Thursday, May 12

KENALI PENYAKIT BIPOLAR DISORDER

tahukah anda dengan penyakit BIPOLAR DISORDER? Pernah dengar? atau ini pertama kali mendengarnya. Hah, samalah dengan saya. Sebabnya bila ada seorang customer ini menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan dan cadangan suplemen untuk penyakitnya iaitu BIPOLAR DISORDER. alamak? kelam kabutlah saya menGoogle mengenai penyakit ni. Bila dah cari cari dan membacanya, barulah saya faham. Jadi, apakah BIPOLAR DISORDER itu?



Bipolar Disorder atau juga dikenali sebagai mania-kemurungan ( manic depressive illness ) adalah penyakit yang membabitkan mental dan perubahan mood dan perasaan yang tidak menentu dan melampau sehingga menjadi tidak terkawal. perubahan yang terlalu drastik dari perasaan gembira dan sedih akan membuatkan diri pesakit tidak boleh mengawalnya malahan akan mengganggu kehidupannya dan jika tdak dirawat, pesakit mungkin akan membunuh diri.

Dianggarkan sebanyak 1.2% daripada populasi yang berumur 18 tahun ke atas didapati mempunyai masalah penyakit bipolar. Kebiasaannya, masalah bipolar mula berlaku pada tempoh lewat remaja iaitu di antara umur 17 tahun dan 21 tahun. Tetapi ada juga mereka yang sudah mengalami simptom awal bipolar semasa kanak-kanak lagi dan ada juga pesakit yang lewat mengalami simptom tersebut.

Simptom-Simptom Bipolar?
Tanda-tanda awal masalah bipolar seringkali tidak dikesan atau dikenalpasti sebagai suatu penyakit kerana masayarakat mungkin menganggap perubahan sikap dan perasaan sedih serta gembira itu hanyalah sikap semulajadi seseorang itu. Akibatnya, ramai pesakit bipolar telah menderita dari penyakit tersebut selama bertahun-tahun sebelum dapat didiagnos dengan betul dan sebelum menerima rawatan yang sewajarnya. Seperti penyakit kronik yang lain seperti kencing manis dan darah tinggi, penyakit bipolar adalah suatu penyakit jangka masa panjang yang harus dirawat dan dikawal sepanjang hidup pesakit.

Selain daripada perubahan perasaan atau mood secara mendadak (mood swing), pesakit bipolar turut mengalami perubahan yang ketara dari segi sikap dan tenaga. Perubahan mood yang melampau dari mood mania kepada  kemurungan ini adalah tanda utama untuk diagnos pesakit yang mempunyai penyakit bipolar ini. Tempoh masa berlakunya perubahan-perubahan tersebut disebut sebagai episod mania dan episod kemurungan.

Tanda Dan Simptom Episod Mania:
* Sangat bertenaga, sangat aktif dan tidak boleh duduk diam
* Kelihatan terlampau gembira atau “high” dan terlalu baik
* Cuma memerlukan masa tidur yang pendek
* Fikiran yang berserabut
* Bercakap dengan kuat dan cepat
* Sukar fokus pada satu-satu kerja
* Lemah pertimbangan
* Keyakinan yang tidak realistik tentang keupayaan sendiri
* Provokatif, cepat marah dan agresif


Tanda Dan Simptom Episod Kemurungan:
# Perasaan sedih atau tiada mood yang berpanjangan
# Sangat pesimis dan merasa tiada harapan untuk berjaya dalam apa-apa kerja
# Merasakan rendah harga diri dan berasa bersalah tanpa sebab
# Hilang minat terhadap perkara yang biasanya digemari
# Sentiasa berasa lemah dan tiada tenaga
# Tidak dapat tidur
# Berfikir tentang bunuh diri atau kematian

Terdapat juga pesakit bipolar yang mengalami episod psikosis atau delusi yang melampau. Pesakit akan mendakwa bahawa mereka dapat mendengar dan melihat benda yang tidak wujud dan turut boleh mempunyai keyakinan palsu yang sangat kuat. Sebagai contoh, ada pesakit percaya bahawa mereka mempunyai kekuatan atau keupayaan luar biasa dan mereka yakin mereka boleh membuat pelbagai kerja yang berat-berat. Kadang-kala episod psikosis ini boleh menyebabkan pesakit bipolar diberi diagnosis yang salah dan dikatakan mengalami masalah skizofrenia sedangkan pesakit sebenarnya menderita daripada penyakit bipolar yang turut menyebabkan delusi.

Seringkali pesakit bipolar diberi diagnosis yang salah iaitu kemurungan. Ini adalah kerana pesakit hanya menunjukan ciri-ciri kemurungan sahaja semasa rawatan dengan ahli perubatan dan itu menyebabkan ahli perubatan menyangka pesakit tersebut hanya mengalami kemurungan.  

Punca Masalah Bipolar
Punca utama berlakunya masalah bipolar adalah sukar untuk dikenalpasti. Tetapi, kajian perubatan moden menunjukkan terdapat beberapa faktor yang meninggikan risiko seseorang itu untuk mendapat masalah bipolar dan faktor-faktor tersebut adalah seperti keturunan, kecederaan otak, stress dan perubahan yang sangat besar di dalam hidup pesakit.

Mengikut pengalaman Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, terdapat pengaruh gangguan makhluk halus di dalam diri pesakit-pesakit bipolar yang pernah datang untuk berubat dengan kami. Makhluk halus tersebut seringkali merupakan jin saka yang memasuki atau mendampingi pesakit secara sedar atau tidak sedar. Apabila jin-jin tersebut sudah lama mendampingi diri pesakit, makhluk halus itu mudah untuk mempengaruhi pemikiran pesakit. Sebagai contoh, semasa episod mania, jin-jin ini akan melontarkan idea-idea aneh ke dalam minda pesakit bipolar. Dan ramai pesakit menggambarkan idea-idea aneh itu datang secara sendiri atau spontan dan pesakit tidak dapat mengawal idea itu daripada berhenti daripada mengacau pemikiran mereka.

Jadi adalah sangat mustahak untuk perawat-perawat mengenal pasti samaada penyakit yang di hadapi oleh pesakit itu adalah penyakit gangguan seperti  sihir, saka, atau penyakit minda seperti kemurungan, skizophrenia atau bipolar.   Kekeliruan dalam mengenal pasti jenis penyakit boleh berlaku kerana symptom-simptom yang hampir sama.

untuk next entry, saya akan bincangkan rawatan moden dan rawatan Islam untuk pesakit BIPOLAR DISORDER. tunggguuu

*sumber : http://www.alhidayah-medic.com/


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015