Wednesday, February 13
TANDEM NURSING - CARA UNTUK MENJAYAKANNYA
Bagi mereka yang ingin menjayakn tandem nursing, ianya adalah satu cabaran yang sangat kuat dan perlu ditempuhi oleh ibu dengan penuh kesabaran dan komitmen yang tinggi...
Ibu perlu menjaga diri dengan makan makanan yang berkhasiat, kerapkan penyusuan, minum air dalam kuantiti yang betul dan daptkan rehat yang secukupnya. Selain itu, ibu harus menjauhi minuman berkafien dan melakukan senaman ringan setiap hari sekurang-kurangya sekali. Ia membantu ibu tidur lebih lama dan mudah terjaga di waktu malam.
Ibu harus mempersiapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya sejak dari awal agar dapat memastikan si manja menikmati khasiat susu ibu tanpa ada yang perlu bercerai susu. Ibu harus kuat, tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang dan paling penting, suami turut perlu mempunyai ilmu penyusuan agar mampu menyakan tandem nursing. Ibu perlu banyak bersabar dengan karenah permata hati. kepercayaan pada diri sendiri penting kerana semua ibu mampu menyusukan anak mereka walau berapa bilangnnya.
antara langkah langkah penting yang perlu ibu tahu :-
1) AMAL PEMAKANAN TINGGI KHASIAT
- Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil manakan sihat seperti daging, buah-buahan, sayur-sayuran , bijirin penuh dan produk tenusu. Makanan diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi. makanan ringan seharusnya dihadkan. Juga jangan lupa minum lebih banyak air.
2)TETAPKAN GILIRAN ATAU SERENTAK?
- dalam beberapa hari pertama, ibu pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan. setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.
3) KENAL PASTI POSISI BERSESUAIAN
- ibu boleh mengaplikasikan pelbagai posisi. Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi cradle hold atau football hold atau menggabungkannya. Antara lain anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring. Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.
4) BERTENANG
- Susukan bayi dalam keadaan tenang agar ana dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlansung.
5) MINTA TOLONG
- Mintalah pertolngan daripada suami, ibu, ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.
Labels:
PENYUSUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment