Saturday, December 10

MIA - SI MODEL CILIK





*abaikan iron board tu..x leh letak tmpat lain..zafran sibuk nak cuit....


Dah lama tak buat kek...dan dah lama mia request kek coklat dari aku....hmmm, kemalasan melanda diri...tp, akhrinya semalam baru smpt buatkn utk dia....dia x nak kek lain selain kek coklat....kali ni, ku amik resepi dari kak Izzah MUffin LOver.. sdap....manis x manis, tp mmg lembut....he ehhe..


RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA


Bahan-bahan

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak

>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C
4 biji telur - diblender

Cara-cara
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaaa/.////.......siap jugak utk mia....
kunjungi kedai online saya :-http://www.damiapitshop.com/

Friday, December 9

AL-KISAH MIA DAN ZAFRAN


MUHAMMAD DAYYAN ZAFRAN



NUR DAMIA MAISARAH


Alkisah pasal putera dan puteri permata hatiku ini....dalm umur 30 tahun, aku tak sangka aku dah ada sepasang cahaya mata..he ehhe....Alhamdulillah....mmg rasa bersyukur sgt...

dah lama x cerita pasal anak-anak aku 2 orang ni....

bulan November lpas, MIa genap 4 tahun..zafran lak dah 1 tahun 5 bulan..kejap kan....dan part yg best, bila tengok diaorg bergaduh...aiks?..apa punya orglah suka tgok anak-anak bergaduh..he heh...

dulu selalu tgok adik adik gaduh sesama sndiri..tp skrg ni, tgok anak2 gaduh lain mcm lak rasanyer....dan yg part "hangin"nya, si zafran ni pandai berlakon..dia mmg suka kacau akak dia..kalau akak dia pegang buku, dia pun sibuk nak pegang buku yg sama.....bila akak dia x kasi, laju je tgn dia pukul akak dialah, cubit akak dialah.....akak dia ni lak mmg lah manja ssgt....terus je uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.......yg adik dia dok gelak2 kan akak dia kan...bila aku atau laki aku tgok apa yg diaorg bergaduh,,,tetibe je zafran nangis....alih2 jekan...ha haha....

anak-anak..tp best time tgok bila dak berdua ni dok bersndar kt dinding....comel je...hik hik...... apa pun, bersyukur sgt dngn kurniaan ALlah..

dan apa yg aku perasan, masa ngandungkan mia, byk dugaan dan cubaan yng aku tempuhi....dari saat sah pregnant smpailah melahirkan..ada je dugaan..Alhamdulilah..menjaga mia, melihat dia membesar , bagaikan satu keajaiban yang tak mampu di luahkan...

masa zafran lak, dari saat sah pregnant, sampai melahirkan, semuanya berjalan lancar...tapi, mmbesarkannya bagaikan satu ujian penuh kesabaran yang harus aku tempuhi.....

apa pun, semoga anak-anak mama akan mmbesar dengan sihat, cergas dan cerdas dan sentiasa dalam nikmat iman dan ISlam...Amin.....

love your forerver my sweetheart..........

Saturday, November 26

SALAM MAAL HIJRAH & HEPY BESDAY MIA

Salam Maal Hijrah...aduhai...sekejap je masa berlalu kan....,..pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru....

dan yang pasti, tahun ni, aku smbung azam tahun lepas dan juga ada azam-azam yang lain yg harus aku perbaiki dan tambah......dan yang pasti gak, azam-azam tu bukan hanya utk kepentingan diri sendiri, tpi juga utk kepentingan rumah tangga, anak-anak dan perhubungan aku ngn orang-orang sekeliling aku...

oh ya....

hari ni, hari besday mia.....happy besday my chenta hati...dah besar dah anak mama....dah pandai mengkomplen mama dia...hu hu hu...


rindu saat-saat dia masa kecik....

