Tuesday, August 16

KERAP RASA SEMUT SEMUT ATAU KEBAS TANDA GANGGUAN SARAF




Biasa dengar pasal kebas kebas jari?

ada yang sampai tak boleh genggam tangan. Atau tiba tiba rasa kebas tanpa sebab. Kalau duduk lama je sikit, mulalah kaki kebas kebas atau orang panggil semut semut.

Kang ada yang jenis lawak ni, dia pekena balik kawan dia.. mana semut? mana semut?  wahhhh ada semut transparentlahhhh... yang kawan tu dah nahan sakit sebab kebas kebas tu. hah, kebas kebas ni macam tak boleh nak cerita macamana kesakitannya tu. 




kalau sakit kepala, kita boleh cakap.. aduh, kepala aku sakitlah. Macam kena cucuk cucuk dengan paku..gituu. Tapi kebas ni dia tak boleh nak cerita macamana.

Masa lepas czer anak pertama, bila kesan bius tu dah hilang, rasa kebas mula muncul pelan pelan bermula dari kaki hingga ke pinggang.. Ya Allah..rasa tak selesanya tu, tak tahu nak gambarkan. Nak suruh suami urutkan, tak rasa apa lagi. Nak suruh garukan, takde rasa gatal. hah, gitulah gamaknya.

bila baca majalah I Sihat ni, ada satu artikel menyatakan, semut semut atau kebas ini adalah petanda yang kita ada gangguan saraf atau bahasa hospitalnya ialah neuropati. Neuropati ni biasanya dialami sekitar 26% orang dewasa berusia 40 tahun ke atas. 

Ia berlaku sebab kekurangan vitamin B, pesakit diabetes atau mereka yang kerap minum alkohol. Lagi best! ia juga boleh terjadi kepada semua golongan usia dan risiko tinggi kepada mereka yang banyak lakukan pekerjaan statik seperti menaip. eh, terasa pulak aku tengah menaip ni. 

cara atasinya? Doktor minta kita ambil Vitamin B1, B6 dan B12 dan rajin rajin lah bersenam. 

Mujur sejak join team #IF4U ni, saya dah rajin senam sikit sikit...belum berani nak jogging je lagi..kah kah kah..kita senam dalam rumah je. di support oleh anak anak dan suami yang hesmes.

Eh, melalut lak.  Pasal Vitamin B tu, saya memang ambil B Complex dari Shaklee sebab dari sebotol tu, dah lengkap dah semua Vitamin B yang diperlukan oleh badan. Lagi lagi saya dah 3 kali Czer dan pastinya banyak urat urat saraf yang terkesan dari pembedahan tersebut.

hah, ni rupa B Complex dari Shaklee. Yup! B complex dengan Asid Folik. Kalau mereka mereka yang nak usaha mengandung, doktor akan minta mereka ambil Asid Folik lebih awal. B Complex juga, ada dalam set Kesuburan Shaklee. 

Kenapa kena ambil B1, B6 dan B12 kalau nak atasi masalah rasa kebas kebas dan semut semut ini? ada berapa sebenarnya Vitamin B yang kena ambil?  Takpe, saya terangkan. Dulu masa belajar sains kat sekolah menengah pun saya tak hafal, ni sejak masuk bidang kesihatan ni, barulah tau betapa pentingnya setiap apa yang kita belajar dari tadika. kan kan kan?

Secara asasnya Vitamin B ini ada 8 vitamin yang dikelaskan sebagai B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin. Sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA, kesemua vitamin ini perlu diambil pada masa yang sama. Kalau pergi ke farmasi, ada juga dijual Vitamin B ini, tapi kita perlu perhatikan kandungan setiap botol tersebut. Lengkap atau tidak kesemua 8 vitamin yang diperlukan. 

B1 penting untuk pastikan pesakit yang mempunyai diabetes tidak akan hadapi masalah kandungan gula yang tinggi dalam darah dan kadar insulin semakin baik. Ia juga membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi serta serangan sakit jantung. memberi tenaga kepada sel saraf, merangsang saraf dan sintesis pemancar kepada otak

B6 pula lebih kepada untuk menurunkan kadar homosistein dalam tubuh. Homosistein merupakan sejenis asid amino yang dihasilkan dalam darah. Ketika kadar homosistein dalam darah tinggi, maka asid amino tersebut berkumpul di pembuluh darah dan boleh merosakkan arteri dan saraf. Jika badan  kekurangan vitamin B6, maka homosistein akan terus meningkat dan menyumbat pembuluh darah. Akibatnya, kita akan lebih mudah mendapat serangan jantung dan strok. Sintesis kunci isyarat molekul di dalam sistem saraf: penghantaran neuron

Manakala B12 pula, pematangan dan pertumbuhan semula sel saraf dan metabolisme sel saraf. Vitamin B12 memiliki peranan penting dalam sistem tubuh seperti sistem saraf dan pembentukan sel darah merah. penting dalam penjagaan saraf dari rosak atau mati.

okey, kalau nak beli B complex, boleh beli direct dari sini. Klik je link : Saya nak beli B complex.

atau, anda juga boleh jadi ahli secara online dan terus membuat pembelian produk kegemaran anda. Macamana nak jadi ahli?

Cara 1 :

cara 2 :
klik : SAYA INGIN DAFTAR SENDIRI .  anda daftar sendiri dan terus membuat pembelian mengikut arahan yang diberikan. Selepas anda menjadi ahli, anda boleh hubungi saya untuk bertanya apa saja berkaitan produk, perniagaan atau apa saya berkenaan Shaklee. Secara automatik, anda menjadi team saya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜




Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 



 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015