitan dengan perniagaan. atau selak selak majalah yang ada kat rumah ni
~ kalau rasa semua ni tak mampu nak hilang stress anda, mohlah kita amik wudhuk dan solat sunat 2 rakaat, ia lebih afdhal.
~ dan langkah terakhir cara saya uruskan stress saya ialah, pergi mandi, shampoo rambut, berscrub muka pakai, then pakai baju cantik cantik, pakai masker dan TIDUR!!! heaven sangat!!!

BEST KE BEST CARA SAYA URUSKAN STRESS?? korang macamana pulak??

*jangan lupa sebelum tidur tu amik 2 biji b complex tau.




Tuesday, September 20

KENAPA KENA DETOX

kekadang customer suka tanya, kenapa kena detox dulu pulak? saya nak set kurus terus, lecehlah kalau kena buat detox ni. Tak buat tak boleh ke? Boleh je, tapi kalau tak berkesan atau kesan yang diingini tidak tercapai, jangan pulak kondem produk yang diambil.
Saya nak berkongsi dengan anda semua kenapa kena detox terlebih dahulu sebelum menjalankan pogram kurus/diet anda. Kena kena DETOX?
* adalah untuk membersihkan organ dalaman dari bahan toksin terutama di hati, ginjal dan otak.
* mencegah penyakit kronik yang timbul hasil dari  sistem badan kita yang sudah terlalu penuh dengan toksin dan tidak mampu untuk mengeluarkannya dari dalam badan
* Untuk meningkatkan fungsi sistem imun dalam badan. setelah toksin disingkirkan, maka lebih mudah untuk sistem dalam badan berfungsi dengan baik
* memudahkan untuk mendapatkan berat badan yang diingini dan ideal.
* memberi tenaga dan kualiti kesihatan semakin baik
* membuat kulit lebih bertenaga dan memberikan impak yang lebih segar bila toksin sudah dikeluarkan dari badan.




seperti testimoni di atas, saya sendiri melalui perasaan yang kekadang nak sangat makan benda yang manis manis, malahan boleh dikatakan setiap hari ada je pemanis mulut yang akan saya buat untuk diri sendiri serta untuk ahli keluarga. Mesti ada kek atau dessert dalam peti sejuk. kekadang pula teringin sangat nak makan benda benda yang masin macam jajan atau kudapan yang goreng goreng. 
Tapi selepas saya membuat detox , perasaan nak makan benda benda manis dan masin ni dah kurang,. kalau makan pun, tak boleh nak habiskan walaupun sepotong kek. 

nanti saya kongsikan jenis jenis detox yang boleh kita buat. Tapi saya sangat suka detox parasit dan detox hati. parasit ni orang panggil detox usus dan dibuat pada waktu waktu tertentu dalam bulan Islam. lebih tepat, pada BULAN MENGAMBANG!! tunggu entry saya selanjutnya 

SUSAH KE BUAT SHAKLEE?

SENANG KE BUAT SHAKLEE?
=========================
susah tau wak...susah sangat sebab kena banyak membaca, sebab kena hantar barang pada customer,  kena pergi pejabat pos, kena komplen ngn customer sebab barang pos pagi petang tak sampai lagi, penat tunggu payment dari customer yang janji nak bayar tapi tak bayar bayar.

susah bila kena bangun tengah malam untuk update blog, schedule post di pages dan fb, kena hadap phone balas whatsapp customer yang tanya macam macam tapi beli 1 botol je akhirnya.
.
.
.
tapi, anda akan rasa biz ini susah bila tiada rasa cinta dengan biz ini. bila kita dah jatuh cinta, dah rasa sayang dan dah rasa hasilnya, pasti kita fokus dan masih nak buat shaklee. apatah lagi company yang 1 ni company yang kukuh. yang ada vitamin dah berusia lebih 100 tahun.. hebat tak hebat??? belum lagi kita kaji barisan sainstis, barisan CEO Shaklee bahkan owner nya sekali.
.
.
.
sekali anda kaji dan kaji Shaklee dengan mendalam, anda yakin produk yang dihasilkan bukan calang calang.
.
.
bila dah buat semua yang kita suka, kita senang nak pungut hasil dari susah payah kita. hari ni cod barang bernilai RM360 dari 2 customer. pos barang tadi bernlai hampir rm700. dok senang lenang upah runner beliakn barang dapur untuk adik di Kedah, dok support biz jiran jiran beli nasi bajet. senang ke susah sebenarnya biz Shaklee ni??

