Wednesday, December 20

MINUMAN NUTRISI UNTUK SEISI KELUARGA


Adakah anda rasa anda kurang Vitamin dalam badan? anda rasa kurang bermaya, cepat letih atau pun mudah stress hanya sebab benda kecil? saya cadangkan anda mengambil nutrisi yang penting untuk seisi keluarga iaitu Meal shake. Dengan rasa yang enak, Meal Shake yang lebih sinonim untuk kanak kanak, sebenarnya boleh diambil oleh seisi keluarga. Lebih lebih lagi warga emas yang sudah hilang selera makan dan perlukan lebih banyak nutrisi dalam badan mereka.

mealshake, multivitamin untuk anak anak, testimoni mealshake,


Meal Shakes ini, kaya dengan 19 vitamin utama iaitu protein, serat dan mineral serta kalsium yang penting untuk khasiat untuk keperluan badan setiap hari. Meal Shakes memberikan tenaga dan dapat membantu menguatkan sistem imun kanak kanak sekaligus melindungi mereka dari mudah dijangkiti atau menghidap penyakit. Sekiranya mereka jatuh sakit, mereka akan mudah sembuh dan pulih seperti biasa.

Kenapa kebanyakan pengedar akan mencadangkan Meal Shake ini kepada anda sekiranya mendapati anda atau anak anda menghadapi masalah kurang berselera makan atau agak memilih makanan? ini adalah kerana kandungan asid folik, biotin, Kalsium dan Magnesium di dalamnya dapat menambah selera makan serta membantu membina tulang dan sel sel dalam proses tumbesaran kanak kanak.

selain itu, jika anda mempunyai masalah kulit yang alergik, berjerawat atau mudah kena ruam, kandungan Vitamin A, C, E, Zink dan selenium akan membantu anda mengatasi masalah tersebut. Malahan, Vitamin B kompleks, zat besi dan kumprum juga membantu membentuk sel sel darah merah yang sihat sekaligus membantu menyelesaikan masalah kulit kusam atau kering.
sumber : google

Meal Shakes juga kaya dengan serat yang membantu melawaskan masalah pembuangan air besar, serta menyingkirkan lemak dan toksin yang berlebihan dalam kolon dan perut. sebab itu ia sangat dicadangkan kepada anak anak atau orang dewasa yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

bagi warga emas yang mempunyai masalah atau kesukaran menelan pil atau kapsul, mealshake adalah pengganti vitamin yang sesuai untuk mereka. hanya perlu bancuh samada diminum secara panas atau sejuk, ia sangat dinikmati oleh sesiapa saja.

jika anda ingin mendapatkan produk ini, boleh membuat belian secara terus dengan klik ikon dibawah ini. Anda boleh membuat pembelian melalui kad debit atau kad kredit.




atau, boleh membuat pembelian melalui transfer / bank in ke akaun saya dengan menghubungi saya di talian yang diberikan. Kami juga membuat penghantaran ke rumah atau lokasi yang berhampiran dengan kami.


email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-7374 958/013 -7065 178
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.


sebelum itu, anda perlu baca ini :-


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, December 13

BAGAIMANA MEMILIH SUPPLEMEN YANG BAIK

BAGAIMANA MEMILIH PRODUK SUPLEMEN YANG BERMUTU TINGGI

πŸ“š siapa syarikat pengilang produk supplemen tersebut. 

πŸ“š adakah pengeluar supplemen mematuhi prosedur FDA bagi perkilangan yang baik. 

πŸ“š adakah produk nutrisi ini menjalani ujian kualiti ke atas bahan bahan yang digunakan

πŸ“š adakah produk nutrisi ini mempunyai makmal bebas yang mengesahkan kualiti mereka dengan keputusan yang disediakan kepada orang ramai

πŸ“š adakah produk suplemen yang anda gunakan diperbuat dari bahan semulajadi atau sintetik? 

πŸ“šadakah produk suplemen anda mempunyai tarikh luput dicap pada botol / bungkusan

πŸ“š adakah produk suplemen ini lulus 'ujian air'( ujian untuk penyerapan produk nutrisi) 

πŸ“š adakah pengeluar produk pemakanan anda mempunyai lembaga penasihat sainstifik yang sah? 

πŸ“š berapa banyak saintis sepenuh masa yang bekerja dengan syarikat pengeluar suplemen tersebut? 

πŸ“šadakah pengeluar suplemen mempunyai bajet penyelidikan bagi produk suplemen mereka

πŸ“š adakah pengeluar suplemen mempunyai pusat penyelidikan yang sah?

