Thursday, February 25

KUNCI PINTU TAU KALAU BALIK KUL 3 PAGI!!!

amaran keras ni ( tapi x lah dlm nada yg keras pun...nada manja2 je ) dari hubby tersayang...nak tau sebab ape?..sbb mulai bulan depan, kalau dia keje malam, dia kene masuk keje kul 5 ptg dan balik kul 3 pagi..ini kalau x de overtimelah...so, dia pesan, kalau dia keje mlm, pintu kayu tu silalah kunci...selama ni, kalau dia keje mlm pun, aku kunci gak..cuma kkdg kalau dia balik 6 pg, aku x selak pun kunci tu....

ni gara2 aku cter kat dia pasal satu mlm tu, "dia" balik jam 2 3 pagi ( masa ni dia keje malam dan sepatutnya balik kul 6.30 pagi)...masa tu aku dlm bilik dan tersedar ada org buka grill dan pintu....then org tu terus ke bilik air dan buka peti sejuk....masa tu aku mcm nak bangun tapi tiba2 mia tersedar smbil terus peluk aku kuat2...ish...aku tgok jam, aik,,pg sgt ni..x kan laki aku dah balik...

aku pasang telinga je msbil mata aku tgok tombol pintu bilik aku....doa mcm2lah aku....kalau dlm hati siap pkr"antu ke org ek".....tapi, 2 3 minit aku tunggu, x de dgr apa2 pun..aku punye pkr punyer pkr, smpai lah aku tertido.....

dlm kul 6.30 pg, aku try jenguk2 dr pintu bilik aku...elok je....tgok bilik air, x basah pun...sah ...bukan laki aku yg balik....keta laki pun x de kat luar..alamk...seramnnyer....otomatik aku terus pegang badan aku....ish..seb bek x de jadi pa pe.....Nauzubillah...


Wednesday, February 24

OOO...KO BULI ANAK AKU EH....X PE ...X PE

wah...aku rasa mcm dah lama aku tak mengemas rumah aku ni.....he he he...

aku nak cter pasal mia lagi kali ni...patutlah aku rasa dia mcm excited nak ada baby....tiap2 hari dok tanya baby mana, baby mana......kkdg siap praktis kat bear dia susulah, pakaikan pamperslah.....smpaikan dia ckp yg cloth diapers tu baby punyer...yang disposal diapers tu dia punyer...dah asing2kan baju lagi....

aku pun pkr, wah....mia betul2 teruja nak dpt adik..baguih...leh jadi kak long yg baik......ruper-rupernyer, ada si kaki buli kat nursery.....ingat tak yg kisah ini ....start dr hari tu, aku mmg dah mark kat budak....ooo..rupenyer dia baru dpt adik....patutlah...berlagak ngn anak aku eh...

pg tadi, baby tu nangis, dan mia yg mmg suka baby ni keluar dr keta tergesa-gesa nak tgok baby tu...smpai je depan pintu, aku tgok budak tu tgh sibuk layan adik dia smbil adan 2 3 org budak lain tgh tgok baby tu....tetibe, budak tu boleh sound anak aku kan..

"jangan tgok baby kita...mia x de baby"
"pegi main jauh-jauh"..

peh, dia buat anak aku mcm tu....dan bbyster yg kat situ, diamkan je...ish...bawak2lah tegur bebudak tu...

dan anak aku tulak, yg excited nak masuk nursery tu, terus patah balik kat aku smbil peluk aku nangis...mesti dia rasa kecewa sbb nak main ngn baby tu tapi dhalang....

aku nak marah budak tu, mcm x patut..nama pun budak...dan aku yg tetiba jadi bebudak ni terus ckp ngn mia " xpelah yang..nanti mia ada baby juga...kita jgn letak baby kat sini eh.....kita anto baby kat tmpt lain je nanti".....depan2 akak tu aku ckp ngn mia...dia tgok je muka aku..lantak kolah....

mia pun angguk2 smbil air mata mengalir..alahai...sedihnya..aku mcm nak bawak gi keje je....

x pelah mia....sabor je...x lama pun...nanti mia ada kwan utk main kat umah....

dlm hati aku" kuang asam punyer budak..x abis2 buli anak aku eh"....

