Wednesday, June 21

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Kalau dah makan vitamin, tak perlu bersenam ke? kalau nak kurus, makan ubat kurus je pun dah boleh kurus kan?

biasa tak dengar ayat ayat macam ni? Atau sekadar, saya jaga makan saya. Cukup kot.

Bagi saya, walaupun dah ambil vitamin setiap hari, saya juga suka buat sesuatu yang saya suka buat tanpa terpaksa.

Saya memilih untuk briskwalk. 🀭🀭🀭 Sebab apa, sebab saya dikira obesiti dan berat saya mencecah 75-78kg! Ia, bukan berat semasa saya mengandung!

Jadi, untuk permulaan, saya memilih briskwalk dan tengoklah, 1st day saya buat briskwalk, hanya 500 meter je mampu πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Alhamdulillah...setelah berat mula berkurangan, jarak briskwalk saya makin jauh. Seronok sebab ia jadi satu kepuasan untuk saya dan saya anggap ia satu kejayaan untuk saya 

ia ambil masa hampir setahun, tapi ia membantu dalam proses mengurangkan berat badan saya. 

Selain ambil set Hello New You, saya anggap bersenam atau pun menjalani gaya hidup sihat, membantu mengurangkan berat badan dan emosi saya sendiri.

Akhirnya saya mencabar diri untuk join fun run! Ha ha ha . sepanjang 42 tahun hidup, inilah kali pertama saya join fun run! Merentas desa waktu sekolah tu pun kena paksa tau. 🀣😊🀣

Jommm sama sama menjalani gaya hidup yang sihat!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, June 15

PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama blog ni wujud, tapi demi pembaca pembaca dan kawa kawan blogger yang baru jumpa "kedai maya" saya ini, saya nak kenalkan diri semulalah. 

Nama saya Siti Noriza Saleh dan saya menetap di Kota Tinggi, Johor. masa awal awal saya menceburi Shaklee ni, saya duduk di Kulai, Johor. Sejak tahun 2012, saya dah berpindah ke sini. Jadi secara tak lansung, saya menjadi pengedar shaklee Kota Tinggi, Johor. Alhamdulillah, masih kekal 11 tahun dalam bisnes Shaklee ini. 

Saya mula daftar sebagai ahli Shaklee pada tahun 2010,hanya sebagai ahli biasa jelah. Sebab masa tu saya nak beli set penyusuan Shaklee dan nak dapat harga murah. ha ha ha. malu minta diskaun dengan penjual Shaklee ni tau. Jadi lebih baik saya daftar sebagai ahli dan beli je dengan harga ahli.

Kemudian, saya mula membuat perkongsian mengenai perjalanan penyusuan saya di blog personal saya dan ramai kawan kawan seperjuangan breastfeeding masa tu, seronok berkongsi kongsi cerita masing masing. Alhamdulillah, bermula dari situ,semakin ramai yang ingin mendapatkan set penyusuan untuk mencapai perjalanan 2 tahun penyusuan mereka.

Bermula dari situ juga, saya mula tertarik untuk aktif sebagai pengedar Shaklee sehinggalah sekarang saya masih PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR. kalau nak tahu lagi Pengedar Shaklee berhampiran, boleh je klik kat keyword Pengedar Shaklee tu. 

Tapi area Kota Tinggi hingga ke Bandar Penawar, itu jajahan saya. Ha ha ha. 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, June 13

TESTIMONI SHAKLEE SAYA

Pernah dengar tentang keputihan? Atau anda antara mereka yang pernah alami, atau sedang alami nya. Saya antara mereka yang pernah merasainya dan antara yang ucap selamat tinggal kepada keputihan. ,😊😊😊
Keputihan anda berada di tahap mana? Kalau puj masih di tahap biasa, pastikan anda mula menjaga kebersihan dan juga mengetahui sebab keputihan berlaku dan juga cara cara untuk atasinya. 

Tapi kali ini saya nak berkongsi Testimoni Shaklee saya kepada semua. Ia mungkin agak memalukan tapi moga ia beri manfaat pada mereka yang sedang mencari cara atasi keputihan ini.