cumanya bila kita terjebak dengan jualan produk yang berasaskan kesihatan, kita kena rajin membaca dan membaca jurnal jurnal ilmiah dan kesihatan supaya pemahaman kita berkenaan produk dan kesannya pada kesihatan lebih mendalam. itu yang membezakan kita sebagai pengedar Shaklee yang berilmu dengan pengedar Shaklee yang ingin menjual semata mata. Jadi, jika anda ingin menjadi ahli, pilihlah mentor dan upline yang betul. Yang mampu beri anda tunjuk ajar, cara untuk menjadi pengedar Shaklee yang berilmu. 
Alah, tak payah susah susah, SAYA KAN ADA!!

hubungi je saya :

SITI NORIZA BINTI SALEH
WA : 013 7374 958
email : sitinorizasaleh@gmail.com
FB : siti noriza binti saleh


Friday, September 16

SHAKLEE EFFECT SAYA

shakleeEffect saya?
Xleh nak tunjuk gambar...tapi saya dapat kesan dari set penyusuan yang saya ambil 5 thun lepas. Syok arrr. Memula try alfalfa ..nama pun nak try kan. Jadi lepas amik seminggu, rasa seronok. Badan pun rasa ringan dan susu makin bertambah tambah. Lepas tu saya beli pulak b complex dan vitamin C sebab nak booster energy. Yerlah siang keje, malam pun tidur tak lena. Bangun kul 4 5 pagi untuk pam susu buat stok. Kekadang pam sambil tertidur. Hu hu hu. Lepas 2 minggu ambil 3 prpduk ni rasa tak penat sangat. Malam boleh berjaga jam 12 malam, bangun awal kul 4 5 pagi..eh..seronoklah.
.
Lepas tu beli pulak ESP...pulakkkk..syok aihhh... stok EBM sampai kena hantar kat rumah mak. Tumpang freezer..syukur Alhamdulillah...rezeki tu ada 3 orang anak susuan. He he he..
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee



Untuk order klik sini: ORDER FORM Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: Siti Noriza | ID: 852453 Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 Email: sitinorizasaleh@gmail.com FB: Siti Noriza Binti Saleh * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, September 15