Thursday, February 18

TANGGUNGJAWAB LELAKI, MANA LEBIH UTAMA

Minggu lepas, saya dah bincangkan mengenai keutamaan ketaatan seorang wanita bergelar isteri. Minggu ini, saya ingin bincangkan pula mengenai keutamaan tanggungjawab seorang lelaki yang memegang status seorang anak dan pada masa yang juga adalah seorang suami dan seorang bapa kepada seseorang. Sebenarnya, saya telah pun bincangkan mengenai perkara ini di dalam siri keluaran tanggal 19 Mei tahun lepas bertajuk Hak Ibu Bapa Tanggungjawab Anak-anak. Namun, saya utarakan semula topik ini memandangkan terdapat beberapa permintaan daripada pembaca yang mungkin terlepas perbincangan saya yang lalu. Sementelah pula, kes-kes yang melibatkan kekeliruan seorang lelaki melaksanakan tanggungjawab antara ibu bapa dan isteri serta anak-anak sendiri makin banyak berlaku, malah makin kerap pula saya menerima aduan kes-kes ini sejak kebelakangan ini.

Seperti yang saya jelaskan pada minggu lepas, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah tapak kaki ibu, bermula daripada kelahirannya hinggalah tika menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam erti kata yang mudah, ibu adalah segala-galanya. Seorang anak lelaki perlu mengutamakan kehendak dan kemahuan seorang ibu berbanding kehendak seorang isteri dan anak-anak. Sebagai contoh, jika seorang ibu menginginkan anak lelakinya pulang ke kampung berhari raya bersama-sama dan pada masa yang sama, isteri kepada anak lelakinya juga menginginkan perkara yang sama, ingin berhari raya bersama ibu dan bapanya di kampung, lelaki yang berada di dalam situasi seperti ini perlu mengutamakan kehendak si ibu. Kenapa? Kerana permintaan si ibu tidak menyalahi kehendak syarak dan syariat. Namun, jika seorang ibu menyatakan kehendak yang boleh menyalahi kehendak syariat maka si anak tidak wajib melaksanakannya.

Persoalannya, apakah kehendak si ibu yang menyalahi kehendak syariat? Rata-rata kes yang saya terima adalah berkaitan kegagalan suami menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga seorang ayah kerana mengikut kehendak ibu, bapa dan adik-beradik sendiri. Malahan ada beberapa kes, isteri terpaksa mengeluarkan duit hasil pendapatannya sendiri semata-mata terpaksa membantu suami melunaskan kehendak dan keinginan keluarga mertua. Secara logiknya, kes-kes seperti ini tidak wajar berlaku jika setiap anak lelaki dan setiap ibu bapa serta sanak saudara lainnya mengetahui had dan batasan kewajipan dan hak-hak mereka.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang kurang pasti, apakah perbezaan antara kewajipan dan hak? Kewajipan adalah tanggungjawab yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipannya. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tambahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumahtangga. Kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu barulah berkewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka.

Bererti,
walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MENUNAIKAN HAK-HAK ISTERINYA DAN ANAK-ANAKNYA TERLEBIH DAHULU berbanding hak ibu bapanya atau adik beradiknya yang lain. Perlu diingat juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan KEPERLUAN sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Seorang suami berkewajipan menunaikan hak-hak yang patut dan wajar bagi seorang isteri dan anak-anak: menyediakan makan minum yang berpatutan dan sederhana; menyediakan tempat tinggal yang sempurna memadai dapat berlindung daripada panas matahari dan kebasahan hujan; menyediakan pakaian yang mampu menutup aurat; memberikan pendidikan yang dituntut oleh syariat merangkumi ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan jika mempunyai masalah kesihatan. Keperluan bukanlah perlu menyediakan hidangan KFC atau pizza setiap hari; bukan juga perlu menyalutkan tubuh si isteri dengan pelbagai perhiasan emas dan permata yang begemerlapan. Bermaksud, walaupun seorang lelaki itu mempunyai harta yang tidak menafikan keupayaannya untuk memberikan kemewahan kepada isteri dan anak-anak dan di dalam masa yang sama dia mempunyai ibu, bapa dan adik-adik yang juga memerlukan bantuannya untuk menjalani hidup yang sederhana tetapi lebih sempurna maka di dalam situasi ini, lelaki tersebut wajar dan wajib membantu ibu, bapa dan adik-beradiknya yang memerlukan walaupun perlu mengenepikan tuntutan isteri kerana tuntutan sedemikian bukan lagi menjadi hak yang perlu tetapi adalah sesuatu yang melampau.

