Tuesday, February 7

KENAPA PERLU AMBIL OMEGA 3

KORANG TAU TAK?


apa beza antara Omega 3 daripada ikan dengan kekacang dan sayuran?

Omega 3 yang terdapat pada ikan dikenali sebagai DHA dan EPA. Manakalah yang di dalam kekacang atau sayuran pula dikenali sebagai ALA. DHA dan EPA lebih bermanfaat dari ALA tetapi ALA pula diperlukan oleh tubuh badan.

KEBAIKAN OMEGA 3

dipercayai boleh mengurangkan risiko :-
* penyakit jantung
* simptom kemurungan
* sakit sendi
* penyakit kanser

Pengambilan Omega 3 dapat menghalang penyakit tersebut dengan mengurangkan inflamasi di dalam salur darah, sendi dan semua tempat inflamasi yang ada di dalam badan. Malahan ia juga dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko ritma jantung yang abnormal, mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan dan melambatkan kadar pembinaan plak plak lemak di dalam salur darah atau dikenali sebagai ARTERIOSKLEROSIS ( penyebab penyakit darah tinggi dan penyakit jantung )

SUMBER SUMBER OMEGA 3

Ikan salmon.  Ikan salmon masuk dalam kategori makanan yang dapat meningkatkan kecerdasan otak kerana ia  mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi. Ikan yang satu ini memang terkenal kerana dipercayai dapat meningkatkan kecerdasan otak, terutama bagi anak-anak. Satu bahagian ikan salmon mengandung sekitar 1,700 mg ini merupakan yang terbanyak dari semua jenis ikan.

Telur. Selain dari ikan salmon, kita juga boleh mendapatkan sumber Omega 3 dari telur. Berbeza dengan ikan salmon yang lebih mahal,  telur lebih murah dan mudah didapati. sebiji telur mengandung sekitar 60-150 mg omega-3, jumlah ini sebenarnya nampak sedikit tapi, kita boleh gunakannya untuk mendapatkan sedikit Omega 3 tersebut.

Jenis kacang-kacangan. Beberapa jenis kacang juga merupakan sumber yang sangat baik dari asid lemak omega-3. Bahkan, ¼ cawan kacang kenari mengandung 2,3 gram omega-3, jumlah tersebut akan memenuhi sekitar 91% dari keperluan omega-3 harian anda.

Ikan sardin. Asid lemak omega-3 dapat ditemukan dari jenis ikan yang berminyak seperti ikan salmon dan juga sardin. Meskipun kandungan omega-3 dalam ikan sardin tidak sebanyak yang dimiliki ikan salmon , tapi ikan sardin juga merupakan sumber vitamin D. Jadi satu bahagian ikan sardin juga bermanfaat untuk keperluan badan kita.

Ikan tuna. Selain mengandung asid lemak omega-3, ikan tuna juga merupakan sumber protein berkualiti tinggi yang akan membantu kita merasa kenyang lebih lama sekaligus membantu pembentukan otot. Pastikan kita mendapatkan ikan tuna yang segar kerana kebanyakan dari jenis ikan ini yang sudah tercemar oleh bahan kimia.

Sayur bayam. Bayam mengandungi pelbagai mineral penting seperti zat besi, kalium, dan ditambah dengan protein dan serat untuk keseimbangan tubuh secara kseluruhan. Tidak banyak orang yang tau bahawa sayur berdaun hijau ini  juga mengandungi omega-3 walaupun tidak dalam jumlah yang besar.

Minyak Krill. Krill adalah sejenis udang kecil yang ditemukan di hampir semua lautan, dan yang paling banyak hidup di kawasan lautan antartika. Minyak Krill diperkaya dengan omega-3 dan antioksidan 48 kali lebih tinggi dari minyak ikan. Minyak Krill diketahui juga mengandung astaxanthin, flavonoid yang merupakan jenis antioksidan kuat.

Minyak zaitun. Minyak zaitun mengandung Asid linoleik yang merupakan  salah satu dari dua keluarga asid lemak esensial. Asid linoleik mengandung Omega 6 dan Omega 3 yang bermanfaat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan stroke.

Daging sapi. Daging sapi juga menjadi pilihan yang baik bagi kita untuk mendapatkan omega-3. Sapi yang diberi makan rumput memiliki kualiti gizi lebih baik termasuk kandungan asid lemak omega-3 lebih tinggi jika dibandingkan sapi yang diberi makan selain rumput.




di Shaklee, kami mempunyai satu produk yang dinamakan Omega Guard. Di dalam Omega Guard ini, mengandungi DHA dan EPA yang tinggi yang bersesuaian dengan keperluan harian tubuh badan. Malahan, sumber minyak ikan yang digunakan ialah dari sumber minyak ikan yang terbaik yang didapati dari laut sejuk yang dalam.




Untuk order klik sini:


atau, anda juga boleh hubungi kami untuk membeli produk ini samada untuk COD ( kawasan sekitara Kota Tinggi ) atau melalui pengeposan.



Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015