Tuesday, August 7

KANSER PAYUDARA - MENCEGAH LAGI BAIK DARI MENGUBATI




Menjaga kesihatan  merupakan  satu aspek yang penting yang perlu dipelihara sebagai Muslim yang mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Tanpa kesihatan yang baik, bagaimana kita boleh tampil ke hadapan sebagai pemimpin dan pejuang yang kuat dalam usaha menegakkan kalimah Allah? Artikel kali ini akan fokus kepada sebuah penyakit yang belum ada penawarnya dan semakin menular di kalangan manusia; Kanser. InsyaAllah, beberapa cara untuk mencegah penyakit ini akan dikupas sedikit kali ini. 

“Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat daripada orang Mu’min yang lemah” (Riwayat Muslim)

Sebelum itu, mari kita berkenalan dengan penyakit kanser terlebih dahulu. Moga bermanfaat!


Tahukah kamu?

Seperti yang kita tahu, kanser secara amnya adalah satu penyakit yang secara statistiknya semakin meningkat dengan mendadak di dunia secara amnya dan di Malaysia secara khususnya.

Menurut kajian, Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara di Amerika Syarikat manakala setiap tahun 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara di United Kingdom.

Di Malaysia pula, Seorang wanita mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka dan lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Apa?

 Sel kanser payudara yang sedang berkembang

Kanser merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel. Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign (tumor bukan kanser) dan malignan (tumor jenis kanser).

Mengapa?

Apakah yang menyebabkan penyakit kanser masih menjadi tanda tanya. Para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit kanser adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Apa yang dapat diketahui hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

Mencegah Lebih Baik dari Mengubati

Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya dia mendengar Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ idak ada penularan, kemudian ditambahkannya pula, Jangan mendekatkan yang sakit kepada yang sihat.” (Riwayat Muslim)

* Banyakkan makanan yang bersumber asli seperti sayuran dan buah-buahan.
* Cuba untuk tidak memasak sayur-sayuran terlalu lama hingga menghilangkan khasiat makanan tersebut.
* Masukkan kekacang, herba-herba dan makanan yang segar seperti ulam-ulam dalam diet pemakanan seharian.
* Kanser suka pada gula. Oleh itu, kurangkan pengambilan gula untuk mengekalkan keseimbangan pH dalam badan.
* Kurangkan penggunaan ketuhar gelombang. Khasiat makanan mudah hilang dengan menggunakan ketuhar gelombang.
* Elakkan “stressors” atau lebih dikenali dengan makanan yang akan menambahkan tekanan seperi tobacco, kopi dan sebagainya.
* Elakkan memakan makanan ‘genetically modified food’ (GMO).
* Makan dengan perlahan dan kunyah makanan sebaiknya.
* Seimbangkan kehidupan fizikal, mental dan emosi.
* Baca maklumat pemakanan. Elakkan lemak trans seperti ‘hydronenated vegetable oil’ yang munkin banyak digunakan dalam biskut-biskut dan kek.

Kesimpulan

Cara-cara pencegahan mungkin nampak mudah dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk melakukannya. Ia lebih kepada menukar cara pemakanan seharian dengan menjadi lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Teringat sebuah kisah  benar di mana seorang pesakit kanser yang disahkan doctor hanya mampu bertahan sebulan sahaja untuk hidup. Dia terus berputus asa dan mengambil keputusan untuk makan sesuka hati. Dengan takdir Ilahi, dia mengehembuskan nafas yang terakhir seminggu selepas itu. Sebaliknya, ada seorang pesakit kanser payudara yang sangat menjaga pemakananya setelah disahkan menghidapi kanser. Dengan izin Allah, beliau berjaya meneruskan hidup bersama-sama kanser selama 12 tahun sehingga meneghembuskan nafas yang terakhir.

Hal ini sedikit sebanyak membuktikan, dengan menjaga pemakanan, dapat memberi kesan kepada pertumbuhan sel yang akan menggalakkan kadar pertumbuhan sel-sel kanser.

Saya akhiri penulisan saya dengan sebuah hadis

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram (Riwayat Abu Daud)


kredit to : ISMA

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015