PERCAYA BERJAYA DENGAN SHAKLEE

ko ni taksub sangat dengan Shaklee. Macamlah takde compnay lain yang hebat macam Shaklee?
Persoalan ini selalu ditanya oleh saya bila diaorang follow saya punya fb. asyiklah up pasal Shaklee. lepas tu kawan kawan facebook pun ramai budak shaklee. jadi, saya nak share dengan anda semua kepada saya suka dengan Shaklee.
Memula saya memang jatuh cinta dengan Shaklee sebab produknya. produk Shaklee semuanya berkesan. Tapi berkesan bukan dalam masa 24 jam!!! hah, pelik tak? patutnya saya kena suka produk yang nampak kesannya cepat. baru bestt!!! tapi yang menyebabkan produk shaklee ni tidak berkesan dalam tempoh yang sekejap, adalah bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk tersebut. bahan yang neutral, semulajadi dan diproses dengan cara yang lebih sesuai untuk mengelakkan kandungan nutrisi dalam sesuatu bahan mentah tu hilang atau berkurangan dengan terlampau banyak.
Selepas saya jatuh cinta dengan produknya, saya jatuh cinta pula dengan pelan pemasaran syarikat Shaklee ni. apa yang buat saya suka dengan pelan pemasaran Shaklee ialah ia menguntungkan bagi kedua dua belah pihak iaitu antara pengedar bebas Shaklee dan syarikat Shaklee itu sendiri. hah, nak bagitahu ni, pelan pembayaran bonus Shaklee kepada pengedar bebasnya juga telah dipaternkan jadi tiada mana mana syarikat atau MLM lain yang boleh meniru skim pembayaran bonus Shaklee ini. syok arrr. Jika dikira, hampir 40% bayaran balik akan diterima oleh pengedar Shaklee berbanding hanya 20% yang diterima oleh ahli MLM syarikat lain. besar tu tau.
selain itu, tiada had maksimum untuk pembayaran bonus kepada ahlinya. kalau dalam sebulan tu bonus yang diterima ialah RM600, 000 sebulan maka Shaklee akan tetap membayarnya setiap bulan tanpa GAGAL!!! jadi, peluang untuk mendapatkan pendapatan tanpa batas adalah di Shaklee!!
kenapa saya suka dengan Shaklee?? ada lagi sebab!!.
sebab yang ketiga ialah Shaklee ada landmark study yang mana ia dilakukan oleh pihak ketiga ( yang bebas ) tanpa terikat dengan Shaklee. kajian dilakukan selama 20 tahun yang mana pemerhatian itu dipecahkan kepada 3 golongan. Golongan orang yang makan suplemen lain selain Shaklee, golongan orang yang makan Shaklee dan golongan orang orang yang tidak mengambil apa apa suplemen.Roger Barnett ( pemilik Shaklee Corporation), sanggup melaburkan duit yang banyak semasa kajian ini dilakukan. dan dia bersedia menerima apa jua keputusan yang dapat dari pemerhatian tersebut. sebab dia ingin tahu sejauh mana keberkesanan setiap produknya bukan hanya untuk jangka masa pendek tapi juga untuk jangka masa yang panjang. ---------->>>> nanti saya buat entry khas berkaitan ini.
Sebab keempat kenapa saya suka dengan Shaklee ialah hubungan yang terjalin antara ahli dalam Shaklee. Upline, downline, sideline saling bantu membantu. Saling memberi tips tips hebat dan juga berkongsi idea bagaimana untuk memastikan produk Shaklee diterima oleh semua penduduk Malaysia. ini saya sangat kagum!!! macam tiada perasaan "eh. ko nak tahu pasal rahsia aku pesal?,., atau alah.kang aku bagitau tips aku, banyak pulak sales dia". Sungguh!! tak nampak benda tu ada dalam group kami. malahan kalau berjumpa, macam adik beradik. sungguh sungguh bersalam, sungguh sungguh nak berselfie. kih kih kih.
jadi, apa pula sebab ada tidak suka dengan Shaklee??
SAYA PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI,JOHOR
SAYA PENGEDAR SHAKLEE FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI, JOHOR.
hubungi saya jika anda berminat mendapatkan produk shaklee atau jika anda juga ingin join group kami yang hebat ini!!
SITI NORIZA SALEH
013 7374 958
#HUNT2SHAKLEE
#tsunamishaklee


Untuk order klik sini: ORDER FORM Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: Siti Noriza | ID: 852453 Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 Email: sitinorizasaleh@gmail.com FB: Siti Noriza Binti Saleh * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, September 14

TIPS WAHM

masa 10 tahun saya bekerja, saya andaikan bestnyerrrr duduk rumah,,, .. enjoy baca buku, tengok tv, golek golek dengan anak anak.. keh keh keh..
tapi tapi tapi...... ia adalah angan angan semata mata.. sebab 2 bulan pertama saya berhenti kerja, saya nangis,..hampir setiap hari!!! ha ha ha...sebab apa??? sebab tak reti nak uruskan anak anak, kemas umah ( yg anak kecik kecik masa tu, umur 6 tahun dan 3 tahun yg mama kemas depan , mereka berdua kemas belakang..hu hu hu), belum termasuk nak g pejabat pos, nak pergi cod barang, mak abah soh balik ( sbb umah dekatkn), suami lagi balik bebel sbb rumah bersepah... adoyaiii,,,.. masuk bulan ke 3, mamarin tanya, sebenarnya apa yang berlaku kat ko sampai sales ko teruk sangat 2 bulan ni? kata bila dah berhenti kerja ko nak fokus?? tapi makin terukkk je??? lepas bincang dari hati ke hati, baru saya nampak apa yang sebenarnya cara dan apa yang saya perlu buat sebenarnya,.ini tips saya serba sedikit yang saya buat sebagai WAHM.
.
.
1) Jangan menjadi ibu yang terlalu "prefectionist" sangat sampai nak kena pastikan lantai berkilat 24 jam, kusyen terduduk elok ditempatnya, baju yang dilipat disusun elok.nama pun ada anak kecik kan,. memang itulah yang akan berlaku.
2) siapkan dulu makanan dan minuman untuk anak anak untuk elak mereka lapar dan mula mengamuk.
3) bangun seawalnya sebelum anak anak bangun untuk siapkan kerja rumah atau update blog/buffer atau schedule post.
4) ambil masa seminggu 2/3 hari untuk lipat kain, atau menggosok semua baju sekolah anak dan baju kerja suami. gosok juga baju dan tudung tudung kita.
5) ada masa tertentu untuk 1-2 jam fokus pada biz.
\6) jangan terlalu leka dengan siaran tv yang kekadang makan masa 3 jam - hindustanlah tu.
7) kalau jenis suami yang tak suka rumah bersepah, lgi 10 min atau 5 min suami nak sampai rumah tu, baru kemas rumah...keh keh keh ( habislah pecah rahsia)..
banyak lagi tips,tapi ini yang biasa saya buat setiap hari. nak tahu lagi tips hebat untuk mereka yang bekerja di rumah, klik je #tsunamishaklee dan juga #hunt2shaklee.
semoga ia menjadi manfaat kepada anda semua!!!


