Sunday, September 25

TRIP MELANCONG KE BANGKOK SECARA PERCUMA PART 1

Assalamualaikum dan hai semua, maaflah, sejak 2 3 hari ni badan tak berapa sihat dan paling stress ialah batuk batuk yang sukar nak hilang. Orang kata kalau siapa yang pernah kena Covid, diaorang akan dapat atau mengalami lebih teruk simptom batuk, selsema dari masa kena Covid. Mungkinlah. Alhamdulillah tak demam, cuma batuk batuk yang buat tak selesa. 

Kali ni saya nak berkongsi mengenai trip melancong ke Bangkok secara percuma yang saya dapat pada tahun 2018. Alhamdulillah, selepas trip ke USA, trip ke Kota Kinabalu, Trip Cruise, kali ni, saya dapat lagi trip percuma ke Bangkok, Thailand pula. Subhanallah. Memang tak percaya dan tak sangka, saya yang datang dari keluarga yang biasa biasa, yang hanya rasa kalau naik kapal terbang pun, mungkin sewaktu menunaikan haji saja. Masya Allah. sehingga ke hari ini, masih lagi terbayang seronoknya dapat trip melancong ke Bangkok ni secara percuma. Dari tiket kapal terbang, penginapan, sehinggalah tempat makan yang halal pun, Shaklee sediakan. 


Kenapa saya dapat trip percuma ni?

Sebenarnya, bila kita nak menjana income dengan Shaklee, dan kita dapat capai syarat syarat tertentu yang ditetapkan oleh Shaklee, kita layak dapat trip percuma ni setelah habis "cycle" tahun tersebut. Dalam Shaklee, cycle bermula setiap April sehingga Mac tahun berikutnya. Jika sepanjang cycle tu kita dah cukup syarat yang ditetapkan, maka kita layak untuk dapat trip percuma ini.

Ada trip yang ditawarkan iaitu trip "international" seperti tahun sebelum sebelum ini, dah bawa mereka yang layak ke US, Itali, Jepun dan tahun ini akan ke Switzerland. Trip regional atau negara asia pula ke Thailand, Indonesia, Naik Cruise dari Port Klang ke Krabi, Bali dan ada juga hanya dalam Malaysia iaitu Pulau Langkawi dan Kota Kinabalu.

Lagi satu trip pula ada pilihan untuk SID yang beragama Islam iaitu mengerjakan umrah. Best kan? Dapat pergi menunaikan umrah setiap tahun secara PERCUMA dan semuanya disediakan oleh pihak Shaklee. Seronok weiii. Doakan saya dapat pergi trip yang ini juga. 






Kenapa dah dapat banyak trip, tapi saya cakap kali pertama join trip Shaklee? hah, biasalah sindrom mak mak. risau nak tinggalkan anak kat rumah. ha ha ha. Masa trip ke USA tu kena tinggal anak 7 hari rasanya. Anak anak lak masa tu umur 3 dengan 5 tahun. Alahai. risau mama rindu kat anak. ha ha ha. Jadi, trip trip tu semua, suamilah join. Cuma kali ni, anak anak dah besar dan pergi ke Bangkok pun untuk 4 hari 3 malam. 

Jadi, ini pengalaman pertama join trip yang Shaklee anjurkan. Memang seronok! rugi pulak trip sebelum sebelum ni tak join. ha ha ha. kita layan gambar jelah kan?




Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 



 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, September 13

CARA MEMILIH PELINDUNG MATAHARI YANG BETUL

Perlu atau tak kita pakai pelindung matahari setiap hari? kalau kita tak keluar rumah, perlu atau tidak kita memakai pelindung matahari? Dengan penipisan lapisan ozon yang semakin teruk setiap tahun, pemakaian pelindung matahari sangatlah perlu dan digalakkan. Ia adalah untuk mengelakkan dari sinaran matahari dan proses penuaan pada kulit serta kanser. Nak tahu cara memilih pelindung matahari yang betul? Jom baca artikel ini.


Berapa min SPF pelindung matahari yang diperlukan? Sebelum ini, kebanyakan pakar mengesyorkan pengambilan pelindung matahari yang mempunyai SPF 15 saja, tapi sekarang keperluannya meningkat kepada SPF 30.  Ini adalah mininum tau. 

Jom ketahui cara pemilihan pelindung matahari yang betul untuk panduan kita bersama supaya tidak tersalah memilih pelindung matahari dan menyebabkan keperluan kulit kita tidak dipenuhi.  Jangan pula rasa, alah, asal produk tu tulis pelindung matahari, okelah tu . asal kan murah dan senang didapati.Ops, jangan begitu. Salah produk yang dipakai, pasti akan memberi kesan buruk kepada kulit.

okey, jom kita baca lagi. 

