Wednesday, August 30

VITAMIN UNTUK WANITA

sebagai seorang wanita yang pernah bekerja di pejabat, mengandung, melahirkan dan menyusukan anak, saya akui dengan kehidupan dan corak pemakanan saya yang tidak menentu, saya memang memerlukan tenaga yang lebih untuk saya kekal cergas dan cerdas.

masa saya melahirkan anak pertama, saya agak terburu buru bercuti. Ia, saya ambil cui seminggu awal dari tarikh yang dianggarkan saya akan bersalin. Rupa rupanya, pada tarikh tersebut, saya masih belum melahirkan dan doktor menasihatkan saya menunggu sehingga 40 minggu iaitu hari terakhir untuk saya warded. 

Jadi, bila saya sudah bersalin dan cuti bersalin saya sudah berjalan sejak hari pertama saya ambil cuti, Bila dikira kira, saya akan masuk bekerja pada hari ke 40 selepas saya bersalin. Tapi nak buat macamana, ia kesilapan saya juga. Badan masih belum fit, tapi Alhamdulillah, kawan kawan opis dan bos sangat memahami. Saya hanya buat kerja kerja ringan saja. Akan tetapi, badan sangat sangatlah lemau apatahlagi, saya bersalin czer dan tidak makan apa apa jamu atau produk vitamin semasa berpantang. Hanya berpantang dari segi minuman dan makanan saja. 

Sehingga lah anak ketiga, waktu ini saya sudah bekerja dari rumah. Ye, bila di rumah, ia lebih memenatkan emosi dan mental. Alhamdulillah, jarak bersalin dengan anak sebelumnya agak jauh sekitar 9 tahun, ia membantu untuk saya berehat semasa berpantang. Akan tetapi,  ditambah usia yang dah 39 tahun, bersalin czer dan buat proses BTL, ia lebih menyakitkan. Saya mengambil set kehamilan dan set berpantang Shaklee sepanjang 9 bulan dan 2 bulan bersalin. 

Sehingga sekarang, saya masih konsisten dengan semua vitamin vitamin ini. Lebih lebih lagi yang berkaitan dengan tenaga, hormon dan juga sendi sendi. Umur sekarang sudah mencecah 42 tahun, dan fasa akan mula mudah didatangi penyakit penyakit tertentu.


Saya suka ambil Vivix pada awal pagi. Ia bantu saya untuk lebih cergas pada awal pagi. Vivix juga membantu memperbaiki DNA saya yang membuatkan sel sel dalam badan lebih baik dan membuang sel sel yang mati. Fungsinya untuk memastikan sel sel dalam badan adalah sel sel yang sihat, yang boleh mengelakkan dari penyakit penyakit yang tertentu.



Ambil 3 biji Res V pada waktu malam sebelum tidur, bantu kita dapat tidur yang lebih lena dan berkualiti. Selepas seharian badan penat, minda pun penat, maka sewaktu tidur, badan dan minda dapat berehat dengan lebih baik. Tidur pun bukan sebarang tidur, Res V bekerja sewaktu kita tidur.


ESP adalah sinonim dengan saya sejak saya kenal Shaklee. Ia ada dalam set penyusuan yang mana membantu saya mencapai misi susukan anak sehingga 2 tahun. ESP adalah soya protein yang membantu kulit lebih cantik, boleh kawal pemakanan kita, dan bantu kita lebih cergas



GLA Complex sangat sangat bagus diambil oleh wanita. sebab apa? ia bantu stabilka hormon dalam badan kita, bantu kita stabilkan emosi dan pastinya kalau mereka yang sedang berusaha mendapatkan anak, vitamin ini boleh menjadi salah satu usaha untuk naikkan peluang kehamilan kita.


kalau sesiapa ada masalah senggugut, vitamin ni sangat sesuai diambil bersama GLA Complex. Bantu kita atasi masalah sakit senggugut dan cramp. Kalau yang sedang usaha untuk menyusukan anak, Alfalfa Complex ni sangat wajib diambil. Ia bantu cepatkn proses penghasilan susu badan kita.
Kalau ada masalah pembuangan atau ada masalah kulit, ambil sehingga 10 biji untuk dapatkan hasil yang berkesan.



Hah, Vitamin C ni wajib diambil oleh semua orang. Selain ia bagus untuk tingkatkan imun badan setiap orang, ia bantu mengekalkan kulit yang cantik. orang perempuankan suka kulit yang cantikkan so vitamin C ni wajib korang beli dan makan setiap hari.



Kalau yang ada masalah hb rendah, wajib beli vitamin ni. Sekarang nama dia vitalize iaitu multivitamin. Kalau rasa tak nak makan banyak banyk atau ada kekangan untuk beli vitamin vitamin lain, kena ambil multivitamin ini. 1 botol ada 120 biji kegunaan dalam 3-4 bulan. 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA

Biasa orang tanya, ada doa khusus ke untuk orang yang berniaga? Bagi saya doa ni asalnya tiada yang khusus, tapi bila kita nak gunakan untuk sesuatu, contohnya untuk eratkan kasih sayang antara suami isteri atau nak anak anak dengar kata, ada ayat ayat Al quran atau doa yang menekankan bab itu.

Hari ini saya nak berkongsi mengenai doa yang bagus untuk wanita. Mana tau ada yang mencari atau selalu baca doa ini tapi tidak tahu maksud di sebalik doa doa tersebut. Insya Allah,semoga ia menjadi amalan kita bersama.


buku ni saya baru beli. Suka buku ni sebab ia lengkap untuk amalan seharian kita sebagai seorang wanita. Walaupun doa doa itu sebenarnya, boleh juga digunapakai oleh lelaki. 