Monday, November 13

RESEPI AYAM GORENG BUTTERMILK

Boring lak asyik menu sama..  Eh,  bukan kak nurie tak bersyukur tau.maksudnya kalau tanya anak anak ayam nak masak apa,  mesti diaorang soh goreng je ayam tu.  Last last makan dengan kicap.. Huh!

jadi hari ni, kita masak lain sikit. Ayam goreng Buttermilk. ni kak nurie kasi resepi ringkas kak nurie gunakan apa yang ada di dapur.he he he


Bahan bahan :-
* dada ayam dihiris kecik kecik - ikut lah nak banyak mana.
* garam secukup rasa
* 1 biji telur - ambil putihnya saja
* sedikit serbuk lada - kak nurie tak guna sebab masa goreng ayam nanti kak nurie gunakan tepung crispy bestari--podassss

kesemua bahan ni dicampur bersama dan perap dalam 5- 10 minit. nanti goreng lah . letak tepung gandum sikit atau macam kak nurie, kak nurie gunakan tepung  goreng segera.

bahan kuah buttermilk :-
* setengah cawan susu cair atau ikut banyak mana ayam yang kita nak goreng tu
* sedikit daun kari
* sedikit lada cili dalam 4 5 batang. kalau suka pedas, boleh tambahlah
* sebatang lada besar- warna merah lebih cun!!
* sedikit garam dan gula

panaskan kesemua bahan bahan ni sehingga kuah pekat. lepas tu , curah je atas ayam yang dah digoreng tu..siap!!!

makan time panas panas lagi sodapppp...

Thursday, September 28

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT PULIH

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 26 : WANA MOHD TAHIR
.

[ANAK SEMBUH DARIPADA HFMD]
.

Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
.

Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
.

Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
.

Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana.

.

Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
.

Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah  Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H. 
.

Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
.

Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.☺ Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
.

Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah  yang membaca yer.

Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.

ASMA MULA BERANSUR ANSUR HILANG

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 3 : SITI NORIZA BINTI SALEH
.
[PENYAKIT ASMA SEJAK LAHIR KIAN PULIH DAN ZAFRAN DAH TAK PERLU FOLLOW UP KE HOSPITAL LAGI]
.

Muhammad Dayyan Zafran. Anak lelaki seorang tapi senang semasa mengandung, diuji pula dengan kesihatannya. Hah, pernah dengar kan ayat tu? Ada yang diuji semasa mengandung, tapi senang membesarkan anak-anak. Zafran dari kecil doctor sudah sahkan dia ada asma. Lahir tahun 2010 dan semakin teruk setelah hampir lemas pada tahun 2012. 
.

Macam macam saya buat ikut petua yang diberikan oleh orang orang tua atau kawan-kawan. Siap pergi bawa berurut lagi. Kurang sekejap je, tapi asma tu kerap juga datang. Malahan doktor kata kena tau apa punca yang menyebabkan dia mudah sangat asma. Mungkin dari pemakanan yang dia alergik, persekitaran yang berhabuk atau berjangkit dengan kawan kawan di nursery. 
.

Hampir setiap bulan memang perlu ke klinik atau ke hospital dan saya juga terpaksa ambil cuti setiap bulan untuk menjaga Zafran. Payah juga. Walaupun Zafran masih menyusu badan, tapi dia mudah sangat jatuh sakit. Bermula dengan batuk batuk, selsema dan diakhiri dengan asma yang kekadang berlanjutan sehingga seminggu. Boss pun bising asyik cuti je. Cuti jenis mengejut pula tu. Yerlah, sakit pun bukan kita tau nak datang bila kan.
.

Sehingga kemuncak pada tahun 2013, dia warded sebab asma dan doktor sahkan dia ada kuman di dalam peparunya. Saya jadi stress bila kena duduk hospital ni sebab Zafran asyik menangis dan tak nak makan ubat. Saya tengok dia nangis, saya pun nak nangis. Hahaha!. Ya Allah, tiba tiba saya terfikir, kenapa saya tidak berinya supplemen Shaklee sedangkan saya sendiri mengamalkannya. 
.

Jadi, selepas keluar dari hospital, saya berikan dia Omega Guard sebiji sehari (hari pertama dia makan Omega Guard, dia muntah! Kahak berlendir lendir keluar). Saya kuatkan hati paksa dia ambil juga Omega setiap hari sehingga asma dia reda. Omega ni akan cairkan kahak dan dibuang samada melalui muntah atau buang air besar. 
.

Selepas dia sihat, saya beri dia susu Mealshake hari-hari dan bagi juga Chewable Vita-C. Mealshake ni multivitamin untuk berikan tenaga kepada anak anak dan pulihkan badan selepas tidak sihat. Chewable Vita-C untuk beri perlindungan pada badan dan kuatkan antibody badan dari mudah dijangkiti oleh kuman atau virus. Zafran suka sebab sedap katanya
.

Sehingga sekarang, dia ambil Mealshake (dah pandai dah buat air sendiri letak Mealshake), ambil Chewable Vita-C hari-hari dan akan ambil Omega bila dia rasa dia nak semput. Pandai kan? Dia dah tahu yang supplemen dia ambil tu akan buat dia sentiasa sihat dan dia juga sangat aktif bermain. Dia tahu kalau dia tidak sihat atau asma, dia tak boleh nak bermain. Jangan tak tahu, Omega Guard ni juga membantu perkembangan sel sel saraf otak untuk berfungsi dan buat anak anak lebih mudah menerima ilmu semasa belajar dan berkomunikasi
.

Oh Ya! Lagi satu, Saya dah banyak kali apply medical card atau takaful tapi susah nak lepas sebab saya declare Zafran ada asma. Sehinggalah saya berjumpa Puan Siti Hajar  (0192307055), dan dia kata dia akan bantu sebab dah lama Zafran tak warded hospital. Alhamdulillah, akhirnya lulus walaupun saya declare yang Zafran ada asma. Bukanlah minta sesuatu terjadi pada Zafran kan, tapi ia langkah untuk kita berjaga-jaga. Sediakan payung sebelum hujan gitu.
.