KENAPA SAYA SUKA PADA DOWNLINE SAYA YANG SORANG NI

Downline saya ramai yang saya tahu kisah mereka. Tapi dalam banyak banyak tu..eh dalm ramai ramai tu ada seorang ni saya suka skodeng life dia.
.
.
.
Dia ni nak bantu mak dia yang sakit dan dia mencari duit tambahan untuk bantuan kewangan perubatan mak dia.
.
.
Dia pilih shaklee sbb katanya senang. X yah simpan stok. X yah nak keluar modal ribu ribu. Setiap bulan dia perlukan rm500 - rm1000 duit perubatan. Alhamdulillah..keperluan seharian buat dia sungguh sungguh nak buat.

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee


Untuk order klik sini: ORDER FORM Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: Siti Noriza | ID: 852453 Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 Email: sitinorizasaleh@gmail.com FB: Siti Noriza Binti Saleh * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, September 13

KENAPA PERLU PILIH SAYA SEBAGAI MENTOR SHAKLEE ANDA


Mencari mentor dalam biz shaklee?
Takut salah pilih mentor??
Tak tahu apa beza mentor dan upline?
.
.
.
Saya guide anda jika anda berminat untuk keluar dari comfort zone anda.
Saya guide anda dari segala segi strategi pemasaran anda.
Saya ada kelas blog sendiri, kelas instagran sendiri.
Saya guide anda untuk berjaya dan terus berjaya
Ia akan berlaku kalau anda MEMANG INGIN BERUBAH DAN BERSEDIA UNTUK MEMBUAT DIRI ANDA MENGGUNAKAN MASA 24 JAM DENGAN SEBAIK BAIKNYA!!!.
.
.
.
Group yang sangat best!!! Upline, downline dan sideline sangat membantu selagi anda ingin dibantu!!.
.
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Anda yang pilih siapa upline dan mentor anda!!!.

Monday, September 12

TIPS BIZ ONLINE

Namapun biz online kan..jadi kena buat sharing/iklan kat media sosial. Saya pilih fb, fanpages, instagram dan blog. Eh blog kira media sosial tak?
.
.
.
Tapi tapii...tak perlulah ngadap hp/laptop 24 jam. Memanglah keje lain tak siap.
.
.
Jadi rancang masa sebaik baiknya. Apa nak kena buat hr ni. Nak post pasal apa. Nak post time bila.
Bagi yang bekerja dan buat part time biz, boleh guna apps mcm buffer, hootsuite contohnya untuk schedulekan post post anda. Takdelah nak curi curi masa update post masa bekerja kan.
.
.
Selain itu, pastikan semua media sosial anda berupdate selalu. Ini untuk memastikan pelanggan menaruh kepercayaan pada anda. Bila pelanggan dah percaya, lebih mudah untuk mwreka membeli dengan kita.
.
.
#tipsbizonline
#hunt2shaklee
#tsunamishaklee


Sunday, September 11

KENAPA PERLU ADA LANDMARK STUDY


Selalunya ramai orang tak kisah pun pasal kajian keberkesanan sesuatu produk tu. Tapi, bagi pihak Shaklee ia sangat penting sebab ia adalah biz untuk masa jangka panjang. Yang mana biar semua generasi akan mendapat manfaat dari produk tersebut.

Landmark study ni dibuat selama 20 tahun oleh pihak ketiga yang mana ia diurus sepenuhnya oleh Dr Gladys Block dan kumpulannya dari Universiti California yang mana, Roger Barnett selaku pemilik masa kini perlu menerima apa jua hasil kajian dari team ini samada ianya memihak kepada Shaklee atau tidak.

