Showing posts with label OSTEMATRIX. Show all posts
Showing posts with label OSTEMATRIX. Show all posts

Thursday, September 1

APA PROMOSI SHAKLEE UNTUK BULAN SEPTEMBER 2022?

Setiap awal bulan, mesti ada customer pm saya. Akak, apa promosi shaklee untuk bulan ni ye? lagi lagi yang geng geng bisnes ni hah. Selalu rasa excited kalau masuk bulan baru. 

Biasanya, Shaklee akan umum awal seminggu atau 3 hari awal, tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni, kita hanya tahu promosi dari Shaklee pada jam 12 tengah malam setiap 1 hb. Hah, surprise giler kan?

Jadi, apa promosi Shaklee untuk bulan September 2022 ni? korang tengok jelah poster poster kat bawah ni. 

harga sekotak RM98.75. Tapi Shaklee buat promosi bulan ini, kalau beli sekotak, kita akan dapat lagi1 kotak ESP PERCUMA. Rugi kalau tak grab tau.



Res V ini pula harga sebotol ialah RM535. Tapi kalau kita beli 2 botol, kita akan dapat lagi 1 botol Res V secara percuma. Best? og cos lahhhh


Khas untuk yang bercadang dan berusaha untuk dapatkan zuriat, anda boleh ambil set ini sebagai salah satu ikhtiar anda. Set ini dapat percuma 1 tong ESP yang bernilai RM173.


Bagi bagi mereka yang dalam pantang atau ingin mencari set penyusuan, set ini sesuai untuk anda. Beli 3 produk ini, secara otomatiknya anda akan dapat percuma lagi 1 tong ESP. 



Set ini sesuai untuk mereka yang nak cari suplemen untuk penjagaan kesihatan dari awal. ye betul! suplemen adalah untuk mereka yang nak jaga kesihatan dari awal. Bukan dah sakit baru nak cari suplemen. 



Masih azam baru nak kurangkan berat badan? Cuba ambil set ini. Kalau anda beli set ini, korang layak dapat coaching SECARA PERCUMA dengan saya. ada guide pemakanan, senaman, kiraan kalori semua. Deal?



Life Shake ni sama je macam ESP, tapi tapi ia perisa ELDERBERRY. kalau korang nak tahu rasa macamana, ia lebih kurang susu soya + buah berry. hah, gitulah konsepnya. Beli 1, percuma 1. JImat kan?



Kalau anda peminat Matcha, meh meh. Life shake Mactha ni sesuai untuk anda tau. Beli 1, percuma 1 gak.








okey, kalau nak beli mana mana set promosi ini, boleh beli direct dari sini. Klik je link : Saya Nak Grab Promosi Ini. JANGAN LUPA LETAK ID SAYA AS SPONSOR : 852453. lepas dah buat belian, boleh wasap saya. 

atau, anda juga boleh jadi ahli secara online dan terus membuat pembelian produk kegemaran anda. Macamana nak jadi ahli?

Cara 1 :

cara 2 :
klik : SAYA INGIN DAFTAR SENDIRI .  anda daftar sendiri dan terus membuat pembelian mengikut arahan yang diberikan. Selepas anda menjadi ahli, anda boleh hubungi saya untuk bertanya apa saja berkaitan produk, perniagaan atau apa saya berkenaan Shaklee. Secara automatik, anda menjadi team saya ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜




Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 



 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, March 7

VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG

Semasa mengandung, kebanyakan wanita mengambil suplemen vitamin prenatal kerana sukar untuk mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan dari diet mereka, terutama jika sakit pagi dan mual telah mengganggu tabiat makan yang kerap.

