Thursday, October 30

PENYUSUAN SUSU IBU - FAEDAHNYA



"semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun"

FAEDAH- FAEDAH SUSU IBU UNTUK BAYI :-
  1. Mengandungi bahan pencegah jangkitan (antibodi).
  2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
  6. Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak.
  8. Menggalakkan tumbesaran.
  9. Penghadaman yang mudah.

FAEDAH -FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU :-
  1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan.
  2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  3. MEngurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membatu menjarakkan kelahiran.
  5. Menjimatkan masa dan wang.
  6. Mudah dan tidak perlu persediaan.


No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015