Hakikatnya, setiap individu mempunyai hak dan kewajipan masing-masing. Hak seseorang juga adalah terbatas tertakluk kepada kepentingan dan keutamaan kewajipan seseorang. Lantas, jalan terbaik ialah bersikap bersedia menerima kesederhanaan, sanggup berkongsi dan bertoleransi. Kepada para isteri, ingatlah: suami anda adalah anak kepada seorang wanita, juga seperti anda yang akan menjadi mertua kepada seorang wanita lain bila tiba masanya nanti. Kepada para ibu, ingatlah: anak lelaki anda adalah suami kepada seorang wanita yang juga mempunyai hak sebagai seorang isteri sama seperti anda. Hormatilah hak orang lain, hak anda akan dihormati, insyaAllah.


Saturday, February 13

RM380 UNTUK 6 HARI SEMINGGU

uikss...jangan pikir lain eh tgok tajuk kat atas tu......hehe he...sbrnya aku tgh proses mencari nursery baru utk MIa and my incoming baby....awal sgt ker?..mmg awal pun aku rasa...tapi, aku mencari nursery yg sesuai ngn baby aku yg aku berhasrat utk fully Breastfeeding...( Insya Allah, kali ni aku akan berjaya....aminn)....

ciri-ciri nursery yg aku cari adalah :-
- Boleh jaga 2 2 org anak aku ni utk 6 hari dari hari Isnin hingga Sabtu,,...sbb aku keje smpai kul 5 ptg, 6 hari seminggu. sebelum ni, kalau diaorg tutup awal hr Sabtu, aku bwak mia gi opis, tpi kali ni, x kan nak bawak si kecik tu sekali gi opis..ye tak?...he he he..opsss, aku bukan malas nak cuti ok...kebanyakan cuti tahunan aku, aku standby utk emegency kes cthnyer mcm mia demam ke, parents sakit ke, or apa-apalah.... ( termasuk kes aku mals gi keje,,,he he he )...

- BOleh jaga stok EBM aku dgn cermat dan tidak membuatkan baby aku nanti sakit perut,...sbb aku rasa, x semua org or nursery boleh terima stok EBM yg kita kasi pd diaorg...mesti diaorg nak cepat dan senang dan minta standby FM...kan x bestkan...boleh membantutkan niat aku nak fully BF kat baby tu..

- Org kata, kalau baby masih lg bawah setahun, seeloknye biarlah orang perseorangan yg jaga...tapi, aku pkrkan mia juga, kang kalau aku anta dia ngn adik dia ke rumah org, dia mesti boring sbb dia dah biasa berkawan...so, biarlah aku pilih nursery supaya perkmbangan interaksi dan sosial dia bertmbh baik......

hmmm, aku dah jumpa satu nursery ni..tapi, aku kene terjah dulu nursery ini utk aku lihat persekitaran dan juga tanya serba sedikit berkenaan kakitangan, kebersihan, makann dan juga berapa ramai budak yg dia jaga..dan yang penting, "ADAKAH DIA BERDAFTAR DI BAWAH KEMENTERIAN KEBAJIKAN MASYARAKAT"....he he he


notakaki:- nursery ni beri harga RM380(sebulan) utk MIa dan baby, 6 hari seminggu.....ok tak?>..