Image result for IBU MENGANDUNG
Sekiranya kehamilan anda dirancang, anda mungkin sudah biasa dengan asid folik, vitamin B yang penting yang dapat membantu mencegah kecacatan tiub neural, bibir bibir dan lelangit celah. Atas sebab ini disyorkan mengambil asid folik selama beberapa bulan sebelum pembuahan dan juga semasa tiga bulan pertama kehamilan. Anda juga boleh mendapatkan asid folik dengan memakan pelbagai jenis makanan seperti sayur-sayuran hijau, jus oren, beras, kacang, dan lentil.
Kerana tubuh anda akan menghasilkan lebih banyak darah semasa kehamilan, tambahan tiga atau empat pound menjadi tepat, penting untuk memastikan anda mendapat cukup zat besi dalam diet anda. Penyerapan zat besi boleh dikurangkan dengan minum kopi atau teh, tetapi ia dipertingkatkan dengan vitamin C, jadi sebaiknya diambil dengan jus oren segar.
Jika suplemen vitamin pranatal anda tidak mempunyai jumlah yang diperlukan, tanyakan kepada doktor tentang suplemen besi. Sumber makanan besi yang baik termasuk bayam, brokoli, strawberi dan juga roti keseluruhan.
Kalsium adalah satu lagi elemen penting dalam diet kehamilan anda. Ia dikehendaki bukan sahaja untuk mengekalkan kepadatan tulang anda sendiri, tetapi juga untuk menyediakan untuk perkembangan tulang dan gigi bayi anda. Diet yang betul akan memberi paling banyak jika tidak semua kalsium, tetapi vitamin pranatal membentuk apa-apa jatuh pendek dalam jumlah yang diperlukan.
Sebab-sebab lain yang memerlukan kalsium adalah: ia membantu mencegah tekanan darah tinggi; ia diperlukan untuk pembekuan darah, untuk kontraksi otot dan juga untuk penghantaran isyarat saraf. Sumber makanan kalsium termasuk susu dan produk tenusu lain, tauhu, sayuran berdaun dan ikan seperti sardin dan salmon.
Zink juga penting dalam diet kehamilan anda, kerana ia diperlukan untuk replikasi selular dan untuk membantu memastikan berat lahir yang sihat bagi bayi anda. Kebanyakan diet mengandungi zink yang cukup, yang terdapat dalam telur, jagung, kacang, daging dan makanan laut.
Vitamin penting lain dalam diet kehamilan anda termasuk vitamin A (yang akan datang dari diet anda tetapi tidak makan hati atau pate), B, C, D, dan E (yang akan datang dari diet yang sihat dan vitamin pranatal anda).

Shaklee juga mengandungi suplemen yang lengkap untuk ibu ibu yang hamil. Ia menepati keperluan sepanjang kehamilan sehinggalah kelahiran. Semua vitamin vitamin ini, akan membantu perkembangan bayi di dalam perut dan memberikan kesihatan dan tenaga kepada ibu yang hamil.

Malahan ia juga membantu ibu ibu ini kekal cergas dan tidak terkesan dengan simptom simptom yang kebiasaannya ibu hamil lain alaminya.  


Jika anda perlukan suplemen ini, boleh hubungi kami terus. Malahan, anda boleh membuat pembelian melalui transfer / bank in ke akaun saya dengan menghubungi saya di talian yang diberikan. Kami juga membuat penghantaran ke rumah atau lokasi yang berhampiran dengan kami.


FB : Siti Noriza Binti Saleh ( 852453 - ID shaklee )
email : sitinorizasaleh@gmail.com
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.
JIka anda ingin membuat pembelian set ini menggunakan kad debit atau kad kredit, boleh klik icon di bawah ini. Ia akan bawa anda ke sistem pembelian online kami.



Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.


sebelum itu, anda perlu baca ini :-




 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 29

CARA MENGATASI MIGRAIN ( SAKIT KEPALA YANG TERUK )

ramai yang rasa mereka hanya sakit kepala tanpa mengetahui sakit kepala yang mereka alami itu adalah migrain. Apa beza migrain dan sakit kepala? apa pula kesan buruk dari migrain ini? nanti saya huraikan lebih lanjut mengenai migrain dan cara mengatasi migrain atau sakit kepala yang teruk.

Image result for migraine

APA ITU MIGRAIN?
migrain adalah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran drah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.

