Wednesday, November 26

Heppy Besday Mia!!!!!!!!!!!!!!




HAPPY BIRTHDAY DAMIA!!!!!




Hari ni genap setahun anak aku ni...sekejap je aku rasa masa berlalu.mcm tak puasa lagi kendong dia dlam pelukan aku...kalau nak kendong skarang ni, dah tak larat dah....tadi aku anto dia gi check up...berat dia 8.9kg....fuh...tak larat gak aku nak dokong...tapi di sebabkan, bila ngn aku dia tak suka berjalan, terpaksa gaklah aku dokong dia...dan lagi terasa bila aku kena dokong dia untuk panjat tingkat 2 umah pengasuh dia...aduh...terasa sengal gak tangan aku......



apa pun, ibu hargai setiap masa dan detik sewaktu bersama mia w.pun perkataan pertama yg mia ucap adalah ayah...hu hu hu..memang anak ayah lah mia ni....tapi, la ni dia dah mula ckp, ibu,...bestnyer....mcm nak suruh dia cepat ckp je...best ckt..bolh tahu apa yg dia nak dan apa yg dia tak nak. ( aku ni cth ibu2 yg tak sabor nak tgok anak dia membesar)...he he he.....tapi, apa pun yg dia boleh lakukan, aku tetap sayang kat dia,,...


Bila dia dah menginjak setahun ni, perangai dia juga mula berubah...dah pandai tunjukkn perasaan marah dia...baling2 barang, tendang2 kaki...fuh..kekdang menyirap gak kesabaran tu...dan bila lak, kita nak amik dia dr umah pengasuh dan dia tak nak balik ....( umah makcik tu penuh ngn bebudak ...jadinyer dia syok main dan dia tahu kalau balik umah, dia kena main sesorang)...he he he...dan kekdg terpaksa lah aku dok berchit chat dulu ngn makcik tu semntara mia puaskan bermain dia tu.,...tu yg kekdg, ww.pun aku kuar dr opis sharp kul 5, tak semestinya aku smpai umah awal...dan adakalanya, hubby aku yg sampai dulu....itu belum kira lagi yang dia mengamuk dlm keta sebab tak dpt pegang stereng keta...dah kena parking kat mana2 untuk dia merasa pegang stereng dulu,....boring...boring....

sekarang ni, dia dah mula nak berckp...tapi...ayat pertama yang kuar dari mulut dia ialah ....AYAH.....hmmm...nampak sgt mmg anak ayah...nak sbut ibu, punyerlah susah....la ni lak, dia sibuk praktis nak ckp "ADIK"....he he he,...dah nak adik ker?...kueng kueng....nantilah dulu...kasi ibu berehat dulu...kalau yg 2nd confrim tak kena operate, ibu ok je...he he he he....

Friday, November 21

Kenangan Yang Mencemaskan!!!

