Friday, October 31

RELAKTASI - tidak semudah mengungkapkannya


Relaktasi ialah proses menyambung semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Sebab sebab ibu mahu memulakan relaktasi antaranya ialah bayinya tidak boleh menerima susu formula (formula intolerance), keadaan kesihatan ibu dan anak, perubahan rumah mahupun tempat kerja dan keinginan untuk menyusukan semula anak selepas bercerai susu(weaning) terlalu awal.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1.  Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2.  Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)

Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
•   Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
•   Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
•   Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.
Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti.
Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.
Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.
  
Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
•  Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
•  Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
•  Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
•   Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
•  Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
•  Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
•   Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
•  Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?

• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.

Nota Luna : Penyusuan Susu Ibu secara eksklusif adalah TIDAK MUSTAHIL walaupun bayi sudah diperkenalkan dengan susu formula.


kredit :


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

Thursday, October 30

PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI : MEALSHAKE - WALAUPUN MAHAL, TAPI BERBALOI..

MEALSHAKE...

Bagi ibu-ibu yang risaukan anak mereka kurang makan, selalu selsema, selalu batuk-batuk, tak salah anda mencuba produk ini....produk ini memang sesuai untuk anak-anak anda..

mealshake


ini antara testimoni seorang pengguna mealshake...beliau risaukan anaknya yang tak nak makn dan susah nak makan..

*klik utk membaca...


dengan pengambilan mealshake yang berterusan dan berdisplin, pasti masalah tidak lalu makan, cerewet memilih makanan atau pun, kurang berat badan bagi anak-anak, dapat di atasi.

jom kita tengok apa kandungan mealshake ini.

 Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.


Mealshake ialah gabungan mukltivitamin, multimineral dan protein soya yang membekalkan keperluan nutrisi anak-anak yang sedang membesar. Amat sesuai untuk anak-anak yang aktif, memilih makan, kurang selera makan, sibuk beraktiviti dan yang memerlukan sokongan untuk menguatkan imuniti.
Terdiri dari gabungan bahan2 semulajadi yang diproses dengan kaedah natural agar lebih mudah diterima oleh tubuh tanpa kesan sampingan.

Saper yang sesuai mengambil MEAL SHAKE  SHAKLEE?
  • Anak-anak yang kurang berselera untuk makan
  • Anak-anak yang tidak suka makan vitamin dalam bentuk pil
  • Anak- anak yang cerewet dengan makanan
  • Yang mempunyai masalah sembelit
  • Yang mempunyai masalah asma ( utk kanak-kanak, mestilah berusia setahun ke atas )
  • Yang mempunyai masalah kesihatan ( demam panas, selsema, batuk-batuk )

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

PENYUSUAN SUSU IBU - FAEDAHNYA



"semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun"

FAEDAH- FAEDAH SUSU IBU UNTUK BAYI :-
  1. Mengandungi bahan pencegah jangkitan (antibodi).
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak.
  8. Menggalakkan tumbesaran.
  9. Penghadaman yang mudah.

FAEDAH -FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU :-
  1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  3. MEngurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membatu menjarakkan kelahiran.
  5. Menjimatkan masa dan wang.
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan.


PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI : TESTIMONI ALFALFA

Bagi wanita yang sudah berkahwin atau belum, keputihan menjadi satu masalah yang sangat merisaukan anda....anda pasti tidak selesa, malu bila bersama dengan suami, dan pastinya pelbagai

cara anda lakukan untuk mengatasinya... jom kita baca artikel ini ;; kredit to : mamafaiz

Keputihan ni adalah normal di kalangan wanita jika ia hanya lendir putih, jernih ,cair tidak berbau dan tidak berasa gatal... Tetapi keputihan itu boleh dikategorikan sebagai bermasaalah apabila ia bersifat pekat, berwana putih kekuningan, berbau, diiringi rasa gatal2.. Jgn anggap ianya masalah kecil ya. .. ataupun akan hilang dgn sendiri.. Tahukah anda masalah keputihan ni disebabkan jangkitan kulat. Jika ia tak dirawat, tak mustahil ia akan merebak dan menyerang organ2 penting dlm badan... Malah yg lebih teruk, ia mampu merebak ke pasangan kita..Dimana kesannya organ seksual lelaki juga turut akan berasa gatal,melecet dan kemerahan..