Kebiasaannya penghidap migrain ini akan merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala saja dan lama kelamaan ia akan merasai pada kedua dua belah kepala. Pada tahap teruk, migrain boleh menyebabkan rasa pening yang teruk, muntah, cirit birit dan juga sensitif kepada cahaya dan bunyi.

sesetengah kajian dan penyelidikan mendapati kekurangan magnesium dalam badan boleh mengakibatkan migrain. pengambilan dapat melindungi tubuh daripaada sakit kepala dengan cara merehatkan pembuluh darah.

selain itu, magnesium dikatakan berkesan untuk menenangkan fikiran yang berada dalam keadaan tegang sepanjang sakit kepala melanda.

TANDA TANDA MIGRAIN

  1. mudah rasa tertekan.
  2. sukar untuk tidur dan menyebabkan penghidap mudah penat
  3. hidung tersumbat atau mata berair
  4. selera makan yang tidak stabil disebabkan hilang selera makan
  5. sakit berdenyut di sebelah kepala atau kedua dua belah kepala
  6. sakit belakang mata
  7. sakit tengkuk
  8. kerap kencing tanpa sebab
  9. kerap letih dan mengantuk
  10. mula rasa kebas dan hilang deria rasa
  11. cepat loya dan muntah muntah
  12. sensitif kepada cahaya, bunyi dan bau
  13. percakapan yang sukar difahami atau tidak jelas
  14. lemah sebelah badan seolah olah kena strok.

BEZA SAKIT KEPALA BIASA DENGAN MIGRAIN


Wednesday, February 1

PROMOSI FEBRUARI 2017

Hai haiii... Nak tak tahu tak promosi bulan ni?  Khas dari shaklee untuk anda. 

Kali ini ada 2 jenis promosi  yang Shaklee bawakan untuk anda.  

Promosi pertama ialah belia satu dan percuma 1. Best tak????  Tapi saya nak ingatkan yang promosi ini mempunyai sebab.  Sebabnya ialah ketiga tiga batch untuk produk ini mempunyai tarikh luput yang cepat. 

Alfalfa kecil pada harga RM56.98 mempunyai tarikh luput pada Ogos 2017. Manakala alfalfa besar pulak mempunyai tarikh luput pada Jun 2017.

Tetapi bagi lecithin, tarikh luputnya lebih awal iaitu pada April 2017. Jadi ia adalah pilihan untuk anda.  Jangan risau,  anda tetap boleh memilih batch yang mempunyai tarikh luput yang lebih lama iaitu sehingga 2018, tetapi ianya tanpa promosi belj 1 dan percuma 1.

Jadi,  fikirkan options anda ye.  :)



Hah,  tapiiii berlainan pula untuk promosi beli 6 percuma 1, twinpack 5% diskaun Sert beli 3 percuma 1. Tarikh luput untuk kedua dua produk ialah pada tahun 2018.



Jika anda inginkan kesemua produk promosi ini,  jangan malu malu hubungi saya. 

Thursday, March 19

TESTIMONI - B COMPLEX DAN OSTEMATRIX ATASI MORNING SICKNESS

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan. Syukur saya hanya penah mengalaminya dalam 3-4x sahaja semasa awal-awal trimester pertama. ^__^


Saya faham perasaan ibu-ibu yang mengalami morning sickness..Kalau boleh nak cepat-cepat habis fasa 'muntah-muntah pening-pening' ni. But it's all about our hormone. Harap bersabar. Kerana ganjaran yang anda akan terima setelah melalui macam-macam perubahan adalah sangat-sangat tidak ternilai.. Anak itu anugerah Allah yang paling istimewa kan?

Anda boleh mendapatkan ubat tahan muntah dari doktor. Atau anda boleh mencuba Set Pregnancy . Di dalam set ini terdiri daripada:

1. Multivitamin / Vitalea
2. B Complex
3. Vitamin C
4.Ostematrix / Kalsium

Yang mana satukah di antara supplement-suplement di atas boleh mengurangkan morning sickness?
Jawapannya ialah B Complex dan juga Ostematrix!

Kenapa B Complex?