Masalah keputihan boleh dikatakan masalah utama bagi setiap wanita. Masalah ini,jika dibiarkan ia akan menjadi teruk dan boleh terkena jangkitan bakteria menyebabkan ada kesan lain pada kesihatan kita nanti 

Ini cerita saya 🀭🀭🀭

KEPUTIHAN. Sejak zaman anak dara lagi dah ada masalah keputihan ni. Tapi tak tahulah ia makin lama makin teruk bila dibiarkan. Lagi lagi masa sekolah menengah dulu, aktif dengan badan beruniform. Hari hari ada latihan kawad kaki, belum dikira ber”camping” lagi. Bab kebersihan memanglah tak jaga sangat. Masa tu pula, takdelah didedahkan pasal masalah yang boleh dihidapi di tempat sulit macam sekarang ni. Dulu bab bab tu semua disembunyikan. Ia jadi isu yang memalukan.
.
Keputihan adalah perkara normal bagi setiap wanita. Keputihan dianggap normal jika cecair yang keluar adalah jernih, tak berwarna, tak berbau dan tak berasa gatal-gatal .. Keputihan menjadi bermasalah atau boleh juga dianggap berpenyakit jika cecair berwarna pekat, warna putih kekuningan , berbau , bergumpal dan berasa gatal.

Keputihan ni mulalah sedikit, tapi lama lama ia menjadi teruk bila semakin gatal saat berpeluh. Sehinggakan terpaksa memakai pad pantyliner setiap hari untuk elakkan gatal semakin menjadi jadi. Tapi, tak tahu nak bertanyakan pada siapa untuk elak macamana keputihan tu. Sampaikan, kerap sangat basuh di bahagian tersebut setiap kali gatal, atau membuang air besar. Ke hulu hilir bawa “femine wash” untuk pastikan bahagian tersebut di basuh bersih.
.

Masa mengandung, masalah keputihan semakin menjadi jadi dan bila diajukan pada doktor dan nurse semasa “check up” bulanan, diaorang kata memang itu masalah biasa untuk ibu hamil. Lagi jadi masalah bila perut semakin membesar dan ia menjadi jadi semakin gatal. Ada orang suruh basuh bahagian tersebut dengan air sirih yang direbus dan letakkan daun sirih di bahagian tersebut. Kak Ct buat juga. Tapi sekejap je hilang gatalnya. Esok lusa, ia datang balik.
.

Pernah berjumpa doktor dan doktor pun sahkan masalah keputihan Kak Ct sangat teruk. Jadi doktor masukkan sejenis ubat untuk mengelakkan bakteria merebak ke dalam organ organ dalaman. Ambil juga ubat yang diberikan oleh doktor, tapi hanya seminggu atau selagi makan ubat yang diberikan. Bila tak makan ubat, ia datang balik. Doktor sendiri tak bagi kak ct makan ubat yang dose lebih tinggi sebab masa tu tengah mengandung.
.

Akhirnya, selepas bersalinkan Zafran, dan mencari maklumat berkenaan suplemen penyusuan, terjumpa artikel berkenaan merawat masalah keputihan juga. Macam best, nak cuba juga. Jadi belilah set penyusuan ( ALFALFA, ESP, SR VITAMIN C, B COMPLEX, VITALEA, OSTEMATRIK) dan add on garlic untuk elakkan bakteria semakin merebak dan bantu matikan kulat dibahagian tersebut.
.

Tak sangka, selepas 2 3 bulan konsisten ambil alfalfa dan garlic, masalah keputihan dapat diatasi. Bermula dengan kurang rasa gatal walaupun berpeluh, sehingga dah kurang bau, suami juga akhirnya menegur akan kurangnya masalah keputihan tersebut. Kalau tak, sebelum ni, dia juga komplen akan masalah yang kak ct hadapi. Lama lama, kak ct juga yang malu sendiri dengan keadaan begitu. Ianya, waktu “bersama” adalah waktu yang seronok, tapi ia jadi sebaliknya dengan bau yang tidak sedap dan akhirnya, keinginan itu terus mati disitu. Sedih sangat
.

Tapi kini, Alhamdulillah, walaupun ia tak 100% hilang, ia tidak lagi berbau teruk dan keputihan pun pada tahap yang baik dan hanya datang sebelum 2 3 hari nak haid saja. Pantyliner pun dah lama tak guna. Nak bergerak aktif pun dah tak risau akan berpeluh banyak dan mula gatal gatal. Seronok sangatlah. Garlic dan alfalfa, 2 suplemen wajib yang kak ct ambil hari hari. KITA ENJOYS!!!
.

Bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Manakala alfalfa pula adalah sejenis herba dan sangat diakui dalam keberkesanan untuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa bertindak sebagai kacip fatimah buat isteri. Kacip Fatimah?? Tau tau jelah apa manfaat nya kan? Yang itu pun kak ct dapat manfaatnya. Buat suami tersenyummm saja. opss.

Hah, kalau anda masalah ini, boleh je hubungi saya untuk dapatkan info info berkenaan produk untuk atasi keputihan ini .

