Tuesday, April 18

REVIEW KING CRAB DARI KING CRAB JOHOR

hah, post hari ni lari sikit dari post sebelum sebelum ni. kali ni, saya nak share video suami saya yang buat review berkenaan belian ketam ( King Crab ) ini melalui page : KING CRAB JOHOR.
jadi, jom kita layan video ini.




hah, maaflah kualiti video tak berapa cantik sebab saya ni baru belajar rakam video ha ha ha.

tapi, memang sedap dan kulit nya tidak sekeras gambarannya. ini lak gambar sebelum dimasak. Harga adalh mengikut berat ketam tersebut dan kalau anda tidak pandai pilih ketam, boleh minta penjual memilihkan ketam yang terbaik untuk anda!

ANDA ADA BUASIR JIKA ADA TANDA TANDA INI PADA ANDA

Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di bahagian kawasan dubur.  Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali kita ingin membuang air besar.  Ia menutup dubur secara keseluruhan bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair. Ia adalah normal yang berlaku dalam tubuh setiap orang.  


Tetapi,  ia menjadi sesuatu yang menyakitkan apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum sekiranya kita meneran.  Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu.  Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir ( salur dubur bengkak atau luka). 

JENIS JENIS BUASIR
Ada 2 jenis buasir yang sering berlaku pada kita iaitu :
- buasir dalam ( berlaku pembengkakan pada bahagian dalam) 
- buasir luar ( yang mana bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur) 

Kekadang,  ia akan berlaku serentak dan kekadang ia akan berlaku secara berasingan. 

Mereka yang mudah terkena buasir ini ialah mereka yang gemar meneran ketika aktiviti membuang air besar,  atau mereka yang ada masalah sembelit,  obesiti malahan wanita hamil juga boleh menghidap masalah ini apatahlagi ketika kandungan semakin membesar. 

TANDA TANDA BUASIR
1- rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur
2- luka pada salutan dubur disebabkan nanah
3- rasa kepanasan selepas membuang air
4- rasa sakit berdenyut
5- tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lebih lama. 
6- darah segar yang menitis ketika membuang najis
7- rasa pedih sekitar rektum
8- sukar membuang air besar
9 - nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria. 
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015