Bila kita nak buat, kita akan buat!! salah satu perkara yang tidak pernah saya terpikir ialah, naik kapal terbang dan bermalam di hotel yang harganya atas rm200 semalam!!! saya memang seorang yang dulunya rasa, semua tak mampu. iyerlah dengan gaji hanya RM1400 sebulan, saya fikir banyak kali nak bermalam di hotel yang mewah sebab saya fikir, macam macam boleh beli dengn RM200 tu. tapi Alhamdulillah, bercuti di Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu menyaksikan keinginan dan kesungguhan saya dalam perniagaan ini boleh dicapai jika kita benar benar nak.
ini kenangan kami semasa berada di Kota Kinabalu, kami memilih bercuti di Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu pada tahun 2014. ia adalah hari di mana kami di bawah naungan Puan Azrin Mohd, pemilik
Dazzlingmoms membuat perancangan untuk bercuti ke Kota Kinabalu. saya terus ke website Air asia untuk survey harga tiket al maklumlah. kali pertama nak beli tiket kapal terbang. kali pertama naik kapal terbang pun dari senai ke KL, itu pun free sebab company yang taja. Kali ni, saya lak yang taja suami dan anak anak saya naik kapal terbang dan stay di hotel mahal. (ye, mahal bagi saya yang suri rumah ni). yang best juga, semua perbelanjaan makan minum, tiket kapal terbang, hotel, sewa kereta adalah hasil dari bonus yang saya terima dari Shaklee. Alhamdulillah, gaji suami langsung tak terusik. memang bersyukur sangat. dan ia buatkan saya suka dan tak menyesal memilih shaklee. Kerana, sya tau, ia boleh menjadikan segala impian saya akan menjadi kenyataan.
Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu ni di atas bukit dan sepatutnya kita boleh nampak puncak gunung Kinabalu dengan lebih terang dan jelas kalau ianya diizinkan macam gambar kat atas ni. Bestkan??? tapi Allah tak beri kami peluang untuk lihat ciptaanNya yang terindah ini. suasana berkabus dan hujan menyambut kedatangan kami kat sana. Sejuk dan nyaman sekali ..oh ya, kat hotel ni takde aircond okey..so, jangan fikir alah, boleh matikan air cond.. ha ha ha, saya dan suami macam nak request selimut tambahan je sebab, kalau tak hujan, suasananya memang sejuk. Jadi bayangkan bila hujan???? fuh!!! sampai ke tulang sum sumlah gamaknya.
ini bilik yang kami sewa. Menghadap ke lembah dan kita boleh lihat pemandangan yang lebih cantik. Harga bilik ini dalam range RM190 - RM210 semalam ( harga pada tahun 2014). Kami bermalam selama 2 hari di sini. Dan sangat sesuai untuk mereka yang nak honeymoon!! sejuk wei...kih kih kih.
yang bestnyer Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu ni depan bilik ada balkoni. so boleh lepak lepak kat depan bilik dengan kawan kawan atau family. takdelah lepak kat atas katil kan? kita layan gambar je dulu.
ini En suami saya, Mohd Zamri pemilik blog
RAKITTERJONGKET .. bolehlah korang jalan jalan ke blog dia. banyak juga info menarik dari blog en suami tu.
bestkan dapat bawak family cuti cuti. bahagiakan anak anak dan keluarga, pasti kita akan lebih bahagia. Rezeki anak anak, saya dan suami hanya tumpang rezeki mereka. Syukur, anak anak sukakan kedamaian di sini.
ni jiran sebelah bilik kami, Puan Dilla Jalil dan en suaminya Tuan Hafiz. diaorng ni "adik beradik" shaklee kami. Pemilik blog
MAMAQAIREEN.
So, sesiapa yang nak beecuti cuti ke Kota Kinabalu dan ingin melihat puncak gunung Kota Kinabalu, saya suggestkan anda untuk memilih Hotel Pine Resort, Kota Kinabalu ini sebagai salah satu hotel yang perlu anda pilih.
nanti saya share lagi pengalaman saya bercuti di Kota Kinabalu. Wah ni pengalaman dah nak setahun dah ni. hik hik hik. saya cuma nak share pengalaman saya yang tidak pernah saya jangkakan dapat dpenuhi hanya selepas setahun saya bergelar WAHM dan menjadikan Shaklee sebagai punca pendapatan saya. syukur, Alhamdulillah :)
PROMOSI BULAN MEI 2015
Wah wah, shaklee makin gila tau, suka
kasi offer yang bukan bukan penggemar suplemen ni. kali ni sempena
ulangtahu kelahiran produk utamanya iaitu VITALEA WITH IRON, shaklee
membuat tawaran khas untuk anda yang ingin mendaftar sebagai ahli
shaklee.
iaitu, dengan pendaftaran ahli dan pembelian barang (
tak kira berapa RM nilai barang tersebut), anda semua LAYAK MENDAPAT
PERCUMA SEBOTOL VITALEA WITH IRON!!! ADA 120 BIJI TAU.KEGUNAAN SEHINGGA 4
BULAN. dan
yang paling best, korang nak tau harga sebotol VITALEA tu?????
HARGANYA RM 88.75!!!!!! wahhh..jimat sangat gilerr....kalau korang nak lebih faham , jom kita sama sama tekan kalkulator..
YURAN DAFTAR AHLI : RM69 ( tak masuk pos )
BELI BARANG ; CTH - ZINK ( RM 33.75 )
TOTAL : RM102.75 - total yang korang kena bayar kalau nak jadi ahli...
tapiiiiiiiiiiiiii
FREE VITALEA WITH IRON - hrga ahli RM88.75. jadi korang sepatutnya kena
bayar RM191.50 untuk yuran ahli + zink + vitalea. so, jimat RM88.75!!
so, korang nampak tak betapa beruntungnya jadi ahli pada bulan ni.
ini salah satu offer bulan ni ye... ada offer yang lain gak tapi ini
untuk saya suggestkan kat korang yang ada budget yang kecil untuk jadi
ahli.
hah, nak maklumat lanjut???? meh meh...kita bisik bisik lagi.
SITI NORIZA SALEH
SENIOR COORDINATOR SHAKLEE
013 7374 958 / 010 300 7299
MAKE YOUR DREAMS COME TRUE
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR
PENGEDAR SHAKLEE FELDA SEMENCHU
PENGEDAR SHAKLEE TAMAN PASAK INDAH