Kerana B Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan  Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

B6 juga telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati bahawa mengambil B6 tambahan semasa bulan-bulan awal kehamilan sangat mengurangkan morning sickness. Beberapa kajian mendapati B6 ia adalah rawatan berkesan untuk loya. 
Source: http://www.grannymed.com/remedies/conditions/morning-sickness/vitamin-b6-for-morning-sickness

Kenapa Ostematrix
Tahukah anda Ostematrix boleh mengurangkan migrain a.k.a pening-pening?
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


credit : mama azrin


BAGAIMANA ATASI ANEMIA SEMASA MENGANDUNG

Bismillah.....

Bagi ibu yang hamil, kita akan memerlukan zat besi atau ferum lebih banyak daripada biasa.  INi kerana, zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin iaitu protein dalam sel darah merah yang berfungsi membekalkan oksigen kepada sel lain dalam tubuh termasuk kepada bayi. jadi ibu yang hamil selalu tertanya tanya bagaimana atasi anemia semasa mengandung.

Untuk makluman, sepanjang kehamilan, kuantiti darah dalam tubuh akan meningkat sehingga 50%.  Ini bermakna, kita perlukan lebih banyak zat besi untuk hasilkan lebih banyak hemoglobin.


KESAN KEKURANGAN ZAT BESI (ANEMIA ) :-

* Bayi dalam kandungan akan kekurangan oksigen yang boleh membawa kepada kematian.
* Boleh menyebabkan pertumbuhan bayi itu akan terencat, keguguran atau pun berpontesi melahirkan bayi pra-matang.
* Bagi ibu pulak, kesannya akan dapat dilihat apabila ibu sudah bersalin, maka ibu akan terdedah pada risiko jangkitan dan lambat pulih dari waktu yang dijangka.
* berisiko mengalami tumpah darah pada waktu kelahiran.


TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI ANEMIA :-

  • rasa lesu
  • rasa lemah atau pening.
  • anda kelihatan pucat pada muka, kuku, bibir dan bawah mata

BAGAIMANA ATASI ANEMIA SEMASA MENGANDUNG
Selalunya doktor akan memberikan vitamin yang perlu diambil antara 60 hingga 120mg sehari.
Selain itu, doktor akan menyarankan minum air kosong atau air jus oren ( vitamin c ) bagi membantu melancarkan penyerapan zat besi yang di ambil.  Cuma perlu ingat, jika anda mengambil vitamin iron (zat besi ), anda tidak boleh mengambilnya dengan minuman bersusu ini kerana, kalsium dalam susu akan menyebabkan penghalangan iron dari diserap oleh tubuh.

   
kami menggalakkan anda mengambil supplement dan juga mengambil protein agar anda sentiasa sihat dan cergas sepanjang kehamilan anda.

SET KEHAMILAN KAMI TERDIRI :-

1) VITALEA/MULTIVITAMIN - dalam vitalea ini mengandungi zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan.

2 ) B COMPLEX - mampu memberikan ketenangan pada para ibu yang hamil. 

3) VITAMIN C - memberikan imunisasi ibu dan anak.

4) OSTEMATRIXutk pembentukan darah, pembetukan saraf dan tulang serta gigi si anak. Ibu memerlukam kalsium untuk memastikan tiada risiko mendapat osteoporosis bila tua kelak.

Macam2 komplikasi boleh terjadi masa hamil; salah satunya ialah anemia.
Anemia ni terjadi bila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. sel darah merah ni sangat penting tau sebab dia lah yg bawak masuk oksigen ke setiap sel2 tisu dalam badan.
Cara nak tambah sel2 darah merah? Dengan zat besi.
Malang sekali, kebanyakan mak yg hamil ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan extra badan (sebab dah ade baby). lagi teruk kalau dh kena morning sickness & selalu muntah2.
Kalau betul2 serius, memang kena masuk wad.
Itu lah yg terjadi pada Master Aya Chalo kita ni. siap dah kena warded pun degil lagi tu xmo dgr nasihat kak Lin Chalo dia. hah, selebihnya tengok sendiri cerita adik beradik ni dalam video di bawah.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: 

Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
Pages : JEJAK VITAMIN
pengedar Shaklee Kota Tinggi, Johor
Pengedar Shaklee Felda Semenchu, Kota Tinggi
Pengedar Shaklee Taman Pasak Indah, Kota Tinggi


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, December 8

420 OZ STOK EBM DENGAN BANTUAN SET PENYUSUAN DARI SHAKLEE

Testimoni ini saya ambil dari blog farah....saya sendiri turut teruja dan rasa bersyukur dengan apa yang customer dapat dari consume supplement dengn Istiqamah...
Alhamdulillah...Puan Aishah sentiasa berusaha berikan yang terbaik untuk anak nya...


set cadangan penyusuan dari Shaklee :-



* Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
* Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
* Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
* Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
* Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
saya juga akan membantu anda dan kita boleh berjumpa jika anda berada di sekitar kami. Kami merupakan pengedar Shaklee terbaik di Kota Tinggi, Johor. Anda boleh berhubung dengan kami melalui :-


Siti Noriza | 
ID: 852453 
SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. * Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Ubat-ubatan. Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.


Wednesday, October 29

PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI : TESTIMONI SET PENYUSUAN


kita baca testimoni hebat dari customer yang mengambil SUPPLEMENT DARI SHAKLEE..


kredit to azrin

SUPPLEMENT memang mengujakan!  
Hasilnya?Sangat menakjub kan :) Tak percaya? Jum baca kisah MummyZha bersama SUPPLEMENT SHAKLEE ini.
Setelah seminggu mencuba supplement, saya tak sabar-sabar lagi hendak menulis testimoni. Bila fikir-fikir balik, saya tangguhkan dulu. Nanti orang tak percaya pulak, takkan seminggu dah ada kesan. Sekarang , setelah lebih sebulan, berbaloi rupanya bersabar. Lebih banyak yang saya boleh kongsi rupanya, memang MELANGKAUI JANGKAAN..
Terus-terang saya katakan, tujuan utama saya mencuba TRIPPLE M memang untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Setelah bayi berusia 7 bulan, saya mula didatangi haid semula dan kemudian saya terpaksa berjauhan dengannya selama hampir 2 minggu kerana tugas. Akibat kesukaran mengepam secara konsisten semasa di lapangan, kuantiti susu perahan semakin berkurangan. Saya semakin tertekan bila mendapati stok susu perahan sebanyak hampir 600 oz telah hampir habis semasa ketiadaan saya.
Saya cuba membaiki keadaan dengn melakukan ‘power pumping’ dan bercuti untuk bersama bayi bagi merangsang penghasilan susu. Tetapi keadaan tidak banyak berubah, saya cuma mampu memperolehi maksimum 6 oz susu sehari untuk 3 kali sesi perahan di waktu siang. Saya menjadi panik bila bulan puasa menghampiri dan stok susu perahan pula hampir habis.
Akhirnya saya mengambil keputusan mencuba set Tripple M setelah membuat sedikit ‘research’ di internet.
Saya amat terkejut dengan hasilnya yang boleh dikatakan cepat. Bayangkan, sesi perahan pertama selepas saya mula mengambil set ini (kira-kira 6 jam sebelum memerah); susu perahan yang diperolehi adalah sebanyak 6 oz berbanding 3 oz pada sesi sebelumnya. Lebih mengujakan bila susu perahan tersebut begitu berlainan dari biasa – lebih pekat,berwarna kuning kehijauan dan lebih hampir kepada warna kolostrum. Hari-hari seterusnya semakin menenangkan dan menggembirakan, pengeluaran susu bertambah sehingga maksimum 12 oz bagi satu sesi perahan. Sesekali saya mengalami bengkak susu bila terlewat memerah, setelah berbulan-bulan tidak melaluinya.
Selepas bersalin, saya mengalami masalah kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan serta kerap kejang kaki di waktu malam. Rambut saya juga banyak gugur sejak melahirkan anak pertama dan semakin banyak selepas anak kedua ini. Stamina badan berkurangan, saya keletihan setiap kali balik kerja dan terus tidur selepas memasak makan malam serta menidurkan anak.
Walaubagaimanapun, perubahan ketara saya rasakan selepas 2 minggu mengambil supplement. Masalah kebas dan kejang tiada lagi, rambut semakin kurang gugur dan saya tidak lagi mengalami keletihan yang melampau. Lebih menggembirakan bila suami menegur, saya semakin ceria, kurang stress dan ‘energetic’ dalam menguruskan rutin seharian termasuk ‘melayan suami’…
Bonusnya pula, berat badan saya menurun 2 kg walaupun menu sarapan, makan tengahari dan makan malam saya adalah nasi. Saya tak berniat langsung menurunkan berat badan, tapi mungkin masalah sembelit yang dihadapi sejak remaja sudah tiada lagi sejak sebulan ini. Oh, sebelum terlupa… Saya juga tidak lagi gatal hidung dan bersin di waktu pagi sejak kebelakangan ini.. supplement ini  bagi saya Meyakinkan, Mengujakan dan Melangkaui jangkaan!


