Tuesday, July 25

TIPS TRAVEL UNTUK YANG ADA ANAK KECIL

tada segelintir dari kalangan kita yang suka berjalan jalan. orang kata jauh berjalan, luas pemandangan. betul tau, sebab antara 1 perkara yang saya rasa menyesal ialah tidak travel ke mana mana. Oh, mungkin juga masa tu saya rasa membazir kalau habiskan duit untuk berjalan jalan. Buat apa nak menyaksikan sesuatu secara berdepan sedangkan kita boleh tengok di TV atau telefon?

ini pandangan saya dulu dululah. Tapi bila mula berkahwin dan jumpa partner yang suka travel, rasa seronok. Cuma disebabkan kekangan masa, kami jarang travsel semasa masih berdua. Alhamdulillah, bila ada anak anak, rezeki kami untuk tumpang travel bersama sama mereka. 

Jadi, hari ini, saya nak berkongsi Tips Travel untuk yang ada anak kecil, tapi bukan bayi ye. Cuma tips untuk anak anak yang baru pertama kali travel menaiki kapal terbang. 

Lokasi kami yang pertama kali travel adalah ke Kota Kinabalu, Sabah. Masa ni anak pertama berumur 7 tahun dan adiknya berumur 4 tahun. 1st time kami sekeluarga naik kapal terbang. 1st time lak terus ke Sabah. ha ha ha. mama pun kecut sebenarnya. Tapi sebab mama pernah naik flight ke KL dari Johor Bahru, so tahulah sikit sikit perjalanan dari nak check in luggage dan seterusnya. 



Benda paling penting bila ada anak anak ni ialah, kita kena tahu apa yang boleh buat mereka duduk diam atau yang boleh tenangkan mereka. Macam mereka berdua ni, saya bawak buku kegemaran mereka siap siap. masa menunggu nak masuk kapal terbang pun kami memang tidak bagi mereka terlalu penat sebab risau dalam kapal terbang nanti, akan mengamuk kepenatan.


Bila dalam kapal terbang, mereka mula seronok dan rasa nak bergerak ke depan belakang nak rasai pengalaman naik kapal terbang tersebut. Jadi kami mula keluarkan buku, alat tulis dan juga makanan kegemaran mereka. Selain bagitahu yang mereka kena duduk diam diam tanpa perlu kacau orang depan dan belakang. 

kami amik seat sebaris untuk mudahkan kami monitor mereka berdua. Sebab apa kami ke Kota Kinabalu,Sabah inilah aktiviti kami! jumpa upline, sideline, downline di suasana penuh meriah dan malu malu sebab baru pertama kali berjumpa. ha ha haha.







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, July 22

TIPS BISNES ONLINE DARI RUMAH

Hai, sebelum ni saya bercerita pasal bekerja dari rumah dan berkongsi sedikit kenapa saya memilih bekerja dari rumah 

Hari ni, saya nak share bagaimana atau Tips Bisnes Online.  Work From home atau Work At Home Mother pada awalnya agak janggal didengar di negara tapi. 

Tapi bila internet menjadi salah satu keperluan harian, maka istilah istilah bekerja dari rumah atau membeli belah secara online, mula digemari oleh manusia. 

Apatah lagi kalau mereka yang ada kekangan masa untuk pergi ke kedai atau terlalu jauh untuk mendapatkan barang yang diingini. 

Saya letakkan diri saya sebagai penjual dan hari ini, bisnes online antara satu cabang perniagaan yang saya ceburi sejak tahun 2011. 
Zaman sekarang, urusan jual beli semakin mudah. Hanya dihujung jari. Scroll scroll, search, dan add to chart, ada duit, terus buat pembayaran . 

Begitu juga dengan jana income. Kita pun boleh berbisnes hanya dari rumah. Tak perlu kedai fizikal pun boleh. 

Kalau kita baru nak bermula, kita kena tau apa kekuatan kita. Setelah kita ada produk atau barang yang ingin dijual, kita kena tahu platform mana yang ingin kita tempatkan barang niaga kita. 

Kalau kita suka bercakap, suka rakam video, tik tok dan YouTube adalah tempat yang sesuai untuk kita. 

Kalau kita suka menulis, suka membaca dan suka beri penerangan dalam bentuk penulisan, Facebook dan blog adalh tenpat yang sesuai untuk kita. 

Suka ambil gambar, suka penerangan yang ringkas, suka edit gambar menjadi lebih menarik, Instagram adalah tempat kita. 

Bagi yang sudah memilih untuk berniaga dari rumah, jadual sangat sangat penting. Lagi bagus kalau kita ada diari atau planner untuk pastikan semua aktiviti kita setiap hari akan berjalan lancar. 

Bagi yang sudah berumahtangga atau mempunyai anak, ini perlu perlu sangat anda bagi tumpuan. Kena betul betul bahagikan masa sebaik baiknya. 

Mungkin, bila anak anak sudah pergi sekolah waktu pagi, anda boleh Solat Dhuha, buat blog, buat poster atau coaching team anda.

Masuk jam 11.30 pagi, anda beralih untuk siapkan makan tengahari untuk anak anak balik dari sekolah. Waktu petang, anda boleh sambung aktiviti bisnes anda atau anda fokus untuk kesihatan anda atau bersenam. 

Malam pula boleh tolong anak anak siapkan kerja sekolah atau anda sendiri siapkan kerja rumah anda. 

Bila ada jadual, kita pun lebih tenang dan teratur.

Ini adalah benda yang sukar dibuat iaitu FOKUS DAN KONSISTEN! bila kita fokus, kita lebih tahu apa step atau langkah yang seterusnya untuk pastikan bisnes kita terus berkembang dan berkembang. 

