Tuesday, May 25

KEK BATIK






terlembik cktlah kali ni kek batik ni...tapi still okey utk dimakan...kali ni tmbh milo ngn serbuk koko....sbb nak abiskan stok sebelum berpantang..he he he


RESEPI:-

cilok dari blog KAK UMMI ....


Bahan-bahan:
  • 500 gm biskut marie - patah 4
  • 250 gm butter
  • 4 biji telor gred A - pukul sikit ----aku guna 2 biji je....
  • 3/4 tin kecil susu pekat manis**(bole juga 1/2 cwn susu + 1/4 cwn gula)
  • (boleh rasa dan agak2 ikut tekak masing-masing bila campur sume)
  • 1/4 cawan serbuk koko - aku lebihkan 2/4 serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil nescafe - tkar ngn 1 cawan milo..hik hik hik
Cara Membuat:-
  1. Campurkan sume bahan kecuali biskut ke dalam kuali. Masak atas api perlahan hingga sikit pekat dan berkilat. Tutup api.
  2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata-rata.
  3. Tekan dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit butter terlebih dahulu.
  4. Masukkan dalam fridge. Bila nak makan keluarkan lebihkurang 1/2 jam, baru dipotong.

Monday, May 24

BILA MAMA X DE KEJE...apa jadi?



aku masa mc hr tu, dok menggunting kain utk buat barut ngn bedung utk baby....hasilnyer, seginilah yg aku dpt...tu pun byk lbh...bila aku rasa cm ebsar sbgt bedung tu, aku test kt mia,..hasilnyer, mmg besar pun...hu hu hu.....


mia usaha nak kuar dr bedung...ibu dia x de keje dok pedajal anak dia..ha haha


eyah...eyah..mama, mama..tolong...tolong...


uh uh...boleh pun nak buka....yeah..panaslah mama.....ha ha ha


banyak tak bedung aku? warna warni..tp semua basic warna yg sesuai ngn boy or girl..hik hik



mama, mama,,,amik gmbr mia mama...peace....


jadi tak peace mia?


peace?..cube teka, dia bljr dr mana utk buat peace?..ha ha ha


barut aku belum jahit..ni je bedung utk baby..ada 15 helai..cukup ek?

Thursday, May 20

MIA PEMINAT AIN AF8

di saat AF8 ni hampir smpai ke kemuncak, minat anak dara aku ke muzik ni makin ketara...aku harap, bila dah sekolah nanti, minat dia yg sebenar akan terserlah....tp skrg ni, dia mmg suka menyanyi...smpai satu tahap, bila aku tanya " mia nak nyanyi ke nak kaler-kaler"..dia akan jwb" nyanyilah mama"..adeh...layankan gmbr dia main gitar smbil nyanyi yg ntah satu apa pun aku x faham....sukatilah mia..asalkn ko x ajak ibu nyanyi sekali..hik hik....









abaikan rumah aku yg bersepah sbb aku mmg mals nak kemas di tmbh kesengalan bahu aku yg kene injection 3 kali tu..adeh....

Saturday, May 15

YANG TERINDAH - ADAMAYA ( KHAS UTK SUAMIKU)

Lirik Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Friday, May 14

IKAN MASAK LEMAK CILI API


Sebab aku x tau aper nama ikan ni, aku ltk jelah nama masakan ini "IKAN MASAK LEMAK CILI API".... kepalanyer hari tu aku dah masak asam pedas....kali ni badannyer aku masak lemak pulak....he he he







2 hiris dr badan ikan tu, cukup utk lauk aku bertiga makan...hik hik...


Bahan-bahan:-
- Ikan secukupnyer
- * 1 biji bawang besar
- * 3 biji bawang putih
- * 1 inci halia
- * sdkt lada hitam
- * 2 btg serai
- * sdkt cekur berserta daun..
* 1 inci kunyit idup
* 4 batang lada cili - pedas ikut tekak sndiri ye
( *bahan ni semua di tumbuk bersama-sama)
- asam keping ( dlm 2 keping )
- santan secukupnyer


CARA MEMASAK :-
- Goreng ikan dulu- jgn smpai garing
- panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk. masukkn asam keping.
- Bila dah agak masak, masukkn ikan dan santan.
- perasakan dengan garam.
- Dah siap...







