Bagi para ibu yang pertama kali melaluinya atau bakal melaluinya, pasti akan risau samada mampu atau tidak mengharungi cabaran penyusuan itu sendiri. Menyusukan bayi tidak semudah yang kita sangkakan. Malah, kita tidak akan berjaya hanya dengan sekali melakukannya...tapi, dengan teknik penyusuan yang betul, Insya Allah anda mampu mengharunginya...
Untuk permulaan, saya berikan secara ringkas teknik yang perlu anda fahami ;
1) SEBELUM MENYUSUKAN BAYI
- Lembutkan payu dara dengan meletakkan kain tuala yang hangat pada payu dara selama beberapa minit atau berdiri di bawah pancuran air suam.
2) URUT PAYUDARA
- Dengan perlahan-lahan, urut payudara anda menggunakan tangan. Cuba picit keluar sedikit susu untuk mengurangkan bengkak. Gerakkan jari anda ke bawah menghala ke arah areola.
3) MENCARI PUTING
- sebelum menjalani proses penyusuan bersama bayi, pastikan kedudukan anda dan bayi adalah betul. Bayi mempunyai naluri untuk mencari puting susu itu sendiri. Ibu hendaklah sentiasa meransang naluri bayi dengan mengusap pipi bayi. Bayi akan berpaling ke arah payu dara dan mencari puting anda
4) MELEKAP
- Sebaik saja, bayi menjumpai puting susu, bayi akn menggunakan rahangnya dengn cara menekan takungan susu pada dasar aerola. IBu akan merasa tidak selesa atau sakit sekiranya bayi hanya memasukkan puting susu ke dalam rahang bayi
5) SELEPAS BAYI SENDAWA ATAU TIDUR
- Kebanyakan bayi akan tertidur atau sendawa pada hisapan di sebelah payudara saja. BAgi ibu, anda boleh mengeluarakn puting anda dengan memasukkan jari kelingking anda di dalam mulut bayi sekiranya bayi sudah tertidu, tetapi tidak puting tidak keluar dari mulut bayi. sekiranya bayi bangun, tawarkan kepada bayi, payudara yang satu lagi
sumber : koleksi PA & Ma
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah. Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment