hari ni ada jengok2 blog orang lain..dan ada cerita yang buat aku pun nak berkongsi citer pasal aku lak. Subjek utamanya, apabila anak atau bayi yang kita hantar ke taska atau pengasuh dengan baiknya, dan tiba2 ada sesuatu yang tak terduga berlaku pada anak atau bayi kita.
masa tu, mia masih lagi berumur 3 bulan lebihlah.dan aku perasan yg ptg aku amik dia dr taska tempat aku hntr dia, dia dah mula rengek2...tapi badan tak panas...mungkin dia penat kot.sebab masa tu seingat aku, mia dah mula nak cuba golekkan badan dia...mlmnyer dia still merengek2 gak...paginyer aku tukarkan baju dia sebab aku rasa badan dia mcm panas...dan bila aku angkat tangan kiri dia, dia makin kuat nangis..tapi aku masih tak perasanlah..bila sampai kat taska tu, aku tanyalh mia ada nangis atau tak masa kat taska..dengan confidentnyer akak tu ckp, mia ok..tak nangis2...
ptgnya, aku dpt call dr akak tu ckp mia demam..oh..mungkin sebab dia nak demam tu yg dia merengek2 je kot..aku think positiflah.aku amik dia laps aku balik keja dan mmg sah dia demam...bawa gi klinik dan amik ubat demamlah...mlmnya, aku ngn hubby aku gilir2 jaga dia sebab kitaorang terlalu risau kalau dia demam..( anak pertamakan)...nerves gaklah...dlm kul 11, bila aku tgok dia dah tido lena laps makan ubat, aku amik turn tido lak....kul 2 pagi, dia merengek2...aku diam kan je sebab aku perasan hubby aku bangun utk dodoikn dia...tapi, aku perasan, rengek dia lain mcm...dlam sedar tak sedar, hubby aku kejut aku suruh aku tkr baju..aku dlm mamai2 tu, bngun gaklah..tapi still tak tahu apa yg berlaku,,..bila hubby aku tgok aku ni lambt sgt nak tkr baju, baru dia jerit "cepat yang, mia mcm kena sawan"..aku apalgilah, capai je tudung tanpa smpt pakai skarf..dan bila hubby aku serahkan mia kat aku..Ya Allah, mata dia dah ke atas dan dah tak nmpak mata hitam dia lagi....
Aku selawat byk2 dan risau ssgt...nasib baik jarak umah aku ngn hospital kulai ni tak jauh...tapi, hubby aku dah kelam kabut, dia langgar je lmpu merah...dan masa tu aku takleh nak pkr apa2lah..aku masukkn jari aku dlm mulut mia sebab takut dia kancing gigi (masa tu aku tak teringt lak yg mia ni tak der gigi lagi)....smpai mulut aku suruh hubby aku drive cepat2...
sampai kat spital, aku terus ke kecemasan dan doktor India tu pun kelam kabut bila tgok mia mcm tu..dah feed sesgt....dioarg try bagi pernafasan tapi, hidung dia tersumbat lak...doktor masukkan wayar ( tiub ) utk kosongkan laluan pernafasan mia..aku dah tak tentu arah..nasib baik aku dibenarkan masuk untuk tgok mia...aku dah nangis2 gak masa tu...Alhamdulillah, bila mia dah tak kenjang dan dah boleh bernafas, aku turut lega dan turut terduduk di lantai spital tu...sambil tersedu-sedu gaklah...akak nurse tu yg pujuk aku...(malu gak sbrnya )....so, mia kena tahan wadlah...bila kat wad, nurse tu perasan yang tgn kiri mia dah mula pucat dan biru..mcm patah....dia check kat satu bilik yg mana aku takleh nak masuk w,pun aku merayu2 nak tgok mia...hubby aku pun dah tak tentu arah,...bila nurse tu kuar dari bilik tu, dia tanya aku samada mia ada jatuh atau tak....aku jawb confirm tak der....nurse tu suruh aku call taska tu pg tu tanya samada mia ada jatuh atau tak masa kat sana...aku tgok jam masa tu pukul 6.30 pagi...aku terus call akak tu dan tanya....bersungguh2 dia menafikan yg mia pernah jatuh...dia kata dia jaga mia ngn hati2...
aku minta nurse tu buat x-ray kat anak aku dan nurse tu sndiri risau kalau mia patah tangan....masa menunggu untuk bawa ke x-ray, aku dibenarkan untuk dokong mia...sedih dan pilunyer hati aku tgok keadaan mia mcm tu...dengan tangan kirinya yg biru dan pucat dari bahu hingga ke jari-jemari, buatkan aku tak dpt nak tahan air mata aku...dlm aku berkata : smpai hati akak tu buat anak aku mcm ni......Alhamdulillh...keptusan dr x-ray tu, mia cuma terkehel ...dan paling mengejutkan aku, kawsn yg terkehel tu, dah lembam menunjukkn perkara tu dah lama terjadi..mybe dlm seminggu lbh...sebak hati aku...2 hari gaklah mia kena thn wad...hari terakhir kat wad, aku nekad nak mencari bbyster yg hanya jaga anak aku je...aku memujuk ibu mertua sedara aku untuk jaga mia...aku mmg tak nak hntr mia kat org yg aku tak kenali mahupun taska....sampai sekarang pun, hubby aku "ban" taska utk mia..dia kata, tunggu mia pandai ckp baru dia akan hntr mia ke taska....
sebab tuelah, kalau aku baca atau dgr2 cerita pasal baby yg ditimpa bencana semasa di taska atau nursery, buatkan aku terkenang cerita lama....sehingga sekarang, kalau mia demam je, aku akan mula peratikan dia sebab dia ada potensi utk kena sawan lagi.....
Siti--> Syaura dulu dari 5 bulan dah masukkan ke taska,memang agak tidak terurusla tapi yang bestnya dia banyak belajar..balik nyanyi pandai baca abc suma..nasib baik takde pape hal or bencana yang menimpa..BTW, nape RSS siti nih still blog mimi takleh nak detect kalu ada new update yer?? mm..konpius!
ReplyDeletetak taulah nak ckp...ke ct tak aktifkn RSS tu?..he he he..sesungguh ct mmg kayu IT...hu hu hu...itulah, bila la ni, nak anto kat umah org lain, dia dah tak nak lak...kalau dia dok umah pun, dia diri je depan grill pintu tu tgok luar..nak jalan2lah tu....boring agknyer kat umah..
ReplyDelete