Tuesday, July 3

PENJAGAAN KAKI UNTUK PESAKIT DIABETES

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah tinggi daripada normal ( biasa). Diabetes berlaku apabila organ pankreas tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh mengguakan insulin dengan berkesan. Makanan yang dimakan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan membantu gula dalam darah masuk ke dalam sel dan tisu badan untuk membekalkan tenaga pada kita.


Image result for organ pankreas
credit : Google

APAKAH MAKSUD INSULIN ?

Insulin merupakan salah satu hormon di dalam tubuh manusia yang dihasilkan oleh sel beta yang berada di dalam kelenjar pankreas. Insulin disebut juga sebagai protein yang berfungsi untuk mengawal kadar gula ( glukosa ) di dalam badan.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh memasuki sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Kandungan gula dalam darah yang sentiasa tinggi akan menyebabkan kerosakan jangka panjang seperti :-

* mata : akan menyebabkan katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta.
* saraf : akan mudah rasa kebas atau kehilangan deria raa pada tangan dan kaki, mudah terluka dan                  gangren juga akan berlaku.
* Otak : saraf otak mula jadi lemah dan senang berlaku angin ahmar iaitu serangan strok.
* Buah Pinggang : berlaku komplikasi demi komplikasi bila mana buah pinggang sudah tidak boleh menjalankan tugasnya dengan baik
* Jantung : Pesakit mudah diserang sakit jantung.

tahu tak? selain dari penjagaan makanan, pesakit Diabetes ini akan diminta oleh Doktor untuk menjaga kesihatan kaki.

kenapa?

Image result for toe for diabetes
                                                            kredit : Mr google

KENAPA PERLU MENJAGA KAKI :

* untuk mengelakkan kerosakan saraf dan salur darah
* mengelakkan kecederaan tanpa disedari
* membolehkan luka cepat sembuh
* mengelakkan amputasi jari / kaki
* mengelakkan jangkitan kuman dan tisu mati ( gangren )

LANGKAH LANGKAH PENJAGAAN KAKI :-

  1. Basuh kaki menggunakan sabun terutama di celah celah jari kaki setiap hari.
  2. Jangan merendam kaki anda lebih dari 5 minit di dalam air panas.
  3. Sapukan losyen pelembab supaya kulit anda lembut kecuali di antara celah celah jari.
  4. keringkan kaki dengan tuala bersih dan lembut terutama di celah celah kaki
  5. Selalulah mengurut kaki anda termasuk jari jari dengan tangan secara perlahan lahan.
  6. Luangkan beberapa minit sehari berbaring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras yang lebih tinggi daripada badan.
  7. elakkan berkaki ayam ketika berada di luar atau di dalam rumah bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda benda tajam atau panas.
  8. sebelum memakai kasut, lakukan pemeriksaan bagi mengelakkan bahan yang boleh mencederakan kaki.
  9. pakai kasut mengikut saiz yang sesuai. Pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda
Image result for shoes for diabetic person
         
                   contoh kasut yang sesuai untuk pesakit diabetes. ( gambar dari google )


email : sitinorizasaleh@gmail.com
whatsapp : 013-7374 958/013 -7065 178
fanpages : JEJAK VITAMIN
instagram : damiapitshop

kami merupakan pengedar Shaklee di Kota Tinggi, Johor yang aktif sejak tahun 2011 lagi.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli dengan kami, anda boleh klik ikon di bawah untuk isi maklumat anda, dan kami akan hubungi anda segera!!.


sebelum itu, anda perlu baca ini :-


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015