Kenapa Roger Barnett berani untuk menyerahkan kepada team lain untuk melakukan study landmark ini?

sebab, beliau sendiri ingin tahu keberkesanan setiap produk yang dikeluarkan oleh pihak Shaklee itu lebih baik atau tidak dari suplemen lain. sedangkan pada masa sekarang ramai orang memperkatakan pengambilan suplemen bagus untuk kesihatan. Tapi tiada kajian yang dibuat untuk menentukan suplemen manakah yang lebih baik diambil untuk memastikan taraf kesihatan terbaik di capai.
oleh itu, shaklee telah menerbitkan jurnal penyelidikan secara saintifik. ini telah menunjukkan komitmen pihak Shaklee dalam penyelidkan dan pembangunan produk untuk memastikan keberkesanan setiap produk yang meeka ada.

pssttt.. sehingga hari ini, pihak shaklee sudah menerbitkan lebih daripada 100 jurnal penyelidikan saintifik tau.

#hunt2shaklee
#tsunamishaklee


Saturday, September 10

MACAMANA SAYA BOLEH TERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE

Dulu, beli set penyusuan shaklee. Tapi nak jadi ahli sbb nak harga murah. Keh keh keh. Saya ni memang suka daftar ahli macam macam hanya sebab nak dapat harga murah. Hampir setahun gak join shaklee tapi takdelah nak menjual sangat.
.
.
.
Sebabnya macam malu nak bagitau orang yang kita ni ahli shaklee. Dan takut nanti bila orang tanya macam macam kita tak tahu nak jawab apa. Jadi diam diam jelah. Hanya cerita keberkesanan set ni dalam blog. Masa tu takde fb lagilah. Hanya cari info pasal shaklee dari blog. Google punya google terjumpalah blog sorang acik ni. Ntahlah nape terfikir nak contact dia. Siap tanya lagi boleh ke daftar bawah dia sedangkan dia kat Miri dan saya kat johor? Then dia kata boleh je. Dia bantu nanti kalau ada apa apa soalan. Tanya sikit sikit akhirnya daftarlh saya dengan dia si cantik manis Azrin Mohd....
.
.gitulah kisahnya...takde pun orang yang ajak join ahli. Sbb th saya tak berani nak ajak Suzie Radzali join ahli gak. Ha ha ha.. tapi kini saya nak ajak semua join shaklee dengan saya....syok woooo


#tsunamishaklee
#hunt2shaklee



SIHAT DENGAN EAT CLEAN

Saya ni bab bersenam ni payah sikit. Tak de geng nak buat sama sama. Alasan kan??? Tapi betull...jadi saya cari geng yang sama sama jaga kesihatan tanpa ambil suplemen tapi dengan cara berbeza. ( dlm kes ni saya amik suplemen. Ha ha ha.
.
.
.
Saya join group eat clean anjuran kak Lailasani Ismail yang semakin slim melim tu. Jeles hokayyyy... jadi ai pun nak slim dengan cara dia. Eat clean dan bersenam!! Doakan saya slim juga macam dulu dulu..dapat jejak 50 kg pun dah hokayyy..suami janji nak bawak saya pilih barang kat habib jewel kalau berjaya!!! ..doakan saya hokay!!
.
.

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Tuesday, September 6

APA ITU IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIC PURPURA (ITP)?

lanjutan bercerita perihal customer yang disahkan penyakit IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIC PURPURA ( ITP ) siang tadi, buat saya teruja nak mengetahui lebih mendalam mengenai penyakit ini. Kali pertama dengar buat saya termenung seketika. Macam macam penyakit yang timbul pada masa sekarang atau saya sendiri yang tidak ambil peduli dengan penyakit yang ada disekitar saya. Ntah ntah ada ahli keluarga terdekat saya yang mengalaminya. Jadi, saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat melalui perbincangan sesama ahli kumpulan ( OSF ) dan juga melalui pembacaan. Mak, terhurailah APA ITU IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIC PURPURA (ITP) untuk pengetahuan semua.

sumber gambar : Google

APA ITU IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIC PURPURA (ITP)

dikenali sebagai penyakit imun yang mana berlakunya pengurangan jumlah platlet dalam badan dan menyebabkan muncul warna ungu seakan akan lebam di kulit. atau dikatakan membran mukus berubah warna keunguan.