Malahan, kita tidak tergoda melihat mereka yang lain bersenang senang tanpa sibuk dengan bisnes. Sedangkan kita rasa macam tak cukup 24 jam untuk uruskan semua urusan dalam sehari 

Konsisten pun sama, jangan hari ni je rasa excited, lepas tu stop sharing bisnes kita untuk 2 3 hari. Lepas tu semangat balik. 

Hah, orang lain baru nak kenal kita, baru nak support kita, tapi rasa, eh budak ni betul ke nak bisnes? Ke nak scam orang je?

Last tips saya ialah, sentiasalah upgrade ilmu kita. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita tahu. 

Dunia sekarang terlalu banyak dan laju ilmu ilmu lagi lagi yang berkaitan dengan online ni. Contoh, kita masih terima cash atau transfer, tapi penjual lain hanya guna qr pay atau mesin atm yang swipe jw tu hah. 

Atau juga, kita masih menggunakan PowerPoint untuk buat pembentangan, tapi orang lain dah guna canva dan sebagainya. 

Tuesday, July 18

BEKERJA DARI RUMAH

Alhamdulillah, saya sudah bekerja dari rumah sejak tahun 2012. Ia satu keputusan yang tidak pernah saya sesali dari dulu hingga sekarang. 
Kalau diberi pilihan pun, saya tetap akan buat keputusan yang sama iaitu bekerja dari rumah.

Malahan Bekerja Dari Rumah ini adalah benda yang memang saya pasang niat sejak saya ada anak 2 orang lagi. 

ini anak pertama saya. Sejak dia berumur 4 tahun, saya dah cakap dengan suami, saya nak berhenti kerja paling lambat masa dia berusia 7 tahun. 

Saya nak uruskn persekolahan anak saya dari rumah. Saya nak hantar dan ambil dia pergi dan balik sekolah. Sebab apa?

Sebab masa tu tengah kecoh pasal ada budak meninggal dalam bas sekolah. Dan driver tak perasan budak tu tertidur di belakang sekali. 

Sebak gilalah masa tu. Terus rasa risau sebab masa tu saya duduk di Kulai, Johor dan rasa macam : aduh..siapa nak uruskan dia pergi balik sekolah kalau aku bekerja?

Jadi masa tu saya fikir, saya ada masa 2 tahun untuk pastikan segala hutang piutang saya selesai sebelum saya berhenti kerja. 

Rasa ragu ragu tu memang ada, sehingga Allah temukan saya dengan bisnes Shaklee dan dikurniakan anak kedua.

 Karenah dia pula, hari hari menangis bila hantar kat rumah babysitter. Siap buat drama air mata, tarik tarik tudung, baju mama dia. Tak nak kena tinggal dekat nursery. 

Sehinggalah ada satu ayat dari anak sulung yang masa tu berusia 5 tahun. 

"Dahlah dik. Mama lebih pentingkan kerja dari kita".

Sentap!!

Terus nangis dalam kereta masa tu. ,🥺🥺🥺 Tak snagkalah ayat tu keluar dari mulut dia. 

Balik tu, saya cakap dengan suami, saya nak berhenti kerja. Hati saya takde kat pejabat.

Subhanallah, masa tu juga, income Shaklee saya dah lebih dari gaji saya masa tu. Awal bulan 12 tahun 2011, saya berhenti kerja 

Dan dapatlah saya title ' Work At Home Mother!

🥰🥰

Wednesday, July 5

PETUA HILANGKAN JERAGAT

Pernah tak dengar berkenaan jeragat? jeragat ni semua orang berpontensi untuk mendapatkan jeragat. Walaupun kita takde masalah jerawat, tapi kita pasti ada hadapi jeragat. Apa itu jeragat dan apakah petua hilangkan jeragat tersebut.



Apakah maksud Jeragat?

jeragat adalah tompok tompok kecil bewarna coklat yang ada di bahagian pipi,dahi, hidung dan sekitar mulut. Tapi jangan takut, ia bukanlah penanda penyakit yang teruk. Tapi ia adalah disebabkan hasil dari kesan penggunaan atau penjagaan kulit muka setiap hari. Salah guna produk pun salah satu sebab juga. 

Apa Punca Punca Jeragat?

- Terlalu terdedah pada cahaya matahari atau secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.
- Peningkatkan usia yang menyebabkan penghasilan kolagen tidak aktif seperti masa muda 
- Tidak membuat rutin penjagaan yang betul.
- Selalu bermake up tebal
- Salah guna alat solek atau menggunakan alat solek yang mempunyai banyak bahan kimia
- Tidak kisah akan penjagaan kulit serta tidak menjaga kebersihan diri sendiri
- Punyai masalah kulit kering

Petua Hilangkan Jeragat:
1) Elakkan terlalu lama dibawah sinaran matahari
2) Sentiasa pakai pelembap  muka iaitu yang menghalang UV dan pastikan ia adalah dari bahan yang semula jadi dan tanpa bahan kimia.

Jadi saya nak kenalkan pada semua, bagaimana Shaklee juga ada petua hilangkan jeragat secara dalaman dan luaran menggunakan produk produk Shaklee yang sememangnya bebas dari bahan kimia. 

Hah, Petua Hilangkan Jeragat bukan sekadar penjagaan dalaman atau sebab usia meningkat, salah guna produk kecantikan pun antara sebab tau. 

1) PRODUK KECANTIKAN 
Shaklee syorkan penggunanya menggunakan ke semua jenis produk yang ada dalam set Youth ini.Ia lebih memberikan kesan yang lebih baik dan cepat. Malahan, ke semua produknya bukanlah hanya untuk 1 kali guna je, tapi berkali kali tau.




* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015