Showing posts with label TESTIMONI VIVIX. Show all posts
Showing posts with label TESTIMONI VIVIX. Show all posts

Tuesday, September 6

APA ITU IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIC PURPURA (ITP)?

lanjutan bercerita perihal customer yang disahkan penyakit IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIC PURPURA ( ITP ) siang tadi, buat saya teruja nak mengetahui lebih mendalam mengenai penyakit ini. Kali pertama dengar buat saya termenung seketika. Macam macam penyakit yang timbul pada masa sekarang atau saya sendiri yang tidak ambil peduli dengan penyakit yang ada disekitar saya. Ntah ntah ada ahli keluarga terdekat saya yang mengalaminya. Jadi, saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat melalui perbincangan sesama ahli kumpulan ( OSF ) dan juga melalui pembacaan. Mak, terhurailah APA ITU IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIC PURPURA (ITP) untuk pengetahuan semua.

sumber gambar : Google

APA ITU IDIOPATHIC THROMBOCYTOPENIC PURPURA (ITP)

dikenali sebagai penyakit imun yang mana berlakunya pengurangan jumlah platlet dalam badan dan menyebabkan muncul warna ungu seakan akan lebam di kulit. atau dikatakan membran mukus berubah warna keunguan.

platlet ini ialah sel sel yang beredar di dalam darah yang mana fungsinya adalah untuk "mengikat antara sama lain" apabila ia mengenal pasti saluran darah rosak ( luka ). Jadi ia sangat penting bagi membantu percepatkan berlakunya pembekuan darah.

keperluan platlet dalam tubuh seseorang dewasa ialah sekitar 150,000 mikroliter - 450, 000 mikroliter. Akan tetapi bagi kanak kanak pula sekitar 140,000 mikroliter-150,000 mikroliter. Bagi pesakit ITP ini, jumlah kiraan platlet mereka kurang dari sepatutnya. ini kerana badan mula mengenalinya sebagai benda asing yang mampu mendatangkan bahaya pada sel sel badan dan badan mula menghasilkan antibodi untuk menyerang platlet tersebut.

sekiranya seseorang mempunyai kiraan platlet melebihi 100,000 mikroliter, ia adalah seimbang. Sekiranya bacaan platlet sekitar 30,000 mikroliter, mereka boleh diselamatkan dan dipantau dalam masa 6 bulan. tetapi, jika platlet kurang dari 10,000 mikroliter, risiko yang bakal dihadapi ialah berlakunya pendarahan yang teruk dan jika tidak dirawat boleh membawa kepada kematian.
*sumber : www.danafarberbostonchildrens.org

BAGAIMANA ITP ITU BERLAKU
para doktor dan ilmuan masih mengkaji kenapa ia berlaku tetapi ada rumusan mengatakan , ia berlaku disebabkan :-

* pengambilan ubat ubatan yang tidak terkawal
* jangkitan kuman
* kehamilan
* gangguan penyakit imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE )

TANDA TANDA BERLAKUNYA ITP

* berlakunya lebam lebam di badan tanpa diketahui puncanya
* ada titik titik merah kecil pada kulit atau membran mukus.
* mudah berlaku pendarahan di hidung, mulut dan gusi
* mungkin juga berlakunya pendarahan semasa proses penghadaman atau kencing.

RAWATAN UNTUK PESAKIT ITP

ada beberapa rawatan yang boleh membantu meningkatkan tahap platelet pada kanak-kanak yang menghidap ITP ini, tetapi tidak ada ubat. ini kerana majoriti kanak-kanak ini akan secara beransur ansur pulih dalam beberapa hari, minggu atau kadang-kadang bulan, dengan atau tanpa rawatan.

rawatan yang paling biasa ialah:

Steroid (biasanya prednisone) - untuk mengurangkan buat sementara waktu pengeluaran antibodi dan meningkatkan kiraan platelet dengan memperlahankan kadar di mana limpa memusnahkan mereka.

Rawatan lain untuk ITP mungkin termasuk:

pembedahan untuk membuang limpa (splenectomy) - dianggap lebih kerap pada kanak-kanak yang sudah dikategorikan  ITP kronik.


SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK MENAIKKAN PLATLET 
dalam bidang nutrisi, ada sesetengah suplemen yang membantu menaikkan platlet darah ini. Tetapi tidak semua suplemen sesuai diambil oleh pesakit ITP ini. nanti saya terangkan lebih lanjut.

saya nak share testimoni pesakit ITP yang telah berusaha dengan mengambil VIVIX.


" tapi selepas 2 minggu ambil vivix dia follow up. Alhamdulillah ada positif. sebab sebelum tu platlet dia x stabil. cuti ni 15hb diada appoinment sml. mudah mudahan dia terus stabil.

anak akak tu pernah sebulan x boleh berjalan. ITP tu hit kat saraf blkg dia. 3 buln lebih dia x sekolah. ubat 2 mcm2 doktor buat. vivit tu alhamdulillah usaha dan ikhtiar kita.

