Tuesday, July 18

BEKERJA DARI RUMAH

Alhamdulillah, saya sudah bekerja dari rumah sejak tahun 2012. Ia satu keputusan yang tidak pernah saya sesali dari dulu hingga sekarang. 
Kalau diberi pilihan pun, saya tetap akan buat keputusan yang sama iaitu bekerja dari rumah.

Malahan Bekerja Dari Rumah ini adalah benda yang memang saya pasang niat sejak saya ada anak 2 orang lagi. 

ini anak pertama saya. Sejak dia berumur 4 tahun, saya dah cakap dengan suami, saya nak berhenti kerja paling lambat masa dia berusia 7 tahun. 

Saya nak uruskn persekolahan anak saya dari rumah. Saya nak hantar dan ambil dia pergi dan balik sekolah. Sebab apa?

Sebab masa tu tengah kecoh pasal ada budak meninggal dalam bas sekolah. Dan driver tak perasan budak tu tertidur di belakang sekali. 

Sebak gilalah masa tu. Terus rasa risau sebab masa tu saya duduk di Kulai, Johor dan rasa macam : aduh..siapa nak uruskan dia pergi balik sekolah kalau aku bekerja?

Jadi masa tu saya fikir, saya ada masa 2 tahun untuk pastikan segala hutang piutang saya selesai sebelum saya berhenti kerja. 

Rasa ragu ragu tu memang ada, sehingga Allah temukan saya dengan bisnes Shaklee dan dikurniakan anak kedua.

 Karenah dia pula, hari hari menangis bila hantar kat rumah babysitter. Siap buat drama air mata, tarik tarik tudung, baju mama dia. Tak nak kena tinggal dekat nursery. 

Sehinggalah ada satu ayat dari anak sulung yang masa tu berusia 5 tahun. 

"Dahlah dik. Mama lebih pentingkan kerja dari kita".

Sentap!!

Terus nangis dalam kereta masa tu. ,🥺🥺🥺 Tak snagkalah ayat tu keluar dari mulut dia. 

Balik tu, saya cakap dengan suami, saya nak berhenti kerja. Hati saya takde kat pejabat.

Subhanallah, masa tu juga, income Shaklee saya dah lebih dari gaji saya masa tu. Awal bulan 12 tahun 2011, saya berhenti kerja 

Dan dapatlah saya title ' Work At Home Mother!

🥰🥰

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015