SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 26 : WANA MOHD TAHIR
.
[ANAK SEMBUH DARIPADA HFMD]
.
Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
.
Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
.
Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
.
Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana.
.
Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
.
Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H.
.
Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
.
Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.☺ Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
.
Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
.
Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah yang membaca yer.
Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.