Monday, January 2

4 TIPS KEKAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

Bila kita mengandung, kita akan rasa kita perlu makan banyak sebab kononnya kita makan untuk 2 orang. Betul tak? 😄 kak ct pun pernah alami situasi macam ni. siap terfikir lagi, alah nanti masa pantang bolehlah kurus balik. anak yang dikandung pun dalam 2-3 kg. senang je nak turunkan berat badan tu. Tapi, risiko lain tak pulak pernah Kak Ct terfikir boleh terjadi.


antara risiko bila kita obesiti semasa hamil ni akan mendatangkan kesan pada ibu dan bayi itu sendiri. setiap wanita yang hamil akan mengalami komplikasi tersendiri. malah, jika kita tidak mengawal berat badan semasa mengandung, maka kita akan berdepan dengan risiko obesiti. bila kita mempunyai masalah obesiti ini, kadar risiko semasa mengandung atau ketika bersalin dan selepas bersalin agak sukar untuk diramal kerana semakin tinggi kadar obesiti individu, semakin tinggi kadar risiko yang bakal dihadapinya.

Jadi, hari ini, kak Ct tak nak berkongsi berkaitan obesiti semasa mengandung, tetapi kak Ct nak berkongsi 4 tips kekal berat badan semasa mengandung. Ia adalah secara umum dan artikel ini untuk mereka yang tidak mempunyai apa apa komplikasi semasa mengandung.

4 TIPS KEKAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

1- jangan ambil minuman manis setiap kali minum!! gula putih dalam air manis akan menyumbang kepada penambahan berat badan secara lansung. Kalau inginkan minuman manis boleh bertukar ke stevia ( pengganti gula ) yang lebih selamat.

2- amalkan memakan daging tanpa lemak, daging ayam dan ikan. Ibu mengandung disarankan mengambil satu hidangan ikan berminyak seperti ikan tuna segar, ikan tenggiri atau salmon sekali dalam seminggu. Walau bagaimanapun, anda perlu mengelak dari menikmati lebih daripada dua hidangan steak tuna atau empat tin tuna dalam seminggu. Hidangan ini mengandungi kandungan merkuri yang tinggi dan ia boleh menimbulkan kesan tidak baik kepada bayi dalam kandungan anda.

3- Makanan tinggi serat seperti roti gandum penuh atau pasta, beras perang, kacang pis, kekacang dan oat sangat membantu sebagai penambah tenaga untuk anda. Makanan makanan ini boleh memberi tenaga untuk anda tanpa menambah nilai kalori dalam tubuh. serat pula sangat penting untuk mengelakkan masalah sembelit di kalangan ibu ibu semasa mengandung. 

4- ingat kepada peraturan wajib elak ini - elakkan daripada memakan coklat, hirisan kentang yang digoreng, biskut biskut dan kek untuk mengawal jumlah kalori dalam tubuh anda. Untuk membakar kalori yang berlebihan, anda perlu bersenam seperti berjalan, aerobik akua yang khas untuk ibu mengandung, berenang dan yoga. Inilah antara senaman senaman yang sangat berkesan untuk mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat sepanjang tempoh mengandung.

selain itu, Kak Ct mencadangkan ibu ibu yang mengandung untuk mengambil makanan tambahan sepanjang tempoh mengandung untuk membantu ibu ibu kekal sihat dan cergas sepanjang masa. makanan tambahan yang kak ct cadangkan ialah pengambilan Omega Guard yang sangat penting unuk perkembangan bayi yang dikandung. Selain itu, pengambilan zat besi yang terkandung dalam Vitalea juga penting untuk anda. ia membantu anda mengekalkan tahap kepekatan darah dalam badan semasa tenmpoh mengandung serta keperluan Acid folic yang sangat penting.

Nanti kak ct huraikan lagi mengapa ibu ibu yang mengandung perlukan makanan tambahan ini pada artikel yang lain pula.


Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENJAGA KESIHATAN PAYUDARA

Hai..hari ni kak Ct nak berkongsi kepada semua 3 langkah mudah untuk menjaga kesihatan payudara. Umum mengetahui yang kanser payudara antara sebab tertinggi kematian yang berlaku kepada wanita. jadi masalah kesihatan macam ni perlu Kak Ct sebarkan pada umum tak kira wanita atau lelaki. Setiap dari kita perlu ambil berat kerana kanser ini jarang sekali dapat dikesan pada peringkat awal.

apa 3 langkah mudah itu?

1- LIHAT
2 - RASA
3 - RESPON

LIHAT
bagaimana melihat perubahan pada payudara?
- sepanjang pemeriksaan anda hendaklah berpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payudara di cermin.
- letak tangan di sisi
- angkat kedua tangan ke atas kepala anda
- letakkan tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke hadapan

RASA
Bagaimana merasa perubahan pada payu dara?
- rasa setiap payu dara
- gunakan tapak jari jari untuk memeriksa benjolan atau penebalan
- gerakkan jari ke seluruh payu dara termasuk puting dan ketiak
- ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi.

RESPON
dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda tanda penyakit payu dara jika :-
- perubahan warna dan tekstur
- perubahan bentuk dan saiz payu dara
- lelehan yang tidak normal dari puting
- sakit payu dara yang berterusan
- terasa ketumbuhan/ketulan di payu dara

jadi, bila anda selalu membuat 3 langkah mudah untuk menjaga kesihatan payu dara ini anda lebih berpeluang untuk mencegah/mengurangkan risiko kanser payu dara ini. Anda alert akan kesihatan anda dari awal, ia mampu mencegahnya.

Nanti Kak Ct masukkan gambar dengan lebih detail untuk memudahkan pemahaman kita semua.

sumber : kementerian kesihatan Malaysia

Sunday, January 1

DRAMA KOREA : GOBLIN ( GUARDIAN : THE LONELY AND GREAT GOD)


SELAMAT TAHUN BARU!!!!

sempena tahun baru ni, Kak Ct nak jadi diri Kak Ct yang sebenar. Nak kongsi apa yang Kak Ct suka buat, suka jual, suka apa apalah. he he he..jadi, sempena dengan itu juga, Kak Ct buka 1 lagi link iaitu DRAMA KOREA. ha ha ha, terjebak sudah!!!!.

kak ct ni bukan peminat drama bersiri atau filem. Tapi, disebabkan Kak Ct mencari diri Kak Ct balik yang hilang ( chewah ), Kak Ct usahakan diri menjebakkan diri menjadi peminat drama korea ni. ha ha ha..dannnnn yang berjaya tawan hati Kak Ct saat ini ialah DRAMA GOBLIN, GUARDIAN : THE LONELY AND GREAT GOD yang masih lagi ditayangkan di ASTRO 394 ( TVN) kalau tak silap kak Ct. tapi ia hanya pada hari Sabtu dan Ahad saja. stress tak??? Kak Ct memang stress lah sampai macam tau je apa penghujung ceritanya, geram sangat!!!..


*gambar dari google

ini posternya. Si hensem Gong Yoo dan Kim Go Eun sebagai pelakon utama. eh, tiba tiba jatuh cinta dengan lakonan Gong Yoo ni dalam filem Train To Busan ( Filem Korea ) yang katanya masih ditayangkan di negara negara luar dari Korea. mendapat sambutan hangat sangat. start dari tu, Kak Ct suka dengan kelebihan aktor ni berlakon. Tapi tak sangka pulak drama Goblin ni pula menaikkan lagi taraf lakonan Gong Yoo. Jadi, apa lagiiii....teruslah Kak Ct terpikat dengan drama ni. kalau rasa tak sabar sangat nak tunggu astro, kak Ct sangguplah ke www.dramalove.com untuk tengok episod yang terkini. ok, meh kak Ct ceritakan sedikit berkenaan drama Goblin ni.

RINGKASAN DRAMA KOREA ( Dari pandangan Kak Ct dan pembacaan di google ) sebab cerita ni belum tamat lagi.