Kini, sejak tahun 2013 selepas kali terakhir Zafran warded, dia dah tak perlu lagi ke klinik atau hospital. Ada sesekali pergi ke klinik untuk amik neb, tapi doctor senyum sebab dia nampak aktif je. Doktor kata : "ni tak yah buat follow up dah. Dah boleh balik main bola dah". Syukurr. Cuti sekolah pun takdelah kerap seperti tahun-tahun sebelumnya. Kita gembira bila ada anak anak sihat dan aktifkan? Jadi kita usaha untuk pastikan kesihatan mereka berpanjangan.
.

Kita usaha kan, Allah juga yang memberi kesihatan kepada Zafran. Inilah #shakleeEffect keluarga saya.

Sunday, September 24

RESEPI KERABU MANGGA SIMPLE

Mangga dah nak masak tapi bolehlahhh.. 

Request by MIL.. Rasa x taulah.. Buka puasa nanti bru tau.. Letak kacang tumbuk sikit untuk rasa crunchy.

update RESEPI :

* bunga kantan - kalau suka banyak, boleh guna 3 -4 kuntum ( dihiris halus halus )
* mangga - kalau mangga muda lagi best!!!, separuh masak pun okey gak,cuma masam tu dah rasa lain.(dihiris halus halus )
* bawang merah - hiris halus halus
* kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk halus
* sedikit garam
* sedikit gula
* sedikit perahan limau sambal - jangan banyak sangat sebab pelam tu dah masam
* lada cili - ikut korang suka pedas tahap mana
* hirisan lada merah / hijau

dah hiris semua, gaul rata rata...siap!!!😍😍😍😍

Thursday, September 14

APA MAKSUD HIPERGLISME

TANDA TANDA HIPERGLISEMIA

apa itu Hiperglisemia?
- paras gula dalam darah akan menjadi terlalu tinggi jika anda tidak mengawal gula darah dengan baik. Keadaan ini dipanggil HIPERGLISEMIA.

Paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sedangkan insulin dalam badan tidak mencukupi apabila anda:-

* lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.

* tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

* tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman/infeksi, komplikasi vaskular strok, serangan jantung atau menghadap tekanan di mana badan memerlukan lebih banyak suntikan insulin.

* tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.

* memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti pyschotic.

TANDA TANDA HIPERGLISEMIA

1) Dahaga
2) penglihatan kabur
3) Lemah dan letih lesu
4) pening
5) kerap membuang air kecil
6) mulut dan kulit kering

jika anda tergolong dalam golongan pesakit Diabetes Hiperglisemia, anda perlu tahu apa tanda tanda penyakit anda makin teruk

Thursday, August 24

IKAN YANG KAYA DENGAN OMEGA 3

Bila sebut ikan yang kaya dengan Omega 3, kita secara automatik akan terbayang ikan salmon. Betul tak? sebab dari dulu pun memang apa apa, ikan salmon dikaitkan dengan Omega 3. Tapi bukanlah hanya ikan salmon je yang ada Omega 3 tu, ada sumber makanan lain juga yang mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi malahan senang untuk diperolehi.

Apakah ikan yang kaya dengan Omega 3 yang selama ini kita tidak tahu pun berkenaannya?


Tuesday, August 8

KENALI TIROID DAN SIAPA YANG BERISIKO MENGALAMINYA

Semenjak dua menjak ni, saya selalu mendapat panggilan dari customer berkaitan penyakit Tiroid ( thyroid). Malahan ada pesakit menganggap semua penyakit yang melibatkan kelenjar ini adalah penyakit tiroid yang memerlukan pembedahan. Baca artikel ini lebih lanjut untuk kita sama sama belajar mengenai penyakit tiroid ini.


*sumber google

Secara anatominya, kelenjar tiroid terbahagi kepada 2 dan ia berbentuk seperti rama rama ( seperti gambar di atas. 2 bahagian tersebut ialah :-

1- mengeluarkan hormon tiroksin ( T4 )
2 - mengeluarkan hormon triodotiroksin ( T3 )


Sunday, May 28

TIPS BADAN KEKAL SEGAR DAN BERTENAGA KETIKA BERPUASA

Selamat Berpuasa untuk seluruh Umat Islam!!! hari ni, kak ct nak berkongsi pada anda semua tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa. Macam suami kak ct cakap " bulan puasa ni bukan lapar yang jadi masalahnya, tetapi rasa ngantuk dan tak bermaya tu yang menjadi cabaran utamanya". hah, siapa setuju dengan suami kak ct ni? Jadi, kak ct belek belek majalah I sihat dan terjumpa artikel berkenaan Tips badan kekal segar dan bertenaga ketika berpuasa.



BERSAHUR DAN BERBUKA DENGAN MENU SIHAT YANG SEIMBANG
makanan untuk bersahur dan berbuka sebaiknya terdiri daripada 50-60% kandungan karbohidrat, 10 - 20% protein, 20-25% lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral dari sayur sayuran dan buah buahan. Selain daripada vitamin dan mineral, serat yang terkandung dalam buah dan sayuran amat bermanfaat dalam melancarkan proses buang air besar.