Monday, February 8

MC DUA HARI

hai...boring tak tgok muka hubby aku lama2 kat blog ni?...ha ha ha...sorry....aku mc dua hari..dan segala perncngn utk menymbut besday hubby, semua lintang pukang...ha ha ha....


hari khamis mlm jumaat tu, tetibe je perut aku mcm cream n baby tetibe mengeras.....kesannyer, ari-ari aku semakin sakit bila nak bergerak...aduhai...mcm terasa nak buka jalan pulak....tp mestilah bukan kan..sbb aku baru 4 bulan....

bila gi klinik, doktor soh aku berehat, jgn wat keje berat2, basuh kain, nyental2 bilik air, angkat/ dokong mia...bykkn berehat...erk, berehat dengan berbaring sama maksud tak?...hik hik hik...

jadinyer, hr jumaat tu, aku hanya teman mr hubby gi kota tinggi tuk amik parcel dr cuorier servis..manalah tau dpt duit terpijak ke..he he he...tpi bila smpai, bukanlah duit terpijak, cuma kad voucher utk pembelian brg kat Giant..dptlah beli stok susu mia utk 5 bulan....

.smbil makn2 angin kat tepi benteng sungai kota, hubby melayan mia kat taman permainan...

tapi, ptg sabtu tu, mia tetiba demam panas...muntah2 dr ptg smpai ke malam smpai ke smlm ptg...smpai naik cengkung dah muka dia...sian aku tgok dia..,minum susu, muntah,...mkn ubat muntah..aku kasi minum sup, 3 4 sudu je..lpas tu tak nak...terbaring je dia....dah lama dia x demam..sekali demam, teruk betul....mlm tadi laps jumpa doktor ( ade ke bila smpai klinik, dia terus jadi sihat, smpai doktor amik suhu badan dia, cuma 37 c je)...ish ish..gatai tul....apa pun, dia ok pg ni..kul 6.30 dia dah bgun, mandi, angkat beg dia sndiri masuk dlm kete, pakai bedak sndiri dan tutup pintu kete sndiri..-exctd nampak?...

jom, layan gmbr...oh,,,baju yg hubby pakai tu, baju yg aku hadiahkan utk dia,,,..x senonoh ek laki aku...tak basuh lg baju tu, dia dah pakai....ish ish ish...











Thursday, February 4

HAPPY BESDAY MY DEAR



HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!
HAPPY BIRTHDAY TO ABANG!
HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!!

hari ni hari ulangtahun kelahiran my hubby yg ke 29...tua erk?...ha ha ha..

semoga:-
* Allah tetapkan nikmat iman dan Islam utk abang
* Allah melindungi segala apa yg abang lakukan
* Apa yg abang impikan dan angankan ( x termasuk kawin lg ), akan tercapai
* Allah kurniakan kesihatan yang baik utk abang
* Kasih sayang antara kita akan terus menyubur selagi hayat dikandung badan.
* Allah murahkan rezeki pd abang serta di jauhkan dr dikelilingi hutang -piutang.,.


Amin....

nota kaki: hr ni, isteri dia keje dan si suami kat rumah..ha ha ha....terukkan?..tp dah ada idea kat kepala otak ni utk buat suprise kat dia..hadiah ?..esok aku bgtau..cuma ptg ni, nak belikan kek je....

IBU....PAT.......

anak dara aku ni skrg, suka sgt ngn bilik air since dia dah pnadai buka paip sndiri....

dan aku perasan, bila dia nak kencing or beyak, dia sibuk nak ke bilik air...satu perkmbgn yg baguslah w,pun kkdg dia ckp bila dia dah buat "benda" tu semua....

tapi, sesungguhnya aku mmg bukan ibu mithali..he h eh......bila part dia ajak aku gi bilik air, dan aku tgh tgok tv cter peberat aku, mmg aku soh dia gi dulu..sayngkan tv sungguh aku dr anak aku...hu hu hu hu..

bila dia 2 3 kali ajak aku, aku buat derk, dia akan menjerit"

"ibu, pat...mia beyak ni...pat bu!!!!!!

lagi sklai dia jerit, aku x bangun gak, dia kan dtg tmpt aku smbil tarik tgn aku..mulut dia mmglah bising..."pat bu...pat..."......

he he he...saper kepoh?...mia dan ibu mia yg kepoh......ha ha ha ha ha

Wednesday, February 3

KUEW TEOW HONG KONG




Jangan mareh je...minggu ni kan minggu makan2...hik hik hik.....

masakan ni dibuat pd sabtu lpas sbb eden malas nak masak nasi smbil dok memikrkan apa nak masak, apa nak masak..so, paling ringkas, ni jelah yg melekat di hati eden....

jom kita layan resepi;...


