Wednesday, May 24

CASH REBATE : MAKAN VITAMIN SECARA PERCUMA

Alhamdulillah, masuk tahun ni, sudah hampir 11 tahun saya dalam bisnes Shaklee ini. Bermula pada tahun 2011 yang mana masa tu saya baru 6 bulan menyusu badan anak kedua saya Dayyan Zafran. Keinginan ingin menyusukan sehingga umurnya 2 tahun buatkan saya sudah menggali pasal ilmu penyusuan susu ibu sejak disahkan hamil lagi. Sepanjang 9 bulan tu, saya baca blog dan follow mereka mereka yang sangat support pasal penyusuan ini buatkan saya lagi bersemangat nak menjayakan impian tersebut.

Sehinggalah pada bulan ke 6 selepas kelahiran anak saya, susu mula berkurangan disebabkan saya sudah bekerja dan faktor kekurangan ilmu pasal supply and demand dari ibu dan anak. masa tu pula, saya masih belum ada pam susu dan hanya menggunakan cara manual. Ia buat saya mudah letih dan stress.

Pelbagai cara dan petua yang dibaca di blog dan dari pertanyaan kawan kawan tapi saya masih rasa ianya tidak berjaya da banyak makan modal. sampai satu takat, saya rasa ooo nilah takdir saya memang tak boleh nak susukan anak sehingga umur 2 tahun. Agaknya saya bukan tergolong dalam golongan ibu ibu yang mempunyai susu badan yang banyak. 

Tiba tiba terjumpa satu artikel berkenaan susu badan ni. Ye, saya dah lupa blog siapa saya baca, tapi beliau berkongsi pasal stok EBM nya yang diperah semasa di opis dan juga stok EBM yang banyak di rumahnya. BErmula dari situ, saya mula membeli SET PENYUSUAN yang beliau ambil setiap hari. Bermula dengan membeli 1 botol Alfalfa, ia dah mula menunjukkan kesannya dan akhirnya dengan membeli sikit sikit pada setiap bulan, lengkaplah set pnyusuan Shaklee yang saya damba dambakan bagi menenuhi impian penyusuan sehingga 2 tahun.


Setelah mendapat hasil yang diingini, saya selalu bercerita pasal set penyusuan ini pada kawan kawan di blog. Masa tu facebook tak glamer lagi dan bila je dapat cash rebate yang pertama iaitu RM26, upline mula tanya pada saya : nak tak MAKAN VITAMIN SECARA PERCUMA? 
eh, boleh ke? Macamana tu? hah, macam gambar di atas ni. Cash rebate yang ditunjukkan pada 26 April iaitu RM237.xx. itu adalah komisen atau bonus yang kita akan terima pada setiap 15hb. Seronok kan?

Pada mulanya, saya cuma inginkan tambahan income dalam RM500 saja sebab nak coer duit bayaran babysitter 2 orang anak. Apatah lagi masa tu gaji sekitar RM1500. nak bayar duit bulanan kereta, duit pengasuh, belum lagi duit dapur, minyak dan sebagainya. Alhamdulillah, bila dah mula ramai yang join bawah team saya dan mula membuat jualan, saya sudah capai RM500 pertama seawal 3 bulan saya fokus dalam bisnes Shaklee ni. Dengan RM500 tu, saya boleh beli vitamin pilihan saya tanpa saya usik duit gaji tetap saya.




kawan saya, SYIDA ROHIM antara yang sudah boleh dapatkan vitamin secara percuma dengan fokus dalam bisnes Shaklee ini. Kalau korang nak join, jangan malu malu nak bertanya pada saya. Insya Allah saya akan terangkan dengan lebih lanjut lagi.

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015