Wednesday, May 17

TAMAN HAIWAN BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG

Pada 1.5.2017 yang lepas, Kak CT dan keluarga melanjutkan percutian ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Sebenarnya ia adalah percutian yang tidak diduga sebab sehari sebelum tu, Kak Ct menginap di Sunway dan memandangkan 1 Mei adalah hari cuti, kami bercadang melanjutkan percutian ke Bukit Tinggi. Kena pula jarak ke Bukit Tinggi hanya mengambil masa dalam  1 jam saja dari Sunway.

Ini kes terjah je ni. Kami menginap di Tropical Colmar, Bukit Tinggi. Nanti Kak Ct buat entry berkenan hotel tersebut. selepas check out dari hotel berkenaan, kami ke Taman Jepun dan Taman Haiwan di sekitar situ. Tapi bukanlah ia seperti mini zoo. cuma ada arnab dan rusa yang jinak.


jinak kan?? 

Tuesday, April 18

REVIEW KING CRAB DARI KING CRAB JOHOR

hah, post hari ni lari sikit dari post sebelum sebelum ni. kali ni, saya nak share video suami saya yang buat review berkenaan belian ketam ( King Crab ) ini melalui page : KING CRAB JOHOR.
jadi, jom kita layan video ini.




hah, maaflah kualiti video tak berapa cantik sebab saya ni baru belajar rakam video ha ha ha.

tapi, memang sedap dan kulit nya tidak sekeras gambarannya. ini lak gambar sebelum dimasak. Harga adalh mengikut berat ketam tersebut dan kalau anda tidak pandai pilih ketam, boleh minta penjual memilihkan ketam yang terbaik untuk anda!

ANDA ADA BUASIR JIKA ADA TANDA TANDA INI PADA ANDA

Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di bahagian kawasan dubur.  Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali kita ingin membuang air besar.  Ia menutup dubur secara keseluruhan bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair. Ia adalah normal yang berlaku dalam tubuh setiap orang.  


Tetapi,  ia menjadi sesuatu yang menyakitkan apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum sekiranya kita meneran.  Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu.  Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir ( salur dubur bengkak atau luka). 

JENIS JENIS BUASIR
Ada 2 jenis buasir yang sering berlaku pada kita iaitu :
- buasir dalam ( berlaku pembengkakan pada bahagian dalam) 
- buasir luar ( yang mana bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur) 

Kekadang,  ia akan berlaku serentak dan kekadang ia akan berlaku secara berasingan. 

Mereka yang mudah terkena buasir ini ialah mereka yang gemar meneran ketika aktiviti membuang air besar,  atau mereka yang ada masalah sembelit,  obesiti malahan wanita hamil juga boleh menghidap masalah ini apatahlagi ketika kandungan semakin membesar. 

TANDA TANDA BUASIR
1- rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur
2- luka pada salutan dubur disebabkan nanah
3- rasa kepanasan selepas membuang air
4- rasa sakit berdenyut
5- tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lebih lama. 
6- darah segar yang menitis ketika membuang najis
7- rasa pedih sekitar rektum
8- sukar membuang air besar
9 - nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria. 

Tuesday, February 14

PENGEDAR SHAKLEE PERLIS

PENGEDAR SHAKLEE PERLIS  Hartini Zulaikha

Bagi anda yang berada di Negeri perlis di sekitar kangar, arau dan padang besar yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee secara COD dan ingin mendapatkan konsultansi mengenai vitamin yang sesuai dengan masalah dan keadaan anda,anda boleh berhubung dengan Tini secara terus.



Tini boleh berjumpa dengan anda bila -bila masa mengikut waktu anda.anda boleh buat temujanji dengan Tini di talian 011-20757343 atau telefon di 0195057535.

Stok Vitamin insya Allah sentiasa ada dengan Tini.

Tini akan cuba pergi ke tempat anda tak kira anda berada di Area Simpang Empat , Padang Besar , Batu pahat mau pun hampir ke Alor setar atau sekitar bandar Arau anda hanya perlu hubungi Tini untuk temujanji.
Hubungi Tini ye ..jangan segan2

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG

PENGEDAR SHAKLEE PASIR GUDANG, JB- Normala Jamaludin

Assalamualaikum.... Salam sejahtera

Sihat ke semua hari ini?? Harap semuanya dlm keadaan baik2 in syaa Allah. Syukur Alhamdulillah sihat itu juga 1 rezeki kan??

Buat pengetahuan semua mala adalah pengedar sah Shaklee kawasan Pasir Gudang, Jb. 


Penglibatan Mala sejak hujung thn 2013. Asalnya mala menggunakan produk Shaklee kerana masalah resdung kronik.
   Kerana jatuh cinta Mala kongsikan keberkesanannyam Alhamdulillah krn pengkongsian itu Mala dan keluarga menjadi pengguna tegar produk Shaklee dan kini secara tidak langsung melibatkan diri besama Shaklee secara serius. 