4 tahun menjaga mia, time dia sakit, time dia marah, dia sihat, dia nangis, dia gembira buat aku rasa x puas nak tgok dia kecik....tahun depan dah mula sekolah...dah pandai berkawan.....apa pun, mama doakan mia agar jadik anak yang solehah, menjadik hamba yang dekat dengan -Nya, anak yang dengar ckp org tua, tetap dlm nikmat iman dan islam.....dan yang pasti, semoga hati mia tetap dengan mama dan ayah.....

Amin....



Friday, October 7

KESEDIHAN MENYELUBUNGI

Wah..lama giler tak update blog ni..ish...bersawang-sawang,......

nak cter dan saje nak kongsi cerita...

mungkin disebabkan kestressan dan kepenatan melanda aku, susu aku pun dok merajuk nak keluar.....smpai satu tahap aku rasa mcm nak stop bf dan kasi susu fomula...

tapi, bila aku dok melangut kt depan deretan susu yag bermacam-macam jenis dan brand.....satu2 aku belek tin susu tu....kejap aku pegang, kejap aku ltk....
lpas tu aku pegang yg lain...tp mata tgok yg lain....uawaaaaaaaaaaaaa aku rasa mcm nak menangis je...

dan yang pasti, aku rasa satu ketewasan buat diri aku hanya sbb aku cept menyerah kalah...

akhirnya......

AKU KELUAR DARI KEDAI DENGAN SEPAKET MILO DAN HORLICK DI TANGAN AKU KHAS UTK ANAKKU....hu hu hu

maaf kan mama dik...mama akan usaha terbaik dan berikan yang terbaik utnuk anak-anak mama.....

"Kawan-kawan...doakan saya akan dpat teruskan penyusuan ini ye...Amin...."
kunjungi kedai online saya :-http://www.damiapitshop.com/

Tuesday, August 9

RAHSIA TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU

Bagi ibu-ibu yang risau akan susu semakin berkurangan, ada tips bagi meningkatkan penghasilan susu ibu.....jom kita baca artikel dari majalah pa & ma keluaran JUlai 2011.



1) KERAPKAN MENYUSU.

- susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam.



2) JANGAN TUNGGU PAYU DARA PENUH

- ada ssetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahwa bayinya perlu disusukan. Itu salah!. Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahwa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain singkat.

Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi ( ketika anda beranggapan payu dara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat.



3) MENYUSU LEBIH LAMA

- jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sbelah payu dara. biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi ( hindmilk )>

- jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremlik, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesaran.



4) PENYUSUAN DUA KALI

- Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudia susukan dia kembali. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.



5) BOGELKAN BAYI

- Sewaktu menyusu, bogelkan bayi ( kecuali lampinnya ). Sentuhan kulit ke kulit membanu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.



6) PENYUSUAN MALAM

- amalan menyuskan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana, di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menysu lebih lama dan kerap. penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.



7) PENYUSUAN BABY SLING

- bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. jadi, gunakan baby sling di antara waktu penysuan walaupun ketika itu dia sedang tidur,..pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini, dia menyusu dengan lebih baik.



8) FIKIR BAYI, FIKIR SUSU

- ketika menysu, belailah bayi, amalan ini di kenali sebagai grooming.... langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda, cara ini akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.



9) URUTAN

- Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yanLinkg telah direndam di dalam air suam.



10) MINUM AIR

- pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan amahupun pemerahan susu, anda di gallakn minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.



credit



Thursday, July 14

GIVE AWAY 1ST......MEMORI ANAK PERTAMA




SYARAT-SYARATNYA ;-

1) menjadi follower www.damiapitshop.com dan nuriezam.blogspot.com
2) menjadi rakan di fb SITI NORIZA SALEH
3) link kan post ini di blog anda
4) sila tinggalkan url dan id anda di entry ini
5) ceritakan maksud di sebalik nama anak anda dan ceritakan kenapa anda memilih nama itu.......




HADIAHNYA :-

HADIAH UTAMA :-

2 CD SUNNY BABY BERNILAI RM54.00


HADIAH KE DUA ;-

EUPHORIA TRIAL PACK SET A


TARIKH TUTUP : SEHINGGA 15 OGOS 2011



my small shop :-http://www.damiapitshop.com/jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-http://shakleeatdamiapitshop.blogspot.com

Thursday, June 23

GANTI POSE?>..DAH GANTI?