platlet ini ialah sel sel yang beredar di dalam darah yang mana fungsinya adalah untuk "mengikat antara sama lain" apabila ia mengenal pasti saluran darah rosak ( luka ). Jadi ia sangat penting bagi membantu percepatkan berlakunya pembekuan darah.

keperluan platlet dalam tubuh seseorang dewasa ialah sekitar 150,000 mikroliter - 450, 000 mikroliter. Akan tetapi bagi kanak kanak pula sekitar 140,000 mikroliter-150,000 mikroliter. Bagi pesakit ITP ini, jumlah kiraan platlet mereka kurang dari sepatutnya. ini kerana badan mula mengenalinya sebagai benda asing yang mampu mendatangkan bahaya pada sel sel badan dan badan mula menghasilkan antibodi untuk menyerang platlet tersebut.

sekiranya seseorang mempunyai kiraan platlet melebihi 100,000 mikroliter, ia adalah seimbang. Sekiranya bacaan platlet sekitar 30,000 mikroliter, mereka boleh diselamatkan dan dipantau dalam masa 6 bulan. tetapi, jika platlet kurang dari 10,000 mikroliter, risiko yang bakal dihadapi ialah berlakunya pendarahan yang teruk dan jika tidak dirawat boleh membawa kepada kematian.
*sumber : www.danafarberbostonchildrens.org

BAGAIMANA ITP ITU BERLAKU
para doktor dan ilmuan masih mengkaji kenapa ia berlaku tetapi ada rumusan mengatakan , ia berlaku disebabkan :-

* pengambilan ubat ubatan yang tidak terkawal
* jangkitan kuman
* kehamilan
* gangguan penyakit imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE )

TANDA TANDA BERLAKUNYA ITP

* berlakunya lebam lebam di badan tanpa diketahui puncanya
* ada titik titik merah kecil pada kulit atau membran mukus.
* mudah berlaku pendarahan di hidung, mulut dan gusi
* mungkin juga berlakunya pendarahan semasa proses penghadaman atau kencing.

RAWATAN UNTUK PESAKIT ITP

ada beberapa rawatan yang boleh membantu meningkatkan tahap platelet pada kanak-kanak yang menghidap ITP ini, tetapi tidak ada ubat. ini kerana majoriti kanak-kanak ini akan secara beransur ansur pulih dalam beberapa hari, minggu atau kadang-kadang bulan, dengan atau tanpa rawatan.

rawatan yang paling biasa ialah:

Steroid (biasanya prednisone) - untuk mengurangkan buat sementara waktu pengeluaran antibodi dan meningkatkan kiraan platelet dengan memperlahankan kadar di mana limpa memusnahkan mereka.

Rawatan lain untuk ITP mungkin termasuk:

pembedahan untuk membuang limpa (splenectomy) - dianggap lebih kerap pada kanak-kanak yang sudah dikategorikan  ITP kronik.


SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK MENAIKKAN PLATLET 
dalam bidang nutrisi, ada sesetengah suplemen yang membantu menaikkan platlet darah ini. Tetapi tidak semua suplemen sesuai diambil oleh pesakit ITP ini. nanti saya terangkan lebih lanjut.

saya nak share testimoni pesakit ITP yang telah berusaha dengan mengambil VIVIX.


" tapi selepas 2 minggu ambil vivix dia follow up. Alhamdulillah ada positif. sebab sebelum tu platlet dia x stabil. cuti ni 15hb diada appoinment sml. mudah mudahan dia terus stabil.

anak akak tu pernah sebulan x boleh berjalan. ITP tu hit kat saraf blkg dia. 3 buln lebih dia x sekolah. ubat 2 mcm2 doktor buat. vivit tu alhamdulillah usaha dan ikhtiar kita.

Anak pun dgn izinNYa alhamdulillah. dia makan nutriferon dan vivix je. syukur. doktor pun dah sahakan dia normal. cuma stkt ni platlet dia x lebih dari 200. masih follow up HUKM tp dah jarak 8-10 weeks"

Alhamdulillah kan?

jika anda pesakit ITP atau orang kesayangan anda ada penyakit ini, cubalah ikhtiar VIVIX dan NUTRIFERON ini. nanti saya share lagi testimoni pesakit ITP yang lain pula. Jika inginkan produk ini, boleh buat pembelian secara online melalui kad kredit atau kad debit dengan klik link di bawah ini.,


Atau jika anda berada di sekitara Kota Tinggi, felda Pasak, Felda Air tawar 3,felda Air tawar 2, anda boleh mendapatkannya secara terus dari kami, kerana kami merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi yang aktif sejak tahun 2011.