Bagi mereka yang berada sekitar Pasir Gudang,Masai,Tanjung Langsat,Taman Rinting dan Sri Alam yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee terus ke muka pintu anda jangan malu2 dan segan ye ..
Yang jauhpun jangan risau perkhidmatan poslaju, Citylink juga ade ye. 
Berminat untuk dapatkan vitamin dan penerangannya bolehlah hubungi Mala (Call/Whatsapp 0197041447)😊

Terima kasih❤

Tuesday, February 7

PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR

Salam Perkenalan. Saya nak kenalkan lagi sorang ahli baru dalam Group THE DREAM BUILDERS.  Beliau merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi,  Johor. Bagaimana nak hubungi beliau?

Pengedar Shaklee Kota Tinggi ini namanya Muhammad Bin Salleh yang memilih untuk membuat biz Shaklee ini sebagai punca utama pendapatan beliau dan beliau juga yakin dapat membantu lebih ramai lagi orang di luar sana untuk menjaga kesihatan dari awal lagi melalui suplemen/ makanan tambahan.

                  

Jadi, kalau anda adalah pembaca lelaki yang malu nak ceritakan masalah kesihatan anda kepada pengedar shaklee wanita, kini anda ada tempat untuk berkongsi masalah anda serta mendapatkan khidmat nasihat bagi produk yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda. Opss, tak semestinya orang lelaki je boleh dapatkan produk Shaklee dari Encik Muhammad ni, anda yang wanita pun boleh. lagi lagi yang bekerja atau duduk rumah susah nak keluar time waktu siang kan, En Muhammad boleh hantarkan produk tersebut kepada anda melalui khidmat penghantara COD.

Kawasan jajahan beliau, he he he, boleh membuat penghantaran di bandar kota tinggi,  area kota jaya , area taman daiman atau sekitarnya. boleh juga berjumpa di landmark tertentu seperti Maybank, kedai rakyat 1Malaysia, Petronas bypass dan sebagainya. kini shaklee semakin hampir dengan anda. Google saja Pengedar Shaklee Kota Tinggi atau Pengedar Shakle Kota Tinggi,  Johor atau Pengedar Shaklee Johor Bharu, Johor. Hah, semualah dia nak conquer!! Bagaimana nak hubungi beliau?

NAMA : MUHAMMAD BIN SALLEH

WA : 013 771 1279

Jadi, jangan malu malu untuk dapatkan produk pilihan anda melalui beliau.

KENAPA PERLU AMBIL OMEGA 3

KORANG TAU TAK?


apa beza antara Omega 3 daripada ikan dengan kekacang dan sayuran?

Omega 3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA. Manakalah yang di dalam kekacang atau sayuran pula dikenali sebagai ALA. DHA dan EPA lebih bermanfaat dari ALA tetapi ALA pula diperlukan oleh tubuh badan.

KEBAIKAN OMEGA 3

dipercayai boleh mengurangkan risiko :-
* penyakit jantung
* simptom kemurungan
* sakit sendi
* penyakit kanser

Pengambilan Omega 3 dapat menghalang penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan. Malahan ia juga dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai ARTERIOSKLEROSIS ( penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung )

SUMBER SUMBER OMEGA 3

Ikan salmon.  Ikan salmon masuk dalam kategori makanan yang dapat meningkatkan kecerdasan otak kerana ia  mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi. Ikan yang satu ini memang terkenal kerana dipercayai dapat meningkatkan kecerdasan otak, terutama bagi anak-anak. Satu bahagian ikan salmon mengandung sekitar 1,700 mg ini merupakan yang terbanyak dari semua jenis ikan.

Telur. Selain dari ikan salmon, kita juga boleh mendapatkan sumber Omega 3 dari telur. Berbeza dengan ikan salmon yang lebih mahal,  telur lebih murah dan mudah didapati. sebiji telur mengandung sekitar 60-150 mg omega-3, jumlah ini sebenarnya nampak sedikit tapi, kita boleh gunakannya untuk mendapatkan sedikit Omega 3 tersebut.

Jenis kacang-kacangan. Beberapa jenis kacang juga merupakan sumber yang sangat baik dari asid lemak omega-3. Bahkan, ¼ cawan kacang kenari mengandung 2,3 gram omega-3, jumlah tersebut akan memenuhi sekitar 91% dari keperluan omega-3 harian anda.

Ikan sardin. Asid lemak omega-3 dapat ditemukan dari jenis ikan yang berminyak seperti ikan salmon dan juga sardin. Meskipun kandungan omega-3 dalam ikan sardin tidak sebanyak yang dimiliki ikan salmon , tapi ikan sardin juga merupakan sumber vitamin D. Jadi satu bahagian ikan sardin juga bermanfaat untuk keperluan badan kita.

Ikan tuna. Selain mengandung asid lemak omega-3, ikan tuna juga merupakan sumber protein berkualiti tinggi yang akan membantu kita merasa kenyang lebih lama sekaligus membantu pembentukan otot. Pastikan kita mendapatkan ikan tuna yang segar kerana kebanyakan dari jenis ikan ini yang sudah tercemar oleh bahan kimia.