hari ni ada jengok2 blog orang lain..dan ada cerita yang buat aku pun nak berkongsi citer pasal aku lak. Subjek utamanya, apabila anak atau bayi yang kita hantar ke taska atau pengasuh dengan baiknya, dan tiba2 ada sesuatu yang tak terduga berlaku pada anak atau bayi kita.
masa tu, mia masih lagi berumur 3 bulan lebihlah.dan aku perasan yg ptg aku amik dia dr taska tempat aku hntr dia, dia dah mula rengek2...tapi badan tak panas...mungkin dia penat kot.sebab masa tu seingat aku, mia dah mula nak cuba golekkan badan dia...mlmnyer dia still merengek2 gak...paginyer aku tukarkan baju dia sebab aku rasa badan dia mcm panas...dan bila aku angkat tangan kiri dia, dia makin kuat nangis..tapi aku masih tak perasanlah..bila sampai kat taska tu, aku tanyalh mia ada nangis atau tak masa kat taska..dengan confidentnyer akak tu ckp, mia ok..tak nangis2...
ptgnya, aku dpt call dr akak tu ckp mia demam..oh..mungkin sebab dia nak demam tu yg dia merengek2 je kot..aku think positiflah.aku amik dia laps aku balik keja dan mmg sah dia demam...bawa gi klinik dan amik ubat demamlah...mlmnya, aku ngn hubby aku gilir2 jaga dia sebab kitaorang terlalu risau kalau dia demam..( anak pertamakan)...nerves gaklah...dlm kul 11, bila aku tgok dia dah tido lena laps makan ubat, aku amik turn tido lak....kul 2 pagi, dia merengek2...aku diam kan je sebab aku perasan hubby aku bangun utk dodoikn dia...tapi, aku perasan, rengek dia lain mcm...dlam sedar tak sedar, hubby aku kejut aku suruh aku tkr baju..aku dlm mamai2 tu, bngun gaklah..tapi still tak tahu apa yg berlaku,,..bila hubby aku tgok aku ni lambt sgt nak tkr baju, baru dia jerit "cepat yang, mia mcm kena sawan"..aku apalgilah, capai je tudung tanpa smpt pakai skarf..dan bila hubby aku serahkan mia kat aku..Ya Allah, mata dia dah ke atas dan dah tak nmpak mata hitam dia lagi....
Aku selawat byk2 dan risau ssgt...nasib baik jarak umah aku ngn hospital kulai ni tak jauh...tapi, hubby aku dah kelam kabut, dia langgar je lmpu merah...dan masa tu aku takleh nak pkr apa2lah..aku masukkn jari aku dlm mulut mia sebab takut dia kancing gigi (masa tu aku tak teringt lak yg mia ni tak der gigi lagi)....smpai mulut aku suruh hubby aku drive cepat2...
sampai kat spital, aku terus ke kecemasan dan doktor India tu pun kelam kabut bila tgok mia mcm tu..dah feed sesgt....dioarg try bagi pernafasan tapi, hidung dia tersumbat lak...doktor masukkan wayar ( tiub ) utk kosongkan laluan pernafasan mia..aku dah tak tentu arah..nasib baik aku dibenarkan masuk untuk tgok mia...aku dah nangis2 gak masa tu...Alhamdulillah, bila mia dah tak kenjang dan dah boleh bernafas, aku turut lega dan turut terduduk di lantai spital tu...sambil tersedu-sedu gaklah...akak nurse tu yg pujuk aku...(malu gak sbrnya )....so, mia kena tahan wadlah...bila kat wad, nurse tu perasan yang tgn kiri mia dah mula pucat dan biru..mcm patah....dia check kat satu bilik yg mana aku takleh nak masuk w,pun aku merayu2 nak tgok mia...hubby aku pun dah tak tentu arah,...bila nurse tu kuar dari bilik tu, dia tanya aku samada mia ada jatuh atau tak....aku jawb confirm tak der....nurse tu suruh aku call taska tu pg tu tanya samada mia ada jatuh atau tak masa kat sana...aku tgok jam masa tu pukul 6.30 pagi...aku terus call akak tu dan tanya....bersungguh2 dia menafikan yg mia pernah jatuh...dia kata dia jaga mia ngn hati2...
aku minta nurse tu buat x-ray kat anak aku dan nurse tu sndiri risau kalau mia patah tangan....masa menunggu untuk bawa ke x-ray, aku dibenarkan untuk dokong mia...sedih dan pilunyer hati aku tgok keadaan mia mcm tu...dengan tangan kirinya yg biru dan pucat dari bahu hingga ke jari-jemari, buatkan aku tak dpt nak tahan air mata aku...dlm aku berkata : smpai hati akak tu buat anak aku mcm ni......Alhamdulillh...keptusan dr x-ray tu, mia cuma terkehel ...dan paling mengejutkan aku, kawsn yg terkehel tu, dah lembam menunjukkn perkara tu dah lama terjadi..mybe dlm seminggu lbh...sebak hati aku...2 hari gaklah mia kena thn wad...hari terakhir kat wad, aku nekad nak mencari bbyster yg hanya jaga anak aku je...aku memujuk ibu mertua sedara aku untuk jaga mia...aku mmg tak nak hntr mia kat org yg aku tak kenali mahupun taska....sampai sekarang pun, hubby aku "ban" taska utk mia..dia kata, tunggu mia pandai ckp baru dia akan hntr mia ke taska....
sebab tuelah, kalau aku baca atau dgr2 cerita pasal baby yg ditimpa bencana semasa di taska atau nursery, buatkan aku terkenang cerita lama....sehingga sekarang, kalau mia demam je, aku akan mula peratikan dia sebab dia ada potensi utk kena sawan lagi.....