* sumber : google

Dibintangi oleh pelakon pelakon hebat korea, yang diterajui oleh Gong Yoo sebagai Goblin atau Pelindung, Lee Dong Wook sebagai malaikat maut, Ji Eun Tak sebagai pelajar yang ditakdirkan menjadi isteri Goblin dan Yoo In Na sebagai tuan kedai di tempat Ji Eun Tak bekerja.

Ceritanya bermula apabila mereka semua ini dilahirkan semula selepas kehidupan yang lepas ( nama pun cerita fantasi kan?) dan Goblin telah ditakdirkan untuk hidup selama lamanya selagi tidak berjumpa dengan pengantinnya. Goblin atau namanya Kim Sun adalah seorang jeneral yang hebat di zaman pemerintahan raja pada waktu itu. Beliau sentiasa memenangi pertempuran yang diketuainya. Sehinggalah apabila pemerintahan raja bertukar tangan dan dia dianggap sebagai pemberontak dan dihukum bunuh. Akan tetapi disebabkan sumpahan dari pedang yang ditusukkan ke badannya, pedang itu hanya akan boleh cabut oleh pengantinnya dan selagi ia tidak dicabut, Goblin akan kekal hidup selama lamanya.

masa ini, goblin berumur 938 tahun. selama itu dia mencari seseorang yang nampak pedang di badannya dan boleh menarik pedang itu keluar dari badannya. selama tempoh mencari itu, beliau menjadi penjaga kepada mereka mereka yang teraniaya atau mengalami kesulitan dalam hidup. Beliau juga mampu melihat masa depan orang lain hanya dengan melihat mereka. 

Setelah berada di korea, akhirnya beliau menjumpai pengantinnya dan disinilah bermula dan berkembangnya plot drama ini. Menariknya, lakonan Lee Dong Wook sebagai Wang Yeo yang menjadi malaikat maut duduk satu rumah dengan goblin. mereka bergaduh dan tidak sukakan antara satu sama lain, tetapi mula menjadi rapat dan bff. ha ha ha. kak ct suka bila scene mereka berdua. tak kiralah time bergaduh ke, time berbaik baik ke, ada chemistry antara mereka berdua ni. memang gandingan hebat 2 aktor ni. tengok tau cerita ni, syok giler. ( maaflah cter ni takde kiss kiss macam cerita lain dan sesuai untuk 1 family tengok). adegan peluk peluk antara pelakon lelaki dan perempuan pun kurang,. dalam 8 episod, baru sekali kak ct perasan Goblin peluk pengantinnya.

ok, sambung lagi. dan malaikat maut ni pulak, dia memang tak boleh ingat benda benda lepas walaupun umurnya dah 300 tahun, tetapi, kuasanya pula, boleh melihat masa lepas orang lain dengan memegang tangan orang tersebut. Yoo In Na pula menjadi penyeri dalam drama ini apabila cuba menjadikan malaikat maut sebagai boiprennya. dan dalam episode 9, malaikat maut telah dipegang oleh Yoo In Na ini dan dia dapat melihat masa lepas Yoo In Na ( a,k.a sunny) dan tidak terjangka yang sunny adalah adik kepada goblin pada kehidupan yang lepas. 

apa kesudahannya?? ada lagi 6 episod untuk kita tau jalan penghujungnya. tak sabar sangatt. kalau korang nak tengok drama ini dengan sarikata bahasa melayu, boleh ke website www.kbergetar.com . admin web tersebut akan update semua drama drama menarik di astro untuk tontonan kita semua.

jom sama sama terjebak!! ada satu lagi drama korea lakonan Lee Min Ho yang sedang ditayangkan iaitu THE LEGEND OF THE BLUE SEA. pun dalam grene fantasi. Tapi kak ct tengok cerita ni sorang sorang atas kapasiti 18SX. he he he..taklah sx sangat, cuma banyak adegan kiss kiss dan kak ct tak brapa suka jalan ceritanya yang banyak sangat orang jahat. ha ha ha..kak ct tak suka cerita cerita macam tu. suka yang santai santai macam goblin ni.

okey!!.nanti kak ct update lagi drama Goblin ni tau..siapa peminat Gong Yoo dan Lee Dong Wook sila komen!!! ha ha ha.


Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015