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



jika anda berada di sekitar Kota Tinggi dan perlukan produk ini dengan segera, boleh hubungi kami kerana kami merupakan pengedar shaklee terbaik di kota tinggi, johor :)

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

Sunday, October 19

SUSU MENINGKAT APABILA IBU SIHAT, CERGAS DAN TAK STRESS




kredit to kak norita

Minggu lepas saya terima panggilan dari seorang ibu...dari suara beliau memang saya dapati beliau memang keletihan. Ibu ini menelefon saya untuk mengetahui set mana yang sesuai dengan keadaannya...setelah melihat situasi beliau, saya sarankan mengambil Eu Four Pack.

Kenapa Eu Four Pack?
Dalam kes ini, ibu ini mengepam dengan konsisten tetapi mungkin kerana terlalu keletihan pulang dari kerja membuatkan badan semakin lemah dan penghasilan susu juga terganggu. Maka saya sarankan pengambilan eu four pack sahaja.

Apa yang ada dalam Eu Four Pack dan kepentingannya?
a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
 Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Kalsium
Kalsium adalah komposisi utama selepas kalsium di dalam susuibu. Ianya sangat penting untuk pembinaan sel darah, saraf, tulang dan gigi. Pengambilan kalsium yang mencukupi sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susuibu ditambah apabila si ibu kerap mengepam dan menjaga amalan makan dan minumnya. Pengambilan kalsium membantu kita rasa segar sepanjang hari walau adakala tidak mendapat tidur yang cukup 8 jam sehari. Namun perlu dipastikan , pengambilan kalsium tidak membuatkan kita sembelit. Jika anda mengambil kalsium dan mendapat sembelit, cuba semak semula kandungan kalsium tersebut. Ostematrix adalah Kalsium Shaklee yang lengkap dengan magnesium dan vitamin D.

Apa kata beliau selepas 5 hari?


Pengambilan vitamin sahaja tidak memadai untuk mendapat hasil susuibu yang banyak. Amalan yang perlu dititikberatkan ialah

1. Ibu perlu kerap menyusukan bayi atau mengepam secara konsisten tidak lebih dari 3 jam untuk setiap sesi.

2. Ibu perlu minum air sekurang-kurangnya 3 Liter sehari dan jangan sesekali skip meal.

3. Ibu perlu mendekatkan diri dengan pencipta kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari Al Khaliq juga. 

KLIK IKON INI JIKA INGIN MEMBELI PRODUK HEBAT INI :-



atau, anda boleh hubungi kami di 013-7374 958 @ 013- 7065 178 untuk mendapatkan produk ini secara COD di sekitar Kota Tinggi kerana kami merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor. anda juga boleh klik SINI untuk mendapatkan senarai pengedar SHAKLEE di seluruh Malaysia.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)