Pelindung Matahari tidak boleh ada kandungan yang terdiri daripada Oxybenzone, Vitamin A(retinyl palmitate dan kombo penghalang matahari ), yang mana penggunaan secara kerap akan membahayakan kesihatan .

Selain itu, nilai SPF paling minimum harus digunakan ialah 30 dengan ciri ciri kalis air. Lagi lagi kalau kita pakai time nak ke pantai atau mandi kolam. Hah, rugi je kalau produk anda itu, hilang bila terkena air. 

hah, ingat ye, pelindung matahari ini perlu dipakai sekurag kurangnya 20 minit sebelum kita keluar rumah atau ingin membuat aktiviti luar. Bukan pakai masa dah terdedah pada cahaya matahari.

Jenis pelindung matahari adalah yang jenis krim dan jangan "over" memakai krim tersebut. Berpatutan dengan amaun yang sekadar menutupi kulit kita. 

Macamana? dah tahu cara memilih pelindung Matahari yang betul?

saya guna ini 

Nanti saya ceritakan kenapa dan apa kelebihan produk Shaklee yang ini. Namanya AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50.




Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 



 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, September 1

APA PROMOSI SHAKLEE UNTUK BULAN SEPTEMBER 2022?

Setiap awal bulan, mesti ada customer pm saya. Akak, apa promosi shaklee untuk bulan ni ye? lagi lagi yang geng geng bisnes ni hah. Selalu rasa excited kalau masuk bulan baru. 

Biasanya, Shaklee akan umum awal seminggu atau 3 hari awal, tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, kita hanya tahu promosi dari Shaklee pada jam 12 tengah malam setiap 1 hb. Hah, surprise giler kan?

Jadi, apa promosi Shaklee untuk bulan September 2022 ni? korang tengok jelah poster poster kat bawah ni. 

harga sekotak RM98.75. Tapi Shaklee buat promosi bulan ini, kalau beli sekotak, kita akan dapat lagi1 kotak ESP PERCUMA. Rugi kalau tak grab tau.



Res V ini pula harga sebotol ialah RM535. Tapi kalau kita beli 2 botol, kita akan dapat lagi 1 botol Res V secara percuma. Best? og cos lahhhh


Khas untuk yang bercadang dan berusaha untuk dapatkan zuriat, anda boleh ambil set ini sebagai salah satu ikhtiar anda. Set ini dapat percuma 1 tong ESP yang bernilai RM173.


Bagi bagi mereka yang dalam pantang atau ingin mencari set penyusuan, set ini sesuai untuk anda. Beli 3 produk ini, secara otomatiknya anda akan dapat percuma lagi 1 tong ESP. 



Set ini sesuai untuk mereka yang nak cari suplemen untuk penjagaan kesihatan dari awal. ye betul! suplemen adalah untuk mereka yang nak jaga kesihatan dari awal. Bukan dah sakit baru nak cari suplemen. 



Masih azam baru nak kurangkan berat badan? Cuba ambil set ini. Kalau anda beli set ini, korang layak dapat coaching SECARA PERCUMA dengan saya. ada guide pemakanan, senaman, kiraan kalori semua. Deal?



Life Shake ni sama je macam ESP, tapi tapi ia perisa ELDERBERRY. kalau korang nak tahu rasa macamana, ia lebih kurang susu soya + buah berry. hah, gitulah konsepnya. Beli 1, percuma 1. JImat kan?



Kalau anda peminat Matcha, meh meh. Life shake Mactha ni sesuai untuk anda tau. Beli 1, percuma 1 gak.








okey, kalau nak beli mana mana set promosi ini, boleh beli direct dari sini. Klik je link : Saya Nak Grab Promosi Ini. JANGAN LUPA LETAK ID SAYA AS SPONSOR : 852453. lepas dah buat belian, boleh wasap saya. 

atau, anda juga boleh jadi ahli secara online dan terus membuat pembelian produk kegemaran anda. Macamana nak jadi ahli?

Cara 1 :

cara 2 :
klik : SAYA INGIN DAFTAR SENDIRI .  anda daftar sendiri dan terus membuat pembelian mengikut arahan yang diberikan. Selepas anda menjadi ahli, anda boleh hubungi saya untuk bertanya apa saja berkaitan produk, perniagaan atau apa saya berkenaan Shaklee. Secara automatik, anda menjadi team saya 😍😍😍




Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 



 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015