Thursday, May 13

MEMANCING DI TANJUNG SEDILI

Last week, mr hubby ngn best pren dia melepaskan gian memancing di Tanjung Sedili, Kota tinggi...dan hasillnyer..............treng treng......

uh..aku pun x tau apa nama ikan-ikan ni smpaikan kene termangu dok pkr nak masak aper.....



si asben yg sntiasa nak mancing


kawan dia yg pntg di ajak utk memancing






apa nama ikan besor ni?.....ada saper2 tau...tang kepala je dah x muat periuk aku...hmm, nak kene beli periuk ngn kuali yg besorlah gamaknyer....




ikan ni, asben kata namanyer : KETARAP/BAYAN

bila sesekali dpt hasil cmni, selamt gak duit lauk aku seminggu..alah, stkt 3 org je makn, seekor pun x tntu abis tuk sehari......


Wednesday, May 12

SAMBUTAN HARI IBU


lmbt sungguh entry aku pasal sambutan Hari IBu ni....sambutan kali ni, family aku buat kt umah Nyai aku sbb adik beradik mak aku semua menyambut di sana...so, kitaorg tumpang sekaki plus setangan...he he he....layan gmbr jelah...



aku yg makin tembam dan gumuks.....


mak aku ngn ibu dia dan kakak dia..


aku rasa aku tau aku ikut saper tang suka bergmbr ni ..he he he


mak dan akak aku...


sepupu-sepupu aku..


nyai kesayangan aku ( ni nenek belah mak)>.belah abah aku, dua dua dh meninggal


cucu, anak dan menantu nyai aku


mak dan abah aku...


hah...asben aku dan abg ipar aku..bak kata kakak aku,
yg bawang merah tu abg ipar aku dan yg bawang putih tu,
laki aku...
abg ipar - ZAMRI BIN MOHD HASSAN
asben aku - MOHD ZAMRI BIN HUSSIN

senang mak aku nak panggil 2 2 menantu dia ni..panggil ZAM je, 2 2 dtg...x pun, 2 2 tak dtg...hua hua hua hua



Saturday, May 8

Memori Cinta Luka - Nassir Wahab


Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmra melewati
Kala sendu

Tersurat prpishan Ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala

Bridge:
Buka alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna

Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini

Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri


Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri



BILA RINDU KUSEBUT NAMAMU - SITI FAIRUZ



Lagu : Bila Rindu Kusebut Namamu


Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu
Aku jadi tak menentu
menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita

Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biar ku merindu
Jangan biar ku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu

APA SEBENARNYA - FAUZIAH LATIFF


Andai sampainya waktu
Aku harus tinggalkanmu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu
Dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlaku kehendakmu

KORUS:
Hanya Tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup denganmu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkanku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hati ku tak mengira ruang waktu
Mengapa dari dulu
Tak kau katakan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku
Yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
Kerana tertutup pintu hatimu
Terima penjelasan
Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua



DIA - FAUZIAH LATIFF

Lagu : Dia


Dia .. insan pertama yang bertahta
Dia.. insan pertama yang kucinta
Dia .. pernah membuat kubahagia
Dia yang mengajarku .. tentng erti rindu

Dia .. yang dulu pernah kusanjungi
Pergi sehingga kini tak kembali
Hilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

Tiada kuduga permulaan yang jernih
Menjadi keruh dengan tiba-tiba
Bisa rintangan antara ku dan dia
Cinta terhalang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati
Dia tak pernah lagi kutemui
Dia .. ku abadikan dalam jiwa
Terima kasih atas segalanya


Lagu : Ku Tak Ingin Menangis ( DJ Dave )

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Ingin ku damaikan hati
Ingin ku semaikan kasih
Mungkinkah ini terjadi
Cinta murni yang abadi

Tersiksa jiwa nan lara
Musnah dek cinta
Tak ingin menangis lagi
Cukup sudah ku rasai
Biarkan ku pergi saja
Membawa hati nan lara

Hmm hmm hmm...
Hmm hmm hmm...

MENGEMIS RINDU - NORANIZA IDRIS

punyerlah lama aku mencari tajuk dan penyanyi lagu ni. ingatkan penyanyinyer Ramlah Ram..rupenyer si Noraniza Idris.......




Di kedinginan malam ini
Ku melerai rindu dalam hati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu

Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau memahami
Segala yang terjadi

Ingin kuturuti jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engkau mengasihi

Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti

Semakin aku megingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu



Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015