Friday, June 25

KUIH LAPIS + KEK COKLAT ( HANCUS )


Sempena nak menghabiskan stok2 tepung kat dapur tu, yg bak kata asben aku, nanti berkulat, so, aku pun buatlah kuih lapis dan kek coklat..ade ke kul 8 mlm, mia minta kek laps dia sibuk selak majalah rasa aku....so, alang2 tgh tunggu kuih lapis aku masak ( yg kene tunggu selapis demi selapis tu ), aku buatkn gaklah kek coklat utk dia...tp, yg x bestnyer belum sejuk, dia dah menjerit2, nak juga...last2 aku kasi gkalah...dah hancuss kek aku..tp, rasa ttp tip top..( mmglah..sbb aku tanya mia, sedap tak..dia jawab sedap arr mama)..ha ha ha...


layankn jelah kek hancuss aku tu..nyampah tau mia...dah x cantik kek ibu..hu hu hu...ooo..masa aku sibuk nak snap gmbr kek ni, dia sibuk nak amik gmbr dia ...siap ckp " mama, x yah gmbr kek, amik gmbr mia je"...hu hu hu....kaki pose betul...
"mama, mama,,..gmbr mia comot"..
"mama, tangan mia kotor, mama"


Ijah, aku nak tunjuk gak kuih lapis aku w..pun x seseksi kuih lapis ko..he hehe..terlmbik pulak kuih lapis aku ni..tp ok kot..seb bek kt aku x de warna biru, kalau tak, sure aku ltk warna biru juga...ha ha ha...






Wednesday, June 23

LAKI ANDA BERUBAH TAK TIME ANDA PEKNEN?

laki or suami anda berubah tak time anda peknen?..x kisahlah peknen kali pertama, kedua ke ketiga?....opps....bukan berubah ke arah yg negatif ye..tp lebh kearah kebaikan dan kepositifan.....

bg aku, asben aku berubah bila aku peknen kali ni....

1) Dia rajin (sbb dia tau aku mals ) bangun mlm utk buatkan mia susu....

2) Dia dah mula nak cebukkan mia bila mia berak....sebelum ni dia phobia ngn najis ni..hik hik..( tima kasih ye bang)..praktis utk 2nd baby gak eh?..hik hik


Tuesday, June 22

36 MINGGU A..K.A 9 BULAN

wah wah..cept sungguh masa berlalu....hari ni genap aku mengandung 9 bulan...hu hu hu......tp bak kata org, dari sebulan hingga masuk 9 bulan, mmg lah cepat..tpi bila dah 9 bulan ni, lmbt nyer menunggu detik nak bersalin tu...he he....jadi cm mia..smpai minggu ke 42, barulah dia nak tgok dunia ni....punyerlah dok hari2 org menanya dah bersalin lum, dah bersalin lum...ee..,smapai aku pun dah malas nak angkt tepon..ha ha ha...

so, lg part minggu utk aku bersedia bersalin...kalau 26.7 tu, x de pa pe gak..kene berserah diri kat hospital..//uwa uwa uwa uwaa


Saturday, June 19

5 BATASAN ISTERI BERSAHABAT DENGAN LELAKI


HATI SUAMI PERLU DIJAGA

- Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu ia tetap ada hadnya apatah lagi jika wanita yang sudah berumah tangga.
- Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekali pun hubungan anda dengan rakan anda itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda....

Antara 5 batasan yang perlu dijauhi jika ANDA BERGELAR SEORANG ISTERI:-


* HINDARI KELUAR MAKAN BERSAMA

- Biarpun anda dan rakan lelaki anda itu adalah sahabat lama atau teman sekmpung yang sudah lama atau teman sekampung yang sudah lama dikenali tapi elakkan menerima pelawaan makan malam bersama terutama jika hnaya anda berdua sahaja.

- Anda tidak boleh makan malam bersama kecuali jika ditemani dengan suami, mahupun rakan atau adik beradik anda.

- Anda sendiri tahu di antara dua orang pasti ada yang "ketiga" malah keluar bersama di malam hari juga boleh mengundang curiga meskipun anda berniat baik dan anda sudah mendapat keizinan daripada suami.



* ELAK PERGI BERJAUHAN BERDUA

- Batasan ini memang ada kalanya membuat seorang isteri yang berkejaya berada dalam dilema.

- Suami sekali pun mengizinkan anda untuk pergi kerana bekerja tapi dalam hatinya tetap berasa risau memikirkan anda pergi bersama lelaki lain.

