Pages - Menu

Thursday, September 28

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT PULIH

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 26 : WANA MOHD TAHIR
.

[ANAK SEMBUH DARIPADA HFMD]
.

Nama Saya Nor Hawana Mohd Tahir. Saya bekerja sebagai Pembantu Pustakawan dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ni Saya nak berkongsi kisah anak lelaki Saya Naeem Akmal yang terkena penyakit tangan kaki mulut atau HFMD.
.

Kisah anak Saya bermula pada awal tahun 2017 yang lepas. Saya telah menghantar anak Saya ke sekolah tadika. Baru je mula sekolah sekitar 2 minggu macam tu dia dah kena cuti.
.

Alkisahnya, tangan siku kaki dan tepi mulut anak Saya tumbuh biji-biji merah dan biji air gelembung. Saya sedar biji-biji ni tumbuh pun hari kedua selepas anak Saya mengadu dia tak boleh nak berjalan dan memakai selipar. Biji- biji ni tumbuh selepas dia demam.
.

Kita ni bila dah jadi Ibu dengar ke tengok anak tak sihat mulalah jiwa tu berkocak semacam kan. Bukan apa risau tengok keadaan anak. Ibu mana lah sanggup tengok anak kecil kesakitan macam tu kan. Saya kurang pasti dia dapat HFMD dari mana.

.

Saya tunjuk pada kawan-kawan dan kakak. Masing-masing confuse sama ada anak Saya kena HFMD atau Chicken pox. Saya yang dengar ni mula lah gelabah. Petang tu lepas kerja, Saya terus bawa anak pergi Klinik.
.

Masa di klinik doktor pun tak pasti sama ada HFMD atau tak sebab dalam mulut anak takde tumbuh biji merah. Dapatlah ubat demam dan ubat sapu. Balik je rumah  Saya ambil herba blend dan mandikan anak Saya dengan basic H. Semua baju-baju anak pun Saya rendam dengan Basic H. 
.

Kebetulan Saya ada dapat beberapa stick Nutriferon, Saya pun bagi pada anak. Chewable vita C pun Saya bagi juga. Tapi anak lelaki Saya ni kurang gemar benda masam jadinya susah gak la nak paksa dia makan vitamin tu.
.

Kalau nak tahu, Saya memang selalu sapu herbal blend dan mandikan anak dengan basic H bila badan anak-anak dah start dedor nak demam.☺ Kiranya ni tindakan pantas Saya sebelum bawa dorang ke klinik. Okay, sambung kisah tadi.
.

Alhamdulillah, lepas beberapa hari biji-biji merah yang ada di tepi mulut, tangan, siku dan kaki pecah dan kering. Lega sangat bila tengok keadaan anak beransur pulih dan boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
.

Moga perkongsian Saya ni dapat memberi manfaat untuk kawan-kawan, ibu-ibu dan ayah-ayah  yang membaca yer.

Akhir kata, Alhamdulillah sekali lagi dan terima kasih Allah sebab temukan Saya dengan Shaklee.

ASMA MULA BERANSUR ANSUR HILANG

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 3 : SITI NORIZA BINTI SALEH
.
[PENYAKIT ASMA SEJAK LAHIR KIAN PULIH DAN ZAFRAN DAH TAK PERLU FOLLOW UP KE HOSPITAL LAGI]
.

Muhammad Dayyan Zafran. Anak lelaki seorang tapi senang semasa mengandung, diuji pula dengan kesihatannya. Hah, pernah dengar kan ayat tu? Ada yang diuji semasa mengandung, tapi senang membesarkan anak-anak. Zafran dari kecil doctor sudah sahkan dia ada asma. Lahir tahun 2010 dan semakin teruk setelah hampir lemas pada tahun 2012. 
.

Macam macam saya buat ikut petua yang diberikan oleh orang orang tua atau kawan-kawan. Siap pergi bawa berurut lagi. Kurang sekejap je, tapi asma tu kerap juga datang. Malahan doktor kata kena tau apa punca yang menyebabkan dia mudah sangat asma. Mungkin dari pemakanan yang dia alergik, persekitaran yang berhabuk atau berjangkit dengan kawan kawan di nursery. 
.

Hampir setiap bulan memang perlu ke klinik atau ke hospital dan saya juga terpaksa ambil cuti setiap bulan untuk menjaga Zafran. Payah juga. Walaupun Zafran masih menyusu badan, tapi dia mudah sangat jatuh sakit. Bermula dengan batuk batuk, selsema dan diakhiri dengan asma yang kekadang berlanjutan sehingga seminggu. Boss pun bising asyik cuti je. Cuti jenis mengejut pula tu. Yerlah, sakit pun bukan kita tau nak datang bila kan.
.

Sehingga kemuncak pada tahun 2013, dia warded sebab asma dan doktor sahkan dia ada kuman di dalam peparunya. Saya jadi stress bila kena duduk hospital ni sebab Zafran asyik menangis dan tak nak makan ubat. Saya tengok dia nangis, saya pun nak nangis. Hahaha!. Ya Allah, tiba tiba saya terfikir, kenapa saya tidak berinya supplemen Shaklee sedangkan saya sendiri mengamalkannya. 
.

Jadi, selepas keluar dari hospital, saya berikan dia Omega Guard sebiji sehari (hari pertama dia makan Omega Guard, dia muntah! Kahak berlendir lendir keluar). Saya kuatkan hati paksa dia ambil juga Omega setiap hari sehingga asma dia reda. Omega ni akan cairkan kahak dan dibuang samada melalui muntah atau buang air besar. 
.

Selepas dia sihat, saya beri dia susu Mealshake hari-hari dan bagi juga Chewable Vita-C. Mealshake ni multivitamin untuk berikan tenaga kepada anak anak dan pulihkan badan selepas tidak sihat. Chewable Vita-C untuk beri perlindungan pada badan dan kuatkan antibody badan dari mudah dijangkiti oleh kuman atau virus. Zafran suka sebab sedap katanya
.

Sehingga sekarang, dia ambil Mealshake (dah pandai dah buat air sendiri letak Mealshake), ambil Chewable Vita-C hari-hari dan akan ambil Omega bila dia rasa dia nak semput. Pandai kan? Dia dah tahu yang supplemen dia ambil tu akan buat dia sentiasa sihat dan dia juga sangat aktif bermain. Dia tahu kalau dia tidak sihat atau asma, dia tak boleh nak bermain. Jangan tak tahu, Omega Guard ni juga membantu perkembangan sel sel saraf otak untuk berfungsi dan buat anak anak lebih mudah menerima ilmu semasa belajar dan berkomunikasi
.

Oh Ya! Lagi satu, Saya dah banyak kali apply medical card atau takaful tapi susah nak lepas sebab saya declare Zafran ada asma. Sehinggalah saya berjumpa Puan Siti Hajar  (0192307055), dan dia kata dia akan bantu sebab dah lama Zafran tak warded hospital. Alhamdulillah, akhirnya lulus walaupun saya declare yang Zafran ada asma. Bukanlah minta sesuatu terjadi pada Zafran kan, tapi ia langkah untuk kita berjaga-jaga. Sediakan payung sebelum hujan gitu.
.

Kini, sejak tahun 2013 selepas kali terakhir Zafran warded, dia dah tak perlu lagi ke klinik atau hospital. Ada sesekali pergi ke klinik untuk amik neb, tapi doctor senyum sebab dia nampak aktif je. Doktor kata : "ni tak yah buat follow up dah. Dah boleh balik main bola dah". Syukurr. Cuti sekolah pun takdelah kerap seperti tahun-tahun sebelumnya. Kita gembira bila ada anak anak sihat dan aktifkan? Jadi kita usaha untuk pastikan kesihatan mereka berpanjangan.
.

Kita usaha kan, Allah juga yang memberi kesihatan kepada Zafran. Inilah #shakleeEffect keluarga saya.

Sunday, September 24

RESEPI KERABU MANGGA SIMPLE

Mangga dah nak masak tapi bolehlahhh.. 

Request by MIL.. Rasa x taulah.. Buka puasa nanti bru tau.. Letak kacang tumbuk sikit untuk rasa crunchy.

update RESEPI :

* bunga kantan - kalau suka banyak, boleh guna 3 -4 kuntum ( dihiris halus halus )
* mangga - kalau mangga muda lagi best!!!, separuh masak pun okey gak,cuma masam tu dah rasa lain.(dihiris halus halus )
* bawang merah - hiris halus halus
* kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk halus
* sedikit garam
* sedikit gula
* sedikit perahan limau sambal - jangan banyak sangat sebab pelam tu dah masam
* lada cili - ikut korang suka pedas tahap mana
* hirisan lada merah / hijau

dah hiris semua, gaul rata rata...siap!!!😍😍😍😍

Thursday, September 14

APA MAKSUD HIPERGLISME

TANDA TANDA HIPERGLISEMIA

apa itu Hiperglisemia?
- paras gula dalam darah akan menjadi terlalu tinggi jika anda tidak mengawal gula darah dengan baik. Keadaan ini dipanggil HIPERGLISEMIA.

Paras gula dalam darah akan menjadi tinggi sedangkan insulin dalam badan tidak mencukupi apabila anda:-

* lupa mengambil ubat atau mengambil ubat kurang daripada yang diarahkan, termasuk suntikan insulin.

* tidak memenuhi nasihat pemakanan, termasuk terlebih makan atau makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

* tidak sihat, contohnya demam, jangkitan kuman/infeksi, komplikasi vaskular strok, serangan jantung atau menghadap tekanan di mana badan memerlukan lebih banyak suntikan insulin.

* tiada aktiviti fizikal atau kurang bersenam.

* memakan ubat seperti steroid dan beberapa jenis ubat anti pyschotic.

TANDA TANDA HIPERGLISEMIA

1) Dahaga
2) penglihatan kabur
3) Lemah dan letih lesu
4) pening
5) kerap membuang air kecil
6) mulut dan kulit kering

jika anda tergolong dalam golongan pesakit Diabetes Hiperglisemia, anda perlu tahu apa tanda tanda penyakit anda makin teruk