Wednesday, August 30

VITAMIN UNTUK WANITA

sebagai seorang wanita yang pernah bekerja di pejabat, mengandung, melahirkan dan menyusukan anak, saya akui dengan kehidupan dan corak pemakanan saya yang tidak menentu, saya memang memerlukan tenaga yang lebih untuk saya kekal cergas dan cerdas.

masa saya melahirkan anak pertama, saya agak terburu buru bercuti. Ia, saya ambil cui seminggu awal dari tarikh yang dianggarkan saya akan bersalin. Rupa rupanya, pada tarikh tersebut, saya masih belum melahirkan dan doktor menasihatkan saya menunggu sehingga 40 minggu iaitu hari terakhir untuk saya warded. 

Jadi, bila saya sudah bersalin dan cuti bersalin saya sudah berjalan sejak hari pertama saya ambil cuti, Bila dikira kira, saya akan masuk bekerja pada hari ke 40 selepas saya bersalin. Tapi nak buat macamana, ia kesilapan saya juga. Badan masih belum fit, tapi Alhamdulillah, kawan kawan opis dan bos sangat memahami. Saya hanya buat kerja kerja ringan saja. Akan tetapi, badan sangat sangatlah lemau apatahlagi, saya bersalin czer dan tidak makan apa apa jamu atau produk vitamin semasa berpantang. Hanya berpantang dari segi minuman dan makanan saja. 

Sehingga lah anak ketiga, waktu ini saya sudah bekerja dari rumah. Ye, bila di rumah, ia lebih memenatkan emosi dan mental. Alhamdulillah, jarak bersalin dengan anak sebelumnya agak jauh sekitar 9 tahun, ia membantu untuk saya berehat semasa berpantang. Akan tetapi,  ditambah usia yang dah 39 tahun, bersalin czer dan buat proses BTL, ia lebih menyakitkan. Saya mengambil set kehamilan dan set berpantang Shaklee sepanjang 9 bulan dan 2 bulan bersalin. 

Sehingga sekarang, saya masih konsisten dengan semua vitamin vitamin ini. Lebih lebih lagi yang berkaitan dengan tenaga, hormon dan juga sendi sendi. Umur sekarang sudah mencecah 42 tahun, dan fasa akan mula mudah didatangi penyakit penyakit tertentu.


Saya suka ambil Vivix pada awal pagi. Ia bantu saya untuk lebih cergas pada awal pagi. Vivix juga membantu memperbaiki DNA saya yang membuatkan sel sel dalam badan lebih baik dan membuang sel sel yang mati. Fungsinya untuk memastikan sel sel dalam badan adalah sel sel yang sihat, yang boleh mengelakkan dari penyakit penyakit yang tertentu.



Ambil 3 biji Res V pada waktu malam sebelum tidur, bantu kita dapat tidur yang lebih lena dan berkualiti. Selepas seharian badan penat, minda pun penat, maka sewaktu tidur, badan dan minda dapat berehat dengan lebih baik. Tidur pun bukan sebarang tidur, Res V bekerja sewaktu kita tidur.


ESP adalah sinonim dengan saya sejak saya kenal Shaklee. Ia ada dalam set penyusuan yang mana membantu saya mencapai misi susukan anak sehingga 2 tahun. ESP adalah soya protein yang membantu kulit lebih cantik, boleh kawal pemakanan kita, dan bantu kita lebih cergas



GLA Complex sangat sangat bagus diambil oleh wanita. sebab apa? ia bantu stabilka hormon dalam badan kita, bantu kita stabilkan emosi dan pastinya kalau mereka yang sedang berusaha mendapatkan anak, vitamin ini boleh menjadi salah satu usaha untuk naikkan peluang kehamilan kita.


kalau sesiapa ada masalah senggugut, vitamin ni sangat sesuai diambil bersama GLA Complex. Bantu kita atasi masalah sakit senggugut dan cramp. Kalau yang sedang usaha untuk menyusukan anak, Alfalfa Complex ni sangat wajib diambil. Ia bantu cepatkn proses penghasilan susu badan kita.
Kalau ada masalah pembuangan atau ada masalah kulit, ambil sehingga 10 biji untuk dapatkan hasil yang berkesan.



Hah, Vitamin C ni wajib diambil oleh semua orang. Selain ia bagus untuk tingkatkan imun badan setiap orang, ia bantu mengekalkan kulit yang cantik. orang perempuankan suka kulit yang cantikkan so vitamin C ni wajib korang beli dan makan setiap hari.



Kalau yang ada masalah hb rendah, wajib beli vitamin ni. Sekarang nama dia vitalize iaitu multivitamin. Kalau rasa tak nak makan banyak banyk atau ada kekangan untuk beli vitamin vitamin lain, kena ambil multivitamin ini. 1 botol ada 120 biji kegunaan dalam 3-4 bulan. 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015