Thursday, November 20

Sekilas Senyuman Mu

Tingginya pendakian
Jauhnya perjalanan
Mencari sinar cahayamu
Di setiap penjuru
Di simpang yang berliku
Tergambar senyum tawamu
Akulah sang pemburu
Mencari sesuatu
Berbekal cinta di dadaku
Tunjukkanlah petanda
Berikan ku cahaya
Di jalan yang gelita oh...
Di dalam kesunyian
Di dalam kekosongan
Tak mampu untukku bertahan
Detik masa berlalu
Ku rasakan berkurun
Sehingga tak bisa ku hitung
Pabila kau menjelma
Kurasakan terbuka
Dengan panorama yang indah
Sekilas senyumanmu
Memberi laluanku
Menjadi nada merduOh... oh...
Senyummu membuka langkah pertamaOh... oh...
Marilah kita dendang segalanya bersama
Ingin daku berlagu
Seriang burung
Pabila kau tersenyum
Ingin daku menari
Di dahan tinggi
Bersama meniti... oh...

Fauziah Latiff - Dia

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu
Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi sehingga kini tak berganti
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi
Tiada ku duga
Permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antaraku dan dia
Cinta terlarang oleh orang tua
Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi ku temui
Dia ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya

Fauziah Latiff - Gubahan Rindu Puisi Syahdu

Hadir dirinya di antara kita
Membuai resah penekanan jiwa
Dikau berubah setelah ia tiba
Menghanyutkan cinta suci kita
Walaupun kini dikau tiada
Daku melangkah mengharunginya
Melepaskan dikau kekasih di jiwa
Semoga kau tetap berbahagia
Hati ini walaupun telah dilukai
Namun diri tabah jua menghadapi
Dikau pergi tinggalkan daku sendiri
Oh menyepi nan sebuah hati
Yang luka ini
Kasih dan sayang tetap bersemi
Ku meratapi sehingga kini
Cintai dirinya walau apa terjadi
Jangan kau hancuri cinta suci
Dengarlah sayang coretan hati
Gubahan rindu puisi shahdu
Senyuman tawamu masih ku rindu
Walau dikau telah lama pergi

Fauziah Latiff - Aku Sebutir Pasir

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini
Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara
( korus )
Perjalanan masa
Mengajar hatiSemakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi
Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu
Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuaan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

Fauziah Latiff - Aku Masih Seperti Dulu

Aku terdengar lagu ni masa dlam keta on the way balik dr kerja,...layan blues gaklah...he he he...bila pkr2 balik, lagu-lagu lama ni lah yang masih meninggalkn kesan dlm hati peminat2 muzik...

Kau masih ku sayang
Sehangat waktu cinta bermula
Tidak pernah pudar
Kasihku padamu
Sekalipun musim berlalu
Kau masih ku rindu
Walaupun tidak aku lafazkan
Tidak pernah aku
Membenci dirimu
Sekalipun engkau sakiti
Aku masih seperti dulu dahulu
Merahnya cintaku
Menyala di kalbu
Aku masih yang kau kenal dulu
Harumnya kasihku
Semerbak merindu
Ku merenung jauh
Kiranya ku hidup bersamamu
Akan ku cuba
Bahagiakanmu
Sekalipun hati terluka

Tuesday, November 18

Logik tak?


Ni lanjutan dr mia merajuk sebab anto dia kat babysitter baru....aku smpt hntr dia kat situ cuma hari je sebab aku tak tahan tgok dia mogok main ngn aku..he he he..so, hr sabtu hari tu aku hntr gak dia kat umah bbstter lama w,pun hubby aku berkeras nak jaga dia...tapi, mlm ahadnya, dia mula muntah2 dan cirit birit...minum susu je dia terus muntah...sian gak kat dia...dan dia merengek2 masa tido...nak kata demam, dia tak panas pun....cuma muntah2 ngn cirit birit...abis semua toto dan tuala2 dia kena muntah....hubby aku dah mula bising sebab dia pkr akunyer salah lah..tak rebus botol...tak masak betul2 bila kasi mia makan...aku diamkan jelah..w.pun dlm hati berckp...ish...aku yg rebus botol tu tiap2 hari..dia mana tahu...eh..dosa tak jawab dlm hati ckp suami?...he he he...then, semalm, aku nekad bawa dia gi klinik sebab dia dah mula lepak dan tak larat w,pun untuk meniarap...