Hari ni dah 20 Rejab,,,lg sepuluh hari dah bulan SYaaban, lpas tu Ramadhan...hu hu hu...dah ganti pose dah?>..dah?....belum abis?....hu hu hu...ku pun belum habis....tak taulah nape kali ni, bila masih menyusukan, ku x larat nak ganti pose....pukul 10 je dah menyusuk-nyusk kelaparan...he he ...ayat x boleh blah...h ah a.....tp, ALhamdulillah, dgn tips2 yang aku amalkan, ku berjaya gak pose 4 hari berturt2 dan Alhamdulillah juga, susu ku tidak berkurangan......suka ssgt....bg2 ibu-ibu yang menyusu, pasti risau kalau bila sesi mengepam akan dpt hasil yang mengecewakan.......Insya Allah, jika kita ttp ikut tips, ikut amalan2 tertentu,Allah akan ttp kurniakan susu pada kita....seperti dalam Ayt Al-Quran :-





Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (Al-Baqarah 2:233)

tapi ada benarnya dan ada berlakunya sesorang ibu itu tidak mampu meneruskan penyusuan itu..itu tidak mengapa..kerana ALlah tu sendiri tidak membebankan hamba-NYa.....

tp, bg ibu2 yag berusha utk meneruskan sehingga 2 tahun, saya begitu salute atas kegigihan mereka2 ini.....wa,pun penyusuan itu satu cabaran, mereka tetap berusha dan meneruskannay......dan saya?>..akan cuba sedaya upaya saya....tp, sebelum saya melangkah ke 2 tahun penyusuan, saya uruskan dulu "hutang" puasa saya dengan Allah....

he he he...

ini tips yang saya amalkan:-

Sahur - saya amik 5 6 bijik kurma plus sesudu madu
- air milo panas/ horlick..
- nasi panas, sayur2, ikan/ayam
- amik vitamin
- air masak dlm 1 liter/ lbh.....


buka pose - amik 5 6 bijik kurma
- air milo/ horlicks panas
- mkn kuih ckt2...

lpas solat Maghrib, saya makan nasi, lauk2 dan ikan/ayam....smbil tu, saya amik vitamin lg...dan saya perbanyyakn minum air masak..sbb, bila saya pam susu, saya perlukan air dlm tubuh badan saya...

oh ya,...saya masih membuat 2 @ 3 sesi pengepaman ni tmpt keje...he he he...sbb, anak saya kuat minum..8 jam di umah bbyster, leh abis smpai 24-30oz...he he he,,,



my small shop :-
http://www.damiapitshop.com

jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-
http://cergascerdasdamiapitshop.blogspot.com

Wednesday, June 22

KENANGAN SEWAKTU BERSALIN

GIVE AWAY - KENANGAN SEWAKTU BERSALIN



Kali ni ku sajer nak join GA dari mamaqaireen @ dilla.....ceritanye pasal kenangan sewaktu bersalin.....ku nak cter pasal kenangan waktu bersalinkan mia...sbb tragis sgtt..ha ha ha...

Tarikh: 25/11/2007...

tarikh ni mmg aku ingt sbb tarikh ni, aku dah lbh 40 minggu "bawak" mia ke hulur hilir...semua petua org tua atau org2 ckp aku buat....kene gi makan kfclah, mkn pizzalah, semua aku makan..smpaikan, satu Plaza Angsana kt JB tu aku redah semata2 nak soh mia "keluar"..tp, x jalan juga....last2, tarikh ni aku serah diri kat PUteri...hu hu hu.....

kul 9 mlm, ku kene induce utk buat gesaan.....dlm kul 12 mlm, ku dah mula sakit2 pinggang....aduh..cm nak tercabut pinggang aku....tp, ntah nape aku x rasa mcm tu sakit nak bersalin.....padahal nurse dah ckp, kalau sakit je, terus panggil dia org....tp aku ttp bertahan smpai aku tertido......ha ah a..sakit2 pun boleh tertido...

