Pernah tak kita bangun setiap pagi dan kita rasa lesunya pagi ni. Nak bangun malas, nak pergi kerja malas, nak buat apa apa pun rasa malas. Rasa macam nak baring seharian je. Walaupun hari tu bukan hari Isnin! yelah, kan ada istilah monday blues kan?
Kali ni, saya nak share tips buat kita sentiasa rasa bersemangat setiap hari. walaupun dalam minggu tu adalah minggu paling sibuk dan paling memenatkan bagi kita. Tips ni ada yang saya ambil dari tips kawan kawan lain atau pun tips dari mereka yang pakar, tapi juga tips dari saya sebagai rakyat marhaen yang buat 2 3 4 kerja sekaligus. Gitu...
TIPS YANG BIASA ORANG CADANGKAN.
- Tidur lebih awal dari kebiasaannya. iya, ramai yang cadangkan kalau kita dah penat, kita perlu tidur lebih awal. Supaya esok pagi kita bangun lebih cergas dan cerdas. Supaya badan lebih banyak masa untuk berehat.
- Makan yang teratur dan on time. Ada sesetengah orang, bila dia terlepas waktu makan dia, dia akan mula rasa tak menentu. Nak tidur tak selesa, nak buat kerja tak selesa. Jadi emosi dia akan mula rasa tak stabil. Rasa macam ada je yang tak kena pada dia hari tu. Bila dah jadi macam tu, mulalah mood hilang kan. Semangat nak buat kerja pun rasa terganggu.
Jadi, anda perlu jaga pemakanan anda seharian untuk mengelakkan mood anda ke laut.
- Mandi sebelum tidur. Ye, bila badan dah letih seharian, sebelum anda tidur, pastikan anda mandi dan bersihkan badan anda. Paling best, jangan lupa pakai sabun yang mengeluarkan bau bauan yang menyegarkan anda sebelum tidur. Kalau anda juga bauan Lavender, belilah sabun mandi atau shampoo yang ada bauan tersebut. ia bantu anda tidur lena dan dapatkan tidur yang berkualiti
dan ada pelbagai tips lagi yang boleh anda baca di blog QASEH FIRDAUS ni. Atau anda juga boleh blog walking ke blog blog yang banyak memberi tips motivasi untuk anda. hah, sekarang Nurie ( nama panggilan sayalah kan ) nak bagi tips cara Nurie pula.
TIPS SAYA BERSEMANGAT SETIAP HARI.
kerja saya memang penat. Saya buat 2 3 kerja sekarang ni. Banyak "topi" yang saya pakai setiap hari. Ye betul, bila badan letih, minda letih, kita rasa burn out. Tapi kita kena teruskan hidup kita selagi kita hidup dan selagi banyak hutang hutang yang perlu kita bayar. Betul kan?
Nak bersemangat hari hari, memang susah nak dapat kecuali kita tergolong dalam golongan orang yang :-
1) Banyak duit
2) Tiada hutang yang perlu dibayar
3) Tiada masalah yang perlu difikir
4) Kita dapat apa yang kita dapat
Tapi betul ke bila semua tu ada dan cukup, kita akan bersemangat ? Hanya mereka yang berada di situasi berkenaan je tahu dan alaminya.
Okey, saya ada terbaca yang otak kita ni, bila dah biasa buat benda yang sama berulang ulang kali, otak akan jadi tepu dan ia buat minda kita rasa tak tercabar. Sebab tiada yang perlu otak ni berfikir secara berlainan dari hari hari biasa.
Jadi, bila kita cuba sesuatu yang baru, otak mula bekerja dan buat adreline kita akan mula rasa "seronok" untuk memulakannya atau membuat benda yang baru tu. Contoh, kita tak pernah belajar pasal AL atau berkaitan dengan ilmu baru. Kita mula meneroka ilmu tersebut dan rasa seronok bila apa yang kita explorer tu menjadi. Kan sekarang ramai orang mula membuat gambar gambar dari AL ini dan menghasilkan gambar gambar yang menarik.
Kita rasa teruja dan rasa ingin buat lagi dan lagi. Apatah lagi, bila hasil yang kita dapat tu membuatkan orang puji hasil kerja kita dan bila diberi peluang, ada yang berminat dengan hasil kerja kita. Maka, ada rasa "sesuatu" yang buat kita rasa seronok dan excited apa lagi yang kita boleh dapat dari ilmu tersebut.
Sama juga konsepnya kalau kita bekerja benda yang berulang ulang. Kita akan mudah rasa bosan dan rasa ooo semua sama je setiap hari. Apa apa pun boleh handle dan buat. Benda dah jadi rutin kan? kalau makan lauk yang sama hari hari pun, akan rasa bosan. Rasa macam, hmmm tak mencabarnya hidup aku hari ni.
Tapi bila setiap malam atau setiap pagi, kita dah set yang hari ni kita nak buat sesuatu yang lain, kita akan rasa teruja. Benda yang simple pun, boleh buat kita bersemangat. Contoh, oo hari ni aku nak beli nasi lemak kat tepi kilang aku tuelah. Then aku nak bagi kat makcik cleaner kat opis. benda kecil tapi impaknya besar pada kita dan orang lain. Apatah lagi lihat makcik jual nasi lemak tersenyum ada orang beli jualan dia, then makcik cleaner rasa bersyukur dapat rezeki nasi lemak pagi tu.
Benda simple, tapi impaknya besar untuk kita. Hanya dengan senyuman dari orang lain, buat kita rasa gembira dan bersemangat.
yang pasti, bersyukurlah dengan apa yang kita ada atau kita hadap, sebab berpeganglah pada ayat :
APA YANG KITA MILIKI HARI INI, ADA ORANG LAIN YANG BERHARAP UNTUK MEMILIKINYA