Tuesday, August 28

ZAFRAN LARI SEKOLAH?..HA HAHAHA



si budak comel ni, sejak 2 bulan ni, sangat beremosi kalau nak ke nursery....mesti dia akan buat drama melayu...menangis-nangis tak nak pergi nursery...abis tu, takkan lak eden x nak anto kan?..dah eden nak gi kerja, ye den kena anto..ye dak?

tapi tuelah..mmg kesian ngn dia..asyiklah nangis hari2...bila smpai je nursery, iye ye dia x nak lepaskan aku..peluk kuat leher aku..aku pun pelik....pernah gak risik2 ngn cikgu kt situ..dia ada gaduh ngn saper2 ke?..or ada budak buli dia ke..ala-ala kes mia kena gigit kt nursery lama..manalah tau kan.....tapi cikgu tu cakap, dia kejap je nangis..aku hilang dari pandangan dia, senyaplah....mmglah okey...tp x puas hatikan..mesti ada sebab zafran tak nak gi nursery...aku risik cter ngn mia lak....tanya mia, ada tak budak pukul zafran ke, cikgu cubit zafran ke, zafran jatuh ke....iye-iye mia geleng pale...alahai anak....cmnelah nak buat...

pernah pancing gak belikan jajan, mainan time dlm keta, tp dia nampak je bumbung nursery tu, otomatik nangis....itu masa awal tahun...la ni, dia dah makin boleh berfikir...dia nampak je mia pakai baju sekolah, dia dah mula nangis...kkedang, lari masuk bilik....pening..pening...


kedai online SHAKLEE saya : 
www.damiapitshop.com
 Puan Siti Noriza Saleh 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453]
 013-7374 958 |
damia_pitshop@yahoo.com 
twitter : @damiapitshop

HERB- LAX - DETOX TERBAIK UNTUK BADAN


Ramai customer bertanyakan tentang HERB-LAX.. katanya herbalax merupakan detox terbaik untuk badan. Ye ke? saya tidak berani mencuba produk ini semasa 6 bulan penyusuan badan saya. Akan tetapi, bila saya menghadapi masalah pembuangan setiap hari, saya akui, saya perlu mencuba detox ini.  Apa yang saya risaukan ia, produk ini sama dengan produk detox yang lain di pasaran, tetapi, walllahhhhhh...sangat best. Berkesan selepas 3 dhingga 4 jam pengambilannya, ia tidak mendatangkan kesan cirit birit. Ia juga sangat melegakan perut. 

herbalax, detox terbaik, pengedar shaklee kota tinggi

PERBEZAAN SHAKLEE :-

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.  Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.  sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuainya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Utama :-

* Pembersihan najis yang tersekat
* Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
* Membantu masalah sembelit
* Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus ( natural bowel movement ) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
* Mengempiskan perut
* Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.  Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

psssst.... saya merupakan pengedar shaklee Kota Tinggi, Johor. Anda boleh mendapatkan produk ini secara COD sekiranya anda berada di kawasan ini :)

Monday, August 27

PERANGI GASTRIK




Gastrik adalah masalah yang sangat lazim dalam masyarakat kita.  Ia bukan penyakit, tetapi gangguan dalam perut, terutama apabila bahagian perut atas berasa sakit dan tidak selesa.  Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.

Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.  Anda tentunya tidak mahu hidup anda terus diganggu oleh penyakit ini.  Ini kerana penghidap gastrik tidak digalakkan memakn cili, cuka, asam dan makanan berlemak sedangkan kebanyakan makanan di sekeliling kita mempunyai kesemua gabungan rasa tersebut.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai gastrik, anda harus berhati-hati dengan beberapa jenis makanan yang disenaraikan seperti di bawah :-

  1. Makanan/ minuman yang berasid ;- kepada yang suka minum orange juice, air limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan minuman ini,... Memang ia kaya dengan vitamin C, tetapi ia juga kaya dengan asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis.
  2. Makanan pedas :-  Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang. Jika anda seorang yang tidak tahan pedas, anda harus elakkan dari makan makanan sebegini.  Makan atas risiko sendiri ya!!
  3. Makanan yang berangin :- Ada banyak jenis makanan berangin seperti kekacang, petai, jering, kerdas dan yang sewaktu dengannya.
  4. Air berkarbonat/kafein :- Memang sedap minum air berkarbonat, tapi untuk pesakit gastrik, jangan diamalkan.  Jika teringin nak minum, pastikan perut kenyang dan tidak mengambil makanan/minuman lain yang diketahui menyumbang kepada gastrik.
  5. Susu :- Ada yang mengatakan bahawa susu akan membuat perut mereka lagi meragam.
petikan : majalah rapi SEPTEMBER 2012


*********************************************************************************





ENERGIZING SOY PROTEIN
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat ,sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 grm protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan lactose. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik . Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya. (GMO) dimana is disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

SIAPA PERLU PADA SOY PROTEIN INI ?