26/11/2007...

8.oo am - doc panggil aku utk buat CTG....smbil buat ctg dia tanya"eh, mlm tadi x sakit ke?"....."erk...sakit gak..tp cm sakit biasa je...xlah sakit sgt"ceh.jwpn berlagak..ha haha...lpas tu, dia cek ve..katanyer baru buka 2cm...hah?>.baru 2cm..adeh...dan aku terpandangkan 2cm kat pembaris kat opis aku tu..ha hah....ha ha ha....
hasil ujian CTG, aku terus kene stay kt labaour room sbb jantung baby dah mula "slow"......

kul 8.30 am -induce kali kedua.....kali ni tmbh lg dos.....dan kul 9 aku dah mula sakit ssgt....dan aku tolak pelawaan nurse utk amik gas..sbb aku mmg teringin nak rasa betapa sakitnyer sewaktu bersalin.....nak merasa betapa susah payahnyer mak aku bersalinkan aku dah adik beradik yg lain....nak merasa "sakit" bersalin itu sndiri....

kul 10.30 am...doc dtg cek ve lg.....up ckt...dah buka 4cm...aku kira2, mau ptg baru aku bersalin ni......asben setia menanti di sisi aku...genggam erat tgn dia mgm x dpt aku lupakan....

kul 12.00 tghari - induce kali ketiga....sbb bby dah mula x bergerak......dan kali ni ku pujuk "mia" utk bg kerjesama......ku pujuk2 dia soh keluar sbb aku dah x tahan sakit dan tak tahan asyik kena seluk je ngn doc...hu hu hu.....

kul 3 ptg, aku merasa sakit yg amat sgt dan mesin CTG yg sntiasa terpasang kt perut aku mula menunjukkn yg bby bergerak aktif....mungkin nak kuar kot..he he he....kul 3.30 ptg, doc cek ve dan bukaan baru 5 cm dan doc dah dpt pegang rambut baby..Alhamdulillah...sukanyer........aduh.....kali ni, aku mmg dah menyerah....aku amik gas.....dan bila doc ckp, dlm kul 6 atau 7 ptg, aku baru bersalin, aduhai....cmm 6 7 tahun rasanyer...

kul 5 ptg, sesuatu yg tak terduga berlaku.....bukaan ve aku tertutup balik ke 3 cm....uwa...aku dah menangis dah masa tu...Ya Allah...kuatnyer Allah bg dugaan kt aku sebeblum dia kasi cahayamata kt aku....nangis ssgt...Asben dah kuar masuk, kuar masuk labour room...adik badik aku dan ipar dah mula kumpul......mesti diaorg agak aku dah bersalin...tp rupanyer masih belum bersalin..hu hu hu....

doc cadangkan tunggu smpai kul 7 ptg dan baru buat keputusan.....kul 6.30 ptg, asben aku srankan aku buat operation...tp aku x nak...aku ttp nak cuba bersalin normal...tp, nurse kt situ nasihatkan aku c-zer sbb bby dah menunjukkn tanda2 semakin lemah.......hu hu hu...dan aku pun dah penat dia takut ada komplikasi kt bby atau aku....dengan sadis, aku sign gak surat c-zer tu...hu hu hu....

kul 7.30 mlm, aku minta maaf kt asben aku ( alamk, dia nangis pulak)...hu hu hu...sedih2......mcm nak operation apa je..hu hu hu//minta maaf gak kt mak bapak aku, adik badik aku....sewaktu kene sorong masuk ke bilik bedah, aku tgok mak ngn akak aku nangis...alah...apalah diaorh ni...nangis2...aku lg nak nangis tau..hu hu hu.....