Bahan untuk mee :-

- kuew teow - sukatan ikut berapa byk anda ingin masak
- telur 2/3 biji - bergntung pd byk mana mee yg anda gunakan
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada sulah/ serbuk lada hitam


cara-caranyer :-

- cmpurkan telur, garam dan serbuk lada sulah/ lada hitam - pukul hingga sebati.
- masukkn mee dan sebatikan .- kalau mee byk tp telur kurang, boleh tmbah telur
- then, masukkn dlm kuali leper - buat mcm nak buat telur dadar
- agak2 telur dah masak, angkat
- kalau nak buat byk, better buat kecik2 bentuk telur dadar tu. sbb, kalau x abis, boleh disimpan dan dipanaskan bila nak makan lagi.


Bahan-bahan untuk kuah :-
- 2 ulas bawang putih
- lobak
- sayur campur - kalau sukalah
- sdkt serbuk lada hitam
- 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air - kalau suka kuah pekat, tmbh lg tepung jagung
- 1 cawan air - or berapa byk kuah yg anda ingin buat
- sawi
- sos tiram
- udang, sotong, kerang - apa sajer yg anda suka
- lada cili - ikut berapa pedas yg anda suka


Cara-caranya :-

- tumis bawang putih dan lada cili yg tlah di tumbuk kasar
- masukkan lobak, sayur cmpur, sos tiram, sawi, udang, sotong, kerang.
- gaul smpai sebati dan masak
- masukkn air - tunggu hingga didih
- masukkn cmpuran tepung jagung.
-agak2, kuah dah pekat, angkat.
- jirus atas mee tadi..


nota kaki: sebaiknyer, time nak makan, kuah baru dicampur degn mee..kalau x abis di makan, boleh dismpan...selamat mencuba.....

Tuesday, February 2

PIZZA SEGERA

minggu ni adalah minggu makan2...ha ha ha ha...entry tertangguh ni..disebbkan sabtu lpas, aku cuti smpena Thaipusam ( maksud aku, kilang aku amik cutilah), dan kerajinan utk memasak - aku udah bosan asyik mkn nasi, byklah idea2 terlintas di kepala otak ini nak memasak....jom, kita layan makannnnnnnnnnnnnnnnn....

pizza segera ni aku buat time pg sabtu utk breakfast yg kami mkn dlm kete otw ke kampung- mcm jauh sgt dr kulai ke kota tinggi tu- tapi sbrnya aku ni yg x tahan lapar...ha ha ha...








Bahan-bahan:-

* roti sandwich
* sos tomato/sos cili
* sayur cmpur
* sosej
* mayonis
* slide cheese - bergntung ikut cheese mana yg anda suka

Cara-Caranyer:-

* sapu sos di atas roti tersebut..ikut citarasa anda...nak peda, kureng pedas...
* taburkan sayur cmpur dan sosej yg tlh dipotong2.
* letk mayonis ikut ctarasa
* taburkan cheese di atasnyer
* bakar dlm 10-15 minit or cheese dah cair..
- makan pans2, lagi sedap..kalau dah sejuk, dah keras..alah...nama pun pizza....selamat mencuba..

nota kaki: anak dara aku suker sgt mkn pizza segera ni..tp, dia punyer part, aku x ltk sayur cmpur tu...

Monday, February 1

KENTANG PUTAR

bercerita pasal makanan ni, kali ni aku amat seronok makan mengikut selera tekak dan hati aku..ha ha ha...dan w,pun, suamiku tgh menjalankan kempen anti zionis, hasrat aku utk makan kentang putar kat kfc terbantut..begitu gak nak ni Mc donald...so, atas inisiatif aku sndiri, chewah....aku berusaha mencari resepi dan akhirnya terjumpa...utk melepaskn niat di hati, aku telah mmbuat stok kentang putar smpai seminggu...ha ha ha....

resepi, aku copy & paste dr my resepi..khas utk mummy dasy...he he he..






ni utk resepi kentang putar.

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sk lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

utk sosnyer, saya amik dr sini pulak...

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam

Cara-cara

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015