Tuesday, June 6

MULTIVITAMIN SHAKLEE BERWAJAH BARU

Peminat multivitamin Shaklee pasti menantikan stok baru masuk ke Malaysia. Jangan risau, ia sudah kembali!!!! Tapi dengan nama baru dan formula baru. 

 πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

Ini adalah botol dan nama multivitamin yang lama iaitu Vita-lea Iron Plus. Masih label pink maroon, ia bertukar nama kepada

VITA - LIZE

kenapa kali ni bertukar nama pula? Adakah ia lebih baik dari yang lama? Atau bahan bahan nya sama seperti yang lama cuma ditukar nama saja. 

Eh, mestilah tak. Shaklee bila menukar nama produk atau label produk, mesti ada sebab dan mesti ia berkaitan dengan hala tuju syarikat serta penambah baikkan produk tersebut. 

Macam multivitamin ini, bahan bahan lama dikekalkan dan ia ditambah dengan bahan lain untuk memastikan gabungan kesemua bahan bahan tersebut menjadikan tujuan produk itu dibuat akan memberi kesan yang lebih efektif. 


Gambar di atas menunjukkan kenapa kita perlu miliki Vita-Liza ni. Kenapa kena beli dan kenapa perlu ambil hari hari. 

Perbandingan pula antara multivitamin Shaklee berbanding multivitamin yang ada dipasaran. Kalau ada yang kata multivitamin Shaklee ni mahal, anda perlu lihat perbezaan ini dan bandingkan dengan multivitamin lain yang anda rasa anda nak beli.

Jom kenali multivitamin Shaklee secara general. Kalau rasa nak ambil semua vitamin tak berkemampuan, ambil saja multivitamin secara konsisten setiap hari.

cadangan pemakanan adalah 2 biji sehari. Diambil selepas sarapan pagi atau selepas makan tengahari. 

Ia dikenali juga sebagai "vitamin tambahn tenaga" sebab tu dicadangkan diambil awal pagi. Siapa yang perlu dan sesuai ambil vitamin ini?

Ambil time kita sihat tau, bukan bila dah sakit baru lah mencari suplemen. Suplemen bukan ubat yang beri kesan cepat, tetapi suplemen perlukan masa untuk baiki sel sel dari dalam badan. 

Itu fungsi dan cara vitamin bekerja. Baiki dan cukupkan nutrisi dalam badan yang mana badan perlukan setiap hari, tapi tak cukup. 

Jadi, kita ambil suplemen untuk cukupkan nutrisi yang lompang berkenaan. Jom tau lebih lanjut mengenai multivitamin shaklee supaya korang lebih yakin dengan multivitamin ni.



Thursday, June 1

MOTIVASI DIRI

Saya terjumpa satu ayat motivasi ni. Ia bukanlah buku motivasi, tapi dari planner yang dihadiahkan oleh sahabat saya Puan Laila. 

Ayatnya dalam Bahasa Inggeris. 

" It's never too late to start. 
Every new day is an opportunity to change your life.

You don't need to have all the equipment to start.
You just need to go for it.

Stay true to your vision
Be persisten, dedicated and consisten.
Hard work always pays off.

Memang kena ayat ni dengan saya yang mencari motivasi untuk saya naikkam semangat saya.

Dalam bisnes, ada jatuh bangunnya dan saya juga sedang dalam fasa berkenaan. Perlukan masa untuk bangun, perlukan masa untuk mencari kekuatan diri. 

Untuk bangkit bukan senang, tapi sekali kita bangkit, buatlah sebaik mungkin. Jangan risau apa orang sekeliling berkata, sebab pada akhirnya hanya kita yang tahu keperluan yang perlu diutamakan atau tidak.

Bagi mereka perkara yang buatkan kita hilang semangat hanyalah setitik air, tapi bagi kita, ia seperti lava yang terus membunuh semangat kita untuk teruskan langkah.

Sebagai teman, kita kena tahu bila terdesaknya kawan meminta tolong, itu tandanya dia memang sangat perlukannya.

Kawan tidak akan menganiayai kawannya yang rapat. Tapi bila sekali ia meminta tolong, itu tandanya dia memang memerlukannya sebab dia yakin kita akan membantunya. 

Akhirnya, hanya kita yang tahu apa yang perlu kita buat ,kawan mana yang datang pada kita hanya waktu senang dan tak kenal kita pun waktu kita susah. 

Nak baca lagi KATA KATA MOTIVASI? Saya suka baca dalam buku buku agama, atau video video yang bagi kata kata semangat pada kita. 

Kekadang motivasi tu datang dari mereka yang kita tidak kenal. Bahkan dia pun tak terkenal. Betul kan?


Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015