kul 8.00 mlm, doc siapkn aku utk pmbedahan.....sakitnyer kene inject kt tulang belakang...ku amik half bius sbb aku nak tgok dr cermin lampu tu cmne diaorh bedah..ha ha ha.....dn Doc bius tu mmg sgt baik hati..dia bacakn ayat2 Al-Quran diubun-ubun ku...sejuk je hatiku...tp mata ku ttp melingas tgok nurse2 dn doc pegang mcm2 pisaulah, alat torehlah..he he eh....dan part bila Doc kata dia nak mula tarik bby dr perut, buat aku rasa mcm perut ke kene seluk dan rasa senak ssgt.....

akhirnya, kul 8.30 mlm, kuarlah mia....Alhamdulillah......menangis aku masa tu..bersyukur sgt bbyku sihat...dan bila doc tunjuk baby kt aku, badan dia penuh ngn najis2.....kalau aku rasa lmbt lg bby dikeluarkan, mungkin dia akan lemas......maka, ku namakan dia NUR DAMIA MAISARAH....

smpai sini je ye kenangan ku......



my small shop :
-http://www.damiapitshop.com/
jom dapatkan produk shaklee di kedai saya:-
http://cergascerdasdamiapitshop.blogspot.com

Saturday, June 11

SUAMI KU......payh nak bergmbr....

sajer melayan gambar2 asben dalam pc ni...mmg x byk...sbb dia mmg x suka bergmbr...dan sehingga ke hari ni, masih takde gmbr berempat...( aku, dia, mia dan zafran)...sbb tu korang tgok asyik aku dan aku dan aku dan aku je yg bergmbr...ha ha ha...




raya 2010



open house umah mak aku tahun 2010...aku?..melayan orang plus makan...ha ha ha



besday kt kfc tahun 2009 kot.....



gmbar terbaru./..cameron 2011..




raya tahun lepas...2010....
zafran baru je 3 bulan........ha ha ha.....


sbb apa aku ltk gmbr2 asben aku lak ...tetibe je kan.....asben keje mlm lah minggu ni..hua hua hua...



my small shop :-
http://www.damiapitshop.com

/jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-
http://shakleeatdamiapitshop.blogspot.com


SAMPAI SYURGA - FAIZAL TAHIR

Faizal Tahir - Sampai Syurga Lirik :-

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu


Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku


Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna


Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu



my small shop :-
http://www.damiapitshop.com

jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-
http://shakleeatdamiapitshop.blogspot.com

Friday, June 10

HAMPIR SETAHUN.....

Ye....lagi bape hari je bulan 7 akan menjengah...di kala org sibuk mengira hari untuk bulan pose, aku mengira hari utk menjengah Zafran berusia setahun...Alhamdulillah, genap je Zafran setahun, maka, genap jua aku menyusukan Zafran.....best rasanyer...hampir setahun berlalu dan aku berharap, impian untuk ke setahun setengah akan berjaya.....

ada orang tanya, aku x de masalah ke utk kasi Zafran susu badan....

saper ckp takde...tanyalah ibu2 yang masih menyusukan badan,..semua ada mslsh...dan masalah aku sekrang, aku LANGSUNG x de stok EBM....gara-gara rumah aku asyik black out kalau ada petir dan kilat....Allah hai....cuak je bila dgr kilat dan petir...cuak sbb bila black out terlalu lama, EBM pasti cair..hu hu hu......

dan balik je keje, aku akan cek EBM aku......

sadis sgt....skrg ni, aku hanya mampu pam dan bekalkan Zafran utk keesokkan harinya....

skrg aku hanya usaha utk rajim mengepam dan juga jaga pemakanan agar susu aku sentiasa ada dan yang penting, aku ttp berdoa....


my small shop :-http://www.damiapitshop.com/jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-http://shakleeatdamiapitshop.blogspot.com

Thursday, June 9

MUFFIN PISANG ( TP CM APAM)..HA HA HA*update*










Resepi kali amik dari majalah rasa taun 2008 edisi Aidilfitri..he he eh/...Nama asalnyer KEK PISANG KACANG HAZEL....tp sbb cuma ada pisang je, jadilah muffin pisang...