1. Orang yang ingin kekal sihat

2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.

3. Kanak-kanak bersekolah

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak

5. pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan

6.pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik, dan lain-lain

7. Ahli sukan dan bina badan

8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat .

CARA MAKAN- 2 sudu makan di bancuh dengan satu gelas air sejuk/ suam. boleh juga dicampur dengan air jus buah-buahan.
diminum pada waktu pagi dan petang ( 2 kali sehari).


Apa kebaikan vitamin B complex sebenarnya?

Banyak keperluan vitamin B complex ini, antaranya ialah untuk
* mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan,
* Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran,
* Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,
* Mencegah barah serviks,penyakit jantung dan kecacatan spina
* menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Apa kelebihan vitamin B complex Shaklee?

Selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah. Namun begitu Shaklee telah menghasilkan suatu selaput asid folik yang unik ntuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan.Teknologi berpaten ini adalah ekslusif bagi Shaklee. Secara ringkasnya Vitamin B yang lebih baik mempunyai ciri2 berikut :
§ Sistem penyerapan bioaktif berpaten
§ Kesemua lapan jenis vitamin B yg diperlukan termasuk Biotin
§ Peningkatan penghantaran zat
§ Tablet mudah ditelan

Siapa sebenarnya yang perlu B complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang
·         Terdedah kepada sinaran matahari
·         Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
·         Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
·         Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan  yang dilakukan.
·         Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
·         Mereka yang nak nampak cantik dan muda
·         Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
·         Wanita yang mengambil pil perancang


Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.

saya merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi dan anda sekitarnya boleh mendapatkan produk shaklee secara terus dari saya.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

Saturday, August 25

DAMIA DAN ZAFRAN YANG SEMAKIN BIJAK!!!!


Alhamdulillah...bersyukur dikurniakan sepasang anak yang bijak pandai ni....jom kita tgok gmbr2 diaorng berdua ni....2 2 pun mmg kaki bergambar.pantang ada kamera...




comel kan?..he hehe










bestkan tengok dak berdua ni?....rasa sangat erat dan penuh dengan kasih sayang...jadik adik beradik yang baik ye..saling sayang menyayangi...mama doakan korang membesar dengan baik, penuh dengan ilmu agama, jadik anak-anak yang bijak, yang berguna pada agama, bangsa dan negara...dan tidak menghampakan mama dan ayah....sayang korang berdua..muah...muah...muah...




kedai online SHAKLEE saya : 
www.damiapitshop.com
 Puan Siti Noriza Saleh 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 852453] 
013-7374 958|damia_pitshop@yahoo.com

Thursday, August 16

SAYA TAK SUKA CERITA MELAYU :(

Seiyes...saya mmg tak suka tgok cerita melayu...bukan sebab saya ni daouble standard...tapi, saya tak suka!!!! memang tak suka!!!...

sebabnya, hampir kebanyakkan cerita melayu banyak memaparkan penderaan anak-anak...saya tak suka!!!! mcm semalam, saya terbuka tv9..saya tak pasti apa tajuk dia..tapi mcm "ampunkan daku"...tertengok lak scene yang masa tu si pelakon pompuan tu tengah maki hamun anak dia yg aku rasa umur 5 6 tahun...terkebil-kebil budak tu kena maki hamun.....aku TAK SUKA!!!!...

aku rasa boleh buat aku jadi tekanan perasaan dan rasa tak sampai hati ...memanglah org ckp, kalau kita sedih, kita marah dengan pelakon tu, bermakna pelakon tu seorang yang hebat!!! tapi, aku tetap tak suka...hu hu hu...

lagi-lagi kalau pasal yang part family miskin, family x cukup sifat...aku mmg tak suka...aku tak sampai hati nak tengok..tak smpai hati nak tahu jalan ceritanya...cukuplah apa yang aku baca dalam internet dan paper...tak sanggup nak tengok realiltinya dalam tv....

nota siput : luahan perasaan sbb sakit hati tgok orang-orng giler yang suka buat sesukati kt anak-anak mereka.....

kunjungi kedai online saya :- http://www.damiapitshop.com/
 

Thursday, August 9

CERAI SUSU?...


