Monday, March 2

7 PUNCA KENAPA KULIT TIDAK CANTIK

Bismillah,

Kak Ct pernah terpikir kekadang apa yang perlu dibuat untuk kulit cantik, sudah dibuat. Namun Kak Ct tidak nampak kesan yang diharap harapkan. Kulit tetap nampak kusam dan tidak bermaya. Belek belek majalah kesihatan, Kak CT terjumpa artikel berkenaan 7 Punca Kenapa Kulit Tidak Cantik. Baru Kak Ct tahu rupanya bukan sekadar pemakanan atau produk kecantikan saja kena ada, tapi juga ada cara cara kesalahan dalam penjagaan kulit yang Kak CT pandang remeh!.

7 Punca Kenapa Kulit Tidak Cantik.

1) TERLEBIH MEMBERSIHKAN MUKA
- jangan kita fikir sudah cukup membersihkan wajah pada siang hari saja. Seandainya kita jenis kulit kering, kita digalakkan untuk lebih kerap membersihkan wajah tetapi harus disertakan dengan pemakaian pelembap muka. Ini untuk membantu kulit kekal anjal dan leakkan kulit dari mengelupas. Tpi tidaklah setiap kali kita cuci muka, kita perlu menggunakan sekali pencuci muka..Hah kan? Kulit tidak cantik kalau mengelupas.

kenapa kulit tidak cantik


2) PENGGUNAAN SKRUB MUKA YANG KASAR
-Kak CT dah lama tak gunakan skrub muka sejak Kak CT tahu jenis kulit muka berminyak tidak perlu menggunakan skrub. Penggunaan skrub muka yang tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kehilnagan lembapan semulajadinya? itulah sebab kulit kita menjadi kering dan mengelupas. Skrub yang mempunyai butiran kasar boleh menyebabkan iritasi kulit dan liang pori yang tersumbat.

3) TERLEBIH JAGA JUGA CETUS MASALAH KULIT
- aik??? terlebih jaga pun jadi punca kenapa kulit tidak cantik? Seorang ahli dermatologi dari New York iaitu Jeannette Graf berkata, terlalu menjaga kecantikan kulit dan obses mencuba pelbagai produk kecantikan akan memberi kesan kepada kulit anda. Graf mencadangkan agar setiap wanita yang mahukan kulit tampak segar agar menggunakan produk yang memberi  kelembapan pada kulit. Ia berasaskan ekstrak kacang soya dan pakailah pada waktu malam. Graf turut memberi tip kecantikan agar penggunaan produk kecantikan yang terlalu tinggi bahan kimianya seperti benzoyl peroxide harus dielakkan kerana ia menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit. hmmmm....Kak Ct guna set kecantikan NUTRIWHITE dari SHAKLEE..tidak perlu risau akan kandungan kimianya....eh...yerlah..Kak Ct juga amalkan minum ENERGIZING SOY PROTEIN juga..hik hik...kena konsisten balik ni..

4)TIDAK CUKUP TIDUR
- tidur tidak lebih dari 7 jam akan menyebabkan masalah kulit kusam dan wujudnya lingkaran gelap bawah mata. Amy Wechsler, seorang ahli dermatologi tidak menyarankan kita untuk menonton televisyen pada waktu malam sekiranya tidak boleh tidur. Bahkan kita perlu terus berbaring sehingga mengantuk dan tertidur. Atau, apa kata kita cuba mandi air suam sebelum masuk tidur untuk memudahkan rasa mengantuk.

5) TIDUR TIDAK "BIJAK"
- apa maksudnya? tidur secara bijak ialah dengan memberi penekanan kepada sarung bantal yang digunakan. Ketika tidur, semua minyak, sel kulit mati, bakteria dan lebihan krim malam akan berkumpul di sarung bantal. Penggunaan sarung bantal tanpa ditukar dalam tempoh waktu yang lama akan menyebabkan liang pori tersumbat.

6) "LUPA" TISU BASAH
- pastikan kita membersihkan dulu wajah terlebih dahulu dengan tisu basah. Dengan cara ini, ia akan memudahkan wajah untuk dibersihkan. Membersihkan wajah tanpa dilap terlebih dahulu akan mendorong kita menggosoknya terlalu kuat dan menyebabkan iritasi kulit.

7)  INI BUKAN TEPI PANTAI
- walaupun tidak ke pantai, penggunaan krim pelindung matahari sangat penting. Apatah lagi chaya matahari sekarang sudah berbahaya dan menyebabkan kerosakan kulit. Gunakan krim pelindung matahari dengan SPF 30 ataupun lebih setiap hari sebelum keluar rumah. Tidak salah menjadikannya sebagai asas solekan, cuma minimumkan penggunaannya kerana wajah cenderung untuk lebih berminyak.

Habis dah 7 PUNCA KENAPA KULIT TIDAK CANTIK walaupun kita dah buat pelbagai caranya. Tapi bagi Kak Ct apa yang penting juga adalah nutrisi yang kita perolehi dari pemakanan kita seharian turut menjadi faktor kenapa kulit tidak cantik. jom tengok video ni  bagaimana akak ni berubah menjadi cantik hanya dengan pengambilan suplemen.

sumber : Majalah Rapi


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.


Untuk order klik sini:

 
 Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: 
Siti Noriza | ID: 852453 
SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com 
FB: Siti Noriza Binti Saleh 
* kami merupakan pengedar shaklee di Kota Tinggi, Johor dan kawasan sekitarnya, Kami juga pengedar Shaklee di Taman Pasak Indah, Felda Semenchu dan sekitarnya :)

 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015