Okey setelah tahu apa itu keputihan dan bahayanya ia... mari kita baca pengakuan mereka pula.. dgn izin empunya badan.. saya kongsi dibwh ini.. ini hasil dari yg mereka share di Group ekslusif tertutup utk customer2 kami...


_________________________________

Zakiah Zainol okay...no wonder la kali ni lepas abis pantang saya takder masalah macam rasa tak sedap dan discharge yang agak tak best...selalu lepas pantang jer mesti nak ambik bxxxxi. But not this time. I tak nak ambil any jamu cos malas nak campur2

Dilla Jalil alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!! ♥
________________________________________________
Ehem ehem... pengakuan jujur Dilla tu mmg kisah benar... Tahukah anda Alfalfani mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). ..Jadi jika rasa rasa mcm teruja nak cuba.. silakan yaa

Di bwh ini pula saya share kembali beberapa feedback.. juga ttg masalah keputihan..

Pn Lyn:. (dari link ini )

".....saya perasan pas mkn vitamin shaklee ni, keputihan saye dah kurang & makin takde....gembira sgt2....

Pn Yati :.. (dari link ini )
".......dah start mkn alfafa nie tah bila tah lupa tp tu trial je..xpot pun kesan dia sbbtarget utama nak bykkan susu..smlm mkn alfafa slps sarapan 2 biji lps lunch 2 bijik... blk umah nak mandi eh keputihan nie xde ketul2 la..saya punye keputihan bukan jenis melelah kena panties tu tp jenis tgal kat dlm..terkejut gak xde ketul langsung..dah pakai ubat klinik dah beberapa kali dah2hehehe..sbb apa jadi keputihan nie?aku pun tak tahu..semua wanita ada keputihan ke ye? ke aku je?huhuhuhuhuh sedih2...tu td sms kak cery betul ke alfafa nie blh kurang keputihan..dia kata ye

Pn Dilla (dari link ini)


"....Semenjak mama mengamalkan


masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!
__________________________________________________


Itu dia antara secebis pengakuan beberapa org yg dah rasai kehebatan Alfalfa.. actually byk lagi testimoni mengenai Alfalfa dari segi keputihan dan keintiman ni.. cuma ia bersifat personal...jadi tak dpt disiarkan di blog ini.. :-).. Pendek kata.. anda cuba dulu.. baru anda percaya.. belum cuba belum tahu.. kan kan,...



Alfalfa


Merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil,bioflavonoid,pelbagai mineral dan vitamin.Tidak mengandungi fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

MAKANAN MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT

bagi-bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin, selalu menghadapi msalah keguguran rambut.. Apatah lagi bila anak sudah mula main "buih"...tapi, ianya mungkin hanya mitos sajaa....apa yang perlu anda tahu adalah, hormon dalam darah anda mengalami perubahan semasa mengandung dan setelah melahirkan...tapi anda jangan PANIK.....anda tidak akan botak...setelah bayi anda menyambut ulang tahun pertama, rambut anda sudah mula normal.

Dan anda ada pelbagai cara untuk mengatasinya...salah satu carkan hanya adalah melalui pemakanan.  Makanan sangat penting kerana vitamin, sumber mineral dan galian dalam pemakanan tersebut, mampu menyimbangkan hormon dalam badan anda.




TELUR DAN DAGING AYAM :-

- sebahagian besar rmabut berasal daripada protein.  Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.


GANDUM :-

- Makan gandum secara teratur, bukan saja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur.  BUah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin.  Mineral tersbut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambt sehingga mencegah keguguran rambut.




SAYURAN HIJAU :-

- Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C.  Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.



BUAH-BUAHAN SEGAR :-

- Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.



MAKANAN LAUT :-

- Kandungan zink pada makanan laut seprti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut.  Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.


tapi, bagi anda yang tidak gemar akan makanan laut,anda ada alternatif lain...lagipun, pengabilan berlebihan makanan laut, sangat bahaya untuk badan.




Oleh sebab itu, saya syorkan anda mengambil Zink.

 Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.


Fungsi Zink :_

Kebaikan: manfaat kesihatan yang paling penting zink adalah seperti berikut :

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser .
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut .
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
So bagi anda yang mengalami keguguran rambut, bolehlah mencuba Zinc Complex.  Selain itu, Zinc juga amat baik untuk proses penyembuhan luka... Sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang, atau mereka yang baru lepas menjalani pembedahan.  Zinc juga amat bagus untuk kesuburan.
kredit to : sue

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

Wednesday, October 29

PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI : TESTIMONI SET PENYUSUAN


kita baca testimoni hebat dari customer yang mengambil SUPPLEMENT DARI SHAKLEE..


kredit to azrin

SUPPLEMENT memang mengujakan!  
Hasilnya?Sangat menakjub kan :) Tak percaya? Jum baca kisah MummyZha bersama SUPPLEMENT SHAKLEE ini.
Setelah seminggu mencuba supplement, saya tak sabar-sabar lagi hendak menulis testimoni. Bila fikir-fikir balik, saya tangguhkan dulu. Nanti orang tak percaya pulak, takkan seminggu dah ada kesan. Sekarang , setelah lebih sebulan, berbaloi rupanya bersabar. Lebih banyak yang saya boleh kongsi rupanya, memang MELANGKAUI JANGKAAN..
Terus-terang saya katakan, tujuan utama saya mencuba TRIPPLE M memang untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Setelah bayi berusia 7 bulan, saya mula didatangi haid semula dan kemudian saya terpaksa berjauhan dengannya selama hampir 2 minggu kerana tugas. Akibat kesukaran mengepam secara konsisten semasa di lapangan, kuantiti susu perahan semakin berkurangan. Saya semakin tertekan bila mendapati stok susu perahan sebanyak hampir 600 oz telah hampir habis semasa ketiadaan saya.
Saya cuba membaiki keadaan dengn melakukan ‘power pumping’ dan bercuti untuk bersama bayi bagi merangsang penghasilan susu. Tetapi keadaan tidak banyak berubah, saya cuma mampu memperolehi maksimum 6 oz susu sehari untuk 3 kali sesi perahan di waktu siang. Saya menjadi panik bila bulan puasa menghampiri dan stok susu perahan pula hampir habis.
Akhirnya saya mengambil keputusan mencuba set Tripple M setelah membuat sedikit ‘research’ di internet.
Saya amat terkejut dengan hasilnya yang boleh dikatakan cepat. Bayangkan, sesi perahan pertama selepas saya mula mengambil set ini (kira-kira 6 jam sebelum memerah); susu perahan yang diperolehi adalah sebanyak 6 oz berbanding 3 oz pada sesi sebelumnya. Lebih mengujakan bila susu perahan tersebut begitu berlainan dari biasa – lebih pekat,berwarna kuning kehijauan dan lebih hampir kepada warna kolostrum. Hari-hari seterusnya semakin menenangkan dan menggembirakan, pengeluaran susu bertambah sehingga maksimum 12 oz bagi satu sesi perahan. Sesekali saya mengalami bengkak susu bila terlewat memerah, setelah berbulan-bulan tidak melaluinya.
Selepas bersalin, saya mengalami masalah kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan serta kerap kejang kaki di waktu malam. Rambut saya juga banyak gugur sejak melahirkan anak pertama dan semakin banyak selepas anak kedua ini. Stamina badan berkurangan, saya keletihan setiap kali balik kerja dan terus tidur selepas memasak makan malam serta menidurkan anak.
Walaubagaimanapun, perubahan ketara saya rasakan selepas 2 minggu mengambil supplement. Masalah kebas dan kejang tiada lagi, rambut semakin kurang gugur dan saya tidak lagi mengalami keletihan yang melampau. Lebih menggembirakan bila suami menegur, saya semakin ceria, kurang stress dan ‘energetic’ dalam menguruskan rutin seharian termasuk ‘melayan suami’…
Bonusnya pula, berat badan saya menurun 2 kg walaupun menu sarapan, makan tengahari dan makan malam saya adalah nasi. Saya tak berniat langsung menurunkan berat badan, tapi mungkin masalah sembelit yang dihadapi sejak remaja sudah tiada lagi sejak sebulan ini. Oh, sebelum terlupa… Saya juga tidak lagi gatal hidung dan bersin di waktu pagi sejak kebelakangan ini.. supplement ini  bagi saya Meyakinkan, Mengujakan dan Melangkaui jangkaan!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



jika anda berada di sekitar Kota Tinggi dan perlukan produk ini dengan segera, boleh hubungi kami kerana kami merupakan pengedar shaklee terbaik di kota tinggi, johor :)

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015