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, September 4

CARA HINDARI VIRUS ZIKA

sana sini orang sibuk perkatakan tentang virus Zika yang sudah dikesan berada di Malaysia. Ia menjadi panik buat semua orang lagi lagi ibu ibu yang tengah mengandung. Dahlah sebelum ni panik dengan denggi yang sumbernya juga dari nyamuk. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kesihatan agar masalah denggi dapat dikurangkan. kini muncul pula masalah virus Zika yang juga dari nyamuk. 


Jom kita baca pendapat Dr Fyda mengenai cara hindari virus Zika,

"Sekarang banyak orang panik sebab virus Zika & sekarang ni dah ada kes kat Malaysia & katanya virus tempatan sebab orang tu tak pernah keluar negara pun.
Zika ni sama la macam denggi, tak ada ubat atau vaksin, jadi bergantung pada sistem imun kita untuk lawan jika dijangkiti.

Nutriferon tak adalah kajian mengatakan dia boleh melindungi daripada virus denggi atau zika, tapi ada 6 sebab kenapa mesti pilih Nutriferon untuk perisai tubuh:

1. Terbukti daripada kajian ke atas manusia - campuran fitonutrien yang berkesan & selamat memberi sokongan imun yang tepat pada peringkat sel.

2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi. Interferon adalah kumpulan protein yang sangat penting dalam sistem imun tubuh & paling mahal.
Interferon dihasilkan secara semulajadi dalam badan. Sekarang ada ubat interferon digunakan untuk merawat Hepatis B, AIDS dan kanser.

3. Dicipta oleh penemu interferon - Dr Yasuhiko Kojima yang menemui interferon pada tahun 1954.

4. Rumusan berpaten yang ekslusif. Sebelum dipasarkan Nutriferon telah melalui set2 ujian yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan & prestasi.

5. Dikaji selama 40 tahun. Menggunakan berjuta2 sebatian sebelum Dr Kojima menemui ekstrak 4 tumbuhan yang boleh meningkatkan interferon secara semulajadi.

6. Sejak Nutriferon dibangunkan, beberapa kajian klinikal ke atas manusia telah mendokumenkan keberkesanan suplemen ini. Dimuatkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Complementary Medicine - mengetengahkan pelbagai faedah Nutriferon.

Tulisan.dr fyda NoH 
.

Ini pandangan dari seorang doktor yang memberi kita panduan sebagai cara hindari virus zika dari terkena kepada kita dan anak yang bakal dilahirkan akan mendapat kesannya.

inilah nutriferon yang diperkatakan.


HARGA : RM182 ( ada 30 sachet )

anda boleh mendapatkan produk ini terus melalui pembelian online ( boleh menggunakan kad debit atau kad kredit ) dengan klik icon di bawah :-


Atau jika anda berada di sekitara Kota Tinggi, felda Pasak, Felda Air tawar 3,felda Air tawar 2, anda boleh mendapatkannya secara terus dari kami, kerana kami merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi yang aktif sejak tahun 2011.

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Saturday, September 3

PROMOSI SEPTEMBER 2016

Salam September. Sekejap je masa berlalukan? Seperti kebiasaan, pihak Shaklee akan membuat promosi untuk produk yang terpilih. Kali ini adalah produk ESP ( energizing Soy Protein ) dan juga Sr Vitamin C.



BELIAN 7 CANISTER ESP PADA HARGA RM954!! JIMAT RM150



BELIAN 7 BOTOL SR VITAMIN C PADA HARGA RM588.30. JIMAT RM92!!




BELIAN 2 CANISTER ESP DENGAN DISKAUN 5%



BELIAN 2 BOTOL SR VITAMIN C DENGAN 5%

Promosi berlansung sepanjang bulan September 2016!! jadi jangan lupa untuk mendapatkan 2 produk ini sebelum terlambat. opss jangan risau, bulan ini saya akan share manfaat kedua dua produk ini serta juga testimoni dari pengguna kedua dua produk ini. stay tune!!!