BAHAN-BAHAN:-

* 200 gm pisang emas
* 150 gm gula pasir
* 4 biji telur
* 10gm ovalate - 1/2 sudu
* 250 gm tepung kek
*11/2 sudu serbuk soda bikarbonat
*1 1/2 baking powder
* 125 ml susu cair
* 100 ml minyak jagung
* 200 gm kacang hazel - dibakar dan dikisar - ku x masukkan..

CARA MEMASAK:-
* masukkan pisang, gula dan telur ke dalam mangkuk adunan.putar sehingga kembang dan gula hancur.
* kemudian masukkan ovallate dan putar lagi sehingga kembang.
* masukkan tepung berselang seli dengan susu cair dan minyak jagung.
* akhir sekali masukkan kacang yang dibakar.
* Masukkan ke dalam acuan dan bakar/kukus...



nak beli cloth diaper?.
my small shop :-http://www.damiapitshop.com

jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-
http://shakleeatdamiapitshop.blogspot.com

Thursday, June 2

2 BERADIK BILA DAH PENAT

gmbr ni aku amik time pg tadi.....best je tgok diaorg ni tido sama2....tp time besar x leh eh tido sama2...no..no..no..he hehe..layankan dulugmbr ni...esok smbung cter blik....ta ta ta ta









my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-http://shakleeatdamiapitshop.blogspot.com

Thursday, April 21

BERHABUK RUMAHKU/....

aduh...berhabuk sungguh rumah ni...ish ish..tuan rumah ni mals sungguh nak mengemas...he he he...

sajer nak update lencana penyusuan kt blog aku ni..Alhamdullilah....perjalanan penyusuan aku dah mencecah 9 bulan.....syukur sgt,....aduhai...jauh lagi nak kayuh....dan bermacam2 dugaan yg aku tempoh......



treng....treng......nilah lencana penyusuan aku...w,pun x de saper nak kasi award kt aku, aku ttp nak kasi sndiri..hua hua hua...

dalm 9 bulan ni, byk dugaannyer yg mencabar komitmen aku dalam menysuu......dan dalam sebulan ni, aku x psti apa yg x kene dgn aku, smpaikan x mampu nak buat stok...kesannyer, waktu tengahari, aku hntr EBM ke rumah bbyster hasil dr sesi pam kul 10 pg....sian anak aku, bbyster ckp kkdg smpai kene sukat2 minum semata-mata nak nunggu aku balik kul 5 ptg...sian anak aku....x pe...mama cuba lagi nak top upkan stok...stok yg kt umah mak aku kt kampung, terpaksa dibuang gara-gara x de elektrik selama 6 jam...hancuss hati aku....aduh..Ya Allah..kuatkan lah semangat aku......dan dengn limpah rezeki MU, aku mampu untuk mengharunginya....Amin...


my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

jom dapatkan trial pack shaklee di kedai saya:-http://shakleeatdamiapitshop.blogspot.com

Thursday, April 7

TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE

Dapat cerita ni dari akak Norita...best je kan...akak pun teringin gak nak dpt mcm ni....kalau dapt, meriahlah zafran dapat susu byk....jom kita baca testimoni ni....kredt tu Azrin. Ini adalah testimoni set penyusuan shaklee yang diambil oleh seorang pengguna :)



Mesej dari seorang ibu : "Thanks kak N, selama ni pam cuma dapat 10-12 oz sehari tapi kini 30 oz sehari dengan tips cara makan vit yang betul dan amalkan apa yg akak ajar tu!!!! Seronok sangat1"

Pengambilan vitamin yang betul dan pada masa yang betul sangat membantu. Namun kunci utama ialah perlu amalkan 3 perkara ini secara konsisten dan berterusan. Bukan hari ni buat, esok tak buat, lusa buat...memang tak nampak kesan. Perlu buat setiap hari.

1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.

2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.

3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian.


Konsep 3 amalan ini perlulah dibuat. Cuma TIPS macam mana pengambilan yang betul seperti ALFALFA, ESP, Kalsium serta 3 vitamin asas untuk ibu iaitu vitalea, b com dan vitamin C diambil pada masa yang betul dan kadar yang betul SANGAT MEMBANTU!