Anak pun dgn izinNYa alhamdulillah. dia makan nutriferon dan vivix je. syukur. doktor pun dah sahakan dia normal. cuma stkt ni platlet dia x lebih dari 200. masih follow up HUKM tp dah jarak 8-10 weeks"

Alhamdulillah kan?

jika anda pesakit ITP atau orang kesayangan anda ada penyakit ini, cubalah ikhtiar VIVIX dan NUTRIFERON ini. nanti saya share lagi testimoni pesakit ITP yang lain pula. Jika inginkan produk ini, boleh buat pembelian secara online melalui kad kredit atau kad debit dengan klik link di bawah ini.,


Atau jika anda berada di sekitara Kota Tinggi, felda Pasak, Felda Air tawar 3,felda Air tawar 2, anda boleh mendapatkannya secara terus dari kami, kerana kami merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi yang aktif sejak tahun 2011.

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Siti Noriza | ID: 852453
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
FB: Siti Noriza Binti Saleh
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, July 20

TESTIMONI : PENYAKIT ASMA 15 TAHUN HILANG AKHIRNYA

asma adalah satu penyakit yang agak bahaya juga tau. Anak anak saya juga penghidap asma. Bila lihat mereka suakr nak bernafas, saya jadi risau. Malahan kalau anak anak sudah amik neb pun dan doktor cek masih ada bunyik bising di peparu nya, memang doktor akan tahan ward. itu kanak kanak. Bagaimana pula dengan orang dewasa? ramai juga yang meninggal disebabkan asma ni. Ini kemungkinan disebabkan diri sendiri yang amik endah tak endah atau orang sekeliling tidak tahu yang dia menghidap asma. JAdi bila berlakunya sesak nafas, mereka tak tahu nak buat apa dengan pesakit.

Hari ini, saya nak berkongsi testimoni pesakit yang menghidap asma sejak 15 tahun dan ianya diwarisi dari keluarga sudah mula tiada dalam hidupnya. Penyakit asma 15 tahun hilang akhirnya dengan amalkan suplemen dari Shaklee. Kredit : supermom Shaklee Story


ini kisah beliau:-


 NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA & AKMAL BIN AZMI

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera...

Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas.. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.
.
Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.
.
Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.
.
Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin teruk dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.
.
Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.
.
Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami.. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.
.
Saya sangat teruja.. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.
.
Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.
.
Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka.. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah..

Terima Kasih Shaklee.. Kami sayang Shaklee..💗

*********************************************************************************
hah? anda yang ada masalah asma pun lebih kurang macam ni kan? jadi panik bila kena serangan asma tu pada waktu malam. customer ni beruntung ada isteri yang boleh drive. Kalau suami je yang reti drive dan isteri tidak, macamana nak bawa suami ke hospital??

anda inginkan set asma ini? ingin beli secara online melalui kad kredit atau kad debit? klik icon di bawah dan ikuti langkah langkah yang diberikan.


atau, anda juga boleh mendapatkan nya secara COD sekiranya anda berada di sekitar kawasan kami.


email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178
fanpages : Damia Pit Shop
 instagram : damiapitshop

saya merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi, Johor serta membuat penghantaran ke felda felda berhampiran.


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, July 19

TESTIMONI BERHENTI MEROKOK DENGAN SHAKLEE


kali ini, saya nak berkongsi testimoni dari pengguna yang telah berjaya berhenti merokok dengan pengambilan VIVIX. bak kata En Nasiruddin ni, hanya sebulan setengah saja dia mampu berhenti merokok yang telah sebati dengannya selama 30 tahun. Jom kita baca pengalaman beliau yang berjaya berhenti merokok dengan vivix.



kredit : supermom shaklee story 

*******************************************************************************

Assalamualaikum…Semangat Pagi semua ☺

Nama saya Nasiruddin Sulong (51th), seorang suami dan bapak 6 org anak.

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee yaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar, awal saya merokok pada usia belasan tahun, hampir 30th lebih saya bergaul dengan nikotin…bayangkan 1 hari saya boleh habiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih…dah berapa banyak pembaziran yg saya lakukan dan juga merosakkan diri secara perlahan2 huhuhu sedihnya kalau ingat itu…

Dalam hati ada niat nak berhenti merokok tetapi selalunya gagal, kegagalan itu saya sendiri tak tau pasal apa hehee…Sampai pada satu masa anak sedara saya perkenalkan Shaklee. 5 September 2013 saya mulai mengkonsumsi VIVIX.. awalnya hanya untuk menjaga kesehatan aja & tidak ada maksud untuk berhenti merokok…saya minum 1sdt setiap mlm sebelum tidur…

Minggu pertama takde apa2 kesan hanya saja badan lebih bertenaga, masuk minggu kedua mulailah perasaan berkecamuk ada apa gerangan…kenapa dengan aku ni…kenapa rokok ni tak abis lagi dah 3hr dah ni…rasanya pun dah mulai hambar…setiap pagi biasanya aku minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini kenapa rasa nescafe ni pun jadi lain macam…mulai dari situ lah saya pun bulatkan tekad untuk berhenti merokok…niat sudah kuat nak berhenti dan semangat pun kena kuat juga…

