Wednesday, June 26

KENAPA KITA BERNIAGA?

Kenapa Siti memilih untuk berniaga pada mulanya?

orang kata , bila kita ada darah daging berniaga ni, kita pun akan terjebak untuk berniaga. Tapi Siti memilih untuk bekerja dan kena pula Siti bukan jenis yang suka jumpa orang. Tu salah sebab kenapa Siti memilih untuk berniaga secara online.

Perniagaan pertama yang Siti ceburi adalah menjual Cloth Diapers. Masa sekitar tahun 2005 gitu, Cloth Diapers sangat glamer dan menjadi pilihan ibu bapa yang suka dengan benda benda alami ni. Termasuk Siti. Tapi, pada mulanya bukan sebab untuk dapatkan duit lebih sebab bekerja masa tu, cuma nak gunakan untung runcit dari jualan tu untuk beli Cloth Diapers yang lain. ha ha ha ha.  Tapi lama lama , ia menjadi satu keseronokan sebab boleh sebarkan kebaikan Cloth Diapers dan dapat bantu meringankan masalah kewangan ibu bapa.

Artikel ni bukan nak cerita pasal perniagaan apa yang Siti ceburi. Tapi kenapa Siti memilih untuk berniaga. Ia adalah kerana betapa Siti dah merasa susah bila tak cukup duit, bila terpaksa tebalkan muka untuk pinjam duit dari mak ayah dan kawan kawan. Eh, betul. Siapa cakap Siti tak pernah susah. Sebab tu, bila ada kawan kawan nak pinjam duit, Siti usahakan untuk beri pinjam walaupun masa tu Siti sendiri tak cukup duit.

Tapi, berpegang pada " bila kita ringankan masalah seseorang, pasti Allah akan balas bila kita perlukannya nanti". lepas tu, Siti terbaca pula pasal cerita viral yang seorang ayah ditangkap mencuri roti, tapi akhirnya ketua Balai Polis membayar harga roti yang dicurinya. Malahan ada ayat yang buat siti tahu tindakan siti selama ini betul dan pasti Allah akan bantu siti bila siti memerlukannya nanti.

Apa ayat tersebut ?  “kalau nampak org tengah susah, jangan ingat Allah tengah uji orang tu, sebaliknya Allah tengah uji kita, Allah nak tengok apa yg kita boleh buat untuk tolong org susah tu”. Sangat terkesan kat hati Siti. 

Jadi, bila dah terjebak dengan bisnes Shaklee ni, lagi banyak rupanya Allah uji Siti bila Allah datangkan kawan kawan yang nak pinjam duit. Memula memang sakit hati sampai ada masanya Siti cakap " aku susah susah usaha, ko main nak pinjam pinjam je.". Allah, betapa sombongnya Siti masa tu.

Tapi satu ketika, bila Allah uji Siti dengan masalah kewangan dan Siti pula melalui fasa meminjam dan merayu pada kawan kawan, baru tahu apa perasaan sebenarnya. Malu, geram dan rasa nak putus kawan pun ada. Iya, itulah agaknya apa yang kawan kawan rasa bila mereka jumpa siti dan mereka tidak dapat apa yang mereka perlukan dari Siti.

Bila siti mula terlalu mengharapkan orang yang siti rasa boleh bantu, tapi sebenarnya mereka tidak membantu pun. Tapi bila kita minta dengan Allah untuk membantu kita, tanpa kita duga, orang yang kita tidak sangka boleh bantu kita, akhirnya dia yang membantu kita.

masa ni kita akan tahu sebenarnya, bukan ramai kawan yang sanggup susah bersama dengan kita. Oh, teringat masa Siti masih belajar di Politeknik. Kami masa tu semester ke 6, dan masih menunggu duit pinjaman belajar masuk ke akaun bank. Duit yang parents bagi makin lama, makin susut. Kami masa tu masing masing dari latar belakang keluarga yang tidak berapa senang. Jadi nak minta duit saja saja dengan mak ayah pun segan. 

Jadi, seorang kawan Siti ni mencadangkan buat pajak gadai barang kemas yang kami ada. Ya Allah masa tu tak terfikir lansung sampai ke situ nak mendapatkan duit. Lepas tu pula, Siti bukan jenis yang suka pakai barang kemas dan takde walau sebentuk cincin pun masa tu. Tapi dia cakap , tak pe . kita guna je apa yang ada. Dapat berapa berapa pun tak kisah asal ada duit untuk makan. hu hu hu. sedih sangat dan sampai sekarang, peristiwa tu berkesan di hati Siti. 

Jadi, ada masanya kita atau kawan kita akan berada di bawah, dan ada masanya kita akan berada di atas. Tapi bagaimana kita nak mengawal situasi tersebut yang membezakan kita.

Tips siti,kalau kita rasa susah nak membantu bila kawan mohon pertolongan atau kita rasa tidak yakin dia akan menggantikan balik ( kebiasaannya wanglah kan), maka cuba beri jumlah yang kita rasa kita tidak terasa sangat kalau dia tidak mengembalikannya. Contohnya , dia ingin pinjam rm300, tapi kita rasa dia mungkin tidak akan pulangkan secepat mungkin, jadi kita mungkin boeh bagi dia RM150 atau nilai yang kita tidak perlukannya dalam masa terdekat.

terpulanglah pada kita. cuma, kebaikan kita jangan sampai ada yang ambil kesempatan.




No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015