- Mungkin bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan tapi anda harus ingat jika ia kerap dan asyik dengan rakan lelaki yang sama tidak mustahil akan terjadi perkara yang lain pula. Berdua-duaan dalam tempoh yang lama boleh saja menumbuhkan kemesraan malah mungkin perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.


*JAUHI TEMPAT ROMANTIS

- Anda tidak boleh menempatkan diri dan rakan lelaki dalam situasi perasaan romantik boleh bercambah. Selalunya perasaan itu boleh tumbuh apabila anda berada berdua di tempat yang sunyi, santai dan dingin.


*JANGAN BERCERITA RAHSIA

- Wanita memang suka bercerita namum hati-hati kerana tidak semua perkara boleh anda kongsi terutama sekali dengan rakan lelaki anda. Urusan rumah tangga apatah lagi yang membabitkan hal di dalam kamar jangan sesekali diuar-uarkan. Anda juga tidak boleh membuka rahsia dengan rakan berlainan jantina yang tidak anda ceritakn pada pasangan anda.

- Sekiranya anda berkongsi sesuatu yang ekslusif dengan rakan lelaki bukan dengan suami sendiri bermakna anda meletakkan pasangan anda bukan pada keutamaan.

- Disamping itu rahsia rumah tangga terutamanya yang melibatkan konflik rumah tangga jangan diceritakan kepada rakan lelaki anda. Sekiranya anda memang sudah terlalu tertekan dan tidak dapt menanggungnya sendirian cara paling baik adalah cari wanita yang anda percayai.

- mengadu masalah rumah tangga kepada seorang lelaki boleh saja mengundang rasa kedekatan dan simpati yang pada akhirnya boleh membuahkan perasaan yang tidak sepatutnya hadir dengan status anda sebagai isteri.


* JANGAN BERSAHABAT DENGAN BEKAS TEMAN LELAKI

- Suami anda mungkin tidak kisah jika anda kembali bersahabat dengan bekas teman lelaki tapi sebagai isteri andalah yang harus bijak membuat pertimbangan sama ada perkara itu akan membuatkan suami terasa hati atau tidak.

- Tentunya sebagai isteri yang prihatin anda tidak mahu melukakan hati pasangan bukan! Di mulut suami mungkin berkata tdak kisah tapi dalam hati tentu tersimpan rasa curiga. Berhubung kembali dengan bekas teman lelaki juga boleh mengimbas kenangan lama.

- Kenangan sewaktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang syahdu dan mengasyikkan. Membina semula hubungan dengan bekas teman lelaki boleh menyebabkan cinta lama kembali bertaut. Oleh itu, JAUHILAH DIRINYA!!!

kredt to : majalah minggu wanita

Friday, June 18

26.7.2010 - HARI PENYERAHAN DIRI

ada saper2 alert yg aku ke HSI smlam?..x de ?..hu hu hu..ku kecik ati..ha ha ha...hujung2 trimester ni, mak asyik nak kecik ati je..ha ha ah..x kisah pun sbrnya,.....

smlm aku gi HSI utk berjumpa pakar SCOG selepas dirujuk dari Klinik Kesihatan Kulai kat sini....aku mmbygkn doktor pakar tu mesti dah berumur...tp, punyerlah sejuk hati..baye2 aku je doc2 kt situ..ish ish...senyum mesra je menyapa dan menyoal..siap cter pasal bola lagi.he he h...

so, kata Pkar ni ( dr Aniza kalau aku x silap )
- Baby dah dalm 2.7g..- masa berat ni mia dah dikuarkan dr perut aku)
- Dah standby utk kuar
- Jantung semua ok, air ketuban pun ok
- BOleh bersalin normal sebb baby x berapa besar dan kalau nak tunggu 40 minggu, paling2 lbh pun, berat baby capai 3.2kg..


Yang part x bestt bila dia ckp " due 20.7...kalau rasa sakit2, baby kurang gerak, air ketuban pecah or kuar darah, akak kene dtg sini anytime"......tp..kalau x de tanda2 spti tadi smpai 20.7, kita tunggu smpai 26.7...kalau 26.7 tu x de tanda2 gak, akak dtg sini utk kita induce. then, after 8 jam dr induce tu, kita tgok cme..kalau ada pembukaan smpai 8 cm, kita tmbh lg 1 jam".....kalau x, kita czer ye kak..hu hu hu.....

sadis2...so...kengkawan..doa2lah aku x kene serah diri utk di induce..adeh,..sakit kene induce lg sakit dr sakit dr centusan ittew sndiri....