Banyak ujian yang saya lalui dari kawan2 yang asik cakap “halah kejap je tu nanti jg sambung merokok lg hehehe” tetapi saya kuat kan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe)…Ada doktor kata kalau nak berhenti merokok harus slow-slow tak boleh terus berhenti kerana nanti akan ada simptom2 setelah berhenti merokok ni seperti sakit kepala, selesma, batuk2 dan byk lg…tapi Alhamdulillah saya tak ada simptom2 itu kemungkinan dikarena VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom2 tersebut…

Saya amalkan VIVIX selama 1bulan 15hari (1botol VIVIX je) setelah VIVIX habis saya minum VITALEA dan bila vitalea habis saya masih tetap minum lg tetapi tak selalu minum bila sang isteri tercinta ingatkan baru lah saya minum, Alhamdulillah dah 2thn saya berhenti merokok…sekarang ni saya just minum VITA-C sehari 1 biji je…

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”, semoga pengalaman saya ini boleh membantu anda-anda yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sehat dan bertenaga…

Terima Kasih Shaklee

*********************************************************************

Alhamdulillah. saya pun gembira dengan apa yang telah beliau alami sendiri. Anda bila lagi? sampai bila nak merokok kan? dahlah bahayakan diri sendiri, ini nak bahayakan orang sekeliling pula. Nak tau harga sebotol vivix ini?


HARGA : RM 475.00 ( tidak termasuk postage )

Kalau nak beli secara cash pun boleh, atau ingin membuat belian VIVIX ini melalui kad debit atau kad kredit pun boleh. Klik ikon di bawah dan ikuti langkah langkah yang ditunjukkan :)


atau boleh juga mendapatkan secara cod dari saya :-

email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-734 958/013 -7065 178
fanpages : Damia Pit Shop
 instagram : damiapitshop

saya merupakan pengedar Shaklee Kota Tinggi, Johor serta membuat penghantaran ke felda felda berhampiran.


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, February 28

BELL'S PALSY


Mungkin ramai di kalangan kita yang tidak pernah dengar atau tidak pernah tahu mengenai penyakit Bell's Palsy ini.Saya sendiri baru kali pertama dengar bila terdengar ahli group bercerita pasal kawannya yang ada penyakit Bell's Palsy ini. Hari ini saya nak kongsi info mengenai penyakit ini pada semua. Semoga bermanfaat ye :)





Menurut pakar Neurologi Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara iaitu Dr Shalini Bashar, Bell's Palsy berlaku apabila satu keadaan yang menyebabkan otot otot menjadi lemah atau lumpuh pada bahagian muka. Ia adalah satu gangguan saraf yang biasa terjadi dan lazimnya hanya menjejaskan saraf di muka (facial nerve ).
                                   

kalau orang dulu dulu cakap, kena tampar syaitan. itu pendapat orang dulu dulu. Tapi ada juga orang cakap kena minor stroke. Hah, bila saya baca, baru tahu ia bukan stroke tapi lebih kepada gangguan saraf. Menurut beliau lagi, penyebab terjadinya Bell's Palsy ini belum dapat dikenal pasti, tapi kebanyakan kes Bell's Palsy, saraf yang mengawal otot pada sebelah muka telah rpsak disebabkan inflamasi pada saraf yang terletak di bahagian bawah telinga.


TANDA TANDA BELL'S PALSY
* terasa berat pada bahagian muka yang menyebabkan ia menjadi lemah atau lumpuh. Ini membuatkan sukar bagi kita untuk menutup mata pada sebahagian muka yang terlibat. ini adalah tanda tanda yang paling utama.
* air liur meleleh
* hilang deria rasa
* sakit di dalam atau di belakang telinga.
* rasa kebas di bahagian wajah
* sensitif terhadap bunyi
* masalah mata, seperti air mata berlebihan atau kering.

KESAN BELL'S PALSY
Tahu tak, Bell's Palsy ini tidak akan beri kesan pada bahagian lain untuk menjadi lumpuh, lemah atau kebas. Ia hanya terjadi di kawasan muka saja. Kalau ada bahagian lain yang lumpuh atau simptom lain, saya nasihatkan untuk rujuk kepada doktor untuk mengetahui sebab sebenar.

Dalam majalah Keluarga Keluaran Mac 2016, artikel mengatakan 3 dalam 10 orang yang mengalami Bell's Palsy akan terus mengalami kelemahan otot pada muka mereka dan 2 daripada 10 orang akan mengalami masalah jangka panjang yang serius. kira kira 80% - 90% daripada pesakit Bell's Palsy pulih tanpa kecacatan ketara dalam masa 6 minggu hingga ke 3 bulan. Jika masih belum pulih, dari 2-4 bulan atau lebih, kemungkinan lumpuh pada muka akan tetap dan synkineses yang lebih tinggi.

Nanti saya akan kongsikan lagi berkenaan Bell's Palsy ini pada nukilan akan datang.  sebelum tu, Maisarah nak kongsi testimoni pesakit Bell's Palsy yang sudah sembuh (Alhamdulillah) selepas 3 bulan. Puan Faiza ini konsisten mengambil suplemen VIVIX untuk memperbaiki semula sistem saraf nya.




Untuk order klik sini:




 Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
 Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015