Sayur bayam. Bayam mengandungi pelbagai mineral penting seperti zat besi, kalium, dan ditambah dengan protein dan serat untuk keseimbangan tubuh secara kseluruhan. Tidak banyak orang yang tau bahawa sayur berdaun hijau ini  juga mengandungi omega-3 walaupun tidak dalam jumlah yang besar.

Minyak Krill. Krill adalah sejenis udang kecil yang ditemukan di hampir semua lautan, dan yang paling banyak hidup di kawasan lautan antartika. Minyak Krill diperkaya dengan omega-3 dan antioksidan 48 kali lebih tinggi dari minyak ikan. Minyak Krill diketahui juga mengandung astaxanthin, flavonoid yang merupakan jenis antioksidan kuat.

Minyak zaitun. Minyak zaitun mengandung Asid linoleik yang merupakan  salah satu dari dua keluarga asid lemak esensial. Asid linoleik mengandung Omega 6 dan Omega 3 yang bermanfaat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan stroke.

Daging sapi. Daging sapi juga menjadi pilihan yang baik bagi kita untuk mendapatkan omega-3. Sapi yang diberi makan rumput memiliki kualiti gizi lebih baik termasuk kandungan asid lemak omega-3 lebih tinggi jika dibandingkan sapi yang diberi makan selain rumput.




di Shaklee, kami mempunyai satu produk yang dinamakan Omega Guard. Di dalam Omega Guard ini, mengandungi DHA dan EPA yang tinggi yang bersesuaian dengan keperluan harian tubuh badan. Malahan, sumber minyak ikan yang digunakan ialah dari sumber minyak ikan yang terbaik yang didapati dari laut sejuk yang dalam.




Untuk order klik sini:


atau, anda juga boleh hubungi kami untuk membeli produk ini samada untuk COD ( kawasan sekitara Kota Tinggi ) atau melalui pengeposan.



Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, February 1

PROMOSI FEBRUARI 2017

Hai haiii... Nak tak tahu tak promosi bulan ni?  Khas dari shaklee untuk anda. 

Kali ini ada 2 jenis promosi  yang Shaklee bawakan untuk anda.  

Promosi pertama ialah belia satu dan percuma 1. Best tak????  Tapi saya nak ingatkan yang promosi ini mempunyai sebab.  Sebabnya ialah ketiga tiga batch untuk produk ini mempunyai tarikh luput yang cepat. 

Alfalfa kecil pada harga RM56.98 mempunyai tarikh luput pada Ogos 2017. Manakala alfalfa besar pulak mempunyai tarikh luput pada Jun 2017.

Tetapi bagi lecithin, tarikh luputnya lebih awal iaitu pada April 2017. Jadi ia adalah pilihan untuk anda.  Jangan risau,  anda tetap boleh memilih batch yang mempunyai tarikh luput yang lebih lama iaitu sehingga 2018, tetapi ianya tanpa promosi belj 1 dan percuma 1.

Jadi,  fikirkan options anda ye.  :)



Hah,  tapiiii berlainan pula untuk promosi beli 6 percuma 1, twinpack 5% diskaun Sert beli 3 percuma 1. Tarikh luput untuk kedua dua produk ialah pada tahun 2018.



Jika anda inginkan kesemua produk promosi ini,  jangan malu malu hubungi saya. 

Monday, January 2

4 TIPS KEKAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

Bila kita mengandung, kita akan rasa kita perlu makan banyak sebab kononnya kita makan untuk 2 orang. Betul tak? πŸ˜„ kak ct pun pernah alami situasi macam ni. siap terfikir lagi, alah nanti masa pantang bolehlah kurus balik. anak yang dikandung pun dalam 2-3 kg. senang je nak turunkan berat badan tu. Tapi, risiko lain tak pulak pernah Kak Ct terfikir boleh terjadi.


antara risiko bila kita obesiti semasa hamil ni akan mendatangkan kesan pada ibu dan bayi itu sendiri. setiap wanita yang hamil akan mengalami komplikasi tersendiri. malah, jika kita tidak mengawal berat badan semasa mengandung, maka kita akan berdepan dengan risiko obesiti. bila kita mempunyai masalah obesiti ini, kadar risiko semasa mengandung atau ketika bersalin dan selepas bersalin agak sukar untuk diramal kerana semakin tinggi kadar obesiti individu, semakin tinggi kadar risiko yang bakal dihadapinya.

Jadi, hari ini, kak Ct tak nak berkongsi berkaitan obesiti semasa mengandung, tetapi kak Ct nak berkongsi 4 tips kekal berat badan semasa mengandung. Ia adalah secara umum dan artikel ini untuk mereka yang tidak mempunyai apa apa komplikasi semasa mengandung.

4 TIPS KEKAL BERAT BADAN SEMASA MENGANDUNG

1- jangan ambil minuman manis setiap kali minum!! gula putih dalam air manis akan menyumbang kepada penambahan berat badan secara lansung. Kalau inginkan minuman manis boleh bertukar ke stevia ( pengganti gula ) yang lebih selamat.

2- amalkan memakan daging tanpa lemak, daging ayam dan ikan. Ibu mengandung disarankan mengambil satu hidangan ikan berminyak seperti ikan tuna segar, ikan tenggiri atau salmon sekali dalam seminggu. Walau bagaimanapun, anda perlu mengelak dari menikmati lebih daripada dua hidangan steak tuna atau empat tin tuna dalam seminggu. Hidangan ini mengandungi kandungan merkuri yang tinggi dan ia boleh menimbulkan kesan tidak baik kepada bayi dalam kandungan anda.

