ini pandangan saya dulu dululah. Tapi bila mula berkahwin dan jumpa partner yang suka travel, rasa seronok. Cuma disebabkan kekangan masa, kami jarang travsel semasa masih berdua. Alhamdulillah, bila ada anak anak, rezeki kami untuk tumpang travel bersama sama mereka.
Jadi, hari ini, saya nak berkongsi Tips Travel untuk yang ada anak kecil, tapi bukan bayi ye. Cuma tips untuk anak anak yang baru pertama kali travel menaiki kapal terbang.
Lokasi kami yang pertama kali travel adalah ke Kota Kinabalu, Sabah. Masa ni anak pertama berumur 7 tahun dan adiknya berumur 4 tahun. 1st time kami sekeluarga naik kapal terbang. 1st time lak terus ke Sabah. ha ha ha. mama pun kecut sebenarnya. Tapi sebab mama pernah naik flight ke KL dari Johor Bahru, so tahulah sikit sikit perjalanan dari nak check in luggage dan seterusnya.
Benda paling penting bila ada anak anak ni ialah, kita kena tahu apa yang boleh buat mereka duduk diam atau yang boleh tenangkan mereka. Macam mereka berdua ni, saya bawak buku kegemaran mereka siap siap. masa menunggu nak masuk kapal terbang pun kami memang tidak bagi mereka terlalu penat sebab risau dalam kapal terbang nanti, akan mengamuk kepenatan.
Bila dalam kapal terbang, mereka mula seronok dan rasa nak bergerak ke depan belakang nak rasai pengalaman naik kapal terbang tersebut. Jadi kami mula keluarkan buku, alat tulis dan juga makanan kegemaran mereka. Selain bagitahu yang mereka kena duduk diam diam tanpa perlu kacau orang depan dan belakang.
kami amik seat sebaris untuk mudahkan kami monitor mereka berdua. Sebab apa kami ke Kota Kinabalu,Sabah inilah aktiviti kami! jumpa upline, sideline, downline di suasana penuh meriah dan malu malu sebab baru pertama kali berjumpa. ha ha haha.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.