Sunday, September 25

TRIP MELANCONG KE BANGKOK SECARA PERCUMA PART 1

Assalamualaikum dan hai semua, maaflah, sejak 2 3 hari ni badan tak berapa sihat dan paling stress ialah batuk batuk yang sukar nak hilang. Orang kata kalau siapa yang pernah kena Covid, diaorang akan dapat atau mengalami lebih teruk simptom batuk, selsema dari masa kena Covid. Mungkinlah. Alhamdulillah tak demam, cuma batuk batuk yang buat tak selesa. 

Kali ni saya nak berkongsi mengenai trip melancong ke Bangkok secara percuma yang saya dapat pada tahun 2018. Alhamdulillah, selepas trip ke USA, trip ke Kota Kinabalu, Trip Cruise, kali ni, saya dapat lagi trip percuma ke Bangkok, Thailand pula. Subhanallah. Memang tak percaya dan tak sangka, saya yang datang dari keluarga yang biasa biasa, yang hanya rasa kalau naik kapal terbang pun, mungkin sewaktu menunaikan haji saja. Masya Allah. sehingga ke hari ini, masih lagi terbayang seronoknya dapat trip melancong ke Bangkok ni secara percuma. Dari tiket kapal terbang, penginapan, sehinggalah tempat makan yang halal pun, Shaklee sediakan. 


Kenapa saya dapat trip percuma ni?

Sebenarnya, bila kita nak menjana income dengan Shaklee, dan kita dapat capai syarat syarat tertentu yang ditetapkan oleh Shaklee, kita layak dapat trip percuma ni setelah habis "cycle" tahun tersebut. Dalam Shaklee, cycle bermula setiap April sehingga Mac tahun berikutnya. Jika sepanjang cycle tu kita dah cukup syarat yang ditetapkan, maka kita layak untuk dapat trip percuma ini.

Ada trip yang ditawarkan iaitu trip "international" seperti tahun sebelum sebelum ini, dah bawa mereka yang layak ke US, Itali, Jepun dan tahun ini akan ke Switzerland. Trip regional atau negara asia pula ke Thailand, Indonesia, Naik Cruise dari Port Klang ke Krabi, Bali dan ada juga hanya dalam Malaysia iaitu Pulau Langkawi dan Kota Kinabalu.

Lagi satu trip pula ada pilihan untuk SID yang beragama Islam iaitu mengerjakan umrah. Best kan? Dapat pergi menunaikan umrah setiap tahun secara PERCUMA dan semuanya disediakan oleh pihak Shaklee. Seronok weiii. Doakan saya dapat pergi trip yang ini juga. 






Kenapa dah dapat banyak trip, tapi saya cakap kali pertama join trip Shaklee? hah, biasalah sindrom mak mak. risau nak tinggalkan anak kat rumah. ha ha ha. Masa trip ke USA tu kena tinggal anak 7 hari rasanya. Anak anak lak masa tu umur 3 dengan 5 tahun. Alahai. risau mama rindu kat anak. ha ha ha. Jadi, trip trip tu semua, suamilah join. Cuma kali ni, anak anak dah besar dan pergi ke Bangkok pun untuk 4 hari 3 malam. 

Jadi, ini pengalaman pertama join trip yang Shaklee anjurkan. Memang seronok! rugi pulak trip sebelum sebelum ni tak join. ha ha ha. kita layan gambar jelah kan?




Senior Coordinator Siti Noriza | ID: 852453
 Call/SMS/Whatsapp : www.wasap.my/60137374958
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 



 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015