Alhamdulillah...sudah 2 tahun perjalanan penyusuan aku kt budak comel ni....x sangka..kejap je masa berlalu.....sebulan lepas, aku dah pack semua breastpump, beg, botol-botol susu dalam kotak.....sedih bercampur gembira...syukurr....niat untuk menyusukan zafran sehingga 2 tahun, tercapai...banyak rintangan dan halangan ye..tapi, ALhamdulillah...Allah beri keizinan utk aku teruskan dan capai impian sehingga 2 tahun...

la ni, walaupun dah tak pam susu, ALhamdulillah..masih ada rezeki utk zafran..kekadang tetibe breast jadi bengkak sbb x pam...zafran pun kkdg cari nenen time nak tido or time lepaskan "kerinduan" dia...lpas tu, dia selesa dgn minum air lain dan botol susu dia tu..hu hu hu...

apapun, aku belum ada niat nak ceraikan susu lagi...biarlah..tunggu dia atau aku dah rasa x selesa..he ehe...tapi siyes, mmg rindu bila dia dah xcari nenen lagi...kebiasaan 2 thun tetibe hilang cmtu je...siap offer lagi ngn zafran kalau dia sibuk melekat ngn ayah dia...he ehhe....

apa pun, perjalanan penyusuan ini sangat bermakna dan satu kenangan terindah dalam diri aku...semoga, zafran akan membesar menjadi seorang manusia...ye manusia yang ada akhlak terpuji, keimanan yang tinggi, anak yang soleh, dan manusia yang menyumbang sesuatu yang terbaik utnk ISLAM DAN NEGARA...amin

kunjungi kedai online saya :- http://www.damiapitshop.com/
 

Tuesday, August 7

KANSER PAYUDARA - MENCEGAH LAGI BAIK DARI MENGUBATI




Menjaga kesihatan  merupakan  satu aspek yang penting yang perlu dipelihara sebagai Muslim yang mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Tanpa kesihatan yang baik, bagaimana kita boleh tampil ke hadapan sebagai pemimpin dan pejuang yang kuat dalam usaha menegakkan kalimah Allah? Artikel kali ini akan fokus kepada sebuah penyakit yang belum ada penawarnya dan semakin menular di kalangan manusia; Kanser. InsyaAllah, beberapa cara untuk mencegah penyakit ini akan dikupas sedikit kali ini. 

“Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah” (Riwayat Muslim)

Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan penyakit kanser terlebih dahulu. Moga bermanfaat!


Tahukah kamu?

Seperti yang kita tahu, kanser secara amnya adalah satu penyakit yang secara statistiknya semakin meningkat dengan mendadak di dunia secara amnya dan di Malaysia secara khususnya.

Menurut kajian, Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara di Amerika Syarikat manakala setiap tahun 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara di United Kingdom.

Di Malaysia pula, Seorang wanita mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka dan lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Apa?

 Sel kanser payudara yang sedang berkembang

Kanser merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan kanser) dan malignan (tumor jenis kanser).

Mengapa?

Apakah yang menyebabkan penyakit kanser masih menjadi tanda tanya. Para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit kanser adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Apa yang dapat diketahui hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

Mencegah Lebih Baik dari Mengubati

Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ idak ada penularan, kemudian ditambahkannya pula, Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat.” (Riwayat Muslim)

* Banyakkan makanan yang bersumber asli seperti sayuran dan buah-buahan.
* Cuba untuk tidak memasak sayur-sayuran terlalu lama hingga menghilangkan khasiat makanan tersebut.
* Masukkan kekacang, herba-herba dan makanan yang segar seperti ulam-ulam dalam diet pemakanan seharian.
* Kanser suka pada gula. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula untuk mengekalkan keseimbangan pH dalam badan.
* Kurangkan penggunaan ketuhar gelombang. Khasiat makanan mudah hilang dengan menggunakan ketuhar gelombang.
* Elakkan “stressors” atau lebih dikenali dengan makanan yang akan menambahkan tekanan seperi tobacco, kopi dan sebagainya.
* Elakkan memakan makanan ‘genetically modified food’ (GMO).
* Makan dengan perlahan dan kunyah makanan sebaiknya.
* Seimbangkan kehidupan fizikal, mental dan emosi.
* Baca maklumat pemakanan. Elakkan lemak trans seperti ‘hydronenated vegetable oil’ yang munkin banyak digunakan dalam biskut-biskut dan kek.

Kesimpulan

Cara-cara pencegahan mungkin nampak mudah dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk melakukannya. Ia lebih kepada menukar cara pemakanan seharian dengan menjadi lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Teringat sebuah kisah  benar di mana seorang pesakit kanser yang disahkan doctor hanya mampu bertahan sebulan sahaja untuk hidup. Dia terus berputus asa dan mengambil keputusan untuk makan sesuka hati. Dengan takdir Ilahi, dia mengehembuskan nafas yang terakhir seminggu selepas itu. Sebaliknya, ada seorang pesakit kanser payudara yang sangat menjaga pemakananya setelah disahkan menghidapi kanser. Dengan izin Allah, beliau berjaya meneruskan hidup bersama-sama kanser selama 12 tahun sehingga meneghembuskan nafas yang terakhir.

