Thursday, March 19

BAGAIMANA ATASI ANEMIA SEMASA MENGANDUNG

Bismillah.....

Bagi ibu yang hamil, kita akan memerlukan zat besi atau ferum lebih banyak daripada biasa.  INi kerana, zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin iaitu protein dalam sel darah merah yang berfungsi membekalkan oksigen kepada sel lain dalam tubuh termasuk kepada bayi. jadi ibu yang hamil selalu tertanya tanya bagaimana atasi anemia semasa mengandung.

Untuk makluman, sepanjang kehamilan, kuantiti darah dalam tubuh akan meningkat sehingga 50%.  Ini bermakna, kita perlukan lebih banyak zat besi untuk hasilkan lebih banyak hemoglobin.


KESAN KEKURANGAN ZAT BESI (ANEMIA ) :-

* Bayi dalam kandungan akan kekurangan oksigen yang boleh membawa kepada kematian.
* Boleh menyebabkan pertumbuhan bayi itu akan terencat, keguguran atau pun berpontesi melahirkan bayi pra-matang.
* Bagi ibu pulak, kesannya akan dapat dilihat apabila ibu sudah bersalin, maka ibu akan terdedah pada risiko jangkitan dan lambat pulih dari waktu yang dijangka.
* berisiko mengalami tumpah darah pada waktu kelahiran.


TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI ANEMIA :-

  • rasa lesu
  • rasa lemah atau pening.
  • anda kelihatan pucat pada muka, kuku, bibir dan bawah mata

BAGAIMANA ATASI ANEMIA SEMASA MENGANDUNG
Selalunya doktor akan memberikan vitamin yang perlu diambil antara 60 hingga 120mg sehari.
Selain itu, doktor akan menyarankan minum air kosong atau air jus oren ( vitamin c ) bagi membantu melancarkan penyerapan zat besi yang di ambil.  Cuma perlu ingat, jika anda mengambil vitamin iron (zat besi ), anda tidak boleh mengambilnya dengan minuman bersusu ini kerana, kalsium dalam susu akan menyebabkan penghalangan iron dari diserap oleh tubuh.

   
kami menggalakkan anda mengambil supplement dan juga mengambil protein agar anda sentiasa sihat dan cergas sepanjang kehamilan anda.

SET KEHAMILAN KAMI TERDIRI :-

1) VITALEA/MULTIVITAMIN - dalam vitalea ini mengandungi zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan.

2 ) B COMPLEX - mampu memberikan ketenangan pada para ibu yang hamil. 

3) VITAMIN C - memberikan imunisasi ibu dan anak.

4) OSTEMATRIXutk pembentukan darah, pembetukan saraf dan tulang serta gigi si anak. Ibu memerlukam kalsium untuk memastikan tiada risiko mendapat osteoporosis bila tua kelak.

Macam2 komplikasi boleh terjadi masa hamil; salah satunya ialah anemia.
Anemia ni terjadi bila kandungan hemoglobin (sel darah merah) dalam darah kita rendah. sel darah merah ni sangat penting tau sebab dia lah yg bawak masuk oksigen ke setiap sel2 tisu dalam badan.
Cara nak tambah sel2 darah merah? Dengan zat besi.
Malang sekali, kebanyakan mak yg hamil ni kekurangan zat besi dalam simpanan bagi memenuhi keperluan extra badan (sebab dah ade baby). lagi teruk kalau dh kena morning sickness & selalu muntah2.
Kalau betul2 serius, memang kena masuk wad.
Itu lah yg terjadi pada Master Aya Chalo kita ni. siap dah kena warded pun degil lagi tu xmo dgr nasihat kak Lin Chalo dia. hah, selebihnya tengok sendiri cerita adik beradik ni dalam video di bawah.

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: 

Siti Noriza | ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
Pages : JEJAK VITAMIN
pengedar Shaklee Kota Tinggi, Johor
Pengedar Shaklee Felda Semenchu, Kota Tinggi
Pengedar Shaklee Taman Pasak Indah, Kota Tinggi


 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 comments:

  1. saya suka dengan info ini..terima kasih kerana menulis entry berkaitkan kehamilan ini. oh, ini yang di namakan anemia? bermaksd HB kita rendah? padanlah nurse soh amik suplemen semasa hamil. jom, like pges saya..

    ReplyDelete

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015