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




Suami support

Suami saya walaupun support biz saya.. x kiralah biz apa yang saya buat sejak dari dulu pun. Ha ha ha..dia memang tak masuk campur. Tapi yerlah..saya pun tak penah appreaciate dia dalam biz saya kn. Jadi dia pun mungkin rasa dia tak dihargai. Sehingga saya terjebak dengan Shaklee. Kes saya terjebak dengan Shaklee ni pun sebab dia asyik suruh saya beli susu formula untuk zafran. Ha ha ha..nyampah tau!!! Then saya mula menjebakkan diri dengan shaklee. Bila stok EBM saya mula je berkurangan dia akan cakap " nak beli susu formula dah ke? Stok dah susut ni".  See???
.
.
Lepas saya buat keputusan nak fokus dengan shaklee, dia takdelah cakap tak boleh..macam biasa dia buat derk je. Sehingga saya dapat award pertama saya pun dia tak layan permintaan saya nak g amik award..marah gak dalam hati..tapi masa tu saya tak tahu kenapa dia tak nak support saya.
.
.
Masuk tahun kedua, saya baru perasan yang bonus shaklee ni saya makn sorang sorang. Tak share pun dengan dia. Makan sendiri bonus tu..keh keh keh. Then saya bagitau nak benti keje. Dia kata boleh asalkan saya dapat lebih dari gaji saya dan hutang besar besar macam kereta, personal loan dah habis bayar. Setahun saya struggle nak selesai semua dan saya cakap..saya nak anto notis benti keje pada november. Ha ha ha.
..
.
.
Selepas saya share bonus dengan suami, dia mula buka mata. Rajinlah ikut kalau saya ajak.. tidur hotel ke. Gi jumpa anak cucu shaklee ke. Atau jalan jalam dengan family. Sekarang pun suami dah boleh cod vitamin pada cus, ambilkan stok di branch shaklee dan berikan saya pinjam modal kalau saya stuck.. kui kui kui.
.
.
Suami ni dia bukan tak sokong..dia sokong..tapi dia tak nak tengok kita penat atau buat macam macam tapi takde hasil dan dia rasa dia tak dapat apa apa pun. Tapi bila dia dah sokong kita, kita dsh tunjuk apa yang kita dapat, dia akan bantu sepenuh hati dia tanpa berkira. Suami kita cara dia berbeza. Tak sama dengan suami orang lain. Suami saya memanglah takkan tengok komputer untuk update blog. Apatah lagi fb. Tapi dia support dan bantu saya dari segi lain. Emosi, dorongan dia buat kita lagi kuat!!.
.
.
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#nantiaibelikanukeretaremotecontrol

Friday, September 2

BETUL KE ESP NON GMO

Kenapa saya yakin yang ESP shaklee nii non gmo?
Dr Forrest Shaklee sendiri tidak percaya dengan amalan membasuh soya dengan alkohol sebab ia akan buat kacang soya itu rosak. Cara untuk menghasilkan protein soya juga dititikberatkan. Tidak mwnggunakan suhu yang tinggi bagi mengelakkan nutrisi kacang soya hilang atau berkurangan.
.
.malahan, kacang soya yang ingin digunakan untuk membuat protein soya dijaga sejak dsri awal untuk mengelakkan dari disembur bahan kimia, penghantaran ke kilang untuk pemprosesan juga di jaga sehinggalah ia keluar sebagai prpduk akhir untuk diminum.
.
.
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee

Thursday, September 1

CANTIK DENGAN SET CANTIK

Hah...hanya orang yang pernah alami kulit bermasalah macam ni je tau apa perasaan bila dah try macam macam produk tapi takde kesan. Stress tau jadinya.
.
.
.
Ni saya berkongsi testimoni pengguna set cantik dan konsisten amalkan suplemen ni. Kalau orang cakap hah!!!! 3 tahun baru dapat kulit macam tu, taklah high class sangat prpduk shaklee ni. Hellooooooooo.... ia merawat dari dalam tau. Singkirkan sel sel mati dan suburkan sel sel baru untuk kulit jadi lebih cantik dan mulus dari sebelumnnya. Selamat sangat produk ni. Xdelah ada kesan sampingan.eh.ada...selain kulit makin cantik, badan makin sihat. Berat badan makin sesuai dengan BMI badan. Silap silap body age lagi muda dari usia tauuu..
.
.
.
#tsunamishaklee
#hunt2shaklee



Untuk order klik sini: ORDER FORM Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: Siti Noriza | ID: 852453 Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 Email: sitinorizasaleh@gmail.com FB: Siti Noriza Binti Saleh * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015