3- Makanan tinggi serat seperti roti gandum penuh atau pasta, beras perang, kacang pis, kekacang dan oat sangat membantu sebagai penambah tenaga untuk anda. Makanan makanan ini boleh memberi tenaga untuk anda tanpa menambah nilai kalori dalam tubuh. serat pula sangat penting untuk mengelakkan masalah sembelit di kalangan ibu ibu semasa mengandung. 

4- ingat kepada peraturan wajib elak ini - elakkan daripada memakan coklat, hirisan kentang yang digoreng, biskut biskut dan kek untuk mengawal jumlah kalori dalam tubuh anda. Untuk membakar kalori yang berlebihan, anda perlu bersenam seperti berjalan, aerobik akua yang khas untuk ibu mengandung, berenang dan yoga. Inilah antara senaman senaman yang sangat berkesan untuk mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat sepanjang tempoh mengandung.

selain itu, Kak Ct mencadangkan ibu ibu yang mengandung untuk mengambil makanan tambahan sepanjang tempoh mengandung untuk membantu ibu ibu kekal sihat dan cergas sepanjang masa. makanan tambahan yang kak ct cadangkan ialah pengambilan Omega Guard yang sangat penting unuk perkembangan bayi yang dikandung. Selain itu, pengambilan zat besi yang terkandung dalam Vitalea juga penting untuk anda. ia membantu anda mengekalkan tahap kepekatan darah dalam badan semasa tenmpoh mengandung serta keperluan Acid folic yang sangat penting.

Nanti kak ct huraikan lagi mengapa ibu ibu yang mengandung perlukan makanan tambahan ini pada artikel yang lain pula.


Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MENJAGA KESIHATAN PAYUDARA

Hai..hari ni kak Ct nak berkongsi kepada semua 3 langkah mudah untuk menjaga kesihatan payudara. Umum mengetahui yang kanser payudara antara sebab tertinggi kematian yang berlaku kepada wanita. jadi masalah kesihatan macam ni perlu Kak Ct sebarkan pada umum tak kira wanita atau lelaki. Setiap dari kita perlu ambil berat kerana kanser ini jarang sekali dapat dikesan pada peringkat awal.

apa 3 langkah mudah itu?

1- LIHAT
2 - RASA
3 - RESPON

LIHAT
bagaimana melihat perubahan pada payudara?
- sepanjang pemeriksaan anda hendaklah berpusing ke kiri dan ke kanan sambil melihat payudara di cermin.
- letak tangan di sisi
- angkat kedua tangan ke atas kepala anda
- letakkan tangan anda di pinggang dan tolakkan siku ke hadapan

RASA
Bagaimana merasa perubahan pada payu dara?
- rasa setiap payu dara
- gunakan tapak jari jari untuk memeriksa benjolan atau penebalan
- gerakkan jari ke seluruh payu dara termasuk puting dan ketiak
- ia boleh dilakukan sambil berbaring atau bersabun ketika mandi.

RESPON
dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat tanda tanda penyakit payu dara jika :-
- perubahan warna dan tekstur
- perubahan bentuk dan saiz payu dara
- lelehan yang tidak normal dari puting
- sakit payu dara yang berterusan
- terasa ketumbuhan/ketulan di payu dara

jadi, bila anda selalu membuat 3 langkah mudah untuk menjaga kesihatan payu dara ini anda lebih berpeluang untuk mencegah/mengurangkan risiko kanser payu dara ini. Anda alert akan kesihatan anda dari awal, ia mampu mencegahnya.

Nanti Kak Ct masukkan gambar dengan lebih detail untuk memudahkan pemahaman kita semua.

sumber : kementerian kesihatan Malaysia

Sunday, January 1

DRAMA KOREA : GOBLIN ( GUARDIAN : THE LONELY AND GREAT GOD)


SELAMAT TAHUN BARU!!!!

sempena tahun baru ni, Kak Ct nak jadi diri Kak Ct yang sebenar. Nak kongsi apa yang Kak Ct suka buat, suka jual, suka apa apalah. he he he..jadi, sempena dengan itu juga, Kak Ct buka 1 lagi link iaitu DRAMA KOREA. ha ha ha, terjebak sudah!!!!.

kak ct ni bukan peminat drama bersiri atau filem. Tapi, disebabkan Kak Ct mencari diri Kak Ct balik yang hilang ( chewah ), Kak Ct usahakan diri menjebakkan diri menjadi peminat drama korea ni. ha ha ha..dannnnn yang berjaya tawan hati Kak Ct saat ini ialah DRAMA GOBLIN, GUARDIAN : THE LONELY AND GREAT GOD yang masih lagi ditayangkan di ASTRO 394 ( TVN) kalau tak silap kak Ct. tapi ia hanya pada hari Sabtu dan Ahad saja. stress tak??? Kak Ct memang stress lah sampai macam tau je apa penghujung ceritanya, geram sangat!!!..