kat klinik, doktor kata, mungkin sebab bakteria dr pemakanan ataupun peralatan memasak kita...lagilah hubby aku jeling kat aku...iyerlah..iyerlah...aku salahlah....tapi, still berlarutan smpai ptg isnin tu..dan tetiba aku tpkr nak kasi dia susu lain,......blik dr opis, aku beli susu lain yg mana instict aku lbh kepada satu produk yg seringkali muncul dlm iklan...try jelah..mana tau dia suka...ptg tu aku bncuh 3 auns dulu..test takut dia muntah...tunggu 5 minit, 10 minit, stgh jam, ...eh..ok je..tak muntah pun....he he he...mlamnya, bila dia nak tido aku tmbh sktn lagi..jadi 5 auns lak...laju je dia hisap...tapi aku standby kain ngn tuala gak kat tepi dia...Alhamdullillah...dia ok..dan pg ni dia dah mula nampak aktif...so, time aku anto dia kat bbstter, aku pesan kat makcik tu suruh kasi susu yg baru ni....then, tadi aku call bbstter tu, dia kata, mia tido dan aktif mcm biasa....eh....anak aku dah tak merajuklah ...he he he..itulah Mia ku yg asyik nak main dan main je....he he he...baru senang hati aku ckt...
Dalam hati aku....emmm mcm tak logik lah anak aku ni...kot ye pun merajuk, dia bantainya tido je kat bbsster baru tu...bila anto kat yg lama, terus aktif...pening pening...mcm ni kalau aku nak pindah keja, kena pkr byk kali...bukan sebab aku boleh keja ke tak kat tmpt baru tu, tapi kena pkr boleh ke mia kena hntr kat tmpt baru...he he he...dan...tetiba je perut dia ok aku cnfuse gak...logik tak kalau ada org ckp, dia muntah2 sebab nak tukar susu...he he he...ntahlah...yg penting anak aku sihat...bak kata hubby aku...yang...anak2 ni otaknyer cergas bukan sebab susu yg diberi tu mahal atau murah, yg pnting, ibu bapanyer tu...he he he...

Thursday, November 13

Waktu tidur si manja!!!








Suka tengok Mia time dia tido...macam ada ketenangan pada wajah dia...tapi kekadang suka kacau dia tido..sebab dia akan buka mata, tersenyum, dan mata dia akan kuyu balik...he he he....dan paling geram bila tgok pipi dia...mcm nak cium je selalu...masa dia baru2 lahir, tak risau sgt dia akan "keluar" garisan dari tilam dia..sebab kena bedungkan....so, dari dia tido sampailah dia buka mata, tetap dia baring mcm tu....tapi, bila dia dah mula nak mengiring, dia dah mula lasak...tilam yang untuk baby tu dah tak sesuai dengan dia dah...mesti tiba-tiba tgok dia dah ada kat lantai...
sekarang ni lagilah...letak atas tilam king size pun, dia boleh berpusing2 smbil tido di genap semua penjuru...dan pulak, mia ni tido sama tilam ngn ayah dan ibu dia...mula2 tido, dia mmg akan tido di hujunglah...of courselah ibu dia tido sebelah ayah dia....tapi, bila je dia dah mula bergerak, ayah ngn ibu dia pun automatik akan juga bergerak sebab nak bagi "laluan" kat tuan puteri tu tido lena...dan kekdang gak, tgh2 malam tu, dia kan merangkak ke atas perut ibu dia untuk baring di celah2 ibu ngn ayah dia....ish.ish..anak dara saperlah...sebab tuelah kalau gi mana2, kitaorng tak risau nak tidokan mia kat ne..sebabnya :
a) dia tak tido dalam buai.-(lpas kes dia jatuh dr buai, aku takut nak
tidokan dia dlm buai)
b) Kat mana2 pun dia tetap bolh tido, yg penting, kawasan
"jajahan" kena besar dan luas. ..he he he.

