Alhamdulillah, bulan ni dan bulan depan, Shaklee membuat kolaborasi dengan produk yang disukai ramai oleh ibu ibu mengandung dan berpantang iaitu Tanamera. Pernah dengar? saya pernah gunakan minyak produk ni semasa mengandung anak pertama. Guna untuk hilangkan gatal gatal di perut dan juga untuk elakkan ada kesan strechmark selepas bersalin.
Tapi tapi, Set Mengandung ini cukup lengkap sebab ia berkaitan dalaman dan luaran untuk kesihatan wanita mengandung dan juga wanita berpantang. Cuma untuk artikel hari ini, saya lebih tekanan berkenaan set mengandung Shaklee yang terbaru ini. Untuk permulaan, set mengandung ini agak limited sebab ia dikira kolaborasi 'PERCUBAAN' antara produk Shaklee dan Tanamera. Jadi, kalau ramai yang membeli, mungkin tak tahulah bila lagi set ini akan muncul dipasaran. Untuk permulaan, Shaklee sasarkan set ini akan dijual untuk bulan September dan Oktober saja.
Poster rasmi sempena kolaborasi Shaklee dan Tanamera. Dalam set ini ada B complex yang mana dalamnya ada acid folik yang wajib ibu mengandung ambil setiap hari.
Ada juga multivitamin, Energizing Soy Protein dan Ostenutrix. Semua produk ini adalah untuk membantu ibu ibu sihat dari dalaman semasa tempoh kehamilan.
No comments:
Post a Comment