Hal ini sedikit sebanyak membuktikan, dengan menjaga pemakanan, dapat memberi kesan kepada pertumbuhan sel yang akan menggalakkan kadar pertumbuhan sel-sel kanser.

Saya akhiri penulisan saya dengan sebuah hadis

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram (Riwayat Abu Daud)


kredit to : ISMA

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

Thursday, August 2

SUPPLEMENT UNTUK KESUBURAN DAN KESIHATAN LELAKI



Kali ni saya nak bercerita pasal vitamin yang sesuai untuk lelaki pulak...oppss...bukan dan beralih arah,tapi ada pembaca blog ssaya tanya nape semua vitamin atau masalah dalm blog saya ni hanya utk wanita?...vitamin shaklee ni untuk wanita je ke?....oppsss....tidak...vitamin SHAKLEE ni sesuai untuk semua golongan samada wanita, lelaki, kanak-kanak, golongan emas, dan sewaktu dengannya..he hehe....

kali ni, saya nak tertumpu pada msalah utama lelaki dalm hubungan seksual bersama isteri. opsss..bukan cerita dalam kainnya....

ada lelaki rasa, dia tidak mampu untuk puaskan hati isteri sebb dia sndiri dah penat bekerja...keinginan untuk bersama ada, tetapi bila badan dah penat, semua tak jadi apa..he hehe..jika anda seorang lelaki tidak mempunyai nafsu atau keinginan untuk "bersama" dengan isteri, itu bukan "mati pucuk" ye..itu adalah kerana anda kekurangan hormon yang di panggil"Hormon Testosteron".

kenapa hormon ini bolh berkurangan?... ini dalam bahasa saya tau..bukan bahasa sains..he hehe...kekurangan hormon ini berlaku adalah disebabkan tekanan kerja, pemakanan yang tidak seimbang, penyakit yang berkaitan hati dan jantung....salah satu sebab utama adalah, hati dan jantung anda mula menghadapi masalah...kekurangan hormon juga adalah sebab faktor peredaran usia anda....ada terbaca, kekurangan hormon ini akan berkurangan 1.4% setiap tahun.....

Kesan dari kekurangan HORMOM TESTOSTERON :-

* Tahap tenaga rendah * Kurang daya tumpuan * Mendapat serangan kepanasan * Cepat letih * Jumlah lemak dalam badan meningkat * Tekanan * Ereksi pada waktu pagi berkurang * Mengalami masalah eraksi* Mudah menjadi sugul dan murung * Jisim otot menyusut * Otot menjadi lemah * Ukuran pinggang meningkat * Kesihatan keseluruhan mula terjejas..



zink - Zink adalah mineral yang penting untuk kesuburan lelaki: badan tidak boleh menghasilkan sperma yang sihat tanpa ia. Kajian telah mendapati bahawa lelaki dengan tahap zink yang tidak mencukupi mempunyai kiraan sperma yang rendah dan miskin motiliti sperma daripada lelaki dengan tahap normal. Channel.com Urologi mengesyorkan mengambil 30 mg zink dua kali sehari. Jumlah zink yang berlebihan boleh menjadi toksik, jadi jangan melebihi dos yang disyorkan. Sebagai alternatif kepada vitamin tambahan, seseorang boleh makan makanan yang kaya dengan zink, termasuk daging lembu, ayam, kambing, daging babi, daging ketam, udang galah, ikan salmon, beras perang, kacang tanah dan labu benih

vitamin E : -
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Omega Guard :-
Minyak ikan dapat membantu kesihatan mental lelaki, yang adalah mengapa ia dikenali sebagai "makanan otak." Mereka yang mengalami kemurungan boleh mempunyai kekurangan dalam DHA, asid lemak dalam minyak ikan. Minyak ikan juga boleh membantu melawan penyakit Alzheimer.

penuaan Secara Sihat
Minyak ikan dapat membantu meringankan kehilangan penglihatan yang berkaitan dengan usia. Ia boleh membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan diabetes jenis 2.

Penyelenggaraan badan
Minyak ikan boleh melengkapkan rutin senaman lelaki untuk mengekalkan berat badan. Asid lemak omega-3 boleh memberi kesan yang kuat ke atas metabolisme anda kerana mereka mengurangkan insulin, yang menggalakkan trigliserida (atau lemak) penyimpanan.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015