Sunday, October 20

Kesan Banjir Terhadap Kesihatan Mental: Mengatasi Trauma dan Stres

Hujung tahun sekitar bulan Oktober, November, Disember sehinggalah awal tahun 2025, musim banjir pun bermula. Walau macamana sekali pun, persediaan manusia, kuasa Allah mengatasi segala galanya.  Adakah kawasan anda juga terlibat dengan musibah ini?



Ini antara banjir yang berlaku di Perak pada kali ini. Rata rata mereka yang pernah menghadapi situasi banjir ini, sudah mula membuat persiapan awal awal lagi. Tapi, ada juga sesetengah kawasan yang tidak pernah di landa banjir, tiba tiba dilanda banjir.

Saya ada ramai kawan di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Tapi saya teringat satu kisah semasa saya mengikut kawan satu politeknik dulu pulang ke rumah nya. Satu daerah di Kedah. Rumahnya 2 tingkat. Tingkat bawah rumah batu mana kala tingkat atas rumah kayu. Kiranya separa batu dan kayu. Rumah kawan saya ni dikelilingi sawah padi atau bendang. Namapun negeri Jelapang Padi kan, jadi kawasan kampung kebanyakannya mempunyai sawah padi.


Pertama kali sampai di rumah kawan saya tu, saya terus tertanya tanya, kenapa rumah tingkat bawahnya kosong? hanya ada meja makan dan dapur. Tiada sofa atau almari sebagai penghias ruang tamu. Tetapi, bila ke tingkat atas, lengkap dengan sofa, television, langsir, bilik tidur dan sebagainya. 

Bila ditanya, barulah faham. Rupa rupanya, kawasan penempatan keluarga dia tu, memang kawasan banjir. Setiap kali musim banjir, rumahnya antara yang terlibat dengan banjir. Mengenangkan kerugian yang selalu dialaminya setiap kali banjir, maka dia sekeluarga membuat keputusan untuk membiarkan tingkat bawah kosong tanpa ada perabot. 

Dan pula, bila je masuk musim hujan atau banjir, mereka tidak kelam kabut untuk mengalihkan perabot atau barang barang ditingkat bawah untuk dibawah ke atas. Memikirkan juga ibu ayah yang sudah tua untuk memikirkan barangan di tingkat bawah itu. 

Ini antara salah satu persiapan jangka masa panjang bagi kawan saya untuk menghadapi tempoh tempoh atau musim banjir. Anda bagaimana pula?

Dalam posting kali ini, saya nak berkongsi dengan semua, cara untuk memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terkawal semasa musim banjir ini. Saya mungkin tidak pernah mengalami banjir, tapi saya ingin berkongsi cara cara kita mengatasi trauma dan stress semasa banjir. 

Bagi yang pernah terlibat dengan pogram pasca banjir, saya nampak, emosi mereka ini sangat sangat tidak stabil. Ada yang baru pertama kali terlibat, sangat tertekan . lagi lagi memikirkan kerugian dan kehilangan yang mereka hadapinya. Rumah rosak, perabot rosak, dokumen dokumen yang tidak sempat diselamatkan, barangan keperluan harian, buku buku sekolah anak dan sebagainya.

Apatah lagi, bila ia berlaku semasa awal persekolah anak anak. Semua persiapan telah musnah dengan sekelip mata saja. Hilang semua duit yang terkumpul selama ini. Anak anak sedih, emosi anak anak bercelaru malahan ada yang hilang gaji disebabkan tidak boleh keluar bekerja. 

Mangsa banjir boleh mengalami pelbagai kesan dan trauma, baik dari segi fizikal mahupun emosi. Berikut adalah beberapa kesan yang sering dihadapi oleh mangsa banjir:

1. Trauma Emosi dan Psikologi:

Tekanan dan kebimbangan: Kehilangan rumah, harta benda, atau ahli keluarga boleh menyebabkan tekanan yang teruk. Mangsa mungkin sentiasa bimbang tentang keselamatan diri dan keluarga, serta masa depan mereka.

Post-traumatic stress disorder (PTSD): Ramai mangsa banjir mengalami PTSD, di mana mereka mungkin menghadapi mimpi buruk, kilas balik (flashback) kejadian, atau rasa takut yang berterusan.

Kehilangan keyakinan diri: Selepas kehilangan harta benda atau sumber pendapatan, mangsa mungkin rasa tidak berdaya atau kehilangan tujuan hidup.


2. Masalah Kesihatan Mental:

Kemurungan: Tekanan hidup selepas banjir, termasuk kesusahan untuk mendapatkan bantuan atau membina semula kehidupan, boleh menyebabkan kemurungan yang berpanjangan.

Isolasi sosial: Mangsa mungkin merasa tersisih atau tidak disokong oleh masyarakat atau kerajaan, menyebabkan perasaan kesunyian dan putus asa.


3. Masalah Kesihatan Fizikal:

Penyakit: Air banjir yang tercemar boleh membawa pelbagai penyakit seperti leptospirosis, kolera, dan demam denggi. Mangsa juga mungkin terdedah kepada jangkitan akibat kecederaan yang dialami semasa atau selepas banjir.

Kecederaan: Banjir boleh menyebabkan kecederaan fizikal seperti patah tulang, luka yang serius, atau lemas.

Kekurangan makanan dan air bersih: Ini boleh menyebabkan masalah pemakanan dan dehidrasi, terutamanya di kawasan yang sukar mendapat bantuan segera.


4. Kesan Ekonomi:

Kehilangan harta benda: Mangsa mungkin kehilangan rumah, ladang, atau tempat perniagaan, yang memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk dipulihkan.

Kehilangan pekerjaan: Banjir yang melumpuhkan infrastruktur boleh menyebabkan kehilangan peluang pekerjaan, terutamanya di sektor pertanian dan perniagaan kecil.


5. Gangguan Hubungan Keluarga:

Ketegangan dalam keluarga: Kehidupan dalam keadaan sukar, seperti di pusat perlindungan sementara, boleh menyebabkan ketegangan di antara ahli keluarga, terutama jika ada kekurangan makanan atau ruang peribadi.

Kehilangan ahli keluarga: Kehilangan ahli keluarga akibat banjir boleh membawa kesan jangka panjang dari segi emosi dan psikologi.


Kesemua ini menunjukkan bahawa trauma akibat banjir bukan hanya terhad kepada kerugian material, tetapi juga membawa kesan mendalam terhadap kesejahteraan mental dan fizikal mangsa. Bantuan psikologi dan pemulihan yang berterusan sangat penting untuk membantu mangsa pulih sepenuhnya.

Jadi, kita perlu menjaga hati antara kita sesama kita dan saling mengambil berat dengan mereka yang terlibat dengan banjir. Apatah lagi kanak kanak atau mereka yang terkesan dengan banjir ini. 


KITA JAGA KITA


SITI NORIZA SALEH
NO AHLI : 852453
PENGEDAR SHAKLEE KOTA TINGGI, JOHOR

WhatsApp: 0137374958
Pengedar Shaklee Kota Tinggi

Kalau berminat nak join ahli, boleh wasap saya atau klik je link dibawah ini


Boleh dapat bonus juga kan?


Tapi, janji guide saya tau kalau saya dah jadi ahli!

Ye, saya guide. Nak buat bisnes pun boleh je.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

2 comments:

  1. terima kasih untuk nasihat semasa banjir

    ReplyDelete
  2. Sememangnya bila alami banjir secara tiba2 ni akan dtgkan trauma kan.. apatah lagi yang berulang2 dalam masa terdekat.. tq for sharing...

    ReplyDelete

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015