Dulu, mia ni susah nak tido lena waktu malam mahupun siang...dia nak main je..agaknya dia dah set dlm kepala dia, "aku nak tido kejaplah, lepas ni aku nak main lagi"..he he he..agaknyerlah...sebab kkdg makcik yg jaga dia pun selalu ckp...Mia ni aktif sangt...dlm kepala dia asyik nak main je...kawan2 dia dah tido, dia tetap main...kkdg dia yg kejutkan kawan2 dia nak ajak main...ha'ah cik..mia tu mmg cmtu..kat umah orang main je..bila bawa balik umah, dia terus bantai tido...dia boring agaknya kat umah, takder saper nak layan dia...emm..eh..dia nak minta adik ker?.kueng kueng kueng...nantilah...Insya Allah, kalau ada rezeki, adalah adik utk Mia yer...tapi kena minta persetujuan dari ayah dulu...he he he...
Tapi la ni, dia suka sgt tido...sebab bila dia dah penat berlatih berjalan, dia akan tido ngn lenanya sampailah ke pagi...kkdg bila waktu pagi kejut dia utk anto dia kat bbsyter, dia buat derk je tak buka mata..malslah tu....
fakta atau auta:-
- Definisi "tidur lena" bagi bayi biasanya adalah untuk jangka masa lima jam. Jangka waktu tidur mereka lebih pendek berbanding orang dewasa. Pada seawal usia enam bulan pertama, bayi kerap terjaga dua atau tiga kali semalam.....
- Moro refleks yang berlaku dalam tidur bayi banyak menyakinkan bahawa sistem saraf bayi anda sedang berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan hilang ketika bayi berada di sekitar usia empat bulan. Daripada membiarkan abyi anda terlena ketika dibuai atau disusukan,,seeloknya anda nyanyikan atau bercakap dengan suara lembut sambil membelainya sehingga tertidur.

Wednesday, November 12

Siannyer Damia.....

Bulan ni aku pening kepala lak..mcm2 msalah datang bertimpa....tapi yang lagi memeningkan kepala aku, bila bbystter mia nak pindah umah...alamk..saper nak jaga mia ni lak...kelam kabut aku ngn hubby aku cari orang utk ganti makcik tu...tapi, masih lg tak jumpa...sampai saat makcik tu pindah umah, aku masih lagi tak jumpa bbyster....akhirnya aku jumpa gak seorang akak ni..dia ni sepupu pada kwn hubby aku...jarak dia ngn umah aku tak jauh mana...berdepan taman perumahan je...so, senang kot untuk aku..

semalam, aku dah mula hntr mia kat tempat baru tu...tapi...feedback yang aku terima dr akak tu buat aku rasa bersalah sesgt pada anak aku....kalau kat tempt lama sebelum ni, dia mmg jarang tido...main je ....kalau tido pun, cuma buat ilang ngantuk je....tapi smlm, akak tu citer, dr kul 10 smpai kul 12 dia tido..then, kul 2 smpai kul 3.30 dia tido lg....eh..anak aku tak main2 ker?...tapi aku harap dia oklah...ptgnya kul 6 tu, aku pick up dia dr umah akak tu...dan dia pandang aku mcm nak tak nak je...bila dlm keta lak, dia diri kat tingkap sambil tgok luar je....aku panggil pun dia tak pandang aku..aku dah rasa tak sedap ati lak...selalunyer, dia akan jadi mcm anak kucing..capai sana, capai sini ,,,tak pun gaduh ngn aku nak capai stereng keta aku...ish...aku sedap hati giler ni...

Then, sampai umah, dia terus gi kat bakul baju dia dan amik tudung dia ....(masa kat umah makcik tu, makcik tu mmg ngajar dia pakai tudung kalau nak kuar umah.)..and try pakai tudung tu...bila dia rasa tak leh nak pakai tudung tu, dia bawa tudung tu gi depan pintu kat ruang tamu tu..laps tu sambil diri kat grill tu, sambil tgok luar, sambil membebel mcm terjerit2...eh...mia ni kenapa...marah kat aku ker....aku trylah pujuk dia...try main2 ngn dia...sambil bawakan anak patung dia...tapi dia still tak layan aku...sedih dah masa tu...

