Thursday, February 5

KEGUGURAN DAN BAGAIMANA MENGATASINYA

Soalan :
Saya telah 3 tahun berkahwin.  Sehingga kini saya belum mempunyai anak. Kami telah berusaha pelbagai cara dan teknik. Cuma saya dan suami belum berjumpa doktor. Untuk pengetahuan Dr, saya pernah empat kali keguguran. Adakah ini tanda saya mempunyai masalah rahim.

JAWAPAN :
Anda sudah empat kali hamil tapi tiada satu pun yang kekal. Kesemua kehamilan anda mengalami keguguran. JAdi anda perlu jalani pemeriksaan untuk mengenal pasti jika anda ada masalah kesihatan yang menyebabkan anda mudah keguguran semasa kehamilan berlaku. Sebahagian besar daripada sebab keguguran ialah masalah keturunan. Selain itu, tindak balas antibodi akibat jangkitan kuman atau kuman virus atau parasit yang terdahulu yang masih kekal dalam badan anda.

Terdapat juga situasi wanita yang mempunyai masalah kecacatan bentuk rahim seperti mempunyai sebelah rahim saja atau dua rahim akibat keterencatan tumbesaran rahim atau rahim yang kecil dan sempit. Selain itu, masalah kesihatan yang berkaitan dengan penyakit Autoimmune yang menyebabkan penghasilan antibodi kepada tisu badan yang boleh mengganggu tumbesaran janin atau pelekatan janin.

Malah ada pelbagai masalah yang perlu diselidiki untuk mengenal pasti sebab anda kerap mengalami keguguran kehamilan. Jadi, eloklah anda berjumpa doktor, pakar sakit puan yang akan dapat melakukan pemeriksaan yang komprehensif kepada anda.

sumber artikel : Majalah Pa & Ma


Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut: 
Siti Noriza | 
ID: 852453 
Call/SMS/Whatsapp 013-7374958 
Email: sitinorizasaleh@gmail.com
 FB: Siti Noriza Binti Saleh 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment

Copyright to BIJAK PILIH SUPLEMEN ANDA
Designed by UMIESUEstudio 2015