Wednesday, June 16

JELES KE?..HUA HUA HUA

ada yang mula sibuk menanya kt aku kali ni aku bersalin di mana.......sbb si Mia tu dulu dikeluarkan di PUteri, Johor.......

aku pun dok kira-kira samada di HSI or puteri...tapi, apa2 pun, tunggu result esok ( esok aku ada appoiment kat HSI berjumpa dgn pakar utk tentukan smada bolh normal or czer lagi ).....laps dr jumpa pakar esok, baru aku ngn asben bincang balik.....he he he...

so, berkenaan tajuk di atas, ada yg mula perli-perli aku pasal kelahiran anak aku yg 2nd ni....ayat yg x boleh blah dn buatkn aku rsa dia mmg jeles ngn aku

" Anak ct mana boleh bersalin kt tmpt lain..dia mestilah bersalin kat puteri"
" Anak ctkan demand...mestilah gi tmpt yg mahal..org kuarkan anak bill x smpai pun rm20, anak dia kuar smpai beribu raban"
"alah...org lain kuarkan anak senang je, dia je kuarkan anak susah"
"ctkan byk duit..mestilah pergi kt puteri"

...hua hua hua....penuh nada kejelesan sungguh...

"sorry beb...suami gua mampu nak cover gua punyer bill kt puteri....lu kalau nak bersalin kt puteri gak, sila buat anak dan soh asben lu standby duit dr hari pertama lu cnfirm peknen....."

aku mmg hangin ngn org yg penuh kejelesan dgn aku....ada sebb okey nape aku pilih puteri tu.......

p:s : kak yati, kalau nak bergossp, sila email ct eh..hua hua hua

sbb aku buat entry ni: pagi2 dah buat aku marah..sukati akulah nak besalin kt mana..anak aku, duit aku, hak akulah..ada aku minta duit laki ko?......

Monday, June 14

Ulangtahun ke 29

HAPPY BESDAY TO ME....
HAPPY BESDAY TO ME...
HAPPY BESDAY TO ME...
HAPPY BESDAY TO ME...


hu hu hu..hari ni aku dah ke 29....tahun depan ada angka 3 dihadapannyer..cept sungguh masa berlalu...

harapan aku :
- semoga impian aku bersalin normal akan tercapai ( Insya Allah..tp kalau Allah x izinkan, aku pun redha yg penting aku dan baby sihat, selamt dan comel..)...hik hik
- semoga kebahagiaan akn sentiasa menjadi milik aku khasnya dan family aku amnyer.
- semoga apa yang aku impian, Insya Allah akan terlaksana,
-semoga juga rumahtangga aku sentiasa di limpahi rahmat dan dilindungi oleh nikmat iman dan Islam.....Amin..
- semoga apa jua yg positif dan bahagia akan sentiasa menyelubungi aku dan family aku,


wah..banyka sungguh impian aku....

Friday, June 11

PENUTUPAN AKAUN FACEBOOK

PERHATIAN BUAT KENGKAWAN YANG ADA ADD SAYA DALAM AKAUN FACEBOOK, NAK BGTAU FACEBOOK SAYA DIBUKA SEHINGGA JAM 5 PTG HARI NI SAHAJA..

SELEPAS ITU, AKAUN ITU AKAN DEACTIVE KAN SEHINGGA TEMPOH MASA YANG TERTENTU...


HARAP MAKLUM..


nota kaki: blog ini akan sentiasa diupdate...tp,,,..tidak mungkin ia akan didelete..Insya Allah

Thursday, June 10

LIST SEBELUM BERSALIN

kengkawan...leh tak tmbh list kt bawh ni mana2 yg aku tertinggal.;;;;

List utk baby :-
* baju lengan panjang
* baju lengan pendek
* suar panjang
* suar pendek
* tilam/ bantl
* topi
* sarung tangan/ sarung kaki
* pampes ( Cd of course )
* cotton bid
* alat mandian
* bedak, lotion, minyak telon ( myk bayi )
* bedung
* barut
* selimut
* tuala
* btol/storage simpan susu



KELENGKAPAN IBU:-
* set bersalin
* kain batik
* mandian herba
* minyak urut
* suar dalam pakai buang
* maternity pad
* set utk BF


apa lagi ek...tolong tmbh...please...