Ibu baru sedar
FORMULA ni sangat membantu ibu2 yang brsungguh nak hasilkan stok!

Jangan lupa dapatkan jadual makan dari distributor anda :)
Credit to Kak N

Nak dapatkan FORMULA nya?Untuk customer-customer saya, nantikan emel dari saya yer..Untuk kawan-kawan baru boleh je emel saya..Nanti saya emelkan yer :)



Thursday, March 31

LOKASI PUMPING - agak x terurus, tapi sesuai utk aku

Hari ni hasil susuanku utk sesi pam yg pertama jam 11 pg tadi...Alhamdulillah...byk rezeki Zafran hr ni...tp hari ni bukan nak cter pasal hasil tenusuku, tp nak cter di mana aku mengepam...he he he...jom......


botol pun dah x nmapk no oz dah...ha ha ha



dalam 8-9 oz gitu kot.....



nielah peti sejuk yg ada dlm pantry kt opis aku..Alhamdulillah...senang ckt ada peti sejuk comel ni....x yah aku nak angkut2 cooler beg ke opis....comel jekan...beli peti sejuk ni kongsi2 ngn rakan opis dan juga bos lama...



Nie station utk aku pam...agak serabut kan?..tp ok..agak2 time pam, haus, leh terus minum air..ada kerusi, leh smbil baca, smbil ngepam....




pantry merngkap stor ni, agak kecik...tp oklah...dr kene pam kat surau yg x de extension tu...hik hik hik..



tengok...wa,pun peti sejuk tu kocit, tp, mcm2 bolh masuk...yg 2botol tu, hasil susu yg pagi tadi...
oh silap...patutnyer ltk kt dlm ckt...kengkawan, jgn ltk botol kt depan cm aku buat tu ye..hik hik....nnti aku ltk balik botol tu kt dlam ckt...




Ini pandangan pintu dr dlam...so, bila aku pam, aku menghala ke arah pintu....smbil jaga line kalau ada org nak masuk amik air...tp, kantol gak hr tu ngn bos...apalah bos aku tu...ish ish..



INi pintu pantry dr pandangan luar...aik...nampak tak signboard mcm no entry tu?....jom..kita close up ckt....






treng,,..treng.....................




ha ha ha ha.....sign board ni dipasang selepas bos aku menyerbu masuk pantry betul2 time tgh aku pam...ciskek nyer bos..buat malu aku je tau.....

my small shop :-http://www.damiapitshop.com/

Friday, March 25

DIA BELUM MERANGKAK YE.....



iyer kawan2.....anak bujang aku ni dah menganjak 8 bulan......dan iyer...dia masih belum merangkak....aku risau?...x lah...aku x risau....sbbb,.,.....2 minggu dia x sihat dan perkembangan dia agak terbantut...terbantut sbb dia nak angkt tnangn pun x larat apatah lagi nak angkt perut yg gumuks dan montot yg gebus tu...ha ha ha ha....

hri ahad hri tu ( 20/03/2011 ), dia baru sihat dan mula aktif balik.....dia mula blajr utk berenang ke depan...sebelum ni berenang ke belakg je....gear reverse....skrg dia pndai cari gear 1, 2 ,3 4 ...he he he he...

tp, part yg best plus x best, dia dah tumbuh gigi....satu gigi bawah dan satu gigi atas...aduhai...time dia ngasah gigi dia, hu hu hu sakitnyer time dia nyusu.....notti sungguh...ngn muka x bersalah dia menarik puting ku ittew.....tersengih2 bila aku marah dia.....x pelah nak....asah gigi tu yerk.....

dan bila dia dah tumbuh gigi, mulut dia semakin kepoh dan kepoh.....aku rasa, dia leh join akak dia bila besar nnti...menanya dan menanya dan menanya....komplen komplen dan terus mengomplen.......

my small shop :-http://www.damiapitshop.com/
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015