Showing posts with label PANDUAN HIDUP. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN HIDUP. Show all posts

Tuesday, February 17

12 TIP DIDIK ANAK GUNA TANDAS

Bismillah...

hari ni Kak Ct nak berkongsi tip didik anak guna tandas dengan betul. Opss bukan bermakna nak ajar cara beristinjak atau cara bagaimana, tapi ia adalah tip yang berasaskan sunnah dan juga untuk menjaga kesihatan. Kak Ct jumpa artikel ini semasa membaca majalah Anis.

cara mendidik anak menggunakan tandas yang betul
credit to mr google
1) Apabila anak anak sudah mula pandai berjalan, ajarkan tatacara penggunaan tandas.

2) Sediakan selipar kecil di dalam tandas dan bilik air untuk kegunaan anak anak. Beritahu kepada anak bahawa mereka perlu menggunakan selipar kerana tandas kawasan banyak kuman dan mengelakkan kami daripada terpijak najis yang berada di lantai.

3) Ajarkan anak anak agar menutup kepala setiap kali masuk ke tandas dan membaca doa sebelum masuk ke tandas.

4) ajarkan mereka cara menggunakan mangkuk tandas dan tidak kencing berdiri di lantai yang boleh menyebabkan lantai bernajis, memercik ke dinding dan berbau hancing.

5) Selepas membuang air kecil atau besar, ajarkan mereka cara menyuci najis. PEnggunaan paip air dengan salur getah dapat membantu memudahkan anak menyucikan najis dengan sendiri.

6) ajar anak berjimat cermat menggunakan air, jangan pasang air terlalu laju yang boleh menyebabkan pembaziran.

7) pam tandas, jirus sekeliling mangkuk tandas dan sekitarnya dengan air perlahan. Ini dapat mengelakkan air memercik ke badan.

8) Basuh tangan dngan sabun dan bilas tangan hingga bersih.

9) Jirus kepala paip dengan sedikit air.

10) sebelum keluar dari tandas jirus air perlahan lahan ke kaki.

11) buka selipar dengan cermat dan tinggalkan selipar dalam tandas.

12) Baca doa keluar tandas.

ini adalah 12 tip didik anak guna tandas secara betul. Ia merangkumi sunnah yang mana bila kita masuk ke tandas dimulakan dengan kaki kiri serta memakai penutup kepala :)

ha apa lg? jom sama sama kita didik anak guna tandas dengan cara yang betul..

Thursday, October 16

PANDUAN MENUNAIKAN SOLAT TAHAJUD

Bismillah... entry hari ni lari sikit dari bercerita pasal vitamin. Tapi Kak Ct nak berkongsi cara cara bagaimana menunaikan solat tahajud. Ramai orang merasakan solat tahajud ini susah. Tapi tak pernah pun cuba berusaha untuk mendirikan solat ini. Kali ini, Kak Ct nak kongsi dari buku Indahnya Hidup Bersyariat yang mana penulisnya ialah Dato' Ismail Kamus yang merupakan salah seorang alim ulama yang sangat Kak Ct kagumi. Okey, buku ni boleh dibeli dengan Harga 55.00 sebuah. memang lengkap sebagai sumber rujukan kita seharian. Tapi seeloknya, carilah masa untuk kita berguru secara terus dari guru guru agama dari hanya belajar dari buku :).

Okey, Kak Ct yang suka pasal buku ni ialah, ianya simple. Bagi yang baru berjinak jinak ingin melakukan solat solat sunat, rujukannya mudah. Islam itu mudah, tapi ingat, jangan terlalu dipermudahkan.  :)

SUNAT TAHAJUD

Sunat tahajud adalah solat sunat yang dilakukan selepas bangun daripada tidur atau dilakukan sewaktu keadaan sunyi sepi di kala semua manusia sedang tidur nyenyak. Dengan kata lain, 2/3 malam. antara jam 2-5 pagi. 

Firman Allah SWT dalam Surah Al Muzzammil yang bermaksud :
" Wahai orang yang berselimut, bangunlah untuk solat pada malam hari walaupun sedikit daripadanya ( iaitu ) seperdua atau kurangilah daripada seperdua tu sedikit, atau lebih daripadanya dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan lahan."

Lafaz niatnya :-


أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَ
sengaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Taala.


Bacaan semasa rakaat pertama dan kedua tidak ditetapkan. bergantung kepada pilihan bacaan kita.

atau boleh juga mengikuti pilihan ini :-

Rakaat pertama - baca Alfatihah dan diikuti Surah Al Kafirun
Rakaat kedua - baca Alfatihah dan diikuti Surah Al Ikhlas.

semasa sujud akhir pada rakaat kedua, ucapkanlah sebanyak 3 kali, iaitu :-



maksudnya : Ya Allah, masukkanlah aku daripada pintu pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu pintu kebenaran dan kurniakanlah bagiku seorang penolong daripada Mu.

(boleh juga hanya membaca doa Bahasa Melayu tetapi hanya di baca di dalam hati tanpa menyebutnya di mulut).


bacalah doa seperti biasa selepas salam. Tapi, sediakanlah masa untuk Allah, nescaya Allah akan berikan masa untuk kita. sebelum membaca doa,, kita boleh luangkan masa untuk berzikir dahulu. Buatlah semampu yang kita mampu. kita boleh amalkan zikir zikir ini selepas salam, iaitu :-

1) beristighfar sebanyak 100 kali
2) berselawat sebanyak 100 kali
3) La Haula Walla Quwataillah billah...... 100 kali
4) Baca Surah Al Ikhlas sebanyak 100 kali
5) sudahi dengan istighfar 100 kali

selepas itu pohonlah doa sebanyak mana kita mahu berdoa dan pintalah apa yang ingin kita pinta dari Allah. Pintalah dengan rendah hati kita sebagai hambanya :)


semoga, perkongsian dari Kak Ct ini akan memberi manfaat untuk kita semua. 


Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015