Wednesday, June 9

SINDROM ANAK SULUNG

meniti hari2 yg semakin hampir nak bersalin ni, sindrom anak sulung a.k.a mia nak dpt adik ni, buat aku semakin hilang kesabarn.....

dia semakin manja ngn ayah dia smpaikan ngn aku dia asyik nak pukul2 or marah2 aku..tp aku pun silap..kkdg marah juga dia...pdahal sebelum ni, ok je nak layan karenah dia...mungkin aku dah mula penat dan mals nak layan dia...

siankan dia...adik dia belum lahir, aku dah mula nak pinggirkan dia...

hu hu hu....

tapi mia jgn mrahkan ibu okie....ibu ttp sayang mia w,pun mia selalu cubit2 ibu, pukul2 ibu, gigit2 ibu, mrah2 ibu smpai mia selalu ckp " mia mals kawan mama".....hu hu hu......

tp, aku ttp rasa jeles bila dia asyik berkept ngn ayah dia je....

Sunday, June 6

HOSPITAL SULTAN ISMAIL, JOHOR

Setelah berbincang demi perbincangan dengan asben, dari segi kewangan, masa, jarak perjalanan dan risiko2 yg bakal dihadapi, kitaorg decide utk membuat tmphan bersalin di HSI.....memandangkan anak pertama dulu, aku melalui proses caeseran, so aku tidak dibenarkan untk bersalin di hospital daerah....kecuali dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah or Hospital Sultan Ismail.......so, kami memilih HSI sebagai tmpt bersalin anak kami yang kedua......

Bagi yg pelik, naper aku tidak dibenarkan bersalin di hospital daerah mcm hospital kulai or hospital kota tinggi, aku dimaklumkan, kalau anak pertama kita pernah alami masalah cthnyer, tumpah darah, bersalin secara pembedahan, uri bawah or sebagainya, maka utk anak 2nd dan seterusnya, kita akan diberi tmpoh selama 8 jam utk try bersalin secara normal.....so, sekiranya lpas 8 jam, kita masih tidak bersalin, maka proses seterusnya adalah melibtkan pakar....so, dr kene transfer dr hospital daerah ke hospital besar, better terus ke hospital besar.....

sekarang, aku berada dlm minggu ke 34.....adeh...dah mula rasa2 sakit.....kkdg mcm sakit nak bersalin pun ada...tp bila masih dlm minggu ke 34 ni, aku kategorikan sakit tu sebagai false alarm or Braxton Trick...

so, kengkawan...doakan keselamatan aku dan baby.........nanti aku inform berita terkini, hiburan sensasi...okey?..hik hik hik..

\p/s : oh...aga sakit hati bila berukband kt area kampung aku x berapa clear...tp, time pntng, agak2 smpt ke nak bertenet lg...he he he h

Wednesday, June 2

YAHOOOOO..............

terenggggg......nilah yg aku tunggu2kan.....pam spectra 3....peh....bercnta nak dptkn satu set ni...sebbnyer, x ler beli cash....main kutu kat srisuri , buln ni baru tercapai hajat nak pegang2, belek2...jom cuci mata...he he he



ada beg utk travel, cooler bag yg "cool".....storage EBM 6 botol


botol susu, 2 pam susu


mia sibuk gak nak amik gmbr...huh..


3 ice pack....

harap2, impian aku utk BFkan baby sehingga 2 tahun akan tercapai..Insya Allah...

Tuesday, June 1

MAMA....CEPAT ARR.....

sejak anak dara aku ni pandai berkata2, aku jadi bingung nak lawan ckp ngn dia..

smlm, aku lmbt ckt masak sbb tetibe je sakit pinggang menyerang....so, dlm kul 6.30 ptg, baru mula masak....tgh masak2;-


mia : mama, mama...mama wat pe tu?

mama : mama masaklah sayang...nanti mia ngn ayah nak makan..

mia : mama, nak nasi...mia lapar...

mama : jap lg boleh...nasi belum masak.....

mia : alah...mia laparlah...cepat arr mama....

mama : kejap je lagi..jap lg nasi masak..mia tgok tv dulu...

mia : mals kawan mama......( merajuk smbil duduk tepi peti sejuk smbil tutup muka)...

adeh..nasi mmg belum masak....nak wat cmne,

mama : mia makan biskut dulu nak..nanti baru makn nasi..

baru dia anggukan kepala...sedih tul anak dara aku ni..lapo sungguh....

bila nasi dah masak.....

mama : mia, mia nak nasi tak...dah masak dah ni...

mia : ayah ne mama?...jalan je....... ( bebel cm org tua )

mama : ayah keje...belum balik..mia nak makan dulu ke tunggu ayah?

mia : nggu ayahlah...- smbung mkn biskut..

kul 8.00 mlm........

mia : mama, nak nasi....mane ntah ayah,....

hua hua hua hua......anak..ank..dah beso dah ko..kejap je...
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015