Friday, October 10

NUTRIEN TERBAIK SEMASA KEHAMILAN YANG PERLU ANDA KETAHUII


Hari ni saya nak share pasal nutrien dan pengambilan vitamin yang penting untuk ibu-ibu yang hamil... ini adalah hasil dari pembacaan saya dan saya terpanggil untuk berkongsi dengan ibu-ibu hamil atau bakal hamil di luar sana... Insya ALlah, saya juga akan menyusul satu tika nanti kalau diizinkan oleh Allah.. :)


nutrien terbaik bagi ibu hamil 
 * setiap ibu hamil perlu menitikberakan pengambilan vitamin dan mineral dalam pemakanan harian.  seiring dengan pertambahan usia kandungan, keperluan nutrien atau khasiat pemakanan turut meningkat.  Ini penting bagi menjamin kesihatan anda dan janin.

 nutrien tersebut ialah :-

1) PROTEIN
Makan protein yang mencukupi adalah penting kepada pembentukan bayi kerana protein  penting untuk pertumbuhan sel dan penghasilan darah bayi. Ia juga penting untuk pertumbuhan dan fungsi tisu plasenta, amnion dan tisu ibu. Anda perlu mengambil kira-kira 60 gram protein setiap hari semasa hamil --- kira-kira 10 gram lebih daripada apa yang anda harus makan. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging tanpa lemak, telur, keju, ikan, susu dan kacang. 
- Bagi anda yang gemarkan soya, anda boleh pilih ESP ( Energizing Soy Protein ) dari shaklee... Sumber protein yang diproses dari soya... sangat sesuai utk anda..Mudah disediakan..hanya satu-3 sudu dlm sehari...
                                                                                                                         

2) KARBOHIDRAT DAN LEMAK
- Diperlukan untuk membekalkan tenaga pada tubuh setiap hari sekaligus menjadikan tubuh tidak penat.

3) KALSIUM
- ketika hamil, kalsium memang penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi anda daripada risiko osteoporosis.  JIka keperluan kalsium tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan diambil daripada tulang anda.  Makanan yng banyak mengandungi kalsium ialah sayur-sayur hijau dan kekacang.  Saat ini, kalsium paling baik diperoleh daripada susu serta produk olahannya.  susu juga mengandungi jumlah vitamin yang tinggi seperti vitamin A, D, B2, B3 serta vitamin C.. tapi, tahukah anda, sukatan yang bagaimana yang perlu anda ambil untuk menentukan sukatan kalsium dalam sehari?...saya syorkan anda mengambil OSTEMATRIK dari SHAKLEE..ianya mampu mengurangkan bengkak di kaki anda dan mengurangkan sakit tulang belakang anda...
                                                                                                                         

4) ZAT BESI
- Sangat penting dalam membantu proses menghasilkan sel-sel darah merah.  Paling utama lagi ialah mencegah timbulnya anemia.  terdapat pada sayur-sayuran hijau seperti bayam, kangkung, daging dan hati.
utk ini, saya syorkan MULTIVITAMIN/VITALEA dari SHAKLEE...didalamnya ada zat besi yang sangat membantu ibu-ibu hamil dari kurang darah... cubalah..anda pasti merasai kesannya 











          
5) ASID FOLIK
-Berdasarkan beberapa penemuan pakar kesihatan, wanita hamil yang kekurangan asid folik besar risikonya mengalami risiko keguguran ataupun kerosakan janin...saper cakap ambil acid folik boleh buat bayi besar dan susah nak beranak?..anda sanggup tanggung risiko keguguran atau anak anda tidak sempurna sifatnya?..memang ianya dari Allah..sekurang-kurangnya kita berusaha menjauhinya kan?...

6) VITAMIN B KOMPLEKS
- Berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar berfungsi secara normal.  Boleh diperoleh daripada biji-bijian, kekacang, sayur-sayuran hijau, telur dan produk susu.

untuk ACID FOLIC dan B COMPLEKS, saya syorkan anda mengambil B COMPLEX dari shaklee ini...ini kerana, B COMPLEX ini mengandungi semua VITAMIN B yang diperlukan oleh ibu hamil.. Ia ada 8 VITAMIN B dan ada acid folic..so, anda tidak perlu risau kalau anda kurang acid folic..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Hubungi saya 013-7374958 atau melalui email damia_pitshop@yahoo.com atau add saya di fb ( siti noriza saleh ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya :)
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015