*gambar dari google

ini posternya. Si hensem Gong Yoo dan Kim Go Eun sebagai pelakon utama. eh, tiba tiba jatuh cinta dengan lakonan Gong Yoo ni dalam filem Train To Busan ( Filem Korea ) yang katanya masih ditayangkan di negara negara luar dari Korea. mendapat sambutan hangat sangat. start dari tu, Kak Ct suka dengan kelebihan aktor ni berlakon. Tapi tak sangka pulak drama Goblin ni pula menaikkan lagi taraf lakonan Gong Yoo. Jadi, apa lagiiii....teruslah Kak Ct terpikat dengan drama ni. kalau rasa tak sabar sangat nak tunggu astro, kak Ct sangguplah ke www.dramalove.com untuk tengok episod yang terkini. ok, meh kak Ct ceritakan sedikit berkenaan drama Goblin ni.

RINGKASAN DRAMA KOREA ( Dari pandangan Kak Ct dan pembacaan di google ) sebab cerita ni belum tamat lagi.

* sumber : google

Dibintangi oleh pelakon pelakon hebat korea, yang diterajui oleh Gong Yoo sebagai Goblin atau Pelindung, Lee Dong Wook sebagai malaikat maut, Ji Eun Tak sebagai pelajar yang ditakdirkan menjadi isteri Goblin dan Yoo In Na sebagai tuan kedai di tempat Ji Eun Tak bekerja.

Ceritanya bermula apabila mereka semua ini dilahirkan semula selepas kehidupan yang lepas ( nama pun cerita fantasi kan?) dan Goblin telah ditakdirkan untuk hidup selama lamanya selagi tidak berjumpa dengan pengantinnya. Goblin atau namanya Kim Sun adalah seorang jeneral yang hebat di zaman pemerintahan raja pada waktu itu. Beliau sentiasa memenangi pertempuran yang diketuainya. Sehinggalah apabila pemerintahan raja bertukar tangan dan dia dianggap sebagai pemberontak dan dihukum bunuh. Akan tetapi disebabkan sumpahan dari pedang yang ditusukkan ke badannya, pedang itu hanya akan boleh cabut oleh pengantinnya dan selagi ia tidak dicabut, Goblin akan kekal hidup selama lamanya.

masa ini, goblin berumur 938 tahun. selama itu dia mencari seseorang yang nampak pedang di badannya dan boleh menarik pedang itu keluar dari badannya. selama tempoh mencari itu, beliau menjadi penjaga kepada mereka mereka yang teraniaya atau mengalami kesulitan dalam hidup. Beliau juga mampu melihat masa depan orang lain hanya dengan melihat mereka. 

Setelah berada di korea, akhirnya beliau menjumpai pengantinnya dan disinilah bermula dan berkembangnya plot drama ini. Menariknya, lakonan Lee Dong Wook sebagai Wang Yeo yang menjadi malaikat maut duduk satu rumah dengan goblin. mereka bergaduh dan tidak sukakan antara satu sama lain, tetapi mula menjadi rapat dan bff. ha ha ha. kak ct suka bila scene mereka berdua. tak kiralah time bergaduh ke, time berbaik baik ke, ada chemistry antara mereka berdua ni. memang gandingan hebat 2 aktor ni. tengok tau cerita ni, syok giler. ( maaflah cter ni takde kiss kiss macam cerita lain dan sesuai untuk 1 family tengok). adegan peluk peluk antara pelakon lelaki dan perempuan pun kurang,. dalam 8 episod, baru sekali kak ct perasan Goblin peluk pengantinnya.

ok, sambung lagi. dan malaikat maut ni pulak, dia memang tak boleh ingat benda benda lepas walaupun umurnya dah 300 tahun, tetapi, kuasanya pula, boleh melihat masa lepas orang lain dengan memegang tangan orang tersebut. Yoo In Na pula menjadi penyeri dalam drama ini apabila cuba menjadikan malaikat maut sebagai boiprennya. dan dalam episode 9, malaikat maut telah dipegang oleh Yoo In Na ini dan dia dapat melihat masa lepas Yoo In Na ( a,k.a sunny) dan tidak terjangka yang sunny adalah adik kepada goblin pada kehidupan yang lepas. 

apa kesudahannya?? ada lagi 6 episod untuk kita tau jalan penghujungnya. tak sabar sangatt. kalau korang nak tengok drama ini dengan sarikata bahasa melayu, boleh ke website www.kbergetar.com . admin web tersebut akan update semua drama drama menarik di astro untuk tontonan kita semua.

jom sama sama terjebak!! ada satu lagi drama korea lakonan Lee Min Ho yang sedang ditayangkan iaitu THE LEGEND OF THE BLUE SEA. pun dalam grene fantasi. Tapi kak ct tengok cerita ni sorang sorang atas kapasiti 18SX. he he he..taklah sx sangat, cuma banyak adegan kiss kiss dan kak ct tak brapa suka jalan ceritanya yang banyak sangat orang jahat. ha ha ha..kak ct tak suka cerita cerita macam tu. suka yang santai santai macam goblin ni.

okey!!.nanti kak ct update lagi drama Goblin ni tau..siapa peminat Gong Yoo dan Lee Dong Wook sila komen!!! ha ha ha.


Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015