Doa yang boleh diamalkan setiap pagi, ialah doa ini. DOa ini dikenali juga sebagai doa pembuka pintu rezeki pada kita semua. Boleh dibaca berulang ulang kali mengikut kemampuan kita. 



Selain itu, ada amalan amalam zikir yang boleh kita buat semasa membuat kerja kerja rumah atau pejabat. Doa dan zikir ini tidak semestinya hanya ketika di atas sejadah, tapi juga bila bila masa di mana kita berada ( tempat yang sesuai ) dan bila bila kita ingin lakukannya. 

lagi satu doa yang kita sebagai wanita, isteri, ibu dan sebagai anak, boleh juga amalkan doa ini untuk keshatan kita dan seisi keluarga. Semoga Allah hindarkan kita semua dari penyakit yang merbahaya dan jauhkan kita dari kemiskinan. 

Nak tahu doanya?

jom sama sama hafal dan amalkan. 



doa ini kalau perasan, ia ada dalam Al Mathurat yang kita baca pada waktu pagi atau pada waktu petang. Insya Allah, bila kita amalkan dengan yakin, Insya Allah, ia akan dipermudahkan oleh Allah.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, August 12

MANFAAT VITAMIN E

Vitamin E Shaklee
Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang terkenal dengan fungsinya melindungi sel – sel dan tisu dalam badan dari kerosakan akibat radikal bebas.

Vitamin E Shaklee terdiri daripada alpha-tocopherol concentrate lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.




Perbezaan Vitamin E Shaklee Dan Vitamin E Biasa
Vitamin E Shaklee:
~ Bersumber semulajadi
~ Pada label ada huruf 'd' (ini bermakna ia adalah sumber asli)
~ Lebih mudah diserap oleh badan

Vitamin E Biasa :
~ Vitamin Sintatik
~ Pada label ada huruf 'l' (ini bermakna sumber tiruan atau sumber kimia)
~ Tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudian hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Kebaikan Utama Vitamin E :
* Bertindak sebagai antikoagula (anticoagulant) yang mengurangkan kebolehan darah untuk membeku. Ini mengurangkan risiko penyakit strok akibat darah beku dan penyakit jantung.
* Membantu menguatkan 2 enzim penting yang menjana sejenis bahan dipanggil prostacyclin, iaitu sejenis komponen yang menghalang blood clot dan memastikan salur darah sentiasa dalam keadaan baik.
* Membantu menjaga permukaan dalam salut darah agar sentiasa licin - mengelakkan pembentukan plak kolesterol
* Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel badan kita.
* Vitamin E dpt membantu pembesaran tulang yang sihat dengan melawan bahan kimia dan asid yang boleh menggangu pembentukan tulang.
* Vitamin E membantu fungsi sistem badan seperti :
- Sistem saraf
- Sistem otot
- Sistem pembiakan (proses pembentukan gen)

Ringkasan Kebaikan Vitamin E :
  ~Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  ~Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
  ~Meningkatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
  ~Anti oksidan.
  ~Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
  ~Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  ~Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  ~Menyelesaikan masalah kelesuan.
  ~Mengurangkan risiko parut yang besar.
  ~Merendahkan kadar kolesterol.
  ~Membantu mencegah kanser.
  ~Merendahkan risiko katarak

Kekurangan Vitamin E :
Malasah kekurangan Vitamin E biasanya berkait rapat dengan sel badan yang tidak boleh menyimpan lemak sedangkan Vitamin E adalah bersifat larut lemak dan perlukan lemak untk bergerak ke bahagian yang diperlukan dalam badan.

Kekurangan Vitamin E alpha-tocopherol menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.

Gejala – Gejala Kekurangan Vitamin E :
- Anemia (kurang bilangan sel darah merah atau haemoglobin)
- Masalah berkaitan system pembiakan
- Susah mengamdung
- Senang keguguran
- Tanda penuaan pada kulit (age spots)
- Katarak
- Hilang nafsu seksual
- Rambut kering & gugur
- Kelemahan otot (myopathy)
- Luka lambat sembuh
- Kebas kaki (cramps)
- Penyakit berkaitan usus
- Mati pucuk
- Prostat membesar.

Jika Terlebih Vitamin E :
Vitamin E bertindak sebagai antokoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancer.
Terlebih dos Vitamin E mungkin menyebabkan dan mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.

Sumber Makanan Yang Mengandungi Vitamin E :
Avokado
Biji bunga matahari
Kacang soya
Buah zaitun
Badam
Labu
Kacang buncis
Ubi keledek
Sayuran hijau
Minyak sayuran, minyak zaitun, minyak jagung dan minyak matahari

Siapa yang Perlukan Vitamin E
*Lelaki dan wanita.
*Ingin kelihatan muda
*Mempunyai masalah jantung atau kolestrol
*Sukar mengandung
*Dingin untuk melakukan hubungan kelamin
* masalah rambut - kebotakan/keguguran yang amat teruk
DLL





ingin mendapatkan vitamin E ini? jangan malu malu hubungi Kak Ct yang comel ini. hik hik hik. Jika anda semua berada di kawasan sekitar Kota Tinggi, Kak Ct leh jumpa anda anda semua kerana Kak Ct adalah pengedar Shaklee di Kota Tinggi ini. Bagi anda yang nunnnn jauh serata negeri, klik ikon ini untuk membeli ye :)
Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015