Jangan pelik kalau ada jemputan rumah terbuka pada bulan Zulkaedah. Kekadang siap masjid atau surau pun sama sama buat rumah terbuka selepas habisnya syawal. 🤭🤭🤭saya pun tak terkecuali. Minggu terakhir Syawal ni, baru nak buat marhaban. Malam ni bermula 4 buah rumah , seterusnya malam esok, giliran rumah saya dan 3 buah rumah lagi menerima marhaban. Alhamdulillah. setelah bertahun tak dapat join, kali ni Allah permudahkan. Insya Allah.
Apa bezanya raya tahun ini dengan tahun sebelum ni? Tahun ni kita lebih selesa beraya disebabkan kita rasa Covid tu dah tiada dah. Jadi kita boleh teruskan amalan bersalam, peluk, cium bila memohon maaf. Tidak seperti sebelum ni, kita agak ragu ragu untuk bersalam dengan orang yang kita jumpa. ibu bapa paling suka bila semua anak anak dapat berkumpul beramai ramai.
Saya antara mereka yang setiap tahun direzekikan oleh Allah untuk berpeluang beraya bersama ibu bapa walaupun sewaktu Covid. opsss, janga fikir lain pula. Ini adalah kerana, rumah kedua ibu bapa dan mertua saya masih didalam lingkungan 50km.
Jadi kali ni, memasing beraya sakan. Dari raya pertama sampailah raya ke 30. Hari hari beraya. Hah gituu .
Tapi yang penting jaga kesihatan kita sama sama tau.
Minggu ni, jalan perumahan kami mula marhaban, seronok! Masa ni lah nak jumpa jiran jiran, nak bermaaf maafan antara satu sama lain.
Jomm kita teruskan tradisi marhaban ni. Kalau bukan kita yang meneruskannya, siapa lagi kan? Moga anak cucu kita pun akan teruskan tradisi ini.
Apa lah cerita open house di rumah Kak Nabila ye?
No comments:
Post a Comment