Monday, June 20

BAGAIMANA SAYA KENAL DENGAN SHAKLEE


Saya dah pernah cerita bagaimana saya terjebak mengenali Shaklee yang pada mulanya hanya sebagai pengguna, kemudian mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee dan seterusnya membina kepercayaan kepada Shaklee hampir 4 tahun. Saya nak cerita juga hari ini.



Ada lagi tu sebenarnya produk Shaklee yang saya ambil. Tapi ini adalah antara suplemen yang hari hari saya ambil. Orang kata nak jaga kesihatan memang mahal. Tapi nak dapatkan balik kesihatan itu, lebih mahal. Betul tak?

Saya bermula menggunakan Shaklee pada tahun 2011. ia 6 bulan selepas kelahiran anak kedua saya iaitu Muhammad Dayyan Zafran. Masa itu, saya memang nekad untuk fully breastfeeding sehingga 2 tahun. masa umur Zafran 6 bulan, saya mula period. Mungkin sebab saya mula ambil pil perancang. Jadi susu mula drop. suasana di tempat kerja pula semakin tertekan dan saya jadi stress. Dengan kerja, dengan nak pam susu kumpul stok, dengan kerja kat rumah lagi, plus masa tu Damia baru berumur 3 tahun. saya PANIK!!!. stok susu semakin merundum dan merundum.

saya mulakan pencarian di internet mengenai milk booster. saya memilih untuk mencuba kaedah secara alami iaitu menggunakan petua petua yang diberikan. antara air rebusan kurma kering, minum susu soya, minum halba dan konsisten makan sayur sayuran hijau. Tapi tapi, ia masih tidak menunjukkan perubahan dan buatkan saya sangat stress. Sehingga pada suatu hari, saya nekad untuk beli SUSU FORMULA!!!.

masuk ke dalam pasaraya, saya termenung panjang. Membelek belek satu persatu susu formula yang ada di situ. tengok bahan, tengok kandungan, tengok label, akhirnya saya menangis di situ. sedih sebab saya seolah gagal berikan yang terbaik untuk saya. sedih bila akhirnya saya terpaksa berikan susu formula pada anak saya. sedih bila saya sendiri yang gagal melunaskan janji saya untuk berinya susu badan sehingga 2 tahun. sampaikan pekerja di pasaraya tu menegur saya dan berikan cadangan untuk saya beli susu formula paling murah dan tin kecil sebab dia ingat saya tiada wang untuk membeli susu formula. ha ha ha. saya keluar dari pasaraya dengan 1 beg plastik gula. Saya pun tak tahu kenapa masa tu saya beli gula.

Esoknya, saya google lagi dan saya terjumpa "set penyusuan shaklee". eh, banyak nya testimoni berkenaan ni. ada pakej percubaan lagi ( masa tuelah ). Buat saya tertarik bila ada ayat " saya suka ambil set penyusuan ini kerana bukan hanya sebab susu saya bertambah, tetapi buat badan saya tetap cergas". hah. Jarang ada testimoni macam ni. Jadi saya nekad nak laburkan RM80 untuk beli set ini. Fuh. RM80 besar pada saya yang kerja kerani kilang ni. 3 hari lepas saya membuat pembayaran, barang tersebut sampai di tangan saya. Alamk, seramnya tengok vitamin ni, besar besar. Lagi lagi Vitalea. Tapi, demi anak saya, saya berusaha untuk konsisten makan semua produk ini.

Alhamdulillah, seminggu selepas itu, apa yang saya alami benar benar menyakinkan saya. Saya sudah mula hilang stress, lebih mudah untuk kawal emosi marah saya, tidak penat lepas balik kerja dan paling syok, pengeluaran susu badan saya mula menunjukkan kesan. dari 2 oz setiap kali sesi, meningkat ke 8 oz sekali sesi pam. Syukur Alhamdulillah. Allah buka jalan pada saya melalui anak. Asbabnya hanya mencari milk booster untuk Zafran, tapi Allah lorongkan perjalanan hidup saya dengan Shaklee.

Ini cerita saya. Bagaimana cerita anda?






 Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
 Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




















Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015