BIla dah masuk maghrib, aku terpaksa amik dia yg berdiri kat pintu dr balik tadi...dia marah2 gak smbil pukul2 aku...bila aku lpaskan dan bukakan tv utk dia, dia bersandar kat dinding sambil tgok tv....dia tak mcm Mia aku yg selama ni...dlam hati aku, aku rasa mia ni marah kat aku pasal aku pisahkn dia ngn kawan2 dia...aku biarkan dia ngn dunia sndiri sampailah hubby aku balik dr kerja...aku cterlah pasal Mia kat dia...dan paling aku terasa sgt, bila je MIa nampak muka ayah dia, dia terus tersengih sambil kejar hubby aku...Ya Allah....menyirap darah aku...sah...anak aku marah kat aku...agaknya dia dgr pasal aku merungut nak kena hntr dia kat umah makcik yg lama tu jauh sgt dan buatkan aku tergesa-gesa nak gi keja...mungkin dia rasa aku tak ikhlas nak jaga dia...mungkin juga.....

pagi ni, bila aku kejut dia nak anto dia gi bbyster sambil tunjukkan tudung dia, dia tersengih2 ngn aku...mungkin dia agak, aku nak anto dia kat umah makcik yg lama tulh...tapi, bila sampai je umah akak yg baru ni, dia mula palingkan muka dia dr aku..bila aku nak cium dia, dia buat muka toye je....sedihnya aku....siannyer mia....

aku pkr, kalau dia still mcm tu lg minggu ni, aku nekad nak anto dia kat umah yg lamalah..biarlah aku jauh ckt nak gi keja, yg penting anak aku gembira dan dia gembira juga dengan aku...Insya Allah......

Tuesday, November 11

Besday Ayah Mertuaku















































Ni masa besday ayah mertua aku..masa hari sabtu..buat kat umah akak ipar kat taman pulai utama..si mia ni mula2 dia dok jauh,..sebb pelik kenapa sepupu2 dia yg lain dok rapat2...masa tu dia tak nampak lagi kek tu...bila je lilin tu menyala, baru dia perasan dan mula merangkak nak capai kek tu...nasib baik sempat capai dia..kalau tak, kek tu tak sempat nak makan....
Yang ct perasanlah, si mia ni mmg jenis pemakan lah..dia tak kisah pun nak makan apa...lg2 kek ...dia tetap telan...
emm, besday abah ni yang ke 68 tahun.. Semoga Allah akan sentiasa merahmati nya..Amin....Every month, kalau ada besday sesiapa, family ipar aku mmg akan sambut...so, every month memg akan ada majlis mcm nilah...masa besday kali ni, family kak uda ngn adik ipar aku yang kat uitm tu tak dpt dtg..ada hal yg tak dpt dieelakkn..kalau tak, mahu gak gegak gempita rumah kak ipar aku sorang ni. kali ni, disebabkan buat hari sabtu, aku cuma sempat buat coctail je ngn beli kek...esok paginyer baru buatkan mee goreng..( setiap kali masak untuk atau buat sesuatu utk fmily mertua mesti pkr, sedap ke tak aku masak,,,he he he ).....mlm tu lak, kitaorg buat BBQ, ada ayam, sotong, kentang...dan part paling bestm aku tinggal makan je...sebab semua biras yang buat...he he he..(memang makin gemuk lah aku )....



My Sweetheart






ha...ni nak cter pasal my sweetheartlah..si Nur Damia Maisarah tu...bulan ni cukup dah umur dia setahun.besday dia pada 26.11.2008...cukup setahun..sekejap je rasanyer...mcm tak puas lak tgok dia time baby yg still fresh tu...dan paling seronok bila tgok perkembangan dia every month...dari menyelar, merangkak, berdiri ngn la ni, tgah sibuk nak berjalan lak...dah pandai marah lak tu kalau masukkan dia dalam walker...
dan semalam hari yang paling menggembirakan aku bila mia dah mula boleh berjalan....tapi dia still takut2 lagilah...tapi, aku smpat merakam detik2 dia melangkah..he he he...w,pun,. baru 5 6 langkah, aku tetap kira dia dah boleh berjalan,,,Tahniah my princess......
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015