Tuesday, May 22

CARA KIRA KADAR DENYUTAN JANTUNG

Anda tahu bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung sendiri? saya rasa ia satu ilmu yang kita sendiri dan keluarga perlu tahu supaya kita lebih "alert" dengan kesihatan jantung sendiri. Jadi saya nak berkongsi pada semua bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung anda dan anda boleh sampaikan pada ahli keluarga atau kawan kawan lain.



                                                          ehsan google

seperti gambar di atas ini ,:-

SYS - atau nama ialah systolic adalah merupakan bacaan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat dari tekanan jantung. Bacaan nya seperti ini :-

120 ke bawah - ia adalah NORMAL

121 ke 139 - ia adalah tanda awal anda ada hipertensi ( tekanan                                                          darah yang tinggi)

140 ke 159 dan ke atas - tekanan darah anda terlalu tinggi.


DIA - atau namanya diastolic merupakan tekanan semasa jantung berehat diantara waktu mengepam. Bacaanya pula :-

80 ke bawah - ia adalah normal

80 ke 89 - ia adalah tanda awal anda ada tekanan

90 ke 99 ke atas - anda mempuyai tekanan darah yang terlalu tinggi.


hah, yang tanda love ( heart ) tu ialah degupan jantung anda per minit. Bagi mereka yang berusia 18 tahun ke atas, degupan jantung per minit anda antara 60-100/min. Jadi, bacaan untuk gambar di atas ialah 128/78 adalah normal dan mungkin sedikit stress atau risau sebab nak cek tekanan darah rasanya. he he he.

ini adalah gambar rajah yang boleh anda lihat dan lebih faham bagaimana bacaan tekanan jantung itu berfungsi.
ehsan google

kalau kadar denyutan jantung terlalu rendah pun akan memberikan risiko pada kesihatan anda sendiri. Jika ada ada mesin seperti di atas, anda boleh membuat pemeriksaan setiap hari dan jika ia terlalu rendah atau terlalu tinggi, sila rujuk dengan doktor berhampiran anda.

jadi, anda kini sudah mengetahui secara asas bagaimana cara mengira kadar denyutan jantung anda sendiri. Semoga ia memberi manfaat pada anda dan keluarga anda khasnya.


email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-7374 958/013 -7065 178
